Anda di halaman 1dari 7

TOKOH-TOKOH ILMUAN ISLAM

IBNU SINA
BAPA PERUBATAN MODEN
Ibnu Sina atau Abu Ali Al-Husain binAbdullah bin Sinamerupakan seorang Parsi iaitu
dari suku kaum Tajik.
Inu Sina mula terkenal dalam bidang perubatan apabila
beliau berjaya mengubatu putera Nuh bin Nas Al-Samani yang gagal diubati oleh
doktor-doktor lain . Semasa di Hamadan , Ibnu Sina berjaya menyiapkan karya
perubatannya yang terkenal iaitu
Al-Qanun I Al-Tibb .
Ini adalah sebuah
ensiklopedia perubatan yang terdiri daripada 5 jilid. Beliau telah menyenaraikan
ubat-ubatan dan penyakit penyakit yang dihidapi oleh manusia, melibatkan semua
bahagian anggota badan. Ia juga turut memuatkan 760 ubat-ubatan. Ibnu Sina
juga bertanggungjawab memperkenalkan cara mengubati penyakit jiwa dan
tekanan perasaan melalui kaedah perubatan yang dikenali sebagai Psokoterapi .
Di samping itu , pakar-pakar perubatan mengakui bahawa Ibnu Sina adalah orang
yang bertanggungjawab mengubati penyakit-penyakit yang serius seperti barah ,
termasuk barah usus.
Beliau telah menghembuskan nafas terakhir nya di
Hamadan pada tahun 1037 Masihi.

BNU KHALDUN
BAPA SAINS KEMASYARAKATAN
Ibnu Khaldun bukan sahaja diangap sebagai bapa ilmu sosiologi tetapi turut
dikenang sebagai seorang pemikir dan berpengetahuan dalam bidangpolitik serta
diplomatis dan seorang yang mahir dalam ilmu-ilmu kenegaraan.
Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun atau Ibnu Khaldun , telah dilahirkan di
Tunisia pada 27 Mei 1332. Ibnu Khaldun telah belajar dengan beberapa orang
cerdik pandai Islam antaranya, Muhammad As-Satti , Abdul Muhaimin dan
Muhammad bin Ibrahim Al-Abili. Ibnu Khaldun pernah menjawat pelbagai jawatan
termasuklah memegang jawatan bertaraf Menteri iaitu menjadi Setiausaha Negara,
Duta, Pengetua atau Guru Besar serta menjadi Ketua Hakim. Bahkan Ibnu Khaldun
pernah menjadi Perdana Menteri ketika pemerintahan Amir Abdullah dan Sultan Abu
Hammu iaitu pemerintah di Bijanah. Salah sebuah karya yang telah berjaya ditulis
ialah Muqaddimah iaitu sebuah buku pengenalan sejarah . Ianya terdiri dari 6
buag bab. Bab 1 menyentuh tentang sosiologi umum , dalam bab 2 dan bab 3
sosiologi ekonomi.
Sementara akhir sekali bab 6 berkaitan sosiologi ilmu
pendidikan. Selain, Muqaddimah , beliau turut menulis beberapa buah buku seperti
Kitab Al-Tasrif dan Kitab
Al-Ibar. Kitab Al-Tasrif menerangkan sebuah
biografi tentang diri beliau sendiri. Dalam buku MUqaddimah , beliau banyak
membincangkan prinsip dan falsafah ekonomi Islam termasuk tentang keadilan ,
kerjasama dan kesederhanaan serta bekerja keras.
Ibnu Khaldun turut
membincangkan tentang kenaikan tetap pada paras harga yang menurut beliau

diperlukan untuk mengekalkan tahap pengeluaran atau produktiviti. Beliau juga


menerangkan kaitan di antara pertumbuhan ekonomi dan pembahagian tenaga
buruh dengan pasaran ,
di mana pengaruh pasaran amat penting dalam
menentukan kedua-duanya.

IBNU FIRNAS
JUTERA DAN JURUTERBANG PERTAMA DI DUNIA
Ibnu Firnas telah berjaya menrbangkan alat peluncur pada tahun 875 Masihi , iaitu
seribu tahun lebih awal daripada kejayaan kejayaan yang dilakukan Ovirle Wright
dan Wilbur Wrig ( Wright Bersaudara ).
Nama sebenar Ibnu Firnas ialah Abbas Ibnu Firnas dan dikenali sebagai Abbas
Qassim bin Firnas. Ibnu Firnas adalah seorang jurutera, pencipta, ahli muzik, ahli
fizik, dan juga penyair. Ibnu Firnas telah berjaya mencipta sepasang sayap untuk
terbang. Sayap tersebut menyerupai konsep wau dan berfungsi seperti mesin
peluncur (glider) yang ada sekarang, ianya diilhamkan daripada pemerhatian beliau
bagaimana burung-burung terbang pada tahun 875. Ibnu Firnas telah membuat
sepasang bingkai kayu yang menyerupai sayap burung dan dilekatkan dengan bulubulu. Setelah berjaya menyiapkan model sayap terbang tersebut, beliau telah terjun
dari bukit yang bernama Al-Arus (Mount of the Bride) dengan menggerakkan
kedua-kedua belah tangannyadengan tujuan mengibarkan sayap terbang yang
direkanya. Beliau berjaya terbang buat seketika sebelum berpatah balik ke tempat
beliau mula-mula terjun dan ketika itulah beliau tidak dapat mengawal sayap
terbang menyebabkan beliau jatuh. Akibatnya beliau mengalami kecederaan pada
bahagian punggungnya yang menyebabkan aktiviti beliau terbatas.
Beliau
meninggal dunia pada tahun 887 iaitu setelah dua belas tahun beliau berjaya dalam
ujian penerbangannya.

IBNU AL-HAITHAM
BAPA ILMU OPTIK MODEN
Salah seorang cerdik pandai Islam yang telah diiktiraf oleh dunia barat akan
sumbangan besar yang telah diberikan ialah seorang pakar mata bernama AlHaitham.
Ibnu Al-Haitham atau nama sebenar Abu Ali Al-Hasan bin Al-Hasan bin Al-Haitham.
Dalam kalangan cerdik pandai barat, beliau lebih dikenali Al-Hacen atau AlHazen . Beliau telah menyiapkan karyanya yang terkenal iaitu Al-Manazir atau
Buku Optik. Buku ini mempunyai tujuh bab yang meliputi optik, fizik, matematik,
anatomi dan psikologi. Al-Haitham telah membuktikan bahawa cahaya sebenarnya
terhasil daripada objek yang dilihat. Al-Haitham juga menyatakan, bahawa cahaya
bergerak dalam satu garis lurus. Ibnu Al-Haitham, juga melakukan uji kaji terhadap
kaca, termasuk dengan cara membakarnya. Hasil daripada ujikaji tersebut, tercetus
idea teori kanta pembesar. Ibnu Al-Haitham juga banyak menulis tentang falsafah,

ilmu lojik, metafizik, dan hal-hal yang berkaitan dengan agama. Berdasarkan kajian
beliau, akhirnya tercipta mikroskop, teleskop, dan kamera. Banyak istilah dalam
bidang ilmu optik adalah hasil daripada istilah yang diperkenalkan oleh Ibnu AlHaitham seperti
katarak, retina, dan lain-lain. Beliau juga memperkenalkan
beberapa penyakit yang berkaitan dengan mata seperti glaukoma, katarak mata ,
dan trakoma.

AL-ZAHRAWI
PAKAR PEMBEDAHAN MODEN
Salah satu daripada alat yang digunakan oleh Al-Zahrawi iaitu KATGUT masih
digunakan dalam
Pembedahan moden sekarang ini bagi tujuan jahitan dalaman.
Al-Zahrawi atau nama sebenar Abu Al-Qassim Khalaf bin Al-Abbas Al-Zahwani
dikenali sebagai Bapa Ilmu Perubatan Moden. Beliau dilahirkan pada tahun 936
Masihi. Di Negara Barat beliau dikenali sebagai Abulcasis. Pada tahun 1000 Masihi.
Al-Zahrawi telah berjaya menyiapkan ensiklopedia perubatan yang berjudul Kitab
Al-Tasrif yang merangkumi tajuk-tajuk tentang pembedahan, ubat-ubatan,
ortopedik, oftalmologi, farmokologi dan nutrisi. Beliau juga menyentuh penyakit
yang berkaitan dengan darah iaitu hemophilia dan turut menggambarkan
penggunaan forsep dalam kelahiran bayi. Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang
pergigian dan pembedahan mulut di mana beliau telah membuat lakaran alat-alat
yang digunakan untuk rawatan pergigian. Beliau menjadi orang pertama
memperkenalkan teknik tisu dalam 50 jenis pembakaran yang berbeza.

AL-RAZI
BAPA PERUBATAN ARAB
Al-Razi adalah lambing seorang doctor pakar yang menguasai pelbagai cabang
ilmu kedoktoran dan perubatan.
Nama sebenar Al-Razi ialah Muhammad bin Zakariya Razi. Di Negara Barat, beliau
dikenali sebagai Rhazes atau Rasis dan digelar sebagai Bapa Perubatan Arab. Beliau
merupakan guru kepada Ibnu Sina. Al-Razi telah mempelajari ilmu perubatan
daripada Ali bin Sahl Rabban Al-Tabari yang berasal dari Merv. Karya Al-Razi yang
berjudul Al-Judari wa Al-Hasbah (On Smallpox and Measles) adalah buku pertama
yang menggambarkan tentang penyakit cacar dan campak serta perbezaannya.

Beliau bukan sahaja seorang yang pakar dalam bidang farmasi dan kimia, malah
telah membuat beberapa pengelasan tentang bahan-bahan galian, peralatan serta
radas yang digunakan, lengkap dengan arahan yang terperinci. Beliau juga
merupakan doktor pertama yang menggunakan dadah sebagai pelali untuk
pembedahan pesakitnya. Al-Razi telah menulis lebih daripada 200 buah karya dan
sebanyak 21 daripadanya adalah berkaitan kimia.

AL-JAZARI
PERINTIS KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ILMU ROBOTIK
Al-Jazari meninggalkan jasa yang banyak dalam bidang kejuruteraan mekanikal
dan system robotic serta computer analog sehingga dianggap oleh cendikiawan
barat sebagai pelopor kejuteraan mekanikal moden.
Dia dipanggil Al-Jazari atau nama sebenarnya Badi Al-Zamanabulezz bin Ismail bin
Al-Razzaz Al-Jazari. Beliau merupakan tokoh yang paling awal mencipta mesin dan
robot. Ketika bekerja di Istana Artuklu, beliau telah berjaya mencipta dan membina
satu sistem pembekalan air ke masjid dan ke hospital di Diyarbakir, Turki. Kejayaan
sistem pengairan tersebut begitu mengkagumkan kerana ia menggunakan gear
yang dicipta dan digerakkan dengan menggunakan kuasa air. Dengan itu menolak
sekali gus menolak anggapan yang menyatakan bahawa Leonardo da Vinci (1452
1519) adalah orang yang pertama mencipta dan menggunakan gear hidraulik dan
mekanikal, walhal orang yang pertama mencipta dan menggunakannya adalah AlJazari. Al-Jazari Berjaya menghasilkan sebuah buku yang diberi nama Kitab Fi
Makrifat Al-Hiyal Al-Handasiyya yang bermaksud Buku Pengetahuan yang
berkaitan dengan peralatan mekanikal yang bijaksana. Al-Jazari banyak membuat
model mesin dan peralatan tertentu seperti jam air, pemain muzik automatik, robot
penghidang makanan atau pelayan, pintu pagar automatik, mesin pembasuh
tangan automatik dan lain-lain.

AL-KINDI
TOKOH FALSAFAH

DAN PAKAR PENTERJEMAH

Al-Kindi dikenali sebagai seorang ahli falsafah yang ulung di samping Al-Farabi ,
Ibnu Sina , Ibn Rusyd dan Al-Ghazali .
Al-Kindi dikenali sebagai ahli falsafah yang ulung di samping Al-Farabi, Ibnu Sina,
Ibnu Rusyd dan Al-Ghazali. Beliau juga dikenali sebagai seorang penulis kaligrafi. AlKindi membahagikan daya jiwa kepada 3 iaitu; pertama, daya bernafsu (appetitive),
kedua, daya pemarah (irascible) dan ketiga daya berfikir (cognitive/rational).
Menurut Al-Kindi, sumber pengetahuan itu adalah pancaindera, akal, dan imaginasi.
Beliau berjasa dalam memperkenalkan masalah metafizik, psikologi, etika serta
pendekatan yang berdasarkan pada kaedah logik dan ilmiah. Selain terkenal
sebagai seorang ahli falsafah, beliau turut memberi sumbangan dalam pelbagai
disiplin ilmu termasuk matematik, perubatan, astronomi dan lain-lain. Al-Kindi
pernah digelar sebagai Kamus Aneka kerana kepelbagaian ilmu pengetahuan yang
dikuasainya. Beliau meninggal dunia di Baghdad pada tahun 873 Masihi ketika
berusia lingkungan 72 tahun.

AL-KHAWARIZMI
PAKAR MATEMATIK ISLAM TERUNGGUL
Al-Khawarizmi telah mencatat nama yang gah dalam sejarah ilmu matematik dan
diiktiraf sebagai tokoh cendekiawan yang memperkenalkan Algebra dan ilmu hisab
dalam ilmu matematik moden.
Al-Khawarizmi telah mencatat nama yang gah dalam sejarah ilmu matematik dan
dikagumi oleh cerdikk pandai barat. Di barat, Al-Khawarizmi dikenali sebagai AlGoritmi, Al-Cowarizmi, atau Al-Gorism. Karya Al-Khawarizmi yang terkenal adalah
Al-Mukhtasar Fi Hisab Al-Jabr Wal Muqabala yang merupakan sebuah buku
tentang al-gebra di mana ianya digunakan bagi tujuan dan penyelesaian masalah
pembahagian harta pusaka, wasiat, pembahagian hartanah, perniagaan seperti
urusan jual beli. Beliau juga telah mengembangkan jadual terperinci trigonometri
yang memuatkan fungsi, kosinus dan kotangen serta konsep diferensiasi. AlKhawarizmi telah memperkenalkan penggunaan nombor kosong atau sifar dalam
sistem penomboran Arab dan ia kekal digunakan dalam sistem penomboran
sekarang. Al-Khawarizmi juga turut member sumbangan dalam geografi dan
astronomi.

AL-FARABI
AHLI FALSAFAH SERBA BOLEH

Al-Farabi bukan sekadar menguasai ilmu falsafah , tetapi beliau juga memiliki ilmu
pengetahuan yang luas dalam bidang perubatan , sains, matematik , sosiologi ,
sejarah , dan lain-lain.
Nama sebenar Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Al-Farabi. Salah
seorang gurunya yang paling awal ialah Yuhanna bin Haylan. Melalui Yuhanna, AlFarabi belajar ilmu logistik termasuk mempelajari karya-karya Aristotle. Beliau
banyak membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan angka , kaitan antara
ilmu logik dan tatabahasa dan lain-lain. Beliau juga turut mengkaji falsafah dan teori
Socrates dan Plato. Al-Farabi berpendapat bahawa seorang ahli falsafah tidak
seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik. Beliau turut
berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Dalam
bukunya Al-Madina Al-Fadila, Al-Farabi telah menghuraikan teori tenteng sebuah
neara ideal sewajarnay dipimpin oleh Nabi atau golongan yang mempunyai
kewibawaan dalam bidang agama.
Al-Farabi bukan sekadar menguasai ilmu
falsafah, tetapi beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang
perubatan, sains, matematik, sosiologi, sejarah dan lain-lain lagi. Di sampinbg itu,
Al-Farabi juga merupakan seorang pemuzik yang handal.

AL-BATANI
ASTRONOMI ISLAM YANG ULUNG

Ketokohan Al-Batani dalam bidang astronomi memang tidak dapat dinafikan dan
diakui oleh cerdik pandai dari barat.

Al-Batani adalah seorang cendekiawan Islam yang terulung dalam bidang


astronomi. Salah satu pencapaian Al-Batani yang cukup terkenal ialah apabila
beliau membuat kiraan tahun matahari. Menurut beliau , satu tahun matahari
adalah bersamaan dengan 365 hari , 5 jam 45 minit dan 24 saat. Selain daripada
itu,
Al-Batani juga berhasil mengubah system perhitungan apabila beliau
menambahkan 12 jam untuk waktu malam sehingga menjadikan jumlah 24 jam
dalam satu hari. Selain meminati ilmu astronomi , Al-Batani juga menguasai ilmu
matematik khususnya yang berkaitan dengan trigonometri yang penting bagi sudut
kanan segi tiga sebagai berikut: b sin ( A ) = a sin ( 90 A ). Karya Al-Batani
yang tyerkenal adalah Kitab Al Zij yang merupakan fakta-fakta penting dalam
bidang astronomi dan trigonometri.

Ibnu Zuhr

Ibnu Zuhr atau nama sebenarnya Marwan Abdul Malik bin Zuhr atau dikenali
sebagai Avenzoar, Abumeron atau Ibnu Zohr di kalangan cerdik pandai di barat.
Dalam sejarah ilmu perubatan, Ibnu Zuhr dikenali sebagai bapa kepada
pembedahan uji kaji kerana telah bertanggungjawab memperkenalkan kaedah uji
kaji pembedahan. Beliau telah memperkenalkan kaedah pembedahan bahagianbahagian tertentu tubuh manusia atau autopsy, mencipta prosedur atau peraturan
pembedahan Tracheotomy, menemui kewujudan parasit dan lain-lain lagi.
Penulisan Ibnu Zuhr yang paling terkenal ialah Kitab Al-Taisir Al-Muwadat wa AlTadbir, di mana beliau memperkenalkan kaedah uji kaji dalam pembedahan, yang
menyebabkan beliau digelar Bapa Pembedahan Uji Kaji. Ibnu Zuhr adalah ahli
perubatan yang bertanggungjawab mencipta prosedur pembedahan Tracheotomy,
di mana beliau adalah orang yang pertama memberikan gambaran yang tepat bagi
pelaksaan pembedahan Tracheotomy bagi para pesakit yang menghidapi
kelemasan atau kesukaran bernafas. Beliau turut dikatakan bertanggungjawab
memperkenalkan kaedah nutrisi kepada manusia melalui penggunaan jarum
suntikan. Melalui kaedah ini, makanan buatan dapat disalurkan kepada para pesakit

Anda mungkin juga menyukai