Anda di halaman 1dari 3

Jika dahulu untuk menyertai pertandingan nyanyian mungkin sukar kerana

jumlahnya boleh dibilang dengan jari namun kini berbagai pihak


menganjurkan berbagai pertandingan nyanyian.

Dari pertandingan karaoke, pertandingan nyanyian peringkat daerah /


negeri hinggalah pertandingan nyanyian di radio dan televisyen dan kini
pertandingan nyanyian realiti tv menjadi menjadi rebutan ribuan orang
yang mahu menjadi penyanyi.
Jadi anda mempunyai potensi serta peluang untuk memenangi
pertandingan-pertandingan nyanyian seterusnya anda berpeluang pergi
lebih jauh dalam nyanyian.
Namun begitu tanpa mengetahui teknik-teknik betul dalam nyanyian
mungkin akan membantutkan impian anda. Jadi mari kita lihat apa akan
berlaku jika anda tidak menyanyi dengan menggunakan teknik yang
betul.
Tanpa menyanyikan lagu menggunakan teknik yang betul boleh
menyebabkan kerosakan pada peti suara. Menarik suara ke nada yang
tinggi dengan menjerit adalah dua perkara yang berbeza umpama langit
dengan bumi. Ramai penyanyi tidak tahu membezakan antara kedua
perkara ini.
Walaupun anda menyanyikan lagu Rock atau Ballad Rock tidak
bermakna anda harus menyanyikan dengan nada yang tinggi dan keras
dengan menjerit dan meneran suara. Jika terlalu kerap menjerit dan
meneran boleh menyebabkan kerosakan pada peti suara, suara menjadi
serak dan mengambil masa untuk pulih.
Untuk mengelak perkara ini dari berlaku adalah dengan mengetahui
teknik yang betul untuk menyamyikan lagu yang tinggi tanpa perlu
menjerit dan meneran.
Anda tahu anda mempunyai minat dan bakat dalam nyanyian namun
untuk mempelajari teknik nyanyian yang betul anda terpaksa menghadiri
kelas nyanyian yang mahal harganya

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2010/01/belajar-teknik-nyanyianyang-betul.html#ixzz3BhbxosX8

1.Pernafasan?Kenapa ianya penting?Ini adalah kerana tanpa pernafasan tidak akan ada udara dan bila tiada udara kita tidak akan
boleh mengeluarkan suara dan bunyi takkan keluar dan tidak akan adalah nyanyian
2.Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah perkara yang pertama yang akan diajar oleh kebanyakan guruguru vocal
3.Apa yang kebanyakan kita tak tahu adalah yang pernafasan ini sebenarnya adalah proses yang amat semulajadi, dan semestinya
adalah amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang betul dalam menyanyi.Memahami cara pernafasan
untuk nyanyian akan menjadi tool yang berguna bagi mencapai tahap cemerlang dalam asas pernafasan untuk menyanyi!
4.Penyanyi perlu belajar bagaimana hendak mengetahui tentang pernafasan mereka pada semua masa kerana ia memberi kesan
kepada nada dan kualiti suara, kemampuan untuk mencapai julat pic yang diperlukan dan kemahiran mengawal not untuk tempoh masa
yang lama. Mempelajari teknik penting ini memberikan alat yang betul bagi seorang penyanyi untuk melahirkan kemampuan diri mereka
sebaiknya.
5.Pernafasan yang betul dilakukan daripada diafragma. Perhatikan pernafasan seorang bayi, kelihatan perutnya yang naik dan turun
apabila bernafas ini adalah cara yang betul. Ia dilakukan tanpa menggerakkan bahu anda dan dada anda harus sangat minimum
pergerakannya. Amalkan cara tersebut dengan mengimbangi bahu anda dan menumpukan pada pergerakan perut anda ke dalam dan
ke luar.

Adakah anda selalu tertanya-tanya mengapa sebahagian daripada rakan-rakan anda mempunyai suara
menyanyi yang lebih baik dan merdu daripada anda, walaupun kita semua mempunyai tubuh badan yang
sama (mulut, tali suara atau "vocal chords", paru-paru, perut, dan lain-lain)? Berita yang baik ialah semua
orang boleh menyanyi, oleh kerana menyanyi sebenarnya semudah bercakap. Jika anda hendak mencapai
keinginan untuk menyanyi dengan bagus, saya akan berkongsi dengan anda beberapa tip-tip yang mudah
tetapi yang amat penting untuk (a) belajar menyanyi untuk pemula iaitu seseorang yang baru hendak mula
belajar menyanyi seperti anda, dan (b) juga bagaimana untuk mengelak daripada kesilapan yang lazim
berlaku semasa menyanyi.

Tip #1 TEKNIK PENAFASAN YANG BETUL


Anda perlu pelajari bernafas menggunakan diaphragm (diaphragmatic breathing), iaitu anda perlu
bernafas secara mendalam, dan tidak secara cetek, sehingga ke paras bawah paru-paru anda. Bernafas
supaya perut anda membesar keluar, dan bukannya dada anda yang membesar keluar, semasa menarik
nafas dan menyedut angin kedalam paru-paru.
Tip #2 MENJAGA TALI SUARA (VOCAL CHORDS)
Suara anda ialah salah satu alat musik yang paling rapuh dan empuk, dan tali suara (vocal chords) anda
boleh menjadi rosak sekiranya anda melakukan sesuatu yang ia belum bersedia untuk lakukan. Sekiranya
anda berasa kelainan (straining) pada suara anda, atau jika anda berasa kesakitan didalam mulut, anda
perlu berhenti menyanyi sementara dengan serta merta. Jangan menyanyi nada terlalu tinggi serta merta
tanpa perlahan-lahan naik nada satu-persatu dengan latihan yang berterusan.
Tip #3 POSTUR (POSTURE), MULUT & MUKA
Luruskan belakang badan anda, dan buka mulut anda luas semasa menyanyi. Juga buka belakang mulut
anda ini sama mustahak dengan membiarkan depan mulut anda dibuka. Berlatih menyanyi didepan
cermin apabila boleh, supaya anda dapat lihat postur (posture) yang lurus dan betul, air muka (facial
expressions), pergerakan badan dan pernafasan, dan menentukan apa yang berhasil dengan baik. Relaks
lidah supaya ia berehat dibawah mulut. Perhatikan rahang anda semasa menyanyi untuk pastikan supaya
ia betul-betul dalam keadaan relaks.
Tip #4 LATIHAN VOKAL (WARM UP)

Setiap kali sebelum bermula menyanyi, anda perlu melakukan latihan vokal untuk menyediakan tali vokal
(vocal chords). Latihan ini akan dapat menambahbaikkan persembahan nyanyian anda, dan
mengelakkan kecederaan kepada tali vokal anda. Beberapa latihan vokal yang lazim dilakukan termasuk:
- Menggeliat leher dan belakang badan
- Membuat suara humming dengan manaiki skala nada secara perlahan, dan seturusnya secara menurun
skala nada secara perlahan (going up dan down the scales).
- Menyanyi suara huruf saksi (vowel sounds) A, E, I, O dan U, dari bawah skala nada (scales) sehingga
ke atas skala nada, dan seterusnya turun ke bawah skala nada selali lagi.

Suara Manusia Sebenarnya Merupakan Asas Bagi


Segala Musik - Richard Wagner

Suara adalah satu anugerah tuhan kepada setiap manusia. Setiap manusia
mempunyai suara yang unik dan tersendiri dan tidak sama antara satu degan
yang lain. Suara juga berbeza diantara lelaki dan perempuan.

Anda mungkin juga menyukai