Anda di halaman 1dari 12

PENGAJARAN REFLEKTIF

Konsep Pengajaran Reflektif


Pembelajaran secara reflektif merupakan satu proses transformasi dan integrasi antara
pengalaman

dan

pemahaman

seseorangmemahami

sesuatu

terdahulu
konsep

atau

terlebih

yang
dahulu

sedia

ada

sebelum

dan

memerlukan

melakukan

refleksi.

Pembelajaran ini jugalebih berpusatkan pelajar iaitu pelajar akan membina pengetahuan yang
bermakna secara aktif melalui diri sendiri daripada pengalaman yang sedia ada. Pembelajaran
secara reflektif membantu pelajar mengaitkan apa yang terjadi di sekeliling dengan apa yang
dipelajarinya danmenekankan pada penerokaan dan penemuan kendiri melalui aktiviti
penyelesaian masalah. Pengajaran reflektif merupakan satu tindakan melibatkan kesediaan
untuk membuat penilaian kendiridan perkembangan secara berterusan.
Pembelajaran secara reflektif (reflective learning) memberikan kesempatan kepada pelajar
untuk melakukan analisis terhadap pengalaman yang dialami dan memfasilitasi pembelajaran
dari pengalaman tersebut. Pembelajaran reflektif juga mendorong dan mendidik pelajar untuk
berfikir secara kreatif, mempersoalkankan sikap dan mendorong kemandirian pembelajaran.
Menurut Allen & Enz (1986-1987) dan McCrindle & Christensen (1995) pembelajaran secara
reflektif dapat menggalakkkan pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar. Pembelajaran
reflektif juga melihat bahawa proses ialah produk daripada cara berfikir dan berfikir adalah
produk daripada sebuah proses. Jadi melalui pembelajaran ini, pelajar dapatmencipta sesuatu
daripada pelbagai konsep, peristiwa atau interaksi dalam satu tempoh masa.
Empat ciri Pengajaran Reflektif
-

Mengutamakan tujuan dan kesanserta kerberkesanan teknikal


Memberikan cadangan-cadanganbaru dalam penggubalan kurikulum baru
Guru akan dapat memainkanperanan yang aktif dalam prosespengajaran

pembelajaran.
Sikap minda keterbukaan,tanggungjawab dan kesungguhan hati

dan

Ciri-Ciri Guru Reflektif:


-

Keterbukaan Minda
Tanggungjawab.
Kesungguhan
Seorang guru yang terbuka mindanya sering bersedia untuk membuat refleksi dan

mencabar andaian-andaian, prasangka, ideologi tersendiri dan juga orang lain.


Guru membuat rancangan mengajardan terus bersedia.

Guru perlu memantau, memerhati dan mengumpul data berkaitan dengan hasrat,

tindakan dan perasaan pelajar.


Guru perlu merancang, membuat persediaan, bertindak, mengumpul data,menganalisis

data serta menilai data.


Guru yang reflektif merupakan seorang yang sering menyoal mengenai tujuantujuannya, memantau amalan danhasilan, mempertimbangkan kesan jangka pendek
dan jangka panjang terhadap setiap kanak-kanak.

Peranan reklektif
Apakah peranan refleksi dalam belajar mengajar? Pertamanya dengan melakukan refleksi
ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat
berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk
mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan
menentukan alternative-alternatif dalam membuat keputusan.
Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan
justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya. Antara kepentingan refleksi ialah guru
permulaan boleh dibantu melaksanakan refleksi dan mempelajari nilai refleksi dalam
pengajaran dan pembelajaran pembelajaran Malahan, sama ada di dalam atau pun di luar
negara, kita melihat seperti telah berkembang suatu budaya di mana bakal guru digalakkan
untuk mempraktikkan amalan refleksi sebagai satu cara membuat penilaian kendiri.
Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan bahawa
amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan dirinya
sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang
menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk menyiasat secara
kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat, amalan pengajaran dan akibat amalan
pengajaran tersebut (Dewey, 1933; Schon, 1987). Bagi John Dewey (1933), seseorang yang
mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada bersifat impulsive.
Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru membuat
keputusan dalam proses pendidikan. Seterusnya, pandangan tentang terdapatnya kata sepakat
bahawa amalan reflektif membawa ke arah pertumbuhan profesional (Van Manen, 1977),
menyokong pandangan Wildman, et al, (1990). Kepentingan amalan reflektif ini juga ditegaskan
oleh Steffy B.E, et al., (2000 ) yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai
pertumbuhan profesional tanpa amalan reflektif dalam karier seorang guru.

Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu


mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Pandangan lain menjelaskan
bahawa amalan reflektif menghasilkan kemajuan kepada bakal guru melalui peringkat-peringkat
perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih dan membolehkan
mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan kritikal .
Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru:
membuat penilaian kendiri
berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja
melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan
mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika
mengubah tingkahlaku

PEMBELAJARAN MASTERI
Menurut Bloom (1968). Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.
Manakala menurut falsafah Bloom menyatakan bahawa semua atau hampir semua murid boleh
menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya
keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai
pembelajarannya.
Menurut Anderson dan Block (1975) Pembelajaran Masteri ialah satu set idea dan amalan
pengajaran s ecara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Idea
dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila
menghadapi masalah pembelajaran serta memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid
mencapai masteri berpadukan kriteria yang jelas.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan pembelajaran Masteri suatu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran yang seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi
serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

KONSEP PEMBELAJARAN MASTERI


Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses
pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa
pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran
utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi
pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama

TUJUAN PEMBELAJARAN MASTERI


Tujuan Pembelajaran Masteri adalah untuk memastikan semua pelajar mencapai objektif
pelajaran dan membolehkan masa yang mencukupi untuk setiap pelajar mencapainya.
Pembelajaran masteri perlu dilaksanakan kerana guru perlu mengetahui bahawa murid
mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza antara satu sama lain seperti kebolehan
membaca dan kebolehan menulis. Seterusnya, murid memerlukan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Ini disebabkan oleh kebolehan setiap murid untuk
memahami sesuatu pembelajaran berbeza seperti sesetengah murid mudah memahami
pembelajaran melalui aktiviti nyanyian. Akhirnya, murid mesti menguasai pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang diajarkan. Perkara ini untuk memastikan tiada murid yang tercicir
dalam pengajaran dan pembelajaran.

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN
1.

Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.

2.

Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah dan aktiviti supaya pelajar dapat

menguasai sesuatu dalam masa yang singkat.


3.

Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dan mengambil kira gaya

pembelajaran pelajar.
4.

Guru perlu mendorong pelajar untuk menguasai sesuatu yang diajar.

5.

Masa harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai hasil pembelajaran

yang ditentukan.

6.

Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran

yang ditentukan.
7.

Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru.

8.

Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai.

9.

Pembelajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil, pengetahuan disusun daripada mudah

kepada yang sukar supaya boleh difahami murid.


10. Semua murid normal boleh menguasai semua yang diajarkan oleh guru.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN MASTERI


Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid.
Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid
dalam sesuatu tajuk atau topik. Pelajar hanya akan beralih kepada topik baru apabil mereka
telah berjaya menguasai dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam topik yang
sedang dipelajari.
Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang
dikenali sebagai unit pembelajaran.
Langkah ini dlaksanakan supaya murid dapat memberi fokus kepada aspek yang lebih kecil. Ini
akan memudahkan mereka menguasai tajuk-tajuk atau unit berkenaan.
Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran.
Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan memudahkan pelajar memahami dan
mencapainya.
Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%.
Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan pada setiap unit pembelajaran
sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Walau bagaimanapun guru boleh
memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan peratus penguasaan itu
perlu dinaikkan secara beransur-ansur sehingga mencapai 80%.
Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan
menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara
individu. Pemilihan dan penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam suatu
pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid supaya aktiviti

pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan
seterusnya memudahkan pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran
murid.Penilaian yang dilaksanakan dalam pembelajaran masteri boleh dilakukan dalam bentuk
formatif atau sumatif berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Penilaian juga mestilah bersifat
diagnostik dan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telah dikuasai
dan yang belum dikuasai oleh murid.
Guru perlu menggunakan instrumen yang bersesuaian bagi mendapatkan maklum balas secara
tepat berkenaan penguasaan atau pencapaian hasil pembelajaran.
Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan
setiap murid.
Setiap pelajar perlu mengikuti aktiviti permulihan sekiranya mereka masih belum menguasai
aras masteri yang telah ditetapkan manakala bagi yang telah menguasai aras masteri, mereka
boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti aktiviti pengayaan.

MODEL PEMBELAJARAN MASTERI

Penentuan Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir
sesuatu unit pembelajaran. Hasil Pembelajaran perlu ditentukan untuk mengenal pasti apa yang
perlu dikuasai oleh murid dan memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran. Selain
itu, merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajar. Ia juga dapat membantu guru untuk
membina ujian formatif dan sumatif. Hasil pembelajaran dinyatakan berdasarkan Sukatan
Pelajaran dalam, bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur. Dinyatakan secara
eksplisit, jelas dan terperinci. Selain itu, di dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Mengikut aras pembelajaran dari mudah ke sukar.
Pengajaran dan Pembelajaran
Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru mesti mengambil kira perkara
seperti

kebolehan

dan

keupayaan

murid

berbeza-beza.

Sahsiah

seseorang

murid

mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi
merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil
pembelajaran yang ditetapkan.Guru mestilah membuat kepelbagaian kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya mengambilkira kemudahan yang sedia ada dan juga masa yang
diperuntukkan untuk mengajar.
Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan oleh guru iaitu pendekatan berpusatkan guru
dan pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan berpusatkan guru menggunakan kaedah
penerangan, penjelasan, bercerita, huraian, memberi nota, syarahan dan demonstrasi.
Pendekatan berpusatkan murid pula boleh menggunakan kaedah bercerita, bacaan, latih tubi,
pembelajaran akses kendiri, inkuiri penemuan, soal jawab, main peranan, demonstrasi,
penyelesaian masalah, sumbang saran, projek, pembelajaran koperatif dan amali.
Penilaian
Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan
pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu
dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif
yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian
mestilah berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran yang telah ditetapkan.Penilaian dalam
Pembelajaran Masteri bertujuan untuk mengesan pencapaian murid, mengenal pasti murid
yang cerdas, sederhana dan lemah, mengenal pasti sama ada Hasil Pembelajaran sudah atau
belum dikuasai, mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran,

menentukan

aktiviti

keberkesanan

pemulihan

kaedah,

bahan

dan
atau

pengayaan
aktiviti

yang

perlu

pengajaran

dan

dijalankan,

menentukan

pembelajaran.

Penilaian

Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai seperti semasa
pengajaran dan pembelajaran, selepas sesuatu unit pembelajaran atau selepas tempoh tertentu
seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.
Tindakan Susulan
Tindakan susulan dalam Pembelajaran Masteri dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan
pembelajaran murid dikenal pasti. Tindakan susulan ini bertujuan untuk memastikan kelemahan
murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya. Seterusnya dapat
memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai.
Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti pemulihan dan pengayaan (pengukuhan dan
pengembangan).
Aktiviti Pemulihan
Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum
melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang
telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan mengikut
tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan adalah
mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain, membetulkan perlakuan yang
salah, mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula, menggunakan bahan visual,
mempermudah

dan

mempelbagaikan

latihan,

menjalankan

latih

tubi,

menggalakkan

pembelajaran melalui rakan sebaya memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguhsungguh, membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta
atau peta minda dan melatih murid mengenal pasti idea utama.
Aktiviti Pengayaan
Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti
pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran
yang lebih mencabar dan menarik, memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman
murid, menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir dan meningkatkan
semangat berdikari dalam pembelajaran. Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan
dan pengembangan.
Aktiviti Pengukuhan

Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah
dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang
boleh dijalankan adalah seperti memberi latihan yang lebih mencabar, memberi banyak latihan
dalam pelbagai bentuk, melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik
seperti peta minda, carta organisasi dan rajah, melatih murid membuat nota, menjalankan latih
tubi, melatih murid mengenal pasti idea utama dan mengakses maklumat dari laman web.
Aktiviti Pengembangan
Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid
dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh
dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan adalah membuat
projek, membuat tugasan dan membuat kajian.

KEMAHIRAN GURU DALAM PEMBELAJARAN MASTERI


- Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid.
- Mengetahui perbezaan murid.
- Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan merancang aktiviti yang menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Mengurus pelbagai bahan bantu mengajar.
- Menyimpan rekod kemajuan murid.
- Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran.
- Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai.

PENYELESAIAN MASALAH
Potensi Perniagaan

Pada masa sekarang dan seterusnya pada masa-masa akan datang, pertanian akan menjadi
satu keperluan kepada negara Malaysia. Memandangkan pasaran berpotensi pertanian pada
masa hadapan akan hanya tidak kepada Malaysia sahaja, kepada pasaran global.
Oleh itu, aktiviti berasaskan pertanian akan menjadi satu prospek yang baik untuk diusahakan
pada masa-masa sekarang ini.
Pembangunan tidak mampu bertahan hanya dengan menjalankan aktiviti pembuatan dan
perkhidmatan sahaja. Ini kerana, dengan pertanian, produk hasil pertanian dapat meningkatkan
hasil daripada aktiviti pembuatan dan perkhidmatan. Malaysia pada masa ini masih bergantung
kepada import makanan daripada luar, dan ini menyebabkan aliran kewangan keluar.
Dengan keluasan tanah yang boleh diusahakan untuk pertanian, sepatutnya Malaysia mampu
menghasilkan produk tersebut dan mampu untuk dieksport ke luar negara.
Dan memang terdapat banyak kawasan berpotensi bagi dijadikan kawasan pertanian seragam
atau secara komersial terutama di kawasan Johor dan Pahang.
Penyediaan bahan mentah yang digunakan bagi menampung keperluan industri kecil dan
sederhana(IKS) adalah satu keperluan pada masa kini.
Pada masa sekarang ini, keperluan kepada pengeluaran bahan mentah untuk industri
pembuatan makanan secara lebih berkesan yang berasaskan produk seperti ubi kayu, kunyit,
sukun dan pisang, jika dijalankan dijangka dapat menembusi pasaran luar negara. (rujuk
Utusan Kota, Utusan Malaysia, 31/08/01).
Sebagai contoh, pada masa sekarang, usahawan tempatan masih gagal menyediakan produk
berasaskan hasil pertanian diatas secara komersial kerana tidak mempunyai bahan mentah
yang mencukupi.
Sebagai contoh, semasa satu-satu musim perayaan, sebanyak 300tan produk seperti kerepek
ubi dan kerepek pisang diperlukan bagi menampung permintaan pasaran. Permintaan pasaran
selalunya meningkat dengan begitu tinggi pada musim perayaan dan buat masa sekarang
pengeluaran yang ada tidak mampu untuk menyediakannya.
Apabila perniagaan seperti yang akan diusahakan oleh syarikat Guna Indah Sdn. Bhd. ini
menjalankan aktiviti pertanian, ia akan dapat membantu kerajaan Malaysia memajukan industri
pengeluaran makanan dan menjadikannya satu industri yang mempunyai daya saing yang
tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa.

Ini akan menaikkan nama negara Malaysia dalam aktiviti pelbagai sehingga ke peringkat
antarabangsa. Penembusan sehingga ke peringkat perdagangan antarabangsa juga adalah
antara matlamat perniagaan syarikat ini.
Walaupun perniagaan pertanian untuk tujuan komersial memerlukan modal yang besar dan
tinggi, namun dengan adanya kemahiran pengurusan dan kemahiran perdagangan yang tinggi,
perniagaan akan dapat diuruskan dengan baik dan menguntungkan.
Risiko Perniagaan
Antara risiko yang dijangka akan berlaku adalah :
1. Masalah kewangan yang tidak mencukupi dalam melaksanakan projek berpotensi;
2. Kelewatan dalam penerimaan pembayaran setelah selesai melaksanakan projek;
3. Pengurusan tidak teratur;
4. Tindakan yang tidak teratur; dan
5. Kemampuan dalam melaksana strategi perniagaan.
Langkah mengatasi
Berdasarkan keadaan yang mungkin akan berlaku diatas, pihak syarikat memikirkan bahawa
perlu adanya satu alternatif atau tindakan yang bersesuaian bagi mengatasi masalah tersebut.
Antara langkah berjaga-jaga itu adalah :
1. Menyimpan dana yang mencukupi;
2. Melakukan pembelian aset yang boleh dijual-semula atau disewakan kepada pihak
tertentu dengan kadar segera;
3. Merancang aktiviti atau projek-projek dengan sebaik yang mungkin dan perlaksanaan
dilakukan setelah dikenalpasti keadaan, masalah dan tindakan yang perlu diambil;
4. Sebarang projek yang dikenalpasti akan dibuat secara sub-con dengan ahli pengurusan
dalam syarikat yang dikenalpasti berkemampuan membawa peranan sebagai Pengurus
Projek untuk projek tersebut;
5. Memastikan bentuk pembiayaan dan pinjaman yang bersesuaian semasa/sebelum
merancang projek;

6. Mendapatkan khidmat bantuan professional; dan


7. Mendapatkan nasihat dari pelbagai aspek sebelum melaksanakan sesuatu urusan atau
aktiviti perniagaan.
Pendekatan perniagaan
Dalam memastikan bahawa perniagaan mampu berkembang selaras dengan keadaan dan
keperluan modal, pelbagai pendekatan perlu diambilkira. Konsep semua pihak untung akan
sentiasa dijadikan panduan dalam memastikan keberkesanan perjalanan perniagaan.
Antara pendekatan yang perlu itu adalah menjalankan perniagaan secara :
1. Perkongsian bijak
2. Pengurusan bijak
3. Perniagaan pelbagai hala
4. Perniagaan secara 2 hala(B2B,B2C dan C2C)
5. Sokongan perniagaan

Anda mungkin juga menyukai