Anda di halaman 1dari 5

Alatan Menggunting

Gunting Kain

Digunakan untuk menggunting kain. Ukuran panjang biasa dalam 20 cm. Sebelah mata
gunting berbentuk bulat, sebelah mata runcing. Untuk gunting tahan lama, elak
daripada jatuh dan tidak digunakan untuk menggunting benda lain seperti kertas.
Minyakkan sendi-sendinya selalu. Simpan dalam sarung atau kotak gunting.
Menggunting dengan berhati-hati supaya kain yang digunting berdasarkan pola yang
dikehendaki. Ketika menggunting kain, mata gunting menghala ke hadapan supaya
tidak mendatangkan kecederaan pada diri sendiri.
Keselamatan Menggunakan Gunting
1. Mata gunting hendaklah dirapatkan ketika tidak digunakan.
2. Pegang gunting dengan berhati-hati ketika menggunting kain.
3.ketika menyerahkan gunting kepada rakan, hulurkan dengan memberikan bahagian
pemegang gunting dan semasa menggunakan gunting, tumpukan perhatian pada mata
gunting semasa digunakan.
5. Minyakkan sendi gunting dan lapkan habuk sebelum gunting disimpan dalam kotak.

Gunting Kertas

Untuk menggunting kertas.


Berukuran antara 12cm- 18cm.
Penjagaaan:

Elakkan daripada menjatuhkannya kerana ia akan patah/ skrunya menjadi

longgar dan cepat tumpal.


Ia boleh digunakan untuk menggunting rambut atau kertas kerana ia tidak

akan menjadi tumpal.


Minyakkan sendi- sendinya selalu.
Simpan di dalam sarung yang diperbuat kain felt atau flannelette supaya tidak
mudah berkarat.

Gunting Bergerigi

Panjangnya 4-8 dan mempunyai tepi yang bergerigi.


Digunakan untuk mengemaskan tepi tepi kain supaya tidak berbulu.
Tidak diperlukan kecuali banyak menjahit.
Penjagaan:

Jangan gunakan untuk menggunting span atau kertas. Gunakan yang


lama untuk tujuan- tujuan itu.

Gunting Sulaman

Lebih kecil 3 -4 dengan Mata yang runcing dan melengkung di kedua

hujungnya.
Digunakan untuk sulaman- sulaman halus,menggunting motif, kain sulaman
menebuk dan menggunting lubang butang.

Pisau Penetas

Penetas terdapat dalam berbagai bagai saiz. Ia berukuran di antara 8 hingga

16cm.
Pemegangnya selalunya diperbuat daripada plastic.
Digunakan untuk membuka mata-mata jahitan.
Digunakan menebuk lubang butang setelah dijahit mesin.

Cara penjagaan:

Gunakan hanya untuk menetas benang atau jahitan sahaja.


Simpan bersama-sama alatan lain dalam kotak alatan.

Anda mungkin juga menyukai