Anda di halaman 1dari 45

Gerak Kerja Ko-kurikulum

GERAK KERJA KOKURIKULUM (GERKO)

TAJUK 1: PENGURUSAN GERKO


1.1 Pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum

1.

Cuba anda jelaskan strategi pelaksanaan gerak kerja kokurikulum yang

boleh diaplikasikan di sekolah anda dan huraikan juga rasionalnya strategi


tersebut boleh dilaksanakan di sekolah anda.

Kegiatan kokurikulum adalah satu wadah bagi para pelajar untuk mempraktikkan teori
yang dipelajari dalam bilik darjah. Namun ia juga dilihat mampu untuk memberi
keseimbangan antara mental dengan rohani atau sahsiah seseorang murid. Selain itu ia
dapat memperkukuhkan interaksi antara pelajar kerana ia melibatkan kerja berkumpulan
sekaligus memupuk semangat integrasi antara kaum. Bagi mencapai matlamat tersebut,
berdasarkan situasi di SK Combined beberapa strategi pelaksanaan telah dipilih untuk
mencapai matlamat di antaranya ialah:

a) Melibatkan murid dari semua kaum untuk tujuan pemupukan perpaduan

Rasional Murid-murid SK Combined terdiri dari pelbagai kaum iaitu


Melayu, Iban, Bidayuh, Cina dan India.

b) Merancang dengan teliti bagi mencapai matlamat yang dikehendaki.

Rasional Aktiviti yang akan dijalankan akan lebih sistematik dan


terancang.

Gerak Kerja Ko-kurikulum

c) Merekod dan menilai kemajuan gerak kerja ko- kurikulum yang dijalankan.

Rasional Dapat mengenal pasti tahap kecekapan pelajar dalam sesuatu


kemahiran .

d) Mengadakan pertandingan di peringkat sekolah dengan melibatkan semua


pelajar.

Rasional pengalaman yang mereka pelajari melalui proses-proses


pengajaran formal dan tidak formal dapat dipraktikkan dan dikongsi
bersama, di samping memupuk semangat setiakawan.

e) Memberi penghargaan kepada pelajar dan lain-lain pihak dari semasa ke


semasa.

Rasional Menggalakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan


kemasyarakatan.

2.

Cuba kenal pasti semua unit gerak kerja kokurikulum di sekolah anda dan

senaraikannya mengikut komponen-komponen.


Komponen 1

Komponen 2

Komponen 3

Sukan (olahraga dan

Persatuan dan kelab

Unit beruniform

permainan)
1. Bola jaring

1. Pendidikan Islam

2. Badminton

2. Kelab Alam sekitar dan

Sabit Merah

3. Teakwondo

keceriaan sekolah.

2. Persatuan Tunas

4. Permainan dalaman

3. Kelab Perpustakaan
4. Kelab Kewangan
5. Kelab Kebudayaan dan
Kesenian

6. Kelab Komputer
1.2 Penubuhan unit-unit Gerak Kerja Kokurikulum

1. Persatuan Bulan

Puteri
3. Persatuan Pengakap

Gerak Kerja Ko-kurikulum

1. Cuba

anda

jelaskan

langkah-langkah

penubuhan

unit

gerak

kerja

kokurikulum yang mempunyai badan induk secara carta aliran.

PENUBUHAN PERSATUAN MEMPUNYAI BADAN INDUK

Pengetua/ Guru Besar/ Guru yang terlibat

Langkah 1
Perbincangan awal
dengan wakil badan
induk persatuan.

Langkah 4
Pendaftaran ahli
sementara mendapat
kelulusan badan induk

Langkah 2
Mengisi borang permohonan
penubuhan yang dikeluarkan
oleh badan induk

Langkah 5
Mendapatkan kelulusan/ sijil
pendaftaran daripada badan
induk

Langkah 3
Menghantar borang berkenaan
kepada setiausaha/ pesuruhjaya
daerah/ pegawai penjaga di
daerah/ negeri untuk diproses
Langkah 6
Melaksanakan dan
menjalankan aktiviti
persatuan

Gerak Kerja Ko-kurikulum

2.

Anda ingin penubuhkan satu persatuan / kelab yang baru di sekolah anda.

Rangkakan satu perlembagaan persatuan/kelab tersebut.

Persatuan Puteri Islam


Memandangkan Puteri Islam mempunyai badan induknya sendiri maka beberapa
perlembangaan telah di tetapkan dalam akta parlimen. Berikut adalah beberapa
perlembagaan yang mesti di patuhi.

1.

NAMA DAN ALAMAT

a.

Nama Kelab :

Puteri Islam

b.

Alamat

Sk Combined, Jalan Eastern Park, 93400 Kuching Sarawak

2.

MATLAMAT

Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual


puteri melalui penyemaian dan penyuburan serta pengukuhan nilai-nilai
pendidikan.
Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri.
Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.
Meningkatkan minat dan bakat puteri dalam pelbagai bidang gerak kerja
kokurikulum sekolah, institusi, maktab, kolej dan universiti.

Gerak Kerja Ko-kurikulum

3.

TUJUAN
Tujuan penubuhan Persatuan Puteri Islam ialah untuk melahirkan masyarakat

muda yang :
Taat kepada Allah, Raja dan Negara.
Berilmu
Berakhlak mulia
Berbakti dengan masyarakat

Membimbing gadis-gadis dari segi rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah
berilmu, mengajar dan memperkenalkan islam supaya kelak hidup mereka
berasaskan jalan yang diterima Allah dan dapat berbakti untuk Allah, Agama, bangsa
dan negara.
Membentuk kumpulan yang beridentiti sendiri.
Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati orang tua.

4.

KEAHLIAN

4.1

Dibuka kepada semua pelajar sekolah ini.

4.2

Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang


disediakan

4.3

Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada


perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi

Gerak Kerja Ko-kurikulum

menjayakan tujuan kelab ini.

5.

GURU PENASIHAT

5.1

Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2

Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau


membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.3

Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa


aktiviti dijalankan.

6.

AHLI JAWATANKUASA

6.1

Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2

Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa , manakala


ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak
dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3

Pemilihan ahli jawatankuasa adalah secara undian.

6.4

Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa


mengadakan mesyuarat.

6.5

Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah

Gerak Kerja Ko-kurikulum

menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6

7.

Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1

Pengerusi

6.6.2

Naib Pengerusi

6.6.3

Setiausaha

6.6.4

Penolong Setiausaha

6.6.5

Bendahari

6.6.6

Penolong Bendahari

6.6.7

Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)

6.6.8

Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1

Pengerusi

7.1.1

Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab


atas kesempurnaan semua mesyuarat.

Gerak Kerja Ko-kurikulum

7.1.2

Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala


keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru


Penasihat dari masa ke semasa.

7.2

Naib Pengerusi

7.2.1

Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

7.2.2

Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


dari masa ke semasa.

7.3

Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2

Mencatat dan menandatangani

minit

mesyuarat

kegiatan-kegiatan.

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

laporan

Gerak Kerja Ko-kurikulum

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


dari masa ke semasa.

7.4

Penolong Setiausaha

7.4.1

Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan


tanggungjawabnya.

7.4.2

Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

7.4.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru


Penasihat dari masa ke semasa.

7.5

Bendahari

7.5.1

Bertanggungjawab

berkenaan

semua

hal

kewangan

Kelab/Persatuan

7.5.2

Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara


kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3

Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta


menandatanganinya.

7.5.4

Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam

Gerak Kerja Ko-kurikulum

mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.5.5

Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan


dalam Mesyuarat Agung.

7.5.6

Menjalankan

tugas-tugas lain

yang

diarahkan oleh Guru

Penasihat dari masa ke semasa.

7.6

Penolong Bendahari

7.6.1

Menjalankan tugas-tugas

Bendahari sewaktu

ketiadaan

Bendahari.

7.6.2

Menjalankan

tugas-tugas

lain

yang diarahkan oleh

Guru

Penasihat dari masa ke semasa.

7.7

Ahli Jawatankuasa

7.7.1

Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti


yang dilaksanakan.

7.7.2

Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.7.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru


Penasihat dari masa ke semasa

10

Gerak Kerja Ko-kurikulum

7.8

Pemeriksa Kira-Kira

7.8.1

Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan


tahunan dan bertangungjawab keatasnya.

7.8.2

8.

Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

KEWANGAN

8.1

Sumber utama kewangan persatuan / kelab adalah melalui derma yang


diputuskan semasa Mesyuarat Agung.

8.2

Persatuan / Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui projekprojek atau aktiviti tertentu atau daripada agensi-agensi kerajaan terutama
Jabatan Agama Islam atau Jabatan Hal Ehwal Wanita.

8.3

Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan


perbelanjaaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti
tersebut.

8.4

Semua pungutan / penyimpanan hendaklah dimasukkan ke dalam


Akaun sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua.

11

Gerak Kerja Ko-kurikulum

9.

KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1

Ahli persatuan / kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang


dijalankan oleh persatuan / kelab sepanjang tahun.

9.2

Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut


dikehendaki menulis surat tunjuk sebab.

Tindakan memotong markah

kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal


berbuat demikian.

10.

AKTIVITI

10.1

Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau


mesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2

Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan


diumumkan kepada pengetahuan ahli.

11.

PERATURAN-PERATURAN

11.1

Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

12

Gerak Kerja Ko-kurikulum

12.

11.2

Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3

Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

TINDAKAN DISIPLIN

12.1

Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab


dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2

Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran lisan

12.2.2 Amaran bertulis

12.2

Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan / kelab secara
bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

13.

PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1

Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2

Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli


jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3

Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli

13

Gerak Kerja Ko-kurikulum

Jawatankuasa

akan

membincangkan

cadangan

tersebut

dan

meluluskannya jika perlu.

13.4

Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan


oleh Pengetua.

14.

PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati


melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam


Mesyuarat Agung Tergempar.

15.

HAL-HAL LAIN

15.1

Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang


dijalankan.

15.2

Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh


minat.

.
(

......................................
)

Setiausaha

.....................................
)

Pengerusi

14

)
Guru Penasihat

Gerak Kerja Ko-kurikulum

Tarikh:

1.3 Sistem fail

1.

Anda diminta mengemaskinikan sistem fail yang berkaitan dengan gerko

sekolah anda. Berdasarkan senarai nama fail berikut, cadangkan satu sistem fail
yang menggunakan pengekelasan mengikut angka.

Sistem fail yang dirancangkan mengikut pengekelasan mengikut angka adalah seperti
berikut :

Tahap Pertama (Tajuk Utama)


03 Gerak kerja kokurikulum

Tahap Kedua
(Subtajuk kokurikulum (03)
03/01 Hari Ucapan
03/02 Kelab Sukan dan Kebajikan Sekolah
03/03 Keceriaan Sekolah
03/04 Koperasi Sekolah
03/05 Majalah Sekolah
03/06 Pameran dan Pertandingan
03/07 Pelbagai
03/08 Persatuan Berasaskan Akademik

15

Gerak Kerja Ko-kurikulum

03/09 Persatuan Berasaskan Hobi/ Minat


03/10 Sukan dan Permainan
03/11 Unit Pakaian Seragam

Tahap Ketiga (Perkara)


(Subtajuk kokurikulum (03/10)

03/10/01 Bola Jaring


03/10/02 Badminton
03/10/03 Taekwondo
03/10/04 Permainan Dalaman

6.

Tuliskan satu surat rasmi kepada seorang tokoh untuk memberi ceramah

dalam aktiviti kokurikulum sekolah.

Sila rujuk lampiran 1.

TAJUK 2 : OLAHRAGA
2.1 Acara-acara olahraga

1.

Senaraikan acara-acara olahraga yang dijalankan di peringkat sekolah

rendah.

Acara-acara olahraga boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu acara balapan dan
acara padang. Acara balapan yang diadakan di peringkat sekolah rendah ialah;

16

Gerak Kerja Ko-kurikulum

I. acara lari pecut (jarak dekat)

50m, 100m dan 200m

II. acara lari berganti-ganti

4 x 100m, 4x 200m dan 4 x 400m.

III. acara lari berpagar

4x 400m

Acara padang pula terdiri daripada:

2.

I. acara balingan

: melontar peluru.

II. Acara lompatan

: lompat jauh dan lompat tinggi

Dengan merujuk buku di perpustakaan, Jelaskan sejarah perkembangan

olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci.

Olahraga di Malaysia

Olahraga mula diperkenalkan ke Negara kita pada pertengahan abad ke -19


bermula di Singapura. Namun sukan ini tidak mendapat sambutan penduduk Negara ini,
sehinggalah pada tahun 1906 di mana kejohanan olahraga pertama diadakan di Ipoh,
Perak. Bagaimanapun penyertaan hanya terhad kepada pegawai Inggeris termasuk dari
Singapura.
Manakala pada tahun 1920, kejohanan ini diadakan di Kuala Lumpur dan pada
tahun yang sama Persatuan Olahraga Amatur British Malaya ditubuhkan. Pada tahun
1931 pula, keanggotaan persatuan ini terbuka kepada semua negeri di Malaysia.
Peserta tempatan pertama yang berjaya memenangi dan mencipta rekod baru
dalam acara 100 ela pecut ialah Mohd. Hanif Ghows dari Perak dalam kejohanan pada
tahun 1931. Penglibatan Malaya dalam perjumpaan olahraga antarabangsa bermula
pada tahun 1950-an, termasuk mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik pada kali

17

Gerak Kerja Ko-kurikulum

pertama pada tahun 1956 di Melbourne. Pencapaian terbaik negara dalam sukan
Olahraga ialah selepas tahun 1960-an. Seorang peserta lari pecut negara M.
Jegathesan pernah memenangi pingat emas dalam Sukan Asia bagi acara 100 meter
dan 200 meter serta memasuki separuh akhir dalam Sukan Olimpik 1964 di Tokyo dan
1968 di Mexico.
Apa yang pasti ialah dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini, ia telah
memberi kesempatan kepada peserta-peserta dari negara ini mengambil bahagian
dalam kejohanan dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan
yang bergabung di dalam Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau
anjuran badan dunia itu sendiri.

2.2 Acara Trek


1.

Dengan merujuk buku KOAM di pusat sumber dapatkan ukuran ketinggian

pagar peserta lelaki dan wanita mengikut acara lari berpagar yang standard.

Pada dasarnya, lari berpagar adalah memecut melompat pagar-pagar.


Tujuannya ialah melepasi pagar-pagar dengan sedikit gangguan sahaja dalam ritma
pecutan semulajadi. Ini bermakna pagar-pagar hendaklah dilintasi dengan aksi langkah
lepas dan bukan dengan lompatan. Pergerakan dilakukan secara lembut.
Semua acara lari berpagar dijalankan dalam lorong. Acara 100 dan 110m
dijalankan di lorong lurus

dan acara 400m di balapan selekoh. Setiap perlumbaan

melibatkan 10 pagar. Tinggi pagar berbeza mengikut jarak perlumbaan.

ACARA
110m (L)
110m (P)
400m (L)
400m (P)

TINGGI PAGAR
1.067m
0.840m
0.914m
0.762m

18

Gerak Kerja Ko-kurikulum

*Nota:
L = Lelaki
P = Perempuan
2.

Dalam satu sesi pengajaran acara lari berpagar anda dikehendaki

merancangkan tiga aktiviti ansur maju.

Latihan Ansur Maju Lari Berpagar

Latihan I
Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarak yang tertentu.

Melangkah batang rotan

Latihan II
Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan.

19

Gerak Kerja Ko-kurikulum

Melangkah batang rotan yang ditinggikan

Tujuan Latihan I dan II ialah untuk membantu setiap peserta membina ritma dan
bilangan langkah yang seragam ketika berlari di antara halangan. Semasa latihan
berlari, peserta-peserta digalakkan membilang setiap langkah yang mereka buat dengan
menyebut lompatsatuduatigalompat

Latihan III
Latihan ini merupakan latihan menggerakkan kaki belakang melepasi halangan. Peserta
perlu berjalan dan melangkah di hujung batang rotan. Kaki hadapan peserta hendaklah
melangkah keluar dari batang rotan itu dan ini diikuti dengan kaki belakang yang
dibengkokkan sehingga paras tumitnya menjadi rapat dengan punggung peserta.
Mulakan latihan ini dengan mencuba cara berjalan dan kemudian tukar kepada berlari
anak.

Latihan menggerakkan kaki belakang

20

Gerak Kerja Ko-kurikulum

2.3

Acara Padang

1.

Cuba anda rujuk peraturan KOAM melalui internet atau bahan bacaan dan

jelaskan

perkara-perkara

yang

boleh

menyebabkan

lontaran

dibatalkan.

Di antara perkara-perkara yang boleh membatalkan lontaran ialah :

a)

Melontar di luar bulatan

b)

Menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penahan.

21

seseorang

Gerak Kerja Ko-kurikulum

c)

Selepas melontar, menyentuh mana-mana bahagian kawasan melontar dengan

mana-mana bahagian badan.

d)

Semasa melontar peluru dipegang jauh dari tempat yang sepatutnya.

22

Gerak Kerja Ko-kurikulum

2.

Senarai dan jelaskan perbezaan

di antara teknik lontaran gaya berdiri

dengan gaya Perry OBrien.

Sama ada teknik lontoran gaya berdiri atau pun gaya Perry OBrien, kedua-duanya akan
melalui 4 fasa yang sama tetapi harus diingat kedua-dua gaya ini memiliki perbezaan.

GAYA

GAYA BERDIRI

1.
A) Pegangan Peluru

GAYA PERRY OBRIEN


-SAMA-

-cara pegang peluru boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:


a) cara pegang dengan 5 jari
b) cara pegang dengan 3 jari

- Pelontar berdiri di

- Berdiri di bahagian belakang

bahagian hadapan

bulatan,

bulatan.

kawasan lontaran.

- Bahu kirinya menghala ke


arah lontaran.

membelakangkan

- Peluru diletak hampir leher


dan di bawah telinga.

B) Lakuan Sedia
- Peluru diletak hampir
dengan leher dan di

Lengan

tangan

diangkat

hampir mendatar siku keluar.

bawah telinga.
- Lengan tangan diangkat
hampir mendatar dan siku
ke luar.

2. Lungsuran

-TIADA-

23

-Dalam

keadaan

badan

condong

ke

kanan

kaki

Gerak Kerja Ko-kurikulum

dibengkokkan dan kaki kiri


ditendang

ke

bahagian

hadapan bulatan. Kaki kanan


bergerak ke tengah bulatan.
3. Kilasan Badan

-SAMA-rendahkan kaki kanan. Kilaskan pinggang dan menolak


dengan tangan kanan ke hhadapan menyilang badan. Secara
serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua-dua
belah kaki. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku
sentiasa di luar dan jauh dari badan.

4. Pulihan

Kedudukan
belakang

kaki
seperti

lontaran.

depan Kaki

belakang

dibawa

ke

semasa hadapan bulatan dan pada


masa

yang

sama

kaki

hadapan dibawa ke belakang.

TAJUK 3 : PERMAINAN
3.1

Pengenalan

24

Gerak Kerja Ko-kurikulum

1.

Dengan mencari sumber dari perpustakaan, tuliskan sejarah

permainan (pilihan) di peringkat antarabangsa dan di Malaysia.

Sejarah bola sepak

Tiada catatan dan bukti yang tepat mengenai sejarah dan pencipta bola sepak
tetapi ada beberapa bukti yang di anggap samar-samar yang boleh diterima sebagai
catatan paling hampir dengan permulaan permainan ini. Jika perbuatan menyepak atau
menendang sesuatu diterima sebagai permulaan permainan ini, terdapat empat negara
yang masing-masing mengakui sebagai tempat bermulanya bola sepak. Negara-negara
itu ialah Rom Kuno, China, Greece dan Jepun.

Perlawanan bola sepak pertama adalah antara China dan Jepun. Catatan ini
terdapat di sebuah muzium di Munich yang di tulis oleh seorang berbangsa Cina, Li Ju.
Li Ju mencatatkan tarikh perlawanan itu sebagai sekitar tahun 1000 sebelum Masihi.
Orang-orang Jepun dikatakan telah bermain bola sepak pada abad pertama iaitu di
Kyoto.

Manakala orang Greek Kuno dan Rom turut mengakui bahawa bola sepak
berasal dari sana. Mereka juga sebagai golongan terawal bermain bola sepak, iaitu
sekitar tahun 500 sebelum masihi. Walau bagaimanapun hingga kini asal-usul
permaianan bola sepak masih kabur.
Pada peringkat awal corak permainan adalah berbagai-bagai. Ada yang
menjadikannya sebagai acara bersuka-suka. Ada yang menganggap aktiviti ini sebagai
suatu upacara agama, dan ada juga yang menganggapnya sebagai salah satu latihan

25

Gerak Kerja Ko-kurikulum

ketenteraan. Selain daripada catatan tentang sejarah permulaannya, tidak ada pula
catatan tentang bagaimana ia dimainkan.

Menjelang Selepas Masihi, ada lagi negara yang cuba menonjolkan kepada
dunia bahawa bola sepak berasal dari negara mereka. Umpamanya Mexico dan
England. Sekali lagi tiada bukti konkrit tentang kewujudannya di kedua-dua negara ini.
Di England bola sepak dipercayai dimainkan pada tahun 276 Masihi. Dalam salah satu
permainan di negara itu, telah berlaku kekasaran yang mengakibatkan sebilangan besar
pemain dari kedua-dua pasukan serta orang ramai tercedera. Akhirnya pihak pemerintah
telah mengharamkannya. Walaubagaimanapun pihak pemerintah akhirnya menarik balik
larangan tersebut kerana sambutan daripada para pelajar sekolah dan universiti masih
menggalakkan.

Dari England, bola sepak diperkenalkan ke Eropah, Amerika Selatan dan


negara-negara di bawah jajahan Inggeris. 1885 bola sepak profesional dimulakan. Para
pemain mendapat bayaran setiap kali beraksi di padang. Kadar bayaran bergantung
pada tahap kebolehan seseorang pemain.

Di peringkat antarabangsa, perlawanan pertama di dunia ialah antara England


dengan Scotland, iaitu pada tahun 1872, di Glaslow, Scotland.

Di Malaysia permainan bola sepak di perkenalkan oleh askar-askar Inggeris


dalam tahun 1825. Bola sepak adalah permainan pertama dari negara luar. Ia dimainkan
oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di beberapa tempat di negari-negeri Melayu
Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

26

Gerak Kerja Ko-kurikulum

Di kalangan penduduk tempatan golongan pertama yang bermain bola sepak


adalah orang melayu.Walaubagaimanpun dari semasa ke semasa ia berkembang dan
akhirnya dianggap aktiviti sukan utama di kebanyakan kelab sukan dan rekreaksi yang
di tubuhkan oleh orang-orang Melayu, China, India dan Serani di negara ini. Orang
melayu tidak sukar menerima permainan ini kerana ia mempunyai sedikit persamaan
dengan permainan sepak takraw.(sepak raga).

Pada 1905 Liga Bola Sepak Amatur Selangor di tubuhkan. Dengan tertubuhnya
Liga ini, bermulalah usaha pertama ke arah mewujudkan perlawanan bola sepak.
Walaubagaimanapun ia terhad hanya di Kuala Lumpur sahaja. Orang yang
bertanggungjawab menyebarkan permainan ini ke negeri-negeri lain ialah pegawai dan
anak-anak kapal HMS Malaya-kapal perang Inggeris yang berlabuh di negara ini ketika
itu. Mereka sering mengadakan perlawanan bola sepak dan ragbi bersama dengan
penduduk tempatan.

Kelab Selangor yang merupakan kelab yang paling aktif ketika itu diberi tugas
menyelanggarakan

pertandingan

Piala

HMS

Malaya.

Pihak

Kelab

Selangor

menganjurkan pertandingan ini hingga 1932 kerana selepas itu pihak lain yang
mengambil alih. Pada 1926 PBM ditubuhkan (Persatuan Bola Sepak Malaya). Selepas
perang dunia ke dua PBM di susun semula. Dalam tahun 1951 Tunku Abdul Rahman
dilantik sebagai Yang Dipertua. Pada tahun 1957 terbinalah Stadium Merdeka dan
merupakan stadium terpenting sehingga sekarang.

2.

Pilih satu jenis permainan yang anda minati dan jelaskan peraturan-

peraturan asas permainan tersebut.

27

Gerak Kerja Ko-kurikulum

10 Peraturan Asas Permainan Bola Jaring.

Satu pasukan diwakili tujuh pemain semasa permainan.

Berlari dengan bola, mengelecek (memantul) bola dan menumbuk bola


tidak dibenarkan.

Pemain hendaklah menghantar atau menjaring bola dalam masa tiga


saat.

Jaringan hanya boleh dilakukan oleh penjaring GS dan penyerang GA


sahaja.

Sesuatu balingan itu tidak boleh melintasi dua garisan gelanggang.

Bola yang melantun dari tiang jaring boleh disambut semula dan
permainan diteruskan.

Lemparan kedalam hanya dilakukan apabila diisyaratkan oleh pengadil.

Dua orang pengadil mengawasi permainan.

Jika pasukan kurang daripada lima orang pemain, permainan tidak boleh
diteruskan.

Pemain tengah yang akan membuat hantaran tengah untuk memulakan


permainan mesti berdiri dalam bulatan tengah sebelum wisel berbunyi.

28

Gerak Kerja Ko-kurikulum

3. Dalam bentu grafik, anda lakarkan satu kawasan permainan hoki lengkap
dengan ukurannya.

Sila rujuk lampiran 2

3.2 Kemahiran Asas Permainan

1.

Dalam satu pengajaran mikro (amali) terangkan ansur maju bagi satu

kemahiran asas (pilihan sendiri)?

Permainan Bola Jaring.

Kemahiran Asas Permainan Bola Jaring terdiri daripada:

1. Menghantar
2. Menyambut
3. Gerak Kaki
4. Mengawal dan Mengelak
5. Menjaring
6. Hantaran tengah, hantaran bebas dan lemparan masuk
7. Strategi asas menyerang dan bertahan

Latihan Menghantar dan Menyambut Bola.

Latihan Ansur Maju.

Biasanya kedua-dua kemahiran menghantar dan menyambut bola digabungkan atau


dijalankan serentak. Kedua-dua kemahiran ini dilatih sekaligus dan tidak perlu
diasingkan latihannya. Latihan ini biasanya dijalankan dalam bentuk latihan statik,
latihan dinamik atau bergerak dan latihan berkait.

29

Gerak Kerja Ko-kurikulum

1. Latihan Statik.

(a) Bertiga Menghantar antara satu sama lain.

AAA

CCC

B
B
B

Cara:
A menghantar kepada C, C kepada B dan terus menghantar kepada A, secara berulangulang.

Variasi:
(i)

Tukar arah hantaran

(ii)

Tukar cara hantaran

(iii)

Hantaran secara perlahan

(iv)

Hantaran secara pantas

(v)

Kombinasi cara hantaran

(b)

Berlima Bentuk bintang.

30

Gerak Kerja Ko-kurikulum


A xxxx

xxxx D

C xxxx

xxxx B

E xxx

Cara:
A hantar kepada B, B kepada C, C kepada D dan D kepada E yang terus hantar kepada
A untuk membantu perjalanan yang berbentuk bintang.

Variasi:
(i) Sama seperti dalam latihan Bertiga di atas (i) - (v)
(ii) Peserta bertukar tempat selepas dua pusingan

(c) Bentuk kipas.

D
G

Cara:

31

Gerak Kerja Ko-kurikulum

A hantar kepada B, B hantar balik kepada A. A terus hantar kepada C, C balik kepada A
dan seterusnya sehingga A menerima hantaran daripada F. Peserta F akan mengambil
alih tempat A yang akan mengambil tempatnya di kanan B. Latihan ini diteruskan
sehingga peserta A balik ke tempat asalnya.

(d) Bulatan.

C
D

B
A

X1
X2
J
F
I
G
H

Cara:
Dua biji bola digunakan . X1 memulakan hantaran kepada A dan X2 hantar kepada F. X1
dan X2 akan terus menghantar dan menerima bola daripada peserta di hadapannya. E
akan menghantar kepada X2 dan J kepada X1 untuk meneruskan latihan. Sebaik sahaja
kedua-dua bola itu telah tamat satu pusingan, dua peserta yang lain akan menggantikan
tempat X1 dan X2.

(e) Barisan.

32

Gerak Kerja Ko-kurikulum

Cara:
2 biji bola digunakan. A mulakan hantaran kepada H, H kepada B, B kepada I dan
seterusnya dalam bentuk zig-zag . Setelah bola pertama dihantar, H akan mula
menghantar bola kedua kepada A untuk meneruskannya. Apabila N menerima daripada
G, ia akan membawa bola dan berpindah ke sebelah kiri A dan meneruskan hantaran
secara zig-zag. Begitu juga apabila G menerima bola ia akan berpindah ke kiri H dan
meneruskan hantaran bola.

33

Gerak Kerja Ko-kurikulum

2. Latihan bergerak (dinamik).


(a) Hantar dan melintas.

F1
FGHIJK

Cara:
E hantar kepada F yang menghantar balik kepada E. F berlari ke sebelah kiri E dan
menerima hantaran kali kedua dan hantar balik kepada E. G akan mengambil tempat di
hadapan F. Apabila K selesai gilirannya, tempat 3 akan digantikan oleh peserta lain
untuk mengulangi latihan.

Variasi latihan:
Pelbagai cara hantaran (lantunan,tinggi,sisi dan aras dada)

34

Gerak Kerja Ko-kurikulum

(b) 4 Penjuru (isi tempat kosong).


1
A

1
X
2
X

Cara:
Tiga peserta dan sebiji bola. A menghantar kepada C dan terus berlari ke penjuru
kosong. C menghantar kepada B dan bergerak ke penjuru yang dikosongkan oleh A.
B pula terus menghantar kepada A dan berlari ke tempat yang dikosongkan oleh C.
(Penghantar berlari ke penjuru kosong setelah membaling bola).

Variasi latihan:
(i) Tukar cara hantaran
(ii) Ubah kedudukan penjuru
(iii) Cuba lima penjuru (Dua penjuru kosong (X) )sepanjang masa. Peserta bebas
memilih penjuru kosong)

35

Gerak Kerja Ko-kurikulum

(c) Sini, Sana (barisan).

X Guru

Cara:
Peserta akan berlari keluar dari tempat permulaannya mengikut isyarat guru (yang
menunjuk dengan tangannya) Sini, Sana. Apabila isyarat Depan atau Belakang
disebut oleh guru, pembantu guru akan melontar bola dan peserta cuba menyambutnya.
(Pastikan hantaran tidak terlalu pantas. Beri peluang kepada peserta untuk menyambut
bola dan hantar balik kepada pembantu guru.)

3. Latihan berkait.
(a) Hantaran segitiga

321
AAA

123
BBB

Cara:

36

Gerak Kerja Ko-kurikulum

B berlari ke depan untuk menerima hantaran daripada A. Kemudian berlari ke sebelah


kiri atau kanan B dan menerima hantaran daripada B. B pula bertindak seperti A dan
menerima hantaran darinya.

Variasi latihan:
(i) Ubah Jarak hantaran
(ii) Ubah cara hantaran

(b) Hantaran tanpa penghalang

GA

WA

Cara:
C hantar bola (lantun / tinggi / aras dada) kepada WA. WA seterusnya hantar kepada GA
yang bergerak dari bulatan D.

Variasi latihan:
(i) Adakan penghalang pasif (acah sahaja tetapi tidak merampas bola) 3 orang untuk
mencabar penghantar.
(ii) WA dan GA bermula dari tempat yang berubah-ubah.

37

Gerak Kerja Ko-kurikulum

(c) Hantaran GK ke GS

GS
WA
GA

GD

WD
GK

Cara:
Peserta-peserta mengambil tempat masing-masing dalam kawasan permainan yang
dibenarkan undang-undang permainan. GK lambungkan bola dan menyambutnya
semula. Bola terus dihantar kepada WD, WD kepada GD, GD kepada C, C kepada GA,
GA kepada WA yang menghantar kepada GS yang berada dalam kawasan gol.

Variasi latihan:
(i) Tetapkan cara hantaran.
(ii) Hantaran cara bebas (pilihan peserta).
(iii) Tetapkan posisi peserta tetapi bebas bergerak dalam kawasan yang dibenarkan.
(iv) Terbalikkan (reverse) posisi peserta-peserta sebaik sahaja bola sampai ke GS yang
menjaring.

38

Gerak Kerja Ko-kurikulum

(d) Menyerang 1 Lawan 2.

B
C

Cara:
A cuba menghantar bola kepada B yang bergerak dalam kawasan gol. C mengawal B
dan menghalangnya dari menerima bola. Jika B berjaya menyambut bola ia akan terus
menjaringkan gol. Jika gagal menerima bola atau menjaringkan gol, ketiga-tiga pemain
bertukar peranan untuk meneruskan latihan.

Variasi latihan:
(i) Tetapkan bilangan gol sebelum tukar peranan
(ii) Latihan 2 lawan 3,3 lawan 4 dan sebagainya.

39

Gerak Kerja Ko-kurikulum

2.

Pilih satu kemahiran asas yang anda minati dan tunjukkan kemahiran tersebut

dengan teknik yang betul.

Teknik Menyambut Bola.


Bola Aras Dada
Kedua-dua belah tangan dihulur lurus kearah bola. Tangan terbuka dan sambut
dengan jari-jari yang direnggangkan. Sebaik sahaja bola disambut, siku tangan
dibengkokkan dan bola dirapatkan dengan badan. Kedudukan kaki berjarak
untuk imbangan badan.

Bola Lantun (Aras Pinggang)


Menyambut bola dengan kedua-dua belah tangan di hadapan badan pada aras
pinggang. Pastikan bola disambut dengan jari-jari dan tidak dengan tapak
tangan.

Bola Tinggi
Boleh disambut dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Jika perlu,
pemain hendaklah melompat sambil mengagkat sebelah atau kedua-dua belah
tangannya keatas untuk menangkap bola. Ketika mendarat, lutut dibengkokkan
sedikit dan mengawal bola dengan merapatkannya ke badan.

40

Gerak Kerja Ko-kurikulum

41

Gerak Kerja Ko-kurikulum

3.

Pilih satu kemahiran asas yang anda minati dan tuliskan satu rancangan

pengajaran atau satu sesi latihan yang lengkap. Aspek-aspek ansur maju dan
beberapa variasi latihan perlu diberi perhatian.

Rancangan Pengajaran / Ringkasan mengajar:

Nama Guru

Noor Al Saadah binti Abdullah

Sekolah

Sk Batu Lintang

Tahun

Satu

Bilangan murid

35 orang

Purata Umur

7 tahun

Tarikh

16 Mei 2005

Masa

7.20 7.50 pagi

Matapelajaran

Pendidikan Jasmani

Kemahiran

Menghantar dan Menyambut Bola jaring

Pengetahuan sedia ada

Murid-murid telah belajar tentang jumlah dan


kedudukan pemain bola jaring

Objektif Pelajaran

Pada akhir kemahiran ini adalah diharapkan muridmurid dapat:


a)

Mengetahui teknik-teknik menghantar dan


menyambut bola dengan betul.

b)

Mengetahui syarat-syarat menyambut dan


menghantar bola.

Alatan

6 biji bola

42

Gerak Kerja Ko-kurikulum

Langkah

Gerak kerja

Pengelolaan

Pendahuluan

Larian

Beramai-ramai

2 minit

setempat

Aktiviti pengajaran dan


pembelajaran
1.

Guru

menyuruh

berlari

Alatan

murid

setempat

dan

membentuk kumpulan dalam


barisan.
2. Guru menasihatkan muridmurid

supaya

mengikut

arahan.
1.
Langkah 1

Kekuatan

Berkumpulan:

2 minit

otot

3 kumpulan
berbentuk
bulatan

Guru

menyuruh

murid-

murid membentuk 3 bulatan


dalam

keadaan

berlari

setempat.
2.

Guru

murid

menyuruh

murid-

menjarakkan

diri

di

antara satu dengan yang lain.


1. Dua biji bola digunakan.
Langkah 2

Tunjuk cara:

Guru

Guru

memulakan

5 minit

Menghantar

melakukan

kepada

dan

aktiviti dan

kepada F. Guru dan X2 akan

menyambut

memberi

bola

penerangan

terus

A dan

hantaran
X2

hantar

menghantar

dan

menerima

bola

peserta

hadapannya.

di

daripada
E Bola

akan menghantar kepada X2 jaring


dan J kepada Guru untuk
meneruskan latihan. Sebaik
sahaja

kedua-dua

bola

itu

telah tamat satu pusingan,


dua peserta yang lain akan
menggantikan
dan X2.

43

tempat

Guru

Gerak Kerja Ko-kurikulum

C
D

B
A

guru
X2

F
I
G
H

1. Di dalam kumpulan tadi,


Langkah 3

Menghantar

9 minit

dan

Kumpulan

berpandukan

arahan

yang

diberikan oleh guru, murid-

menyambut

murid

bola

dikehendaki

menghantar dan menyambut Bola


bola mengikut arahan guru jaring
dalam bentuk bulatan.
2. Guru memastikan bahawa
semua

dijalankan

dengan

betul tanpa kesalahan.


1. Guru menyuruh muridLangkah 4

Permaianan

9 minit

kecil

Kumpulan

murid

menyambut

menghantar

bola

dan Bola

serentak jaring

dengan kumpulan lain.


2.

Murid

yang

kesalahan

akan

melakukan
di

suruh

bermula sekali lagi.


Penutup
3 minit

Tarik nafas

Beramai-ramai

1. Guru mengarahkan muridmurid


menahan

menarik
nafas

nafas,
dan

melepaskannya.
2. Beratur dan balik ke kelas.

44

Gerak Kerja Ko-kurikulum

45

Anda mungkin juga menyukai