Anda di halaman 1dari 21

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM

STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

1.0.

PENGENALAN
Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi

tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan
individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial. Falsafah ini
digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam
segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.
Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi
arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah
tanpa asas.
Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi
perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.
Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang
dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan.
Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan
norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahliahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh
persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996).
Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum
pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri
setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang
dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

1.1.

DEFINISI KURIKULUM

Pelbagai definisi oleh tokoh dalam bidang kurikulum namun masih belum ada keputusan
muktamad. Menurut KPM kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang
dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlmat
pendidikan.
Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai
dan norma unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan maysarakat untuk diperturunkan kepada
ahli-ahlinya. Kurikulum bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di
institusi pendidikan seperti di sekolah dan universiti.
Kurikulum ditentukan dan ditetapkan oleh sesebuah Negara itu melalui Kementerian
Pendidikan. (Wikipedia, ensiklopedia bebas). Kurikulum berasal daripada perkataan Latin
currere maksud race course atau laluan/jejak/jurusan. Curriculum dalam bahasa
inggeris bermaksud jelmaan.
Menurut Goodlad (1973) : Kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan.
Menurut Smith et al (1957) : Kurikulum merupakan

satu

urutan pengalaman yang

disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan bertindak
secara kumpulan. Antara definisi daripada tokoh-tokoh yang lain mengenai kurikulum adalah
seperti berikut.
Menurut Franklin Bobbit ( 1918), bapa kurikulum melihat kurikulum dari 2 perspektif :
(1) pengalaman yang terarah atau tidak yang mana memberi fokus kepada perlembagaan
individu secara menyeluruh. (2) pengalaman yang disediakan oleh pihak sekolah secara
sedar terhadap murid.
Bagi tokoh John Dewey (1916), menggariskan peranan kurikulum adalah sebagai
USAHA yang memperjuangkan pembentukan semula masyarakat. Tanner (1980),
merangkumi segala pengalaman terancang yang di timba oleh murid. Hasil pembelajaran
yang dihasratkan oleh guru dan murid.

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

Schubert (1987), terdiri daripada aspek tertentu untuk membentuk semula masyarakat. Ini
termasuklah kandungan matapelajaran, konsep dan tugas pembelajaran, aktiviti yang
terancang, pengalaman dan hasil pembelajaran dan budaya tempatan. Menurut Kerr (dalam
Kelly, 1983:199), semua pembelajaran yang dirancang oleh institusi pendidikan.
Dilaksanakan sama ada secara kelompok/individu, luar/dalam bilik darjah.
Asas Teoretikal Kurikulum, ianya dibentuk berdasarkan hasil penemuan tokoh-tokoh
pendidik serta ahli psikologi. Antara tokoh-tokoh berikut adalah ; Alferd Binet, (1900-1940),
mengutarakan satu prosedur yang sistematik bagi menilai aptitude terhadap pembelajaran.
Jean Piaget, mengkaji mengenai perkembangan kognitif kanak-kanak. Lev Vygotsky pula
menekankan

unsur interaksi

dengan

persekitaran.

Ivan

Pavlov

daripada

konsep

pelazimannya, iaitu dengan menggunakan anjing serbuk makanan dan loceng sebagai bahan
eksperimen beliau.
Abraham Pavlov, (1940-1960), ianya lebih kepada teori motivasi yang berkait rapat
dengan hiraki keperluan manusia. Benjamin Bloom, hasil kajian Taxnomi Bloom yang mana
mengandungi objektif-objektik pembelajaran yang disusun mengikut 6aras kognitif.
Manakala Raplh Tyler, telah menggariskan format panduan kurikulum, buku teks edisi
guru, rancangan mengajar dan alat-alat penilaian. Erik Erikson (1960-1980), mengkaji
perkembangan psikososial, Lawrence Kolberg pula mengkategorikan perkembangan moral
manusia. Dan Albert Bandura pula berkaitan dengan teori pembelajaran social yang
menerangkan manusia belajar daripada peniruan tingkahlaku orang lain.

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

1.2.

FALSAFAH PENDIDIKAN KURIKULUM


Berikut adalah beberapa pendekatan yang berkaitan dengan falsafah pendidikan dari segi

aspek kurikulum. Dari sudut Idealisme; ilmu kita dapat perolehi dari kebolehan diri kita
sendiri. Di mana ianya lebih kepada dalaman serta kebolehan diri kita sendiri dalam
melakukan sesuatu perkara yang kita ceburi terutama sekali dalam sistem pendidikan.
Kedua adalah dari sudut Realisme; ianya lebih kepada sesuatu kebenaran yang kita
sendiri dapat lihat, ianya biasanya terjadi dalam keadaan yang realiti, yang kita sendiri dapat
lihat dari sudut pandangan kasar kita. Seterusnya adalah dari aspek Paramatisme;iaitu idea
yang dapat kita praktikkan adalah benar.
Dari sudut Perianelisme; iainya bermaksud pendidikan adalah berada dalam keadaan
tetap. Di mana apa yang telah ditetapkan tidak boleh diubah dari mana-mana pihak.
Essentialisme; Kurikulum dan guru adalah faktor penting dalam pembelajaran. Guru dan
kurikulum perlu seiring dengan pengajaran dan pembelajaran yang diajar sama ada di luar
mahupan di dalam bilik darjah.
Progressivesme; adalah pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan dan kemajuan.
Ianya lebih kepada aspek teknologi, di mana guru harus seiring dengan kurikulum yang
sentiasa berubah lebih maju seiring dengan zaman era globalisasi.
Dari sudut Rekonstrutionalisme; ianya merupakan satu penerapan terjawab sosial dan
lahir masyarakat yang berilmu. Manakala bagi Eksistentialisme; Pendidikan melalui
persekitaran. Di mana Guru membantu murid meneroka kurikulum yang mereka pelajari
samaada di dalam mahupun diluar bilik darjah.

1.3.

BENTUK DAN CARA PELAKSANAAN


4

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

1.3.1. Model-model Kurikulum


Terdapat 3 model ( 2 kategori ) antaranya adalah ; (a) Model Tyler ia mempunyai 4
komponen utama yang terdiri daripada, (i) Objektif : matlamat pendidikan yang harus dicapai,
(ii) Kandungan : isi pelajaran yang berdasarkan objektif. (iii) Pengurusan : methodologi yang
digunakan bagi melaksanakan kurikulum berdasarkan objektifnya. (iv) Penilaian : bagi
mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Model Tyler adalah ends-means
model kerana pengajaran (ends) perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum kaedah pengajaran
(means). Model ini juga berfokuskan kepada tujuan pendidikan (hasil) sahaja.
Komponen
Objektif ( apa tujuan )

Perincian
Tujuan pendidikan
objektif/hasil

merujuk

pembelajaran

kepada

berdasarkan

keperluan murid.
Kandungan ( apa jenis pengalaman <aktiviti> Pengalaman pendidikan seharusnya :
untuk mencapai tujuan pendidikan

a)
b)
c)
d)
e)

spesifik
eksplisit
boleh diukur
berlandaskan FPK & FPG
berdasarkan pengetahuan sedia ada

murid.
Pengurusan ( bagaimana pengalaman boleh Pemilihan isi kandungan dan aktiviti yang
diurus dengan berkesan?)
sering dengan tujuan pendidikan
Penilaian ( bagaimana pencapaian objektif Pertimbangan dari segi :
dapat ditentukan)

a) bentuk ( formatif/sumatif)
b) model penilaian yang digunakan
c) jenis instrumen untuk mengutip data
( temubual, pemerhatian dan ujian).

(b) Model Taba


Komponen
Diagnos keperluan

Langkah Pelaksanaan
Apa yang murid perlu

kemahiran

penyelesaian masalah matematik, kemahiran


Pembentukan Objektif
5

generik, kemahiran proses sains).


Ringkasan objektif selaras dengan keperluan

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

Pemilihan Kandungan

murid.
Harus berpadanan dengan objektif, relevan

Pengurusan Kandungan

dan signifikan.
Organisasi
kandungan

yang

dipilih.

Pertimbangan diberi kepada :


a) urutan, dari senang ke kompleks dan

Pemilihan pengalaman pendidikan

konkrit ke abstrak).
b) Tahap kematangan murid
c) Minta murid, kebolehan murid
d) Tahap pencapaian murid
Seeloknya bersesuaian dengan kandungan
yang disampaikan SERTA melibatkan murid

Pengurusan pengalaman

secara menyeluruh.
Rancang dengan teliti,

relevan

dengan

kandungan yang diajar, bersesuain dengan


murid.
Perhatian diberi kepada;

Penilaian

a) Tujuan

(pemulihan,

pengayaan,

streaming, pensijilan)
b) Bentuk ( formatif dan sumatif)
c) Jenis ( ujian bertulis,

lisan

pemerhatian)

Seterusnya adalah model , (c) Model Stenhouse ; kurikulum adalah sebagai satu
proses yang mempunyai ciri-ciri :

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)

aktif
dinamik
bukan sesuatu yang berbentuk fizikal
adanya interaksi
prinsip-prinsip
Pemilihan kandungan ( apa yang diajar, apa yang dipelajari)
Pemilihan strategi mengajar ( bagaimana diajar, bagaimana

(viii)

sesuatu)
Membuat keputusan mengenai urutan kandungan yang diajar

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

mempelajari

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

(ix)

Pelaksanaan kurikulum ( dalam konteks sekolah, murid dan persekitaran


YANG BERBEZA yang menekankan interaksi antara guru dengan murid,
murid dengan murid, murid dengan guru dan dengan bahan.
Dalam model ini sebenarnya cuba menyampaikan hasil pembelajaran dan

kaedah hanya akan terjelma sendiri apabila berlakunya INTERAKSI antara guru,
murid dan bahan. Ini kerana murid bukan pasif yang hanya menerima namun juga
boleh menyatakan pandangan.
1.3.2. Isu atau masalah yang timbul
a) Kurikulum yang berpusatkan tujuan pendidikan ini ditentukan oleh penggubal
kurikulum. Jadi, bagaimana guru dan murid ingin mengesyorkan kandungan yang
hendak dipelajari DAN bagaimana hendak mempelajarinya.
b) Objektif pengajaran yang berbentuk eksplit membawa implikasi perubahan
tingkahlaku semata-mata bersifat objektif dan boleh diukur. Namun secara
praktikal, sukar untuk mengenalpasti impak satu pengalaman ke atas murid dalam
masa yang singkat.
c) Pengukuran objektif yang mana perlu dipecahkan kepada unit kecil agar dapat
menilai penilaian ilmu dan kemahiran secara menyeluruh. Oleh itu,ianya
memerlukan masa yang lama.
d) Tujuan pendidikan yang ditentukan

sebelum

proses

pengajaran

akan

menyebabkan pengabaian pembelajaran. Ini kerana akan berlaku interaksi antara


murid dengan guru, murid dengan murid, guru dengan bahan.
PELAKSANAAN SEBAGAI PROSES PERUBAHAN
2.1.
Transformasi Kurikulum di Malaysia

2.0.

Malaysia adalah sebuah Negara yang sering melakukan perubahan dan perancangan
kurikulum sejajar dengan perkembangan politik, sosioekonomi, sosiobudaya dan arah aliran
perkembangan pendidikan tempatan dan antarabangsa.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga memberikan maksud tarnsformasi sebagai
perubahan bentuk (sifat, rupa atau keadaan). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia
membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistic berdasarkan
kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan
kepada aspek asas kurikulum : struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran , bahan kurikulum dan pengurusan sekolah.
Pendidikan

di Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk


7

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara
(1988 Falsafah Pendidikan Negara).

PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM KBSR DARI

ASPEK MENTAFSIR, MERANCANG, MENGUBAHSUAI DAN MENILAI.


2.1. DEFINISI
Guru adalah pejuang barisan hadapan dalam mendidik anak bangsa. Menjadi guru bukan
setakat memegang suatu jawatan yang menjadi suatu profesian yang dihormati sejak zaman
berzaman malah guru juga menjadi pencorak masa hadapan anak yang dididik, menentukan
jenis insane yang dihasilkan dan bentuk bangsa yang dijelmakan (KPM, 1990:157).
Pada asasnya tugas utama seorang pendidik (guru) ialah menyampaikan ilmu
pengetahuan, memperkembangkan kemahiran dan membentuk budi pekerti atau akhlak
murid. Di samping tugas tersebut guru juga berperanan sebagai perancang, pengurus
( pengelola), pemudah cara ( fasilitator), pembimbing ( KPM 1990:163), pentadbir, inavator
dan penilai.
2.2.
8

MENTAFSIR

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

Isi kandungan sesuatu kurikulum sekolah yang utamanya ialah bahan pelajaran.
Tanpa bahan pelajaran yang bernas, kurikulum itu tidak berguna dan tidak bermakna. Maka
pemilihan bahan pelajaran untuk membentuk sesuatu kurikulum yang berkesan merupakan
tugas yang berat dan terpenting. Di antara criteria untuk memilih bahan pelajaran supaya
membentuk sesuatu kurikulum sekolah yang berkesan ialah :
Ditinjau dari perspektif epistemology, bahan pelajaran hendaklah sesuai
dengan prinsip keseriusan kognitiif, iaitu bahan pelajaran yang hendak dipilih
hendaklah sah dan tepat sekali tanpa sebarang tafsiran kekaburan dan
keraguan.
Ditinjau dari perspektif falsafah moral, bahan pelajaran hendaklah sesuai
dengan criteria nilai moral, iaitu bahan pelajaran yang dipilih hendaklah
mengutamakan unsur pendidikan yang dapat membantu pelajar memupuk nilai
moral yang tinggi dan sesuai dengan kehendak masyarakat.
Ditinjau dari segi perspektif perkembangan psikologi, bahan pelajaran
hendaklah diorganisasi dan disusun mengikut turutan perkembangan intelek
dan fizikal kanak-kanak iaitu bahan pelajaran yang dipilih untuk membentuk
sesuatu kurikulum hendaklah distrukturkan daripada senang kepada sukar,
mudah kepada kompleks, dekat kepada jauh dan daripada konkrit kepada
abstrak, mengikut sekuen terhadap persekolahan yang sesuai serta system
organisasi bahan tersendiri. Dengan perkataan lain, bahan pelajaran yang
dipilih diedit dan disusun berlandaskan organisasi secara logical dan
sistematik iaitu mengikut sekuen dan aturan bahan yang sesuai.
Ditinjau daripada perspektif ekonomi dan pragmatism bahan pelajaran yang
dipilih hendaklah berguna, sesuai dengan keperluan pelajar dan masyarakat.
Dengan kata lain bahan pelajaran yang mempunyai nilai ekonomi dan
praktikal atau berguna, ialah bahan pelajaran yang membawa faedah untuk
kehidupan dalam masyarakat. Memanfaatkan pelajar daripada pemupukan
nilai murni dan tingkah laku positif serta menambahkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran khasnya teknologi maklumat masa kini.
2.3.

Penelitian dan Pentafsiran Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran merupakan suatu rancangan pelajaran berkaitan dengan sesuatu


mata pelajaran tertentu. Ia disediakan secara rasmi oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sukatan pelajaran ini biasanya
9

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

mengandungi beberapa perkara yang penting seperti unit pembelajaran, objektif dan
kemahiran yang disusun mengikut tahap atau darjah (dalam kelas KBSR) atau tingkatan
(dalam kelas KBSM).
Semua perkara tersebut dihuraikan secara terperinci dalam sebuah Buku Panduan
Khas untuk digunakan oleh guru sebagai panduan asas menyediakan rancangan kerjanya.
Untuk menyediakan suatu rancangan kerja yang berkesan, guru haruslah terlebih dahulu
membaca dan mentafsir perkara yang penting seperti objektif, unit pembelajaran,
kemahiran, strategi dan aktiviti pengajaran-pembelajaran serta bahan sumber yang
ditetapkan bagi mata pelajaran berkenaan.
Sebagai contoh bagi seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu KBSR seperti yang
dihuraikan seperti berikut :
a) Menghargai dan membanggai Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
Negara dan alat perpaduan rakyat sesuai dengan semangat Prinsip-prinsip
Rukun Negara.
b) Mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat di dalam
kehidupan seharian sama ada di dalam atau di luar sekolah.
c) Bertutur dan mengeluarkan bauh fikiran dengan menggunakan bahasa yang
sesuai di dalam berbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan
rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas,
syarahan dan banyak lagi.
d) Membaca kuat dan senyap untuk memahami isi-isi bacaan sesuai dengan
maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisis borang-borang
yang sesuai untuk keperluan seharian.
e) Menggunakan Bahasa Melayu untuk mempelajari hal ehwal manusia dan
alam sekelilingnya.
f) Menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat untuk meluaskan lagi pengetahuan
dan pengalamannya.
g) Menghargai karangan, kosa dan puisi. Disamping itu guru harus membaca
dan membuat pentafsiran terhadap kemahiran yang hendak di ajarnya dalam
keseluruhan tahun untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang apa yang
hendak diajarkan dalam tahun persekolahan itu.
2.3.1.Merancang
Perancangan kurikulum iaitu persediaan rancangan kerja merupakan suatu program
yang disediakan oleh guru berdasarkan sukatan pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang
akan diajarkan. Tujuan menyediakan rancangan kerja ini guru boleh melaksanakan program
10

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

pengajaran dan pembelajarannya (PDP) yang berdasarkan sukatan pelajaran secara sistematik
serta mengikut pemeringkatan yang sesuai.
Biasanya rancangan kerja meliputi rancangan kerja tahunan, rancangan kerja penggal,
rancangan kerja mingguan dan rancangan kerja harian. (i) rancangan kerja tahunan hendaklah
disediakan berdasarkan sukatan pelajaran keseluruhan tahun. Perkara penting seperti nombor
rujukan sukatan pelajaran, objektif dan tajuk pembelajaran hendaklah ditulis dalam
rancangan mengajar tahunan.
(ii) Rancangan kerja penggal haruslah disediakan berdasarkan rancangan kerja
tahunan. Semasa menyediakan rancangan kerja penggal, perkara berikut hendaklah
dipertimbangkan ; (a) rancangan penggal harus disediakan sebelum penggal bermula. (b)
rancangan kerja itu hendaklah ditulis dengan ringkas tetapi jelas.
(c) susunan unit pelajaran haruslah berdasarkan prinsip-prinsip mengajar iaitu
pemeringkatan perkembangan mental atau fizikal pelajar,pengetahuan yang sedia ada serta
kemahiran yang telah dikuasai. Biasanya susunan unit pelajaran dalam buku teks menjadi
pertimbangan asas semasa merancang susunan unit pelajaran untuk rancangan mengajar
penggal.
Rancangan kerja mingguan haruslah disediakan berdasarkan kepada rancangan
mengajar penggal. Perkara-perkara penting seperti tingkatan, matapelajaran, topic, kemahiran
dan penerapan nilai haruslah direkodkan rancangan kerja mingguan. Rancangan mengajar
harian haruslah disediakan berdasarkan rancangan kerja mingguan. Antara perkara yang
harus dipertimbangkan semasa menyediakan rancangan kerja harian ialah, hari, tarikh,
tingkatan, waktu pengajaran, isi pelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Isi pembelajaran haruslah dipilih berdasarkan kepada topic yang disediakan dalam
rancangan mengajar mingguan. Manakala objektif pelajaran hendaklah ditentukan
berdasarkan kepada kemahiran yang tercatat dalam rancangan kerja mingguan.
2.4.

2.Rancangan Persediaan Mengajar Untuk Pelaksanaan Kurikulum

Dalam persediaan sesuatu pelajaran, guru perlu mengkaji sukatan pelajaran mata
pelajaran berkenaan secara mendalam. Segala konsep dan kemahiran yang patut disampaikan
kepada murid-murid perlu dikuasai sepenuhnya oleh guru sendiri. Guru kemudian harus
menganalisis bahan pelajaran dan kemudian memilih, memeringkatkan serta menyusun
aktiviti dan contoh yang sesuai untuk mencapai objektif pelajaran.
11

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

Alat-alat bantu mengajar (ABM), yang sesuai dapat memudahkan pencapaian objektif
pelajaran jika alat-alat itu digunakan dengan berkesan. Peruntukan masa untuk pelajaran itu
perlu dibahagikan secara berpautan supaya tiap-tiap langkah penyampaian boleh menjamin
penglibatan murid-murid secara aktif serta menjalankan penilaian dan maklum balas. Segala
pertimbangan dan perancangan perlu dibuat dalam bentuk bertulis.

2.5.

Komponen-komponen Persediaan Mengajar

Pada umumnya persediaan mengajar mengandungi tiga komponen yang penting iaitu
persediaan, penyampaian dan penutup. Rajah 1.1 menunjukkan komponen-komponen
persediaan mengajar serta butir-butirnya dalam setiap komponen.
P

PI

r
a
j
p
p

p
B
p
s
k
o
p

n
u

g
t

e
u
e

b
e

j
n

g
r

m
m
e
g

a
b

b
u

r
b
a
k

t
e

u
t

e
h

r
i
f

i
t

a
p

a
n
e
n
e

a
p
r

m
k

u
t

k
s

s
u
a

a
a

u
n

s
a

u
l

d
g
i

a
t

n
n

e
e

i
l
a

n
a

p
i

a
k

n
t

m
n

l
a

l
u

a
a

j
n

i
a

j
r
l a e
c
d
p
s
f
b
e

n
) p

ia

s i

s
)
e

i
n
i

a
e

a
n

u
h
r

r
p

l
s

g
a

a
k

g
m

g
e
b

d
n

e
b

e
k
p

e
i

p
)
)

a
m

e
k

p
r

a
r

n
a

Rajah 1.1

2.6.

Komponen Persediaan

Komponen persediaan adalah bahagian pertama dalam sesuatu perancangan mengajar.


Ia meliputi perkara-perkara seperti butir-butir am, pengetahuan lepas, objektif pelajaran,
penggabungjalinan, sumber pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan penerapan nilai.
12

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

Sebelum mengajar guru harus mengumpulkan maklumat tersebut supaya boleh merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna.
Maklumat ini sangat penting untuk membolehkan guru memilih dan menyediakan alat
bantu mengajar (ABM) yang sesuai, memperingkatkan isi pelajaran, menetukan strategi
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan keperluan murid. Butir am
merangkumi aspek-aspek seperti penentuan kelas, waktu, tarikh, bilangan murid, mata
pelajaran dan topic pelajaran yang akan diajarnya.

Maklumat-maklumat ini membolehkan guru memilih dan menyediakan bahan-bahan


yang sesuai mengikut topic pelajaran serta keperluan kelasnya. Pengetahuan lepas biasanya
disebut sebagai pengetahuan sedia ada merujuk kepada tahap pengetahuan kebolehan atau
pengalaman yang telah diperolehi oleh murid-murid sebelum sesuatu pengajaran dimulakan.
Pengetahuan lepas adalah penting untuj membolehkan guru;
a) Menentukan objektif pelajaran berdasarkan kebolehan murid.
b) Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran (PDP) berdasarkan kebolehan
murid.
c) Memilih bahan yang sesuai mengikut kebolehan murid.
d) Menghubungkaitkan pengetahuan lepas dengan set induksi.
e) Kemahiran merupakan aspek yang penting dalam hampir setiap mata pelajaran
KBSR dan KBSM. Kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan menaakul
adalah diutamakan dalam sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa dan
Matematik. Murid-murid dikehendaki menguasai kemahiran asas untuk
mempelajari bidang-bisdang ilmu pengetahuan yang lain. Justeru itu adalah
penting guru menentukan objektif pembelajaran berdasarkan kemahiran yang
dihuraikan dalam sukatan pelajaran yang berkenaan.
f) Objektif pelajaran ialah matlamat yang ditentukan berdasarkan kemahiran
pelajaran supaya murid-murid dapat menguasainya selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Pencapaian objektif pelajaran ini adalah dinilai daripada perubahan
tingkah laku murid-murid melalui aktiviti pembelajaran mereka. Oleh itu objektif
pelajaran ini adalah disebutkan sebagai objektif eksplisit.
2.7.

Pemilihan dan Pemeringkatan Isi Pelajaran

Untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dengan berkesan, isi pelajaran haruslah
dipilih berdasarkan kepada minat dan kebolehan murid. Dengan kata lain isi pelajaran yang
disampaikan hendaklah mudah difahami. Arasnya tidak terlalu tinggi
13

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

atau terlalu sukar. Walaubagaimanapun murid akan berasa bosan pula sekiranya aras isi
pelajaran terlalu mudah dan tidak menarik dan mencabar.

Apabila isi pelajaran telah dipertingkatkan mengikut suatu susunan yang sesuai maka
aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan dengan berkesan. Dengan adanya isi
pelajaran yang terancang murid akan dapat mengikuti pelajaran mereka langkah demi
langkah sehingga mencapai objektif pelajaran dengan sepenuhnya.
2.8.

KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia


persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman prersekolahan dan pembelajaran
yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan
kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam
persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.
Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar
belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanakkanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka
diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan
keperluan mereka.
Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanakkanak supaya dapat merangsang pemikiran,membina sikap positif dan akhlak yang baik,
meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum.
Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh,seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang
fleksibeldan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri
ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajak serta memberi pengalaman baru kepada
kanakkanak.
Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas
untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan,

14

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang dibina dalam
diri murid akan menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan
prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat
dan wawasan negara.
Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira pandangan dan
falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak,psikologi dan perkembangan kanak-kanak
serta trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan
konsep e-pembelajaran.
3.0 MODEL-MODEL PELAKSANAAN KURIKULUM
Model-model kurikulum menjadi rujukan bagi membentuk kurikulum bagi sesuatu mata
pelajaran atau kursus baru yang akan ditawarkan di institusi pendidikan. model dikatakan
satu entiti yang mengandungi beberapa komponen. Misalnya, sasaran dan hasil pembelajaran.
Antara model-model kurikulum yg ada ialah Model Tyler, Model Taba, Model Stenhouse,
Model Saylor dan Alexander, Model Hunkins, Model Ritz, Model Glatthorn, Model Weistein
dan Fantini dan sbgnya. Tumpuan kita hanya diberi kpd 3 model iaitu: a) Model Tyler
(pengasas: Ralph Tyler) b) Model Taba (pengasas: Hilda Taba) c) Model Stenhouse
(pengasas: Lawrence Stenhouse).
1. MODEL ADMISTRATIF Smith, Stanley, Shores
Model admistratif pengembangan kurikulum menggunakan prosedur atas-bawah, lini staf
(Topdown, line-staff procedure). Inisiatif pengembangan kurikulum dimula dari pejabat
tingkat atas (Superintendent).
Pejabat tersebut membuat keputusan tentang kebutuhan suatu program pengembangan
kurikulum dan implementasinya, lalu mengadakan pertemuan dengan staf lini (bawahannya)
dan meminta dukungan dari dewan pendidikan (Board of education). Langkah berikutnya
adalah membentuk suatu panitia pengarah yang terdiri dari pejabat administratif tingkat atas,
seperti asisten superintendent, principals, supervisor, dan guru-guru inti.
Panitia pengarah merumuskan rencana umum, mengembangkan panduan kerja, dan
menyiapkan rumusan filsafat dan tujuan bagi seluruh sekolah didaerahnya (District).
Disamping itu, panitia pengarah dapat mengikutsertakan organisasi diluar sekolah / tokoh
15

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

masyarakat sebagai panitia penasehat yang bekerja bersama dengan personel sekolah dalam
rangka merumuskan berbagai rencana, petunjuk dan tujuan yang hendak dicapai.

Setelah kebijakkan kurikulum dikembangkan, maka panitia pengarah memilih dan


menugaskan staf pengajar sebagai panitia pelaksana (panitia kerja) yang bertanggung jawab
mengkonstruksikan kurikulum. Panitia im merumuskan tujuan umum dan tujuan khusus
kurikulum, isi (materi), kegiatan-kegiatan belajar dan sebagainya sesuai dengan pedoman /
acuan kebijakan yang telah ditentukan oleh panitia pengarah.
Panitia mengerjakan tugasnya diluar jam kerja biasa dan tidak mendapat kompensasi.
Kondisi ini diterapkan karena berkaitan dengan tanggung jawab guru untuk memahami
dengan benar kurikulum dan meningkatkan mutu kurikulum itu sendiri.
Setelah panitia kerja (guru-guru) melaksanakan penyusunan kurikulum melalui proses
tertentu, selanjutnya kurikulum yang dihasilkan tersebut direvisi oleh panitia pengarah atau
panitia tingkat atas lainnya sesuai dengan maksud diadakannya review tersebut. Panitia ini
melaksanakan berbagai fungsi-fungsi, sebagai berikut:

Memberi koherensi pada ruang lingkup dan urutan dalam program bidang studi
dengan koordinasi bersama panitia guru-guru masing-masing bidang;

Memeriksa kesesuaiannya dengan kebijakan kurikulum yang telah ditetapkan oleh


panitia pengarah;

Menyiapkan gaya dan bentuk susunan material yang siap untuk dipublikasikan

Rencana kurikulum yang sudah direvisi dan final tersebut selanjutnya ditugaskan kepada
satu panitia yang terdiri dari para admimstrator (principals) dan guru-guru untuk
melaksanakannya dalam rangka uji coba. Para pelaksana adalah tenaga profesional yang tidak
dilibatkan dalam penyusunan kurikulum (mencakup filsafat rasional, tujuan dan
metodologinya) uji coba dilaksanakan dalam kondisi pengajaran senyatanya dan
keefektifannya dimonitor dengan cara kunjungan kelas, diskusi, evaluasi siswa dan alat-alat

16

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

lainnya. Berdasarkan hasil uji coba dilakukan modifikasi, dan selanjutnya kurikulum baru
tersebut diresmikan pelaksanaanya secara nyata dalam sistem sekolah.

4.0 KAEDAH DAN PROSEDUR


4.1.PENENTUAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PERUNTUKAN MASA
Untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) dengan lancar,
sistematik dan mengikut jadual, isi pelajaran yang telah dipilih dan disusun mengikut
langkah-langkah yang sesuai hendaklah dikaitkan dengan masa yang diperuntukkan. Dalam
proses merancang sesuatu waktu pelajaran, guru harus mempertingkatkan beberapa langkah
yang patut diperuntukkan bagi isi-isi pelajaran yang hendak disampaikan dan berapa banyak
masa yang patut diperuntukkan bagi setiap langkah. Pada asasnya di dalam suatu waktu
pelajaran yang memakan masa 30 minit perkara utama yang harus ada komponen-komponen
penyampaian ialah set induksi, perkembangan dan penutup.
4.1.1. Pemilihan Strategi Pengajaran-Pembelajaran
Biasanya kaedah mengajar yang digunakan dalam sesuatu pelajaran melibatkan
kaedah keseluruhan kelas, kumpulan, individu, inkuiri-penemuan, projek, praktik,
penyelesaian masalah, induktif dan kaedah deduktif. Manakala teknik mengajar pula merujuk
kepada bercerita, bersyarah, berbincang, bersoal jawab, demonstrasi, main peranan, sosiodrama, permainan dan stimulasi.
4.1.2.

Pemilihan dan Penggunaan Sumber Pengajaran-Pembelajaran

Pada asasnya sumber pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada 3 kategori utama
iaitu:
a) Bahan rujukan seperti sukatan pelajaran, buku panduan mengajar dan buku
sumber.
b) Bahan pengajaran seperti alat bantu mengajar (ABM), untuk digunakan oleh guru
semasa mengajar.
c) Bahan pembelajaran seperti buku teks dan alat yang digunakan oleh murid untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran.
17

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

4.1.3. Mengubahsuai dan Menilai


Mengikut Kamus Randum House College, Inovasi bermakna memperkenalkan
sesuatu yang baru, membawa perubahan terhadap sesuatu benda atau kaedah. Sebenarnya,
apa sahaja idea, amalan, kaedah atau teknologi yang dianggap baru oleh individu, kelompok
atau masyarakat dikatakan inovasi.
Ini bermakna melalui daya kreatif guru pengubahsuaian strategi dan teknik mengajar
akan dapat dilakukan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
bermakna. Dalam konteks pendidikan, sebagai penilai, peranan guru merujuk kepada
tindakan membuat pentafsiran terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Perkara seperti kejituan, keberkesanan, kegunaan, penyeluruhan nilai, idea, kerja,
penyelesaian, kaedah, bahan dan aktiviti akan dipertimbangkan untuk beberapa tujuan
tertentu. Untuk menilai, guru akan menggunakan beberapa criteria dan standard tertentu.
Penilaian dibuat untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara itu tepat, berkesan atau
memuaskan.
Pertimbangan mungkin bersifat sama ada kuantitatif atau kualitatif. Di samping itu
aktiviti membuat rumusan atau kesimpulan yang digunakan untuk menutup sesuatu waktu
pelajaran iaitu kesimpulan kognitif dan kesimpulan social. Kesimpulan kognitif merujuk
kepada membuat rumusan dengan menghuraikan semula perkara - perkara utama yang telah
dipelajari.
Manakala kesimpulan sosial merujuk kepada aktiviti peneguhan dengan memberi
pujian atau ulasan terhadap prestasi murid secara lisan atau bukan lisan. Aktiviti penilaian ini
boleh dijalankan dengan cara pemerhatian terhadap aktiviti susulan, pemeriksaan kerja murid
atau melalui satu ujian lisan atau tulisan.
Maklumat yang didapati daripada pentafsiran penilaian itu akan menjadi asas untuk
membuat pengubahsuaian terhadap persediaan mengajar selanjutnya. Selain membantu guru
mendapatkan maklumat mengenai kemajuan murid, penilaian bertindak sebagai satu cara
memberi ganjaran kepada guru dan murid.
18

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

Ganjaran bagi guru mungkin didapati dalam bentuk rasa kepuasan melihat murid
mereka berjaya, manakala ganjaran kepada murid pula berupa pujian, hadiah dan juga
motivasi untuk terus berusaha lagi.

Sebagai kesimpulannya, peranan guru dapat digolongkan kepada tiga bahagian utama
iaitu, perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Semasa membuat perancangan guru
melaksanakan tugas seperti mendiagnos, menetapkan objektif pengajaran dan pembelajaran,
memilih kaedah pengajaran, menyusun aktiviti dan memilih bahan pembelajaran.
Perancangan ini akan dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah dengan peranannya sebagai
pengajar, pemudah cara, pembimbing, pentadbir, perancang, pengelola dan innovator.

19

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

RUJUKAN/LAMPIRAN
1. Abdul Sukor Shaari (2011). Pedagogi : dari sekolah ke institute Pendidikan Tinggi.
Sinatok : Penerbit Universiti Utara Malaysia.
2. Asmah bt Ahmad (1990). Pedagogi. Petaling Jaya : Longman
3. Coombs, B. (2010). Mengajar secara efektif. ( Penterjemah, Siti Aishah Mohd Elias).
Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara.
4. www.rekabentukkurikulum.com.my

20

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM


STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR ( ECS 1113)

21

HADIRAH BINTI NURDIN 4141006361 K10 G1 ISM PAKK

Anda mungkin juga menyukai