Anda di halaman 1dari 4

Hyperventilasi

PENGENALAN

Hyperventilasi bererti bernafas dengan lebih laju dan / atau lebih dalam
daripada biasa ketika berada dalam keadaan rehat. Keadaan ini
mengakibatkan terlalu banyak karbon dioksida di hembuskan keluar.
Hasilnya, tahap karbon dioksida di dalam darah dan tisu otak menurun.

Hyperventilasi selalunya disebabkan oleh perasaan kebimbangan yang


keterlaluan atau serangan panik. Walau bagaimanapun, kadar pernafasan
yang laju juga boleh merupakan gejala sesuatu penyakit, seperti:

Pendarahan
Penyakit jantung atau paru-paru
Jangkitan kuman
Anda boleh merawat sendiri masalah hyperventilasi anda sekiranya anda pernah
mengalami keadaan yang sama dan disahkan oleh doktor sebagai hyperventilasi.
GEJALA DAN TANDA

Denyutan jantung dan kadar pernafasan yang laju.

Keletihan atau lesu

Mulut kering, kesukaran untuk menelan

Berasa seperti anda tidak boleh menghirup udara yang secukupnya.

Sesemut dan kebas di tangan, kaki dan di sekeliling mulut

Rasa seolah-olah nafas akan terhenti

Pengsan

Tempoh gejala biasanya selama 20 hingga 30 minit, tetapi terasa amat lama

Walaupun menakutkan, tetapi hyperventilasi biasanya tidak merbahaya.

KOMPLIKASI

Minta bantuan anggota perubatan jika:

Ianya merupakan serangan kali pertama. (Ini adalah kecemasan dan anda
perlu dibawa ke bilik kecemasan dengan segera.)

Anda sedang bernafas dengan laju dan pada masa yang sama anda berada
dalam keadaan kesakitan, demam atau pendarahan.

Hyperventilasi yang berlanjutan atau semakin teruk walaupun setelah


melakukan rawatan awal.

Hyperventilasi disertai dengan gejala lain.

RAWATAN

Biasanya rawatan sendiri mampu memulihkan masalah hyperventilasi, walau


bagaimanapun, jika ianya berterusan atau terdapat gejala lain, anda perlu
mendapatkan bantuan perubatan.

Penjagaan kendiri / langkah bantu awal untuk hiperventilasi:

Buka beg kertas yang kecil.

Pegang beg dan tutup hidung dan mulut anda dengan beg tersebut.

Tarik nafas yang dalam secara perlahan-lahan.

Hembus semula ke dalam beg. Lakukan pernafasan ini berulang kali


sebanyak 10 kali.

Ketepikan beg kertas. Bernafaslah seperti biasa selama beberapa minit.

Ulangi langkah di atas selama 15 minit

Cuba untuk bernafas perlahan-lahan.

Fokus untuk mengambil satu nafas setiap 5 saat.

PENCEGAHAN

Doktor anda akan memastikan yang hyperventilasi yang anda alami tidak
berpunca dari penyakit-penyakit lain terlebih dahulu, sebelum mendiagnos
anda sebagai mengalami sindrom hyperventilatisi.

Sekiranya doktor anda memberitahu yang anda hanya mengalami


hyperventilasi akibat daripada kebimbangan, tekanan, atau panik, anda boleh
mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengawal serangan hyperventilasi
anda. Terdapat teknik yang boleh menghentikan serangan hyperventilasi
apabila ianya berlaku. Anda juga boleh mengambil langkah-langkah tertentu
bagi menghalang serangan berikutnya.

Matlamat utama bantuan awal serangan hyperventilasi ialah untuk


meningkatkan tahap karbon dioksida di dalam darah, yang kemudiannya
akan mengurangkan dan memberhentikan gejala yang anda alami.

Terdapat beberapa cara untuk melakukan ini:

Dapatkan rakan atau ahli keluarga untuk membantu anda bernafas dengan
tenang seperti biasa. Ucapan seperti "anda sedang bernafas dengan betul,"
"anda tidak mendapat serangan jantung," dan "anda tidak akan mati" sangat
membantu. Adalah sangat penting agar orang yang memberikan bantuan
itu, sentiasa berada dalam keadaan tenang dan ungkapan-ungkapan tersebut
disampaikan dengan dengan nada yang lembut dan santai.

Untuk meningkatkan karbon dioksida, anda perlu menyedut udara yang


kurang beroksigen. Untuk mencapai ini, anda boleh bernafas melalui bibir
(seolah-olah anda meniup lilin) atau anda boleh menutup mulut dan 1 lubang
hidung dan bernafas melalui lubang hidung yang lain.

Kenal pasti faktor gaya hidup yang menyebabkan anda mengalami tekanan
dan kebimbangan. Ubah cara hidup anda atau hindari faktor penyebab
serangan hyperventilasi anda. Berbincang atau bercakap dengan orang yang
di percayai, kadangkala dapat membantu.

Jangan terlalu bersifat kesempurnaan. Sentiasa berpandangan positif


terhadap kehidupan. Bersederhana dan tidak terlalu bersaing dalam
menjalankan aktiviti anda mampu memberi kesan positif.

Belajar untuk merehatkan minda dan badan anda. Ceburi program khas
seperti yoga dan pelajari teknik pernafasan dan meditasi untuk merehatkan
diri.

PEMULIHAN
-

Dalam jangka masa panjang, terdapat beberapa langkah yang boleh anda
ambil bagi mengawal serangan hyperventilasi anda:

Bantuan Pakar Psikologi atau Pakar Psikiatri dapat membantu anda


memahami dan merawat keadaan anda.

Belajar teknik bernafas yang membantu anda berehat dan bernafas dari
paru-paru dan abdomen anda, bukannya dinding dada anda.

Mengamalkan teknik relaksasi seperti relaksasi otot secara progresif atau


meditasi

Bersenam selalu.

Jika kaedah ini gagal mengawal kekerapan serangan hyperventilasi anda,


doktor anda mungkin mengesyorkan ubat beta blocker.

Anda mungkin juga menyukai