Anda di halaman 1dari 15

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PULAU PINANG

CTU 101 : PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

TAJUK

: KONSEP IBADAH DAN PERINCIAN PEMBAHAGIANNYA


DALAM ISLAM

PENSYARAH : PUAN NUR FAHIRATUL AZLINA BINTI AHMAD


KOD KELAS

: EE111C1

NOMBOR KUMPULAN : 4
AHLI KUMPULAN :
1. MUHAMMAD ALI HASHEMI BIN AHMAD NIZAR
(2014634316)
2. MUHAMMAD AIMAN BIN AHAMADI
(2014830922)
3. AQMAL BIN ABD HALIM
(2014282098 )

Indeks

1 | Page

Isi kandungan

Mukasurat

Matlamat kajian

Sejarah perkembangan ibadah

Mukaddimah

3-4

Hadaf ibadah

4-5

Konsep ibadah

5-7

Ciri-ciri ibadah dalam Islam

7-10

Pembahagian ibadah

11-17

Bibliografi

18

Matlamat kajian
Ahli kumpulan kami mengharapkan para pembaca setelah menelaah bab ini dapat:
i.
ii.

Memahami hakikat Allah atas beberapa qarinah penciptaan manusia di atas muka bumi.
Menyedari peranan manusia dalam melaksanakan ibadat sebagai tanggungjawab besar dengan mendalami takrif serta

iii.
iv.
v.

pembahagiannya secara terperinci.


Pembaca dapat memperolehi asas-asas Ibadah dalam Islam.
Membongkar rahsia keajaiban Ibadah yang membawa kepada kemajuan umat Islam.
Mengaplikasikan keseluruhan skop ibadah dalam kehidupan seharian.

Sejarah Ibadah
Hukum asal ibadah menjadi haram selagi tiada dalil atau fatwa diturunkan. Sebagian kalangan mengemukakan alasan ketika suatu
ibadah yang tidak ada dalilnya disanggah dengan celotehan, Kan asalnya boleh kita beribadah, kenapa dilarang? Sebenarnya orang
yang mengemukakan semacam ini tidak faham akan kaedah yang digariskan oleh para ulama bahwa hukum asal suatu amalan ibadah
adalah haram sampai adanya dalil. Berbeza dengan perkara duniawi (seperti HP, FB, internet), maka hukum asalnya itu boleh sampai
ada dalil yang mengharamkan. Jadi, kedua kaedah ini tidak boleh dicampuradukkan. Sehingga bagi yang membuat suatu amalan tanpa
tuntunan, kita bertanya, Mana dalil yang memerintahkan?
Ada kaedah fikh yang cukup maruf di kalangan para ulama,


Hukum asal ibadah adalah haram (sampai adanya dalil).
Syaikh Saad bin Nashir Asy Syatsri -semoga Allah menjaga dan memberkahi umur beliau- berkata, (Dengan kaedah di atas) tidak
boleh seseorang beribadah kepada Allah dengan suatu ibadah kecuali jika ada dalil dari syariat yang menunjukkan ibadah tersebut
diperintahkan. Sehingga tidak boleh bagi kita membuat-buat suatu ibadah baru dengan maksud beribadah pada Allah dengannya. Boleh
jadi ibadah yang direka-reka itu murni baru atau sudah ada tetapi dibuatlah tata cara yang baru yang tidak dituntunkan dalam Islam, atau
bisa jadi ibadah tersebut dikhususkan pada waktu dan tempat tertentu. Ini semua tidak dituntunkan dan diharamkan. (Syarh Al
Manzhumah As Sadiyah fil Qowaidil Fiqhiyyah, hal. 90).

Mukaddimah
Semenjak dari alam roh lagi, umat manusia telah diisytiharkan sebagai Muslim yang 100% tulen. Akan tetapi setelah 9 bulan
ataupun lebih awal daripada itu (pramatang), seseorang bayi itu perlu mengikuti agama yang dianuti oleh ibubapa kelak. Kita sekarang

2 | Page

ini bersyukur kerana keturunan kita semuanya berpegang teguh kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW sejak 1435H yang
lalu. Senang cerita, kita telah mendapat suatu nikmat yang tidak boleh didapati oleh ahli devotees yang lain iaitu nikmat Islam.
Melalui nikmat yang Allah berikan kita perlu gunakan kerana walaupun amalan baik kita sebesar zarah dalam lautan, Dia tetap akan
memberikan ganjaran yang lebih baik berbanding jutawan kafir menyumbangkan sumbangan tidak terkira pada istilah ringgitnya
ataupun matawang yang pelbagai. Dalam skop nikmat Islam ini mengandungi aspek ibadah, merupakan pinpoint utama dalam
menjadikan kehidupan seseorang Muslim itu berkualiti tanpa membazirkan setiap titisan waktu yang sentiasa mempunyai sifat cemburu
yang tinggi kepada manusia.
Sebelum memberi pengupasan secara lebih serius, ingin kami nyatakan setiap manusia perlu tetapkan kotak pemikirannya untuk
menyedari hakikat bahawasanya manusia mesti mempunyai matlamat dan tujuan yang luas dalam menjalani kehidupan yang penuh
dengan onak dan duri yang senantiasa menghalang seseorang individu itu daripada mencapai kejayaan. Tambahan lagi, Allah SWT
dengan sendiriNya menetapkan SunnatullahNya iaitu garis panduan terhadap hukum-hukum yang dikeluarkan olehNya melalui
perantaraan Malaikat Jibrail A.S menyampaikan amanat penurunan mutawatirNya dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah untuk membuat
penganalisan isi kandunganNya yang lebih mantap sebelum Allah membawa kekasihnya, Rasullullah SAW berizlah ke Jabal Hiraq
untuk (berguru) dengan ketua segala Malaikat yang dinamakan sebagai Jibrail AS yang bersuara nyaring, menakutkan kekasihnya buat
pertama kali dengan menyuruh Baginda mempelajari pembacaan (qiraat) dengan lebih sempurna melalui surah Al-Alaq dan selepas
daripada itu baginda menggunakan segala pegangan melalui Al Quran (mukjizatnya) tanpa menggunakan akal semata-mata yang
menyesatkan. Penceritaan Rasullullah SAW mengajak seluruh manusia terutamanya umat Islam tidak boleh sesuatu mengikut perasaan
tanpa ada batas dan tanggungjawab. Ibadah dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan konsep dan amalan agama-agama atau
kepercayaan-kepercayaan yang lain. Ia bukan perbuatan mengasingkan diri, ia juga tidak terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja
atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang-orang tertentu. Ada agama yang menganggap ibadah sebagai perbuatan mengasingkan
diri atau memencil diri dari kehidupan, menjauhi diri sama sekali dari menikmati nikmat di dunia . Ibadah juga bukanlah sepertimana
yang biasa difahami oleh masyarakat umum iaitu pengucapan dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji, tetapi ia merangkumi
pengertian yang amat luas. Ia merupakan hubungan langsung di antara hamba dengan Allah tanpa perantaraan sama ada orang biasa atau
golongan ulama. Ibadah mencakupi semua perkara dan perbuatan yang sesuai dengan suruhan dan larangan Allah s.w.t. iaitu; mentaati
segala yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang. Islam telah meletakkan ibadah di tempat yang paling istimewa sekali. Dalam alQuran dijelaskan bahawa seluruh jin dan manusia dijadikan semata-mata untuk tujuan beribadah kepada Allah. Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud;
Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku.

(al-Dzariyat: 56)

Semua Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah tidak ditugaskan kecuali menyampai dan menyeru manusia supaya mengabdikan diri
kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud;
Sesungguhnya Kami telah mengutuskan kepada setiap umat itu seorang rasul supaya mereka (menyerukan); Sembahlah Allah dan
jauhilah thaghut. (al-Nahl: 36)
Ibadah juga adalah keperluan dalam fitrah manusia, sebagaimana firman Allah swt:
Dan ingatlah ketika Tuhan mu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari selbi mereka, dan Allah mengambil kesaksian terhadap
jiwa mereka (seraya berfirman), Bukankah Aku ini Tuhanmu ? Mereka menjawab,Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.
(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari Kiamat kamu tidak mengatakan,sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang
yang lengah terhadap ini (Keesaan Tuhannya). (QS. Al Araf:72)
Firman Allah SWT bermaksud: Dan Dialah yang menjadikan kamu Khalifah (penguasa-penguasa) di bumi dan Dia menunggikan
sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadaMu.
(Al-Anam:165)
Tugas sebagai khalifah Allah ialah memakmurkan bumi ini dengan mentadbir serta mengurusnya dengan peraturan dan undang-undang
Allah. Tugas beribadah dan mengabdi diri kepada Allah dalam rangka melaksanakan segala aktiviti pengurusan bumi ini yang tidak
terkeluar dari garis panduan yang datang dari Allah swt. dan dikerjakan segala kegiatan pengurusan itu dengan perasaan ikhlas kerana
mencari

kebahagian

dunia

dan

akhirat.

3 | Page

Allah SWT. telah menyediakan garis panduan yang lurus dan tepat kepada manusia dalam rangka pengurusan ini. Allah dengan rasa
kasih sayang yang bersangatan kepada manusia diturunkannya para rasul dan bersamanya garis panduan yang diwahyukan dengan
tujuan supaya manusia itu boleh mengurus diri mereka dengan pengurusan yang lebih sempurna dan bertujuan supaya manusia itu dapat
hidup sejahtera dunia dan akhirat. Lebih-lebih lagi manusia yang Allah lorongkan rezeki yang utama iaitu pancaindera untuk
mengabdikan diri semata-mata kepada Allah SWT untuk menambah nilaikan prestasi diri kita sebagai muslim dalam melaksanakan
amar makruf nahi mungkar bukan hanya kepada Dia, tetapi untuk seluruh manusia khususnya membantu mengubah pemikiran anak
bangsa sendiri dalam mengimarahkan institusi ibadah secara komprehensif dan yang paling penting kemuncak kejayaan sesuatu ummah
itu bermula daripada tahap konsisten peribadatan. Hal ini adalah demikian kerana, ibadah mampu mendisiplinkan seseorang individu itu
membolehkan penghijrahan dalaman dilaksanakan secara lebih berkesan. Melalui penghijahan sebergini, seluruh aspek kehidupan yang
dijalani oleh manusia akan diberkati dan dirahmati oleh Allah, kesannya sosioekonomi setempat semakin gah, pemikiran sejagat
bertambah mutu ke arah kemenjadiaan ummah berminda kelas pertama. Apa yang paling penting sekali, gejala maksiat akan sesekali
tidak dilakukan.
Matlamat dan Tujuan Ibadah
Sebagaimana kita ketahui dan maklum bahawa pengutusan manusia ke dunia ini tidak lain melainkan untuk beribadah
(memperhambakan diri) kepada al-Khaliq, Allah Yang Maha Pencipta dan juga kita telah mengetahui bahawa pengertian ibadah dalam
Islam merangkumi semua bidang amalan dalam kehidupan manusia.
Dan di sini timbul pertanyaan kenapa kita mengabdi menyembah Allah dan apakah matlamat ibadah itu ? Apakah ada faedah untuk-Nya
atau apa faedah yang boleh didapati oleh seseorang hamba yang menyembah-Nya ?
Jawapannya ialah bahawa Allah swt. Yang Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mendapat sebarang faedah dari ketaatan orang yang
menyembah-Nya dan tidak memberi mudarat sedikitpun dari keengganan orang yang menentang dan engkar kepada perintah-Nya.
Begitu juga tidak menambahkan kuasa keagungan pemerintahan-Nya oleh puji-pujian orang yang memuji-Nya dan tidak mengurangi
keagungan kekuasaan-Nya oleh keengkaran orang-orang yang mengengkari perintah-Nya.
Ini kerana Allah Maha Kaya dan mempunyai segala-galanya kerana semua yang ada di alam ini menjadi milik-Nya belaka sedangkan
kita manusia adalah satu dari makhluk Allah yang banyak itu, makhluk manusia ini terlalu kecil, hina dan miskin, serba kekurangan dan
sentiasa berhajat dan memerlukan kepada-Nya.
Allah, Dialah Tuhan Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Penyayang serta bersifat Maha Memberi kepada semua makhuk-Nya dan Dia
tidak menyuruh kita mengerjakan sesuatu melainkan perkara itu mendatangkan kebaikan bagi makhluk itu sendiri.
Firman Allah swt. maksudnya:
Sesungguhnya kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah dan sesiapa yang
bersyukur, sebenarnya dia bersyukur bagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungghnya Allah Maha Kaya lagi Terpuji.
(Luqman: 12)
Dari itu kita wajiblah mensyukuri segala nikmat dan kurniaan Allah swt. kepada kita semua yang mana sekiranya kita hendak
menghitungnya sudah tentu kita tidak mampu untuk berbuat demikian, begitulah besar dan banyaknya pemberian Allah kepada kita
semua sebagai makhluk-Nya.

Konsep Ibadah

4 | Page

Ibadat merupakan tugas dan kewajipan menusia terhadp Allah s.w.t, Tuhan yang menciptakan dan juga mencipta alam semesta ini. Ia
juga merupakan matlamat utama mengapa Allah menjadikan manusia sebagaimana yang diterangkan oleh Allah s.w.t dalam surah alDzariat ayat 56 yang bermaksud : Dan tidaklah Aku jadikan manusia melainkan semata-mata untuk beribadat kepadaKu".
Allah s.w.t telah menerangkan bahawa setiap Rasul yang diutuskan kepada umat manusia adalah antara lain untuk menyampaikan tugas
dan kewajipan tersebut atau untuk menyeru dan mengajak mereka kepada melaksanakan tugas dan kewajipan terhadap Allah s.w.t
seperti yang dpat kita lihat dalam firman-firman yang berikut:
a) Dan (Isa) al-Masih berkata : Wahai Bani Israel, beribadatlah kamu kepada Allah, Tuhanku danjuga Tuhanmu"- surah al-Maidah ayat
72.
b) Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya, maka ia menyeru: Wahai kaumku, beribadatlah kamu kepada Allah,
tidak ada tuhan bagimu selain daripadaNya" - surah al-'Araf ayat 59.
c) :dan kepada kaum 'Ad (kami mengutus) saudara mereka, hud. Ia menyeru : Wahai kaumku, beribadatlah kamu kepada Allah, tidak
ada tuhan bagimu selain daripadaNya. Kamu hanyalah mengada-ngada sahaja." - surah Hud ayat 61.
d) Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada setiap umat itu Rasul ( utnuk menyeru) suaya kamu beribadat kepada Allah dan
menghindari Taghut" - surah al-Nahl ayat 36.
Berdasarkan dalil-dalil di atas jelaslah menunjukkan bahawa ibadat merupakan perkara yang sangat penting yang mesti difahami betulbetul oleh setiap orang yang beriman kepada Allah dan para RasulNya sebelum ia diamalkan dan dihayatinya.
Konsep ibadah dalam Islam pula merangkumi segala kegiatan manusia sama ada dari segi rohaniah, jasmaniah, dunia , akhirat, zahir
dan batin yang mencakupi semua perkara dan perbuatan yang sesuai dengan suruhan dan larangan Allah s.w.t iaitu mentaati segala yang
disuruh dan mejauhi apa yang dilarang.

Definasi Ibadah
Kalimah ibadah berasal daripada perkataan abdun.Ibadah dari segi Bahasa bererti patuh, taat, setia, tunduk, menyembah dan
memperhambakan diri kepada sesuatu. Dari segi istilah agama Islam pula ialah tindakan, menurut, mengikut dan mengikat diri dengan
sepenuhnya kepada sesuatu. Dari segi istilah agama Islam pula ialah tindakan, menurut, mengikut dan mengikat diri dengan sepenuhnya
kepada segala perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diserukan oleh para Rasul-Nya, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.
Ibnu Taimiah pula memberi takrif ibadah, iaitu nama bagi sesuatu yang disukai dan dikasihi oleh Allah SWT.
Dari segi bahasa ibadah bererti merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Dari segi syara ibadah diertikan sebagai taat, tunduk patuh
dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah. Sheikh Ibn. Taimiyah pula menyatakan, Ibadah asal maknanya kehinaan, tetapi ibadah
yang diperintah Allah atau yang disyariatkan ke atas manusia merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama iaitu kemuncak
kehinaan diri seseorang bila berhadapan dengan Allah dan kemuncak kecintaannya kepadanya.
Al-Tabari pula, menjelaskan maksud ibadah iaitu khusu kepadanya, merendah diri dan tetap hati kepadanya. Sebagai kesimpulan
ibadah bermaksud merangkumi segala perkara yang disukai Allah dan diredhaiNya, sama ada keyakinan, sikap, perkataan, amal
perbuatan, zahir atau batin. Dalam kata lain ibadah ialah segala aktiviti manusia yang zahir dan batin dalam mengerjakan sesuatu
perkara atau meninggalkannya semata-mata dengan niat mencari keredhaan Allah.
Firman Allah
Hai orang-orang yang beriman Makanlah rezeki Yang balk Yang Kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika
kepadaNya kerana beribadah. (Al-Baqarah: 172)1
katakanlah Akan aku khabarkan kepadamu tentang pembalasan Allah yang lebih buruk dari itu yang dikutuki Allah dan dimurkaiNya,
ada yang diadikan-Nya kara, ada yang dijadikan-Nya babi dan menyembah taghut (Al-Maidah: 60)
Kepada tiap umat kami utus seorang rasul dengan perintntah beribadah kepada Allah dan tinggalkan taghut ( An-Nahl . 36)
Dan mereka meninggalkan taghut tudak lagi beribadah kepadanya, dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira.
(Az-Zumar: 17)

5 | Page

Ruang lingkup ibadah


Islam mempunyai keistimewaan dengan menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai ibadah apabila ia diniatkan dengan penuh ikhlas
kerana Allah demi untuk mencapai keredaan-Nya serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyariatkan oleh-Nya. Islam tidak
menganggap ibadah-ibadah tertentu sahaja sebagai amal salih malah ia meliputi segala kegiatan lain sebagaimana firman Allah:
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timur dan barat itu sesuatu kebaktian akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah
kebatian orang yang beriman kepada Allah Hari Kemudian, malaikat-malaikat kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta dicintai
kepada kerabatnya, anak-anak yatim orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan Orang-orang yang memintaminta, dan memerdekakan hamba sahaya, mendinkan salat dan menunaikan zakat dan orang-orang yang menepati janjinya apabila
berjanji dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka, Itulah orang-orang yang benar
(imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.
(Al-Baqarah: 177)
Firman Allah
Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan,kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah dan tidak (pula) menginjak
suatu tempat yang membangkitkan, kemarahan orang-.orang kafir dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh melainkan
dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal salih Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang
berbuat baik Dan tidak mereka menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak (pula) yang besar dan tidak melintasi suatu lembah
melainkan dituliskan bagi mereka (amal salih pula) kerana Allah akan memberi balasan kepada mereka (dengan balasan) yang tinggi
dari apa yang telah mereka kerjakan. (At-Taubah: 120-121)
Ada seorang bertanya kepada Rasulullah (s.a.w.):
Betapa besarkah pahala orang yang berjihad itu.? Jawab Rasulullah (s.a.w.):
Kamu tidak terdaya melakukannya (di luar medan jihad Perbandingan orang yang berjihad pada jalan Allan ialah seperti seorang
yang berpuasa, bangkit malam (untuk salat khusyuk membaca ayat-ayat (Al-Ouran) tidak terhenti henti mereka dari puasa dan salat
sehingga kembali orang-orang yang berjihad itu ke rumah
Bukhari Muslim, tirmidhi Nasai ibn majah
Daripada nas-nas di atas nyatalah bahawa kegiatan-kegiatan taqwa yang dikerjakn oleh seseorang seperti salat puasa dan zikir
belum memadai untuk menjadikan ia sebagai seorang Muslim yang salih. Seorang muslim yang salih itu adalah seorang yang
menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah Ini bermakna ia menjadikan seluruh masa dalam hidupnya dan setiap tindakannya
sebagai sesuatu yang ditujukan untuk mendapat keredaan Allah Oleh itu tidak terdapat ruang-ruang di dalam hidupnya dan tidak
terdapat sesuatu pun daripada perbuatannya yang terlepas dari patuh mengikuti ketentuan-ketentuan yang ditetapkan oleh Allah
Demi tujuan ini ia menyerahkan sepenuh hidupnya kepada Allah ia rela untuk mengorbankan apa sahaja yang ada padanya
walaupun ini bererti harta benda yang paling dikasihi dan jiwanya sendiri. Itulah sebabnya perbezaan di antara seorang yang berjihad
pada jalan Allah bagi membentuk masyarakat yang Salih dengan seseorang yang membataskan kegiatan ibadahnya kepada bidangbidang yang tertentu sahaja amatlah jauh Orang yang pertama lebih tinggi martabatnya dan lebih hampir kepada Allah. Dari sini
jelaslah bahawa islam tidak membataskan ruang lingkup ibadah kepada sudut-sudut tertentu sahaja. Tetapi Islam menetapkan seluruh
kehidupan manusia adalah medan amal dan persediaan bekalan bagi para mumin sebelum mereka kembali berhadapan dengan Allah di
Hari Pembalasan nanti.
Hakikat ini ditegaskan oleh Al-Quran sebagai:
(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia maha
Perkasa lagi Maha Pengampun.
(Al-Mulk: 2)
Apa sahaja kegiatan dan perbuatan yang dilakukan oleh seorang muslim dengan penuh ikhlas untuk mendapatkan keredaan Allah serta
dikerjakan menurut ketetapan-ketetapan syara maka ianya dianggap sebagai ibadah yang dikumpulkan sebagai amal salih
Oleh itu ruang lingkup ibadah di dalam islam sangatlah luas Ia adalah seluas tempoh hayat seseorang muslim dan
kesanggupan serta kekuatannya untuk melakukan apa sahaja amal yang diredai oleh Allah di dalam tempoh tersebut.

Peringkat-peringkat Ibadah
Al-Tahanui di dalam kitab Mawsua'at istilah al-Ulum al-Islamiah menjelaskan bahawa ibadat itu ada tiga peringkat:
Pertama : iaitu ada yang beribadat kepada Allah s.w.t kerana mengharapkan pahala dan takutkan siksa. Yang demikian adalah "ibadat"
yang masyhur iaitu yang merupakan ibadat kebanyakan orang mukmin.
Kedua : Iaitu ada yang beribadat untuk memperoleh kehormatan dan digelar sebagai hamba Allah. Yang demikian disebut "Ubudiyat"
ketiga : iaitu ada yang beribadat kepada Allah kerana membersarkan, mengagongkan dan heibah iaitu perasaan hormat dan takut, malu
dan cinta kepadaNya. Ibadat seperti ini merupakan martabat ibadat yang paling tinggi iaitu disebut "Ubudat".

6 | Page

Jadi, Ubudat ialah ibadat kepada Allah kerana membesarkanNya atau mengagongkan dan kerana perasaan hormat yang disertai serta
malu dan kerana cinta kepada Nya. Ubudat ini adalah lebih tinggi daripada Ibadat dan Ubudiyat.
Ibadat tempatnya adalah badan, iaitu menegakkan perintah. Ubudiyat tempatnya adalah ruh iaitu redha dengan segala hukum dan
ketetapan Allah dan Ubudat tempatnya adalah sir iaitu rahsia.
Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud : " abu Bakar melebihi kamu bukan dengan sebab banyaknya solat atau puasa tetapi beliau
melebihi kamu dengan sebab sesuatu yang bersemadi di dalam dadanya. Yang dimaksudkan dengan sesuatu yang besemadi di dalam
dadanya ialah perasaaan membesar dan mengagongkan Allah s.w.t.
Asas-asas Ibadah
Ibadah dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang unik dan berbeza dari agama dan kepercayaan yang lain. antaranya ialah :
a) Bebas dari sebarang perantaraan : Ibadah dilakukan secara langsung antara makhluk dan Khaliq (Allah) tanpa sebarang
perantaraan.
b) Tidak terikat dengan sesuatu tempat tertentu. Setiap hamba Alah dapat berhubung dengan Allah dari arah dan penjuru dan di
mana saja ia berada. Sabda Rasullah s.q.w yang bermaksud : " Seluruh muka bumi ini adalah dijadikan masjid untukku: suci dan
bersih".
c) Tidak membebankan : Ibadah dalam Islam bersifat mudah, ringan dan dalam kemampuan manusia melakukannya.
d) Meliputi semua bidang kehidupan : Ibadah dalam Islam bukan hanya terbatas kepada hubungan manusia dengan allah bahkan
merangkumi hubungan manusia sesama manusia yang merangkumi aspek ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya.
e) Ikhlas :
Skop Ibadah ( menurut Ibn Taimiyah )
i) Ibadah adalah semua perkara yang disukai dan diredhai oleh Allah s.w.t sama ada perkataan, zahir dan batin." Oleh itu, sembahyang,
puasa, zakat, haji, bercakap benar, menunaikan amanah, berbakti kepada orang tua,menghubungkan silaturahim, menyuruh yang
maaruf, mencgah yang mungkar, berdoa, berzikir, membaca al-Quran dan seumpamanya adalah termasuk dalam ibadah.
ii) Ibadah adalah kepatuhan atau ketundukan yang terbit dari hati yang mencintai allah kerana tiada yang lebih layak dicintai melainkan
Allah s.w.t. Oleh itu, kasih kepada Allah dan RasulNya, takut kepadanya, taubat, ikhlas, sabar terhadap ketentuan Allah, bersyukur
terhadap nikmatnya, redha kepada qadha' dan qadar, bertawakkal kepadanya dan takut terhadap azab Allah juga termasuk dalam skop
ibadah.
Tegasnya skop ibadah dalam Islam amat luas iaitu merangkumi seluruh aktiviti kehidupan. Demikian juga tidur anda, percakapan anda,
perbuatan anda dan sebagainya. Skopnya begitu luas sehingga hubungan seks anda dengan isteri atau suami juga dikira sebagai ibadah.

Ciri-Ciri Ibadah Dalam Islam


1. Ibadah hanya dikerjakan semata-mata kerana Allah
Al-Quran menitikberatkan bahawa ibadah itu hendaklah dilakukan kerana Allah semata-mata. Firman Allah:
Dan Rabmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia
(Al-Isra 23.)
Ia telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia.
(Yusuf 40)
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-NYa dengan sesuatu pun.
An-Nisa 36)
Mereka tetap menyembah Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Ku,
An-Nur 55)
Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhan-Nya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang salih dan janganlah ia
mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.

7 | Page

(Al-Kahfi: 110)
Oleh itu segala tindakan yang dilakukan oleh manusia mestilah diniatkan semata-mata kerana Allah. Untuk mengawal asas dan dasar
ini, Islam menegah setiap perbuatan atau tindakan yang boleh mendatangkan maksud penyembahan sesama manusia atau pun membuka
jalan untuk mengelirukan pengertian ibadah yang semestinya dikhususkan hanya kepada Allah.
2. Perhubungan langsung di antara hamba dan Penciptanya.
Dalam Islam, perhubungan dapat dilakukan oleh seorang hamba dengan Allah secara langsung. Ibadah di dalam islam tidak
berhajat adanya orang tengah sebagaimana yang terdapat pada setengah-setengah agama lain. Begitu juga tidak terdapat dalam Islam
tokoh-tokoh tertentu yang menubuhkan satu lapisan tertentu yang dikenali dengan nama tokoh-tokoh agama yang menjadi orang-orang
perantaraan antara orang ramai dengan Allah.
Di dalam Islam peranan para ulama dan fuqaha hanyalah untuk mengkaji dan menyelilidiki hukum-hukum syara serta
mengajarkannya kepada orang ramai. Peranan mereka bukan untuk mengampuni dosa atau mengkabulkan doa seseorang kepada Allah
sebagaimana yang terdapat pada setengah-setengah agama lain.
3. Melambangkan khudu ))yang penuh dan ketaatan yang mutlak kepada Allah
Ibadah dalam Islam melambangkan khudu atau ketundukan seseorang sepenuhnya kepada Allah serta ketaatannya yang
mutlak terhadap-Nya. Oleh itu dalam bidang ibadah khusus ianya bersifat taufiqiyyah; iaitu ia dilaksanakan menurut garis-garis yang
ditunjukkan oleh Rasululullah (s.a.w.) dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara dan sebagaimana yang telah
dilakukan sendiri oleh Rasulullah (s.a.w.). Tidak boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya.
Sabda Rasulullah (s.a.w.):
Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.
(Bukhari)
Ambillah kamu daripadaku cara-cara (manasik) ibadat haji kamu.
(Bukhari)

Ada pun bagi ibadah-ibadah umum ketundukan dan kepatuhan ini dapat dilaksanakan dengan benar-benar mencontohi Rasulullah
(s.a.w) dalam seluruh jalan kehidupan. Ini berdasarkan kepada firman Allah
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan
rahmat Allah dan (kedatangan) Hari qiyamah dan dia banyak menyebut Allah
Al-Ahzab 21)

Firman Allah
Katakanlah: jika kamu (benar-benar) mencintai Allah ikutilah situ, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Ali-Imran 31)

Firman Allah
Apa yang diberikan rasul kepada maka terimalah dia, dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.
(Al-Hasyr: 7)
Kepatuhan mengikut apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah (s.a.w.) bererti seseorang itu telah menundukkan dirinya mematuhi dan
mentaati perintah Allah di dalam ia melakukan segala ibadah di dalam kehidupan
Segala perkara atau amal selain dari kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari kkeredaan Allgh. Ini
termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan hariannya.
4. Breeding scope Ibadah yang luas
Ruang lingkup ibadah di dalam Islam amat luas sekali. Ianya merangkumi setiap kegiatan kehidupan manusia. Setiap apa yang
dilakukan baik yang bersangkut dengan individu mahupun dengan masyarakat adalah ibadah menurut islam selagi mana ia memenuhi
syarat-syarat tertentu.
Syaratsyarat tersebut adalah seperti berikut:
i. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui islam bersesuaian dengan hukum-hukum syara dan tidak bercanggah dengan hukumhukum tersebut. Adapun amalan-amalan yang diingkari oleh Islam dan ada hubungan dengan yang haram dan masiat, maka tidaklah
sekali-kali ia dijadikan amalan ibadah.
ii. Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang balk bagi tujuan untuk memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarganya,
memberi manfaat kepada umat seluruhnya dan bagi memamurkan bumi sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.
iii Amalan tersebut mestilah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati apa yang ditetapkan oleh Rasulullah (s.a.w.):
Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerana dengan memperelokkan kerjanya.

8 | Page

(Muslim)
iv. Ketika membuat amalan tersebut hendaklah Sentiasa menurut hukum-hukum syara dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang
lain, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menincds atau merampas hak orang.
v. Tidak mencuaikan ibadah-ibadah khusus seperti salat zakat dan sebagainya dalam melaksanakan ibadah-ibadah umum
Firman Allah
Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta-harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah batangsiapa
berbuat demikian maka mereka sebenarnya orang-orang yang rugi.
(Al-Munafiqun 9)
Firman Allah
Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh pemiagaan ataujual beli dari mengingati Allah mendirikan salat dan menunaikan zakat
(An-Nur: 37)
Jadi, bila sahaja seorang mumin dapat menyempurnakan kelima-lima syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan
hidupnya setiap hari, maka dia akan dikira sentiasa beribadah kepada Allah meskipun dia tidak duduk di dalam masjid ketika membuat
kerja-kerja tersebut.
Tidak tertakluk hanya pada sesuatu tempat peribadatan sahaja.
Di dalam Islam perlaksanaan ibadah tidak tertakluk kepada tempat-tempat tertentu. Seluruh bumi Allah adalah tempat beribadah bagi
para mumin.
Firman Allah
Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya.
Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali) setelah dibangkitkan.
(Al-Mulk: 15)
Di dalam Islam Ibadah boleh dilakukan di mana-mana sahaja kerana di mana sahaja seseorang itu berada, perhubungannya adalah terus
kepada Allah Islam menganggap seluruh bumi sebagai masjid kecuali tempat-tempat yang najis dan kotor Itulah sebabnya Rasulullah
(s.a.w.) salat di mana-mana sahaja baginda berada, sama ada di tengah-tengah padang pasir atau di atas kenderaannya.

Pembahagian Ibadah :
Syaikh Utsaimin melanjutkan, Perlu diketahui bahwa mutabaah tidak akan dapat tercapai kecuali apabila amal yang dikerjakan sesuai
dengan syariat dalam enam perkara:

1.

Sebab, yakni jika seseorang melakukan ibadah kepada Allah dengan sebab yang tidak disyariatkan, maka ibadah tersebut
adalah bidah dan mardud (tertolak). Contoh : seseorang yang melakukan sholat tahajjud pada malam 27 Rajab, dengan alasan
bahwa malam tersebut adalah malam miraj Rasulullah r, adalah bidah, dikarenakan sholat tahajjudnya dikaitkan dengan sebab
yang tidak ditetapkan dengan syariat, walaupun sholat tahajjud itu sendiri adalah sunnah. Namun karena dikaitkan dengan
sebab yang tidak syari, sholatnya menjadi bidah.

2.

Jenis, yakni ibadah harus sesuai dengan syariat dalam jenisnya, jika tidak maka termasuk bidah. Contoh : seseorang
menyembelih kuda untuk kurban adalah tidak sah, karena menyelisihi syariat dalam ketentuan jenis hewan kurban, yang
disyariatkan hanyalah unta, sapi dan kambing.

3.

Kadar (bilangan), yakni ibadah harus sesuai dengan bilangan/kadarnya, jika menyelisihinya maka termasuk bidah. Contoh :
seseorang sholat dhuhur 5 rakaat, dengan menambah bilangan sholat tersebut, hal ini tidak syak lagi termasuk bidah yang
nyata.

4.

Kaifiyat (cara), seandainya seseorang berwudhu dengan cara membasuh kaki terlebih dahulu kemudian tangan, maka tidak
sah wudhunya, karena menyelisihi kaifiyat wudhu.

5.

Waktu, yaitu seandainya ada orang yang menyembelih binatang kurban pada hari pertama bulan Dzulhijjah, maka tidak sah,
karena waktunya tidak sebagaimana yang diperintahkan.

9 | Page

6.

Tempat, seandainya seseorang beritikaf bukan di Masjid, maka tidak sah Itikafnya, karena Itikaf hanyalah disyariatkan di
masjid, tidak pada selainnya.

Ibadah dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu Ibadah Umum dan Ibadah khusus. Kedua-duanya penting bagi umat Islam
untuk dilakukan supaya dapat menjamin kedudukan di akhirat dan menjadi kewajipan seorang hamba kepada Allah SWT.
Ibadah khusus, iaitu perkara yang wajib dilakukan oleh orang Islam sebagai satu cara mengabdikan diri kepada ALLAH SWT. Ia
merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung dalam Rukun Islam seperti seperti solat, puasa, zakat,
haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah Al-Quran, zikir dan seumpamanya.
Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam dan
berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara' dan sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Sallalahu Alaihi
Wasallam tanpa boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya.
Ibadah khusus ada banyak jenis. Ada ibadah khusus yang berkaitan dengan waktu-waktu khusus seperti solat fardhu. Ada yang
berkaitan dengan kekhususan tempat dan waktu seperti menunaikan haji. Ada berkaitan dengan kekhususan tempat seperti solat
tahiyyatul masjid.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang."(Sahih Bukhari)
Ibadah umum pula adalah segala perkara atau amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas di mana ia dilakukan sematamata untuk mencari keredaan ALLAH SWT. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya.
Ibadah-ibadah yang tidak mengikut pengkhususan di atas, bersifat mutlah yang boleh diamalkan, selagi tidak ada dalil-dalil yang
mengharamkannya untuk dilaksanakan pada tempat-tempat tertentu, atau pada masa-masa tertentu, atau pada individu-individu tertentu
dengan sebab ada mani/halangan.
Antara ibadah umum adalah solat sunat mutlak dan puasa sunat mutlak. Selama tidak ada dalil yang mengharamkan pelaksanaannya,
maka ia sunat dilakukan. Contoh sesuatu ibadah sunat mutlah yang haram adalah puasa sunat pada Hari Raya. Hal ini kerana
terdapatnya dalil pengharaman tentang puasa pada hari tersebut. Begitulah seterusnya.
Zikir adalah termasuk ibadah umum yang boleh dilakukan di mana sahaja, dalam bentuk apa sahaja, selagi bentuk-bentuk dan cara
pelaksanaannya tidak ada nas yang mengharamkannya. Jika terdapat nas yang mengharamkannya, justeru zikir adalah haram
diucapkan.
Sebagai contoh, ada dalil yang melarang zikir dengan lisan di dalam tandas. Oleh itu perbuatan berzikir secara lisan adalah haram
selama seseorang berada di dalam tandas. Sebaliknya, jika terdapat dalil umum yang mengharuskan sesuatu ibadah sunat itu dan tidak
ada pula dalil pengharaman dalam segala aspek, maka ibadah umum tersebut dibenarkan untuk diamalkan.
Ada juga sesetengah dari ulamak menambahkan ibadah ini kepada beberapa lagi jenis ibadah. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga jenis
ibadah di atas kita rangkumkannya dalam sejenis ibadah umum. Jenis ibada lain itu adalah:

10 | P a g e

1.

Ibadah Badaniah: tubuh badan seperti sembahyang, menolong orang dalam kesusahan dan lain-lain.

2.

Ibadah Maliyah: harta benda seperti zakat, memberi sedekah, derma dan lain-lain

3.

Ibadah Qalbiyah: hati seperti sangka baik, ikhlas, tiada hasad dengki dan lain-lain

Terdapat beberapa syarat amal yang disenaraikan untuk mendapat status ibadah. Yusuf Al-Qardhawi di dalam bukunya, Ibadah Dalam
Islam, telah memberikan syarat-syarat supaya sesuatu perbuatan itu mendapat status ibadah:
1.

Amalan-amalan yang dikerjakan itu mestilah bersesuaian dengan hukum Islam dan tidak bercanggah dengan hukum tersebut.

2.

Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik atau kerana ALLAH SWT.

3.

Amalan tersebut mestilah dilakukan dengan seelok-eloknya bagi menepati oleh Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ALLAH suka
apabila seseorang daripada kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya" (HR Muslim)

4.

Ketika membuat amalan tersebut, hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syara dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi
orang lain, tidak khianat, tidak menipu, tidak menindas orang lain dan merampas hak-hak orang.

5.

Tidak mengecualikan ibadah-ibadah khusus seperti solat, zakat dan sebagainya dengan melaksanakan ibadah-ibadah umum.

Sesungguhnya ibadah dalam Islam tidak hanya terbatas kepada solat, zakat, puasa, haji, berzikir, berdoa dan beristighfar sebagaimana
yang difahami oleh setengah-setengah golongan dalam kalangan umat Islam. Kebanyakan mereka menyangka bahawa apabila mereka
telah menunaikan perkara-perkara fardhu bererti mereka telah menyempurnakan segala hak ALLAH SWT dan kewajipan 'ubudiyyah'
terhadapNya.
Sebenarnya, kewajipan-kewajipan yang besar dan rukun-rukun asasi walaubagaimana tinggi kedudukannya, ia hanyalah sebahagian
daripada tuntutan 'ibadah kepada ALLAH SWT'. Ia tidak merupakan seluruh ibadah yang ditetapkan oleh ALLAH SWT kepada hambahambaNya. Kewajipan-kewajipan tersebut adalah tiang-tiang utama bagi mengasaskan dasar-dasar 'ubudiyah manusia kepada ALLAH
SWT'. Selepas itu, adalah dituntut bahawa setiap tindakan yang dilakukan olehnya mestilah selaras dengan dasar-dasar tersebut serta
mengukuhkannya.
Manusia telah dijadikan oleh ALLAH SWT dengan tujuan untuk beribadah kepada ALLAH SWT. Oleh itu, tujuan ini hanya dapat
dilaksanakan oleh manusia sekiranya ruang lingku ibadah dan daerah-daerahnya cukup luas sehingga ia meliputi seluruh kehidupan
manusia itu sendiri.
Ibadah dapat meningkatkan keimanan seseorang dengan cara yang tersendiri. Setiap bentuk ibadah yang berbeza mengandungi cara
yang berbeza dalam meneguh dan menguatkan keimanan. Untuk memudahkan penerangan mengenai cara ibadah menguatkan keimanan
seseorang dan dapat mencegah perkara mungkar, saya akan menerangkannya berdasarkan cara-cara beribadah yang berbeza seperti di
bawah.
Pertama sekali dalam solat. Tujuan utama solat adalah untuk mengingati ALLAH SWT. Maksud firman ALLAH SWT:"Dan dirikanlah
solat untuk mengingatiKU." (Surah Taha: 14). "Ingati ALLAH" yang dimaksudkan di sini adalah merasakan kehadiran ALLAH SWT
dalam diri sehingga menimbulkan rasa takut, kagum, malu, hina dan sangat berharap kepada ALLAH SWT dalam hati.

11 | P a g e

Dengan bersolat kita akan dapat menghadirkan rasa rendah diri kerana kita akan sedar betapa kecil dan hinanya kita apabila berhadapan
dengan ALLAH SWT. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan keimanan kita sebagai seorang Muslim.
Apabila kita bersolat dengan khusyuk dan tawadduk, kita akan dapat membezakan antara yang hak dan batil. Kita akan dapat
membezakan hal kebenaran dan keburukan. Maka, secara automatiknya, kita akan dapat menghindarkan diri kita sendiri daripada
melakukan perkara kemungkaran.
Bercakap mengenai puasa pula. Terdapat pelbagai kelebihan yang terdapat dalam puasa. Hal ini telah berjaya dibuktikan dengan kaedah
saintifik bahawa puasa dapat meningkatkan taraf kesihatan manusia. Tujuan puasa adalah untuk melahirkan sifat taqwa dengan hukumhukum ALLAH SWT.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana orang yang
terdahulu daripada kamu agar kamu menjadi orang yang bertaqwa" (Surah Al-Baqarah 2:183).
Dengan sifat taqwa seseorang akan naik "darjatnya" di sisi ALLAH SWT. Dengan berpuasa kita akan dapat merasai penderitaan orangorang yang tidak dapat menikmati hidangan enak dan lazat seperti yang kita dapat setiap hari. Hal ini akan melahirkan rasa syukur
dalam diri dan menguatkan iman di hati kita.
Orang beriman adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada pada dirinya. Apabila kita bersyukur, kita akan berusaha sedaya
upaya untuk menzahirkan rasa syukur tersebut. Justeru itu, kita akan berusaha melakukan perkara yang diperintahkan oleh ALLAH
SWT dan meninggalkan laranganNYA yakni perkara-perkara mungkar.
Beralih pula kepada ibadat zakat. Tujuan utama mengeluarkan zakat adalah untuk melatih hati agar mampu memberi kepada orang lain.
Sesungguhnya dalam rezeki kita yang melimpah ruah itu, sebahagiannya adalah milik orang lain. Sasaran ibadah zakat ialah untuk
melunturkan sifat tamak, rakus dan pentingkan diri dalam diri manusia.
Zakat itu bermaksud 'bersih'. Zakat fitrah adalah untuk membersihkan diri manakala zakat harta untuk membersihkan harta. Dengan
kebersihan diri dan harta ini akan bersihlah hati seseorang daripada kekotoran sifat mazmumah. Sifat-sifat mazmumah inilah yang
menjadi dalang kepada perbuatan-perbuatan mungkar yang kita lakukan.
Jadi, apabila sifat mazmumah berjaya dihapuskan dengan memberi zakat, kita akan sedar bahawa harta yang banyak tidaklah begitu
penting jika hendak dibandingkan dengan ibadah. Apabila kita membayar zakat, kita akan berjaya melawan hawa nafsu dan rasa tamak
pada harta. Apabila kita berjaya melawan hawa nafsu ini, ia menandakan yang kita telah berjaya meningkatkan keimanan dalam diri
kita.
Ibadah haji dan korban pula meletakkan hati sebagai sasaran. Haji hakikatnya adalah kembara seorang hamba membawa hatinya menuju
kepada ALLAH SWT. Ibadah korban bertujuan menyembelih rasa cinta selain ALLAH SWT dalam hati manusia untuk hanya mencintai
ALLAH.
Apabila kita menjalankan ibadah haji walaupun memerlukan kos yang tinggi bagi penduduk luar Mekah, kita akan berjaya menzahirkan
rasa kehambaan kita kepada ALLAH SWT. Manakala apabila kita menyembelih binatang peliharaan yang menjadi kesayangan kita, kita
akan membuktikan bahawa tiada cinta lain yang lebih tinggi daripada cinta kita terhadap ALLAH SWT.

12 | P a g e

Firman ALLAH SWT dalam al-Quran yang bermaksud: "Daging dan darah korban itu tidak sampai kepada ALLAH, tetapi apa yang
sampai adalah hati yang bertaqwa".
Setakat ini dulu. Semoga kita rajin beribadah dan ibadah kita diterima oleh ALLAH SWT. Semoga ibadah yang kita lakukan membantu
kita di akhirat kelak.

Syarat-Syarat Pekerjaan / Amalan Menjadi Ibadah


Sesuatu pekerjaan atau sebarang amalan itu boleh dijadikan sebagai ibadah kepada Allah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti
berikut :
1. Orang yang melakukan hendaklah beragama Islam.
2. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam. Sesuai dengan hukum syariah dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum
tersebut. Adapun amalan-amalan yang diingkari Islam seperti pekerjaan yang ada hubungannya dengan riba, tari menari, perkaraperkara maksiat dan sebagainya, tidaklah sekali-kali menjadi ibadah. Allah bersifat bersih dan baik, tidak menerima amalan yang
kotor kecuali yang baik dan bersih sahaja.
3. Amalan-amalan itu dikerjakan hendaklah dengan niat yang baik. Sama ada untuk memelihara kehormatan diri atau menyenangkan
keluarganya atau memberi manfaat kepada umatnya atau untuk memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh
Allah.
4. Semasa membuat pekerjaan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak
menipu dan tidak menindas atau mencampur hak orang.
5. Segala pekerjaan duniawi itu tidak melalaikan dan mencuaikan dari melaksanakan kewajipan ibadah. Khususnya seperti sembahyang,
puasa dan sebagainya sesuai dengan firman Allah :
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman janganlah hendaklah harta-harta kamu dan anak pihak itu melalaikan kamu dari mengingatkan
Allah. Sesiapa berbuat demikian maka merekalah sebenarnya orang-orang yang rugi.
Jadi, bila sahaja seorang mukmin dapat menyempurnakan syarat-syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan
hidupnya setiap hari dia adalah dikira sentiasa beribadat kepada Allah meskipun dia tidak duduk di Masjid atau di surau ketika membuat
kerja-kerja itu.

Hikmah Ibadah
1. Ibadah dalam Islam adalah merupakan makanan atau riadhah ruhi sebagaimana jasad memerlukan makan dan minuman.
2. Untuk memerdekakan diri manusia daripada menghambakan diri kepada sesuatu makhluk selain daripada Allah.
3. Untuk memberikan suatu keyakinan dan tempat pergantungan yang sebenarnya yang telah menjadi fitrah atau tabiat semulajadi
manusia.
4. Untuk mengembalikan dan meletakkan manusia itu di tempat fitrahnya yang betul sebagai hamba Allah Taala.
5. Ibadah juga merupakan ujian Allah kepada hambanya dalam seluruh hidupnya.
6.

Ibadah juga suatu garis pemisah yang membezakan antara Islam dengan kafir dan antara manusia dengan makhluk-makhluk
lain.

Penutup
Sesungguhnya ibadah di dalam Islam tidak hanya terbatas kepada saIat, zakat, puasa, haji. berzikir, berdoa dan beristighfar
sebagaimana yang difahami oleh setengah-setengah golongan di kalangan umat Islam. Kebanyakan mereka menyangka bahawa bila
mereka telah menunaikan perkara-perkara yang fardhu bererti mereka telah menyernpurnakan segala hak Allah dan kewajipan
ubudiyyah terhadap-Nya.
Sebenarnya kewajipan-kewajipan yang besar dan rukun-rukun asasi walau bagaimana tinggi kedudukannya, ia hanyalah sebahagian
daripada tuntutan ibadah kepada Allah. Ia tidak merupakan seluruh ibadah yang ditetapkan Allah kepada hamba-hamba-Nya.

13 | P a g e

Kewajipan-kewajipan tersebut adalah tiang-tiang utama bagi mengasaskan dasar-dasar ubudiyyah manusia kepada Allah. Selepas ini
adalah dituntut bahawa setiap tindakan yang dilakukan olehnya mestilah selaras dengan dasar-dasar tersebut serta mengukuhkannya.
Manusia telah dijadiikan Allah dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah. Oleh itu tujuan ini hanya dapat dilaksanakan oleh
manusia sekiranya ruang lingkup ibadah dan daerah-daerahnya cukup luas sehingga ia meliputi seluruh urusan kehidupan manusia itu
sendiri.

Sebagaimana yang telah kita faham sebelum ini runglingkup ibadah itu adalah terlalu luas sebagaimana yang telah
dijelaskan iaitu ibadah merupakan semua kegiatan hidup manusia itu sendiri yang sesuai dengan syariat Islam yang suci dan
murni itu, oleh itu bolehlah difaham ibadah dalam Islam bermula sejak dari adab-adab masuk ketandas mengerjakan qadha hajat
hinggalah sampai kepada bagaimana cara mengurus kewangan dan mentadbir negara.
Kegiatan hidup manusia ini akan termasuk ke dalam makna ibadah yang diberi ganjaran dan pembalasan pahala baik di akhirat
apabila ia menepati dengan kehendak syarak, tidak menyeleweng dari kehendak dan ketentuan Allah swt. dikerjakan mengikut
peraturan dan syarat-syaratnya, disertai pula dengan niat yang betul dan ikhlas semata-mata dilakukan kerana mencari keredaan
Allah swt. tidak kerana yang lain dari-Nya, menghindarkan diri dari perasaan riak, (menunjuk-nunjuk), ingin dipuji dan terkenal
sebagai orang yang rajin, tekun, orang baik dan ingin disebut-sebut sebagai ahli ibadah oleh orang ramai dan juga suka berbangga
dengan memberi tahu kepada orang lain akan amal kebajikannya. Ia juga hendaklah menghindarkan diri dari merasa bangga
kerana ia telah banyak berbuat kebajikan dan berbuat amal ibadah.
Oleh itu ibadah dalam Islam bukanlah terhad kepada amalan-amalan ibadah yang ritual semata-mata seperti sembahyang, zikir,
puasa, haji dan sebagainya yang disebut sebagai ibadah khusus, tetapi ibadah merangkumi, kerja-kerja kemasyarakatan dan sosial,
mencari rezki, sahinggalah kepada mengurus dan mentadbir negara; semuanya itu akan menjadi ibadah sekiranya ia dilakukan
menurut cara dan kehendak Islam serta niat dari hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt.

14 | P a g e

Bibliografi
Fiqh Ibadah, Abu Dhiya,Percetakan Zafar Sdn. Bhd
Al-Ibadah Fil Islam,Dr Yusuf Al-Qardhawi
Al-Ubudiyyah,Ibnu Taimiyah
Studi Islam, Aqidah, Syariah, Ibadah, Jakarta: Yayasan Nurul Iman, 1976
Renungan Tasawuf, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1985
https://sites.google.com/site/khazalii/3udi2052ibadahdalamislam

15 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai