Anda di halaman 1dari 11

Novel: Konserto Terakhir dan Papa

01. Unsur saspens digunakan dalam novel untuk menarik perhatian pembaca.
Jelaskan unsur saspens yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda
pelajari.
Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.
Saspens bermaksud seseorang pembaca itu berada dalam keadaan tertanya-tanya
atau ingin tahu akan lanjutan peristiwa berkenaan. Penulis, iaitu Encik Abdullah
Hussain telah berjaya memasukkan beberapa unsur saspens ke dalam cerita
Konserto Terakhir dan menjadikan jalan cerita lebih menarik.
Antara peristiwa yang mengandungi unsur saspens termasuklah rancangan
Hilmi setelah meninggalkan rumah Datuk Johari. Apabila Hilmi sudah tidak tahan
dengan kerenah Datin Salmah, maka Hilmi menaiki bas untuk pulang ke kampung.
Dalam konteks tersebut, pembaca teringin-ingin tahu apakah pekerjaan yang akan
dilakukan Hilmi apabila tiba di kampung. Sebaliknya, semasa di Tanjung Malim,
Hilmi menaiki teksi ke Kuala Lumpur. Pembaca teringin-ingin sekali lagi mengenai
liku-liku hidup yang akan dilalui oleh Hilmi apabila dia tiba di Kuala Lumpur.
Selain itu, unsur saspens juga boleh didapati ketika Encik Bakar dipanggil
oleh Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar
arahan Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional kerana menggunakan khidmat
Hilmi untuk mengadakan persembahan di Hotel Titiwangsa. Pembaca tertanya-tanya
sama ada Encik Bakar akan dikenakan hukuman yang berat oleh tatatertib apabila
dia dipanggil oleh jawatankuasa persatuan itu kerana melanggar arahan mereka.
Di samping itu, perjumpaan antara Hayati dengan Hilmi telah menyebabkan
pembaca ingin mengetahui perkembangan lanjut tentang cerita Konserto Terakhir.
Sebelum Hayati berangkat ke London dengan Mohsin yang sudah menjadi
suaminya, Mamat telah mengatur perjumpaan Hayati dengan Hilmi di kebun bunga.
Perkara utama yang pembaca ingin tahu ialah sebab-sebab Hayati ingin menemui
Hilmi dan perkara yang hendak disampaikan oleh Hayati kepada Hilmi.
SASPENS DALAM NOVEL PAPA

Pembaca tertanya-tanya tentang keadaan Marliana yang mengandung itu.


Marliana masih meneruskan kebajikan itu walaupun menyedari bahawa risikonya
amat tinggi terutama selepas mengalami masalah ketika melahirkan Julia dulu.
Saspens ketika Intan Maliana berada di dalam bilik pembedahan di HUKM
untuk melahirkan anak keduanya pembaca tertanya-tanya tentang keselamatan
Intan Maliana dan bayi yang bakal dilahirkannya pembaca ingin tahu sama ada
Intan Maliana akan menghadapi komplikasi yang sama ketika melahirkan Intan Julia
atau sebaliknya
Pembaca tertanya-tanya tentang kesudahan hubungan papa dan Aisyah.
Julia menentang hubungan itu dan melihat hubungan mereka itu sebagai tidak elok
atau curang kerana mama masih hidup.
Pembaca tertanya-tanya nasib Marliana yang dalam keadaan koma itu.
Sebaik sahaja melahirkan anak kembarnya, Marliana tidak sedar diri lalu pembaca
ingin tahu sama ada Marliana akan pulih atau tidak.

02. Jelaskan tiga nilai murni yang terdapat dalam sebuah novel yang telah
anda pelajari.
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Konserto Terakhir hasil karya
Abdullah Hussain, terdapat beberapa nilai murni yang dapat diperoleh dalam novel
tersebut.
Antara nilai murni yang terdapat dalam novel termasuklah nilai kasih sayang.
Contohnya, walaupun Pak Long Karim mengetahui Hilmi bukan anak kandungnya,
dia tetap memeliharanya dengan penuh kasih sayang seperti anaknya sendiri. Dia
hanya meminta Hilmi supaya pergi ke Kuala Lumpur untuk berdikari dan mencari
pekerjaan di sana.
Selain itu, terdapat juga nilai keikhlasan. Nilai keikhlasan dapat dilihat dalam
watak Hilmi. Misalnya, Hilmi bekerja dengan bersungguh-sungguh sebagai tukang
kebun di rumah Datuk Johari walaupun gaji yang dibayar hanya dua puluh ringgit
sebulan, sedangkan Dr. Nathan sanggup memberi gaji yang lebih tinggi jika dia
menjadi tukang kebunnya.
Di
samping
itu,
terdapat
juga
nilai bertanggungjawab.
Nilai
bertanggungjawab dapat dilihat dalam watak Hilmi. Buktinya, Hilmi menunjukkan
sikap bertanggungjawab kepada Encik Bakar yang menjadi pemimpin quartet di
kelab malam Hotel Titiwangsa. Walaupun dia terlalu ingin untuk menghantar Hayati
ke lapangan terbang namun niatnya itu diabaikan kerana dia bermain muzik pada
malam itu. Malah, dia pergi ke tempat kerjanya sebaik sahaja selesai pertemuan
dengan Hayati di kebun bunga pada malam Hayati hendak ke London.
Nilai murni dalam Novel Papa

Nilai berdikari - Contohnya, Julia memilih untuk tinggal di kolej Pusat


Matrikulasi UIA kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya.
Nilai kesabaran - Contohnya, Jeffri bersabar dan menerima ketentuan Tuhan
apabila isterinya koma dan kedua-dua bayinya meninggal dunia.
Nilai ketaatan - Contohnya, Julia taat kepada perintah papa dan mamanya.
Dalam novel ini turut dipaparkan Intan Julia menunaikan solat seperti yang dituntut
oleh agama.
03. Jelaskan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang
telah anda pelajari.
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Konserto Terakhir hasil nukilan
Abdullah Hussain, terdapat beberapa latar masyarakat yang menggambarkan
keadaan masyarakat terkandung dalam novel ini.
Antara
latar
masyarakat
yang
terkandung
dalam
novel
ini
termasuklahmasyarakat yang memiliki kesantunan dan budi bahasa yang tinggi
dengan sesiapa sahaja. Gambaran masyarakat yang berbudi bahasa dengan
sesiapa sahaja dapat dilihat daripada perwatakan Hilmi yang lemah lembut apabila
berhadapan dengan Datuk Johari dan Datin Salmah. Hilmi menghormati mereka
dengan bersalaman dengan mereka apabila bertemu. Hilmi kemudian

menyampaikan salam yang dikirimkan oleh keluarganya di kampung kepada Datuk


Johari dan Datin Salmah.
Selain itu, latar masyarakat yang senantiasa beribadat kepada Tuhan juga
terkandung dalam novel ini. Latar masyarakat ini dapat dilihat apabila Hilmi tidak
pernah meninggalkan sembahyang dan sentiasa mendirikan solat apabila tiba
masanya. Walaupun terlalu sibuk, Hilmi masih mendirikan sembahyang. Ketika
bekerja di rumah Datuk Johari, Hilmi senantiasa menunaikan sembahyang. Buktinya
ialah Hilmi berhenti melakukan kerja perkebunan di belakang rumah Datuk Johari
apabila hari sudah lewat petang untuk menunaikan sembahyang Asar.
Di samping itu, terdapat juga latar masyarakat yang mengamalkan budaya
morning coffee. Latar masyarakat ini dapat dilihat pada watak Datin Salmah dan
rakan-rakannya seperti Datin Faridah, Datin Mariam dan lain-lain. Buktinya, Datin
Salmah pergi ke rumah Datin Faridah kerana morning coffee di sana apabila Hilmi
mula tiba di rumah mereka. Dalam pertemuan secara tidak rasmi ini, isteri orangorang besar ini membincangkan pelbagai hal, sama ada hal-ehwal semasa atau
tentang diri dan keluarga masing-masing. Misalnya, Datin Mariam yang gemuk
seperti tong dan suka mengunyah sirih selalu menceritakan hal-hal dukun.
04. Penulis sesebuah novel mengembangkan sesuatu peristiwa dengan
pelbagai teknik plot seperti pemerian. Jelaskan kepentingan teknik pemerian
berdasarkansebuah novel yang telah anda kaji.
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Konserto Terakhir hasil nukilan Abdullah
Hussain, teknik pemerian banyak digunakan dalam novel ini. Terdapat beberapa
kepentingan teknik ini dimasukkan oleh penulis dalam hasil karyanya.
Teknik pemerian menggambarkan keadaan fizikal watak kepada para pembaca.
Teknik ini memberikan gambaran jelas keadaan Hilmi ketika mula sampai di rumah Datuk
Johari. Buktinya ialah Hilmi mempunyai rambut sedikat ikal, anak matanya agak liar dan
ketinggiannya ialah lima kaki lima inci. Pakaiannya agak miskin terbuat daripada bahan kain
yang murah, seluarnya berkeredut dan bajunya sudah hilang warna asalnya.
Selain itu, teknik pemerian juga memberitahu pembaca tentang perasan yang dialami
oleh seseorang watak. Misalnya, teknik ini menggambarkan kesedihan Datuk Johari apabila
Pak Long Karim memberitahunya bahawa Hilmi merupakan anak Datuk Johari dan bukan
anaknya. Hal ini dapat dibuktikan dengan Datuk Johari berfikir tentang kekejamannya yang
telah menyeksa isteri pertamanya dan Hilmi serta hal ini telah menyedihkannya. Air mata
Datuk Johari berlinangan.
Di samping itu, teknik pemerian memberikan penjelasan tentang reaksi watak terhadap
sesuatu peristiwa kepada pembaca. Contohnya, Datuk Johari menerima panggilan daripada
pihak hospital yang memberitahunya bahawa Hilmi telah meninggal dunia. Hanya sepatah
perkataan yang dapat keluar daripada mulut Datuk Johari dan beliau jatuh dengan gagang
telefon tergenggam erat di dalam tangannya. Datin Salmah yang terpekik dan menerpa
kepada suaminya cuba untuk mengangkat Datuk Johari dengan pertolongan Mak Minah
tetapi Datuk Johari telahpun meninggal dunia.

05. Jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan konflik yang terdapat
dalamsebuah novel yang telah anda kaji.
Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.
Dalam novel Konserto Terakhir, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan
konflik.
Antara peristiwa yang berkaitan dengan konflik ialah peristiwa Hilmi menjaga
rumah Datuk Johari semasa Datuk Johari dan keluarganya tiada di rumah. Hilmi
cuba bermain dengan piano Hayati tetapi telah merosakkannya apabila dikejutkan
oleh Mak Minah. Semasa Hayati ingin memainkan lagu Blue Danube, bunyi
pianonya telah sumbang dan merajuk. Datin Salmah marah dan Mak Minah
memberitahu Datin Salmah bahawa Hilmi yang bermain piano itu. Sebagai
akibatnya, Hilmi telah dimarahi oleh Datin Salmah. Datuk Johari memaafkan Hilmi
tetapi gaji Hilmi ditolak untuk membiayai kos pembaikian piano Hayati.
Selain itu, peristiwa Hilmi balik lewat ke rumah juga merupakan peristiwa yang
menimbulkan konflik. Hilmi pulang lewat kerana dia terlalu asyik belajar bermain
piano di rumah Encik Bakar. Tanpa disedarinya hari sudah malam. Hilmi dimarahi
oleh Datin Salmah kerana ayam Hilmi berkeliaran di dalam rumah dan
memalukannya di hadapan tetamunya. Sebagai hukumannya, Datin Salmah
melarang Mak Minah daripada memberi Hilmi makanan.
06. Konflik Novel Papa
1.

2.

Intan Julia dengan Jeffri ( Rasylan)


Jeffri~ menghalang Julia berjumpa dengan Rasylan~dendam
terhadap ayah Rasylan~kemalangan ibu bapanya~melarikan
diri~Julia marah
Julia dengan Jeffri dan Aisyah

Jeffri~berjumpa dengan Aisyah~dilihat oleh Julia~menganggap curang~ibunya yang


koma~ditampar~menangis
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu
peristiwayang menggambarkan latar masyarakat yang prihatin terhadap
masalah yang dihadapi oleh pihak lain.
Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah
Hussain dan novel Papa, karya Deana Yusof. Beberapa watak dalam novel tersebut
telah menunjukkan keprihatinan terhadap masalah watak lain. Terdapat beberapa
peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang prihatin terhadap masalah
yang dihadapi oleh pihak lain.
Antara peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang prihatin dalam
novel Konserto Terakhir termasuklah peristiwa Dr. Nathan memberikan tanah
kepada Hilmi apabila Hilmi bertanya tentang tanah hitam yang berlonggok di
halaman rumahnya. Dr. Nathan bukan sahaja enggan menerima wang Datuk Johari,

malah dia sendiri datang ke rumah Datuk Johari untuk memuji kerajinan Hilmi dan
mencadangkan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah supaya memberikan gaji
yang tinggi kepada Hilmi atas kerajinannya. Hal ini telah menunjukkan keprihatinan
Dr.Nathan terhadap Hilmi.
Manakala dalam novel Papa pula, peristiwa Cikgu Suzie berbual dengan Intan
Maliana juga menunjukkan masyarakat yang prihatin. Cikgu Suzie menunjukkan
keprihatinannya terhadap Intan Maliana apabila dia menasihati Intan Maliana supaya
tidak mengandung lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana Cikgu Suzie mengetahui
peristiwa komplikasi semasa Intan Maliana melahirkan Julia dan tidak menginginkan
rakannya itu mengalami masalah yang sama.
Demikianlah peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat prihatin dalam
novel Papa dan Konserto Terakhir.
07. Sesebuah novel dapat dijadikan bahan bacaan yang memberikan panduan
hidup kepada pembaca. Berdasarkan sebuah novel telah anda kaji, jelaskan
sebab-sebab novel itu dapat memberikan panduan hidup kepada pembaca.
Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir yang dikarya oleh Abdullah
Hussain. Terdapat beberapa sebab novel ini dapat memberikan panduan hidup
kepada pembaca termasuklah novel ini mempunyai nilai dan pengajaran dapat
dipelajari dan dicontohi oleh pembaca.
Antara sebab novel ini dapat memberikan panduan hidup kepada pembaca ialah
novel ini mendidik pembaca supaya mempunyai sikap tanggungjawab terhadap
tugasan yang diamanahkan. Sebagai contoh, Hilmi menjalankan tugas dan
tanggungjawabnya sebagai tukang kebun dengan penuh dedikasi dan kreatif
sehingga taman rumah Datuk Johari menjadi sangat cantik. Kawan- kawan morning
coffee Datin Salmah dan Dr. Nathan, jiran Datuk Johari telah memuji tanaman
bunga dan kesegaran sayur-sayuran Hilmi.
Selain itu, novel ini mengingatkan pembaca supaya kembali kepada ajaran agama
untuk mendapat ketenangan hidup. Sebagai contoh, Hayati ialah seorang gadis
yang hidup dengan penuh kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang
setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalami buku-buku
agama seperti Hidup Sesudah Mati.
Di samping itu, pembaca juga dapat mencontohi kesabaran seorang pemuda
kampung. Hal ini dapat dilihat apabila Hilmi sanggup tinggal di rumah Datuk Johari
walaupun dia selalu dihina dan dipandang rendah oleh Datin Salmah kerana Hilmi
datang dari kampung dan tidak berpendidikan tinggi. Semua ini diharungi oleh hilmi
semata-mata untuk mencapai cita-citanya sebagai ahli muzik.

08. Panduan hidup dalam novel Papa


1.
Pembaca dapat mencontohi kesetiaan dan tanggungjawab kepada
keluarga Jeffri setia terhadap isterinya, Intan Maliana yang koma selepas

mengalami komplikasi melahirkan anak kedua dan Jeffri bertanggungjawab


membesarkan Intan Julia
2.
Pembaca dapat mencontohi kepatuhan anak kepada bapa Intan
Julia patuh kepada bapanya yang tidak membenarkannya ke rumah Rasylan kerana
Julia masih muda dan belum matang.
10. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari,
jelaskan satu teknik plot yang digunakan berserta contoh dalam
setiap novel.
Dua buah novel yang telah saya kaji ialah Papa, karya Deana Yusof dan
Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Beberapa teknik plot telah digunakan
oleh pengarang masing-masing untuk menghasilkan novel yang lebih menarik.
Dalam novel Papa, teknik plot saspens telah digunakan oleh pengarang.
Saspens bermaksud seseorang pembaca itu berada dalam keadaan tertanya-tanya
atau ingin tahu akan lanjutan peristiwa berkenaan. Contohnya, pembaca tertanyatanya dalam novel Papa akan nasib yang akan menimpa Intan Maliana setelah
doktor memaklumkan bahawa dia perlu menjalani satu pembedahan kerana ada
komplikasi terhadap kandungannya.
Dalam novel Konserto Terakhir pula terdapat teknik plot imbas kembali.
Imbas sekali ialah lintasan-lintasan dan bayangan atau ingatan watak-watak
terhadap sesuatu yang telah terjadi atau yang telah dialami. Contohnya, semasa
Datuk Johari menemui Hilmi di bilik yang diberikan kepadanya, Datuk Johari telah
bertanya tentang masa Hilmi bertolak dari kampung. Hilmi menceritakannya dan
pada masa yang sama Datuk Johari teringat kisahnya dahulu yang pernah berlaku di
kampung tersebut iaitu melarikan diri selepas perkahwinannya dengan seorang
gadis kampung.
Teknik Plot Novel Papa
1.
Dialog pertuturan / perbualan antara watak dalam novel. Contoh:
perbualan Jeffri dengan Rasylan tentang latar belakang Rasylan. Rasylan
memberitahu Jeffri bahawa dia merupakan anak angkat Datuk Mustakim yang
diambil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
2.
Monolog tutur kata atau pengucapan oleh watak secara sendirian.
Contoh: Jeffri berkata kepada isterinya, Intan Maliana yang sedang koma bahawa
Intan Julia telah mendapat keputusan SPM yang baik dan dia hendak memohon
kemasukan ke matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.
11. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan
peleraian plot novel-novel tersebut.
Novel yang saya kaji dalam tingkatan 4 ialah novel Papa, karya Deana Yusof
dan novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain iaitu novel tingkatan 5..
Kedua-dua buah novel ini mengandungi peleraian dalam plot masing-masing.

Dalam peleraian novel Papa, Intan Julia mendapat tahu bahawa papanya, iaitu
Encik Jeffri berhasrat berkahwin lagi. Pada peringkat awal, Intan Julia tidak dapat
menerima kehadiran Mak Cik Aisyah, iaitu bekas pelajar papanya semasa di
universiti. Sikap penyayang, baik hati dan bertolak ansur Mak Cik Aisyah
meruntuhkan semua prasangka Intan Julia. Sebaik-baik sahaja Intan Julia dapat
menyesuaikan diri dengan ibu tirinya, tanpa diduga pada suatu hari mamanya
tersedar daripada koma tetapi hanya seketika. Semasa mamanya sedar, papa terus
bercakap dengannya dan memberitahu bahawa wanita yang ada di sisinya ialah
isteri mudanya. Mama Intan Julia seolah-olah tidak merestui. Namun begitu, umur
mama Intan Julia tidak panjang, saat itu juga dia menghembuskan nafas terakhirnya.
Jeffri yang selama ini keras hati akhirnya menangis atas pemergian isteri
tersayangnya.
Dalam peleraian novel Konserto Terakhir, Hayati telah mengambil alih tempat Hilmi
untuk memimpin Pertunjukan Orkes Perdana yang dikenali sebagai Hilmi Potpuri.
Hal ini disebabkan Hilmi terjatuh ketika hendak keluar dari rumahnya dan
dimasukkan ke hospital. Persembahan Hayati berjaya mendapat sambutan yang
hangat daripada penonton di dewan. Ketua pengarah RTM kemudian membawa
Hayati ke hospital untuk melawati Hilmi. Di hospital, Pak Long Karim, iaitu abang
sepupu Datuk Johari menerangkan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa
Hilmi terhutang budi kepada mereka berdua kerana membiayai perbelanjaan Hilmi
belajar muzik dan menguruskan perkahwinannya dengan Azizah. Dia juga membuka
rahsia bahawa Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin
Salmah menjadi sebak apabila mendengar berita itu. Selepas itu, Datuk Johari
sekeluarga mendapat berita bahawa Hilmi meninggal dunia sebaik sahaja mereka
meninggalkan hospital. Datuk Johari terjatuh dan dia juga meninggal dunia di
pekarangan rumahnya.
12.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari ,
jelaskan dua kritikan sosial yang cuba diketengahkan oleh pengarang
dalam novel tersebut.
Novel yang saya pelajari ialah novel Konserto Terakhir karyaan Abdullah
Hussain.Terdapat beberapa kritikan sosial yang cuba diketengahkan oleh pengarang
dalam novel tersebut.
Antara kritikan sosial termasuklah sikap masyarakat yang memandang
rendah atas keupayaan orang lain atas sebab-sebab tertentu. Sikap ini dapat
ditunjukkan melalui watak Datuk Johari. Contohnya, Datuk Johari tidak mahu
menghargai kebolehan Hilmi yang sudah berjaya menjadi seniman agung. Walaupun
dia diberi tiket untuk menonton Pertunjukan Orkes Perdana tetapi dia memulangkan
tiket itu kepada orang yang memberinya kerana dia menganggap kebolehan dan
bakat Hilmi tidak ke mana-mana. Hal ini disebabkan oleh Hilmi hanya lulus setakat
darjah empat sekolah Melayu. Malah, dia tidak mahu menyebut nama Hilmi apabila
Datin Salmah mengajaknya untuk menonton pertunjukan itu.
Kritikan sosial yang seterusnya yang ingin diterangkan oleh Abdullah
Hussain ialah sikap masyarakat yang mementingkan status dan kedudukan
sosial. Sikap ini telah jelas dipaparkan oleh watak Datin Salmah. Datin Salmah
yang dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga kaya berasa amat bangga,
sombong, dan mementingkan kedudukan. Misalnya, Datin Salmah mahu orang

menghormatinya, malah dia suka orang menyebutnya Datin ketika menyapa dan
berbual dengannya. Oleh itu, apabila Hilmi memanggilnya dengan panggilan Mak
Cik Salmah, dia rasa tersinggung. Di samping itu, apabila Mak Cik Minah melayani
Hilmi dengan baik dan menyapanya dengan menggunakan perkataan Encik, Datin
Salmah memarahi Mak Minah sehingga Mak Minah melongo apabila mendengar
kata-kata Datin Salmah. Oleh itu, didapati Datin Salmah bukan sahaja tidak mahu
melayani Hilmi dengan baik, malah juga melarang pembantu rumahnya memberi
layanan yang baik dan berencik-encik kepada Hilmi. Datin Salmah melayani orang
yang berdarjat dan berpangkat dengan baik dan memandang hina terhadap orang
biasa dan orang miskin. Buktinya , dia memarahi Hayati kerana rapat dengan Hilmi
walaupun Hilmi juga sepupu Hayati sama seperti Mohsin. Dia memberi layanan
yang istimewa kepada Mohsin kerana Mohsin berpangkat dan kaya.
KRITIKAN SOSIAL NOVEL PAPA
1. Mengingkari perintah Tuhan dan melakukan dosa Encik Muaz al-Khalibi telah
menodai
pengemas
biliknya
sehingga
mengandung,
namun
enggan
bertanggungjawab. Sebagai akibatnya, pengemas rumah warga Indonesia itu
meninggalkan Rasylan yang baru dilahirkan di tepi sebuah longkang besar.
2. Iri hati dan mempengaruhi orang untuk membenci seseorang Murni
menghasut rakan
sekelas yang lain agar memusuhi Intan Julia.
3.
Dendam yang berpanjangan - Datuk Mustakim melanggar ibu bapa Jeffri
ketika pulang dari
solat tarawih. Bapanya meninggal dunia manakala ibunya
lumpuh. Jeffri berasa marah kerana Datuk Mustakim tidak berhenti selepas
kemalangan itu walaupun dia menanggung kos rawatan ibunya hinggalah ibunya
meninggal dunia. Rasylan mencadangkan agar papa Julia, Jeffri bertemu dengan
Datuk Mustakim tetapi papa Julia enggan.
13.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua
peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai kemanusiaan.
Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir karya Abdullah Husain. Terdapat
beberapa peristiwa yang melambangkan nilai kemanusiaan.
Antara peristiwa tersebut ialah peristiwa Pak Long Karim menjaga Hilmi. Pak
Long Karim sanggup menjaga Hilmi walaupun dia bukan anak kandungannya. Dia
memeliharanya dengan penuh kasih sayang dan berharap dia dapat mencapai
kejayaan dalam kehidupannya. Peristiwa tersebut melambangkan nilai kasih sayang.
Selain itu, peristiwa Encik Bakar mengajar Hilmi tanpa mengharapkan sebarang
balasan juga melambangkan nilai kemanusiaan. Encik Bakar sanggup mengajar
Hilmi bermain alat muzik dan mengenal not-not muzik tanpa bayaran kerana dia
seorang yang ikhlas. Dia mengetahui Hilmi mempunyai bakat untuk menjadi seorang
ahli muzik termasyhur. Peristiwa tersebut melambangkan nilai keikhlasan.
PERISTIWA NILAI KEMANUSIAAN NOVEL PAPA:
1.
Jeffri dan Intan Maliana saling menyayangi sehingga Julia
menyatakan keakraban mereka seperti belangkas. Jeffri dan Intan Maliana juga
amat menyayangi Intan Julia (Nilai kasih sayang)

2.
Intan Julia memilih untuk tinggal di Kolej Pusat Matrikulasi Universiti
Islam Antarabangsa (UIA) kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya. Hal yang
sama juga berlaku pada Rasylan yang mengurus segala urusan pendaftarannya
sendiri di Pusat Marikulasi UIA. (Nilai berdikari)
3.
Jeffri bersabar dan menerima ketentuan Tuhan apabila isterinya, Intan
Maliana koma dan kedua-dua bayi kembar Siamnya meninggal dunia. (Nilai
kesabaran)
14. Pilih dua buah novel yang anda pelajari. Bandingkan satu watak
sampingan daripada kedua-dua buah novel tersebut.
Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah
Hussain dan novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!), karya Deana Yusof. Kedua-dua
novel ini mengandungi beberapa watak sampingan yang meyumbang kepada
perkembangan plot novel masing-masing. Salah satu watak sampingan daripada
novel Konserto Terakhir ialah Datuk Johari manakala satu watak sampingan
daripada novel Papa ialah Encik Jeffri. Kedua-dua watak ini mempunyai persamaan
dan perbezaan antara satu sama lain.
Datuk Johari dan Encik Jeffri, yang dikenali sebagai Papa mempunyai ciri yang
sama iaitu mereka merupakan penyayang. Dalam novel Konserto Terakhir, Datuk
Johari merupakan seorang penyayang kepada keluarganya. Contohnya, Datuk
Johari sanggup rajin bekerja supaya isterinya, Datin Salmah dan anaknya, Hayati
dapat hidup dengan mewah. Encik Jeffri dalam novel Papa juga merupakan seorang
penyayang. Buktinya, Encik Jeffri amat menyayangi isterinya walaupun terpaksa
berkorban masa dan tenaga untuk menjaga isterinya, Intan Maliana yang berada
dalam koma.
Manakala, perbezaan perwatakan Papa dan Datuk Johari ialah Datuk Johari
ialah seorang yang lebih mementingkan status daripada tali kekeluargaan manakala
Papa ialah seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaan. Contohnya, Datuk
Johari berasa malu untuk menerangkan kepada orang lain bahawa Hilmi merupakan
anak saudaranya dan bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya. Hal ini
disebabkan Hilmi merupakan seorang pemuda kampung dan bersekolah setakat
darjah empat sekolah Melayu. Manakala, Papa pula seorang yang mementingkan
ikatan kekeluargaan. Buktinya ialah Papa membawa Mak Cik Noraini yakni
sepupunya tinggal dengannya selepas kematian suami dan anak-anaknya yang
terlibat dalam kemalangan jalan raya pada malam raya suatu ketika dahulu.
Walaupun Mak Cik Noraini berkhidmat di rumah keluarga Jeffri sebagai pembantu
rumah namun Papa menganggapnya sebagai ahli keluarganya.
Perbezaan yang lain antara dua watak ini ialah pegangan agama mereka.
Papa merupakan seorang yang mengamalkan ajaran agamanya dan tidak
meninggalkan solatnya. Buktinya, dia dan Intan Julia, anaknya pergi menjenguk
Intan Maliana di biliknya selepas menunaikan solat Maghrib. Situasi ini berbeza
dengan Datuk Johari dalam novel Konserto Terakhir. Datuk Johari pula seorang
yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai penganut agama Islam. Dia tidak
bersolat dan mempunyai sebuah bar mini di rumahnya.
15.Biasanya pelbagai emosi dirasai pembaca semasa menikmati
sesebuah novel. Huraikan dua macam perasaan anda setelah
membaca salah sebuah daripada novel yang tersenarai.
Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain.
Novel ini mengisahkan seseorang pemuda kampung iaitu Hilmi yang telah ke bandar

untuk mencari kerja dan akhirnya telah menjadi seorang pemain muzik yang berjaya.
Pengarang telah merakamkan peristiwa-peristiwa yang dialami oleh Hilmi dan
perasaan watak-watak yang terdapat dalam novel dengan sebaik-baiknya. Pembaca
dapat merasakan pelbagai emosi ketika menikmati novel ini.
Sebagai pembaca, saya telah berasa kecewa akan layanan Datuk Johari dan
Datin Salmah kepada Hilmi sewaktu dia tinggal di rumah mereka. Sejak mengetahui
bahawa Hilmi merupakan pemuda dari kampung yang hanya belajar sehingga
darjah empat di sekolah Melayu sahaja, Datin Salmah tidak menyukai Hilmi. Dia
asyik menghina dan mengejek Hilmi. Contohnya, apabila Hilmi mengatakan
kesanggupannya untuk bekerja sebagai kuli, Datin Salmah telah mengejeknya.
Walaupun Datuk Johari tidak menghina Hilmi namun dia kurang membantu Hilmi
dan berasa malu akan hubungannya dengan Hilmi. Datuk Johari malu untuk
menerangkan kepada orang lain bahawa Hilmi yang bekerja sebagai tukang
kebunnya merupakan anak saudaranya. Layanan Datuk Johari dan Datin Salmah
memang mengecewakan saya kerana mereka menunjukkan bahawa mereka
sungguh mementingkan kedudukan atau status seseorang.
Selain itu, saya telah berasa gembira akan kejayaan Hilmi sebagai pemain
muzik. Setelah banyak mengharungi cabaran, Hilmi akhirnya telah menjadi pemain
muzik terkenal dalam negara dan pernah memberikan persembahan di Festival
Muzik di Tokyo. Sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik, banyak orang telah
mendorong dan membantunya termasuklah Hayati, Mamat, Encik Bakar dan lainlain lagi. Tamsilnya, Encik Bakar telah mengajar Hilmi secara percuma selepas
mengetahui bahawa Hilmi mempunyai bakat dalam muzik. Hilmi juga telah banyak
berusaha sehingga berjaya menggubah beberapa lagu yang diminati ramai dan
diberi peluang untuk memimpin Hilmi Potpouri. Usaha diri sendiri dan bantuan orang
lain telah menghasilkan kejayaan Hilmi sebagai pemain muzik terkenal. Kesemua ini
menimbulkan perasaan gembira dalam pembaca apabila melihat kejayaan Hilmi
yang begitu menggembirakan.
Tingkatan 4
P1: Novel Papa karya Deana Yusof kisah hidup Intan Julia
P2: Perasaan marah ayah Intan Julia, Jeffri mengahwini Aisyah tidak
mempedulikan perasaan Julia mementingkan diri sendiri Intan Maliana koma
P3: berasa sedih Intan Maliana sedar daripada komanya mengetahui bahawa
Jeffri telah memperisteri Aisyah marah meninggal dunia harapan Julia dan
Jeffri keluarga bahagia lenyap

16. Setiap watak utama dalam mana-mana novel pasti akan berhadapan
dengan pelbagai dugaan kehidupan. Berdasarkan dua buah novel
yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menangani

satu konflik yang dihadapi dalam setiap novel.


Novel yang telah saya kaji ialah novel Papa, karya Muhammad Yusof dalam
Tingkatan Empat dan novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain dalam
Tingkatan Lima. Pengarang kedua-dua buah novel ini telah menarik perhatian para
pembaca dengan menimbulkan konflik yang terpaksa dihadapi oleh watak utama
bagi kedua buah novel ini .
Dalam novel Papa, watak utamanya ialah Intan Julia. Intan Julia telah
menangani konflik dengan bapanya, Encik Jeffri dengan rasional, iaitumendekatkan
diri kepada Tuhan yakni dengan bersolat. Konflik itu timbul apabila Encik Jeffri
tidak membenarkan Intan Julia berkawan rapat dengan Rasylan kerana asal
keturunan Rasylan tidak diketahui. Intan Julia tidak bersetuju dengan arahan
bapanya itu, lalu Encik Jeffri menampar muka Intan Julia. Walau bagaimanapun,
Intan Julia tetap tabah menghadapi cabaran ini dengan sering bersembahyang.
Intan Julia juga cuba untuk tidak berkawan terlalu rapat dengan Rasylan pada ketika
itu.
Dalam novel Konserto Terakhir pula, watak utamanya ialah Hilmi. Hilmi
menyelesaikan konfliknya dengan membuat keputusan untuk keluar dari rumah
dan berhenti bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari.
Sebenarnya, Hilmi menghadapi konflik dengan Datin Salmah apabila Hilmi tinggal di
rumah Datuk Johari. Datin Salmah sering mengkritiknya dan cuba mencari
kesalahan Hilmi. Datin Salmah juga bersikap agak kasar dengan Hilmi. Contohnya,
pada suatu malam yang Hilmi balik lambat ke rumah, Datin Salmah tidak
memberikan makanan kepadanya dan memarahinya. Hilmi menghadapi konflik ini
dengan meminta bantuan Mamat untuk menulis surat kepada Datuk Johari agar
membenarkan Hilmi pulang ke kampungnya dan berhenti bekerja di rumah Datuk
Johari.
17.Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai
keberanianyang terdapat dalam novel.
Dua buah novel yang telah saya pelajari ialah novel Papa karya Deana Yusof dan
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Dalam kedua-dua novel ini, pengarang dengan
bijaknya telah menyelitkan pelbagai nilai murni bagi dijadikan teladan pembaca. Antara nilai
yang terdapat dalam kedua-dua novel ini ialah nilai keberanian.
Dalam novel Papa, nilai keberanian jelas dipaparkan oleh watak Intan Maliana. Intan
Maliana merupakan isteri Jeffri dan juga ibu kepada Intan Julia. Walaupun dia pernah
mengalami komplikasi apabila melahirkan Intan Julia, Intan Maliana tetap ingin meneruskan
kandungan kembarnya demi kebahagiaan suaminya, Jeffri. Dia memaparkan nilai
keberanian apabila masih tegas dengan keputusannya untuk mengambil risiko yang besar
bagi melahirkan anak kembar tersebut walaupun telah ditegur dan dinasihati. Akhirnya,
kedua-dua anaknya meninggal dunia dan dia pula jatuh koma.
Dalam novel Konserto Terakhir pula, watak Hilmi memaparkan nilai keberanian. Hilmi
datang dari kawasan kampung. Dia juga hanya berpendidikan hingga darjah empat sekolah
Melayu. Walau bagaimanapun, Hilmi menunjukkan nilai keberanian apabila dia membuat
keputusan hendak ke bandar untuk mencari pekerjaan atas permintaan bapanya, Pak
Karim. Hilmi tetap berani mengembara ke bandar dengan kemampuan dan kemahirannya
yang rendah dan akhirnya, dia berjaya manjadi pemuzik yang terkenal atas keberaniannya.

Anda mungkin juga menyukai