Anda di halaman 1dari 11

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH 2014

RENDAH
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK
SEKOLAH RENDAH
DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA
MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS SLOT 4
Tajuk

Pedagogi ke Arah Abad 21

Topik

PdP Melalui Teknik Penyoalan Berkesan Dalam Bilik Darjah

Masa

2 jam

Personel

Fasilitator

A. Objektif
Pada akhir sesi peserta dapat:
1. Mengenal pasti soalan-soalan yang berkesan
2. Mengenal pasti soalan-soalan yang dapat membina pemikiran
3. Meneroka Taksonomi Bloom dan teknik penyoalan berkesan
4. Menggunakan soalan dengan berkesan untuk menjana pemikiran kreatif dan
kritis dalam PdP.
B. Kandungan Pengajaran
1. Soalan yang berkesan
2. Intelek tiga aras
3. Taksonomi Bloom
4. Aras pemikiran dan penyoalan
5. Soalan bermatlamat
C. Kaedah
1
2
3
4
5

Tayangan video
Perbincangan dan sumbangsaran.
Kerja berkumpulan
Persembahan Power Point
Bengkel

D. Bahan Pengajaran
Slaid Power Point dan Video .
E. Alatan
LCD, komputer, blue tag, gunting, pen marker, kertas seba dan sticky note
27 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH 2014


RENDAH
F. Penilaian
1. Interaksi secara lisan
2. Pembentangan hasil kerja kumpulan
G. Rumusan/Refleksi
1. Peserta dapat mengaplikasikan soalan-soalan berkesan dalam amalan PdP
Matematik melalui aktiviti berkumpulan, sumbangsaran dan tayangan video.
2. Peserta dapat menjana pemikiran kreatif dan kritis melalui teknik penyoalan
berkesan melalui aktiviti bengkel.
3. Peserta meneroka Taksonomi Bloom dan Teknik penyoalan berkesan yang
boleh dilaksanakan dalam PdP

Nota / Panduan Pelaksanaan Kerangka Kursus Slot 4


28 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH 2014


RENDAH
TEKNIK PENYOALAN BERKESAN DI DALAM BILIK DARJAH
1.0

PENGENALAN
Teknik penyoalan dianggap teknik terpenting dalam pengajaran dan

pembelajaran kerana soalan yang berkesan mempunyai matlamat dan objektif


tertentu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di samping dapat
mewujudkan iklim pembelajaran Matematik yang lebih dinamik dan berkesan. Selain
itu, soalan berkualiti tinggi dapat membimbing murid untuk berfikir tentang apa yang
difikirkan (think about their thinking)- metakognitif.

2.0

OBJEKTIF
Objektif teknik penyoalan adalah untuk mendorong dan merangsang

pemikiran murid di dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.
Selain daripada merangsang pemikiran dan aktiviti mental murid, guru dapat
mengenalpasti kesukaran yang dihadapi oleh murid sewaktu melaksanakan sesuatu
kemahiran matematik.

3.0

29 |

TUJUAN MENYOAL

Menilai pengetahuan sedia ada

Menimbulkan minat

Membina pemahaman yang mendalam

Membina idealisme, sikap dan penghargaan

Memantapkan pembelajaran

Merangsang pemikiran kritis

Mentaksir pembelajaran dan kemajuan murid

Menjelaskan pemikiran

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH 2014


RENDAH

Mencari sebab atau penjelasan

Meneroka pandangan alternatif

Menguji implikasi dan akibat

4.0

SOALAN-SOALAN YANG BERKESAN


Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan tertentu)
Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dimaksudkan)
Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin)
Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindak balas)
Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa kepada penyoalan

5.0

yang berikutnya dan mencungkil secara mendalam)


Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak bahagian boleh

mengelirukan)
Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai dan berbeza-beza)

PENYOALAN BERKESAN DI DALAM BILIK DARJAH


Menurut Karron G. Lewis dalam Centre of Teaching Effectiveness, University

of Texas, kajian menunjukkan bahawa:

Guru menggunakan lebih daripada 70% soalan jenis mengingat semasa

pengajaran mereka
Guru terlalu menekankan soalan fakta dalam ujian dan peperiksaan
Soalan dalam buku teks kebanyakannya adalah jenis ingatan atau fakta.
Beliau juga menyatakan bahawa, penyoalan yang berkesan adalah satu aset

yang amat penting bagi setiap guru. Sama seperti seorang mekanik yang baik
memilih alat yang tepat untuk menjalankan tugas dan menggunakannya dengan
betul. Seorang guru yang baik menggunakan soalan yang sesuai dengan tahap
murid dan teknik penyoalan yang baik
6.0

TEKNIK PENYOALAN BERKESAN


Di dalam Bahan Sumber Peningkatan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Bahagian

Pembaginan

Kurikulum

(2013)

mengatakan

bahawa

Keupayaan

menggunakan teknik penyoalan yang berkesan merupakan sesuatu yang penting


dalam usaha menyemai dan memupuk kemahiran berfikir. Penyoalan yang berkesan
merupakan suatu seni yang harus dikuasai oleh semua guru.

30 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH 2014


RENDAH
Sepertimana seni lain, ianya harus disemai dan dilatih agar ianya menjadi
suatu kebiasaan. Berikut merupakan antara lain perkara yang perlu diberikan
perhatian dalam mempraktik dan melaksanakan teknik penyoalan yang berkesan:

Pastikan ada Wait time bagi memberi peluang untuk murid berfikir sebelum

mereka memberikan respon.


Elakkan sering mengemukakan soalan yang memerlukan jawapan ya/tidak

atau sekadar kemahiran mengingat semula.


Elakkan menjawab soalan yang guru sendiri kemukakan.
Memberi respon kepada murid dengan frasa seperti mengapa? atau

Bagaimana anda tahu.


Sediakan suasana yang selesa untuk murid bertanya, memberi respon dan

pendapat.
Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum meminta murid memberikan

respon.
Elakkan memanggil nama murid sebaik sahaja soalan dikemukakan.
Perbanyakkan soalan yang terbuka berbanding soalan tertutup.
Pastikan murid terlibat secara aktif dalam proses PdP.

Teknik penyoalan yang baik membolehkan guru bukan sahaja mencungkil pemikiran
murid malah membiasakan murid untuk berfikir, menyemai kemahiran menaakul
serta berkomunikasi. Berikut antara soalan yang boleh dikemukakan kepada murid
semasa sesi PdP di mana sesuai dan perlu:
a) Soalan yang menggalakkan murid untuk terlibat secara aktif
Ada sesiapa yang ingin berkongsi dapatan/jawapan/penyelesaian?
Sila angkat tangan bila kamu bersedia untuk berkongsi penyelesaian.
Apa yang kamu dapat? Apa yang kamu fikirkan?
Sila bersedia untuk menerangkan penyelesaian yang kamu dapat.
Sila terangkan kepada kelas bagaimana kamu dapat jawapan, .
Bagaimana kamu memulakan menjawab soalan ini
Apa yang telah kamu jumpa setakat ini?
Angkat tangan sekiranya kamu ada idea lain.
Ada tak sesiapa yang guna kaedah lain?
b) Soalan yang mencungkil pemikiran murid
Terangkan apakah yang kamu buat setakat ini? Apa lagi yang perlu

31 |

kamu lakukan?
Bagaimana kamu tahu?
Kenapa kamu ..?
Bagaimana kamu dapat idea sebegitu?

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH 2014


RENDAH
Boleh tak kamu ulang apa yang kamu cakap tentang ..?
Jadi, apa yang kamu katakan ialah.
Bila kamu cakap .kamu maksudkan.
Boleh tak kamu terangkan sedikit lagi apa yang kamu fikirkan
Boleh tak kamu terangkan dengan cara lain?
Apa yang kamu perhatikan apabila?
c) Soalan untuk membantu murid apabila mereka tidak dapat meneruskan
sesuatu penyelesaian:
Cuba terangkan masalah ini menggunakan ayat kamu sendiri
Apa fakta yang kamu ada?
Bolehkah kamu cuba dengan nombor yang lebih mudah? Kurang

bilangan nombornya? Menggunakan garis nombor?


Kamu rasa boleh lukis rajah tak? Bina jadual? atau Lukis gambar?
Boleh kamu teka dan semak?

AKTIVITI 1 : Teknik Penyoalan


1. Soalan rangsangan bagi merangsang pemikiran dan idea peserta dan aktiviti
perbincangan di dalam kumpulan dan sumbangsaran (slaid SL4/2)
2. Tayangan video tentang Music in Math berkenaan dengan matematik di
dalam kehidupan (slaid SL4/5)
3. Aktiviti dalam kumpulan, perbincangan dan sumbangsaran.
4. Penerangan fasilitator dengan bantuan persembahan slaid PowerPoint.
5. Aktiviti berfikir melibatkan setiap peserta menggunakan lampiran yang diedar
kepada setiap kumpulan. (Lampiran SL4/1 hingga Lampiran SL4/4)
32 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH 2014


RENDAH
6. Fasilitator menerangkan Taxanomi Bloom dan Anderson berdasarkan slaid
yang ditunjukkan.(Slaid SL4/24-27)
7. Slaid SL4/33 hingga SL4/36 ditunjukkan kepada peserta untuk mereka
mengenalpasti bila mereka mungkin menggunakan soalan berkenaan secara
berkesan dalam pengajaran baru-baru ini.
8. Penerangan oleh fasilitator tentang tindakbalas terhadap soalan-soalan murid
dengan bantuan slaid powerpoint (Slaid SL4/37)
9. Fasilitator merumuskan hasil pembelajaran

daripada

bengkel

teknik

penyoalan yang telah dilaksanakan.

LAMPIRAN SL4/1

LAMPIRAN SL4/2

33 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH 2014


RENDAH

LAMPIRAN 3

LAMPIRAN SL4/2

34 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH 2014


RENDAH

LAMPIRAN SL4/3

35 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH 2014


RENDAH

LAMPIRAN SL4/4
36 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH 2014


RENDAH

37 |

Anda mungkin juga menyukai