Anda di halaman 1dari 20

MURID DAN ALAM

BELAJAR
( EDU 3103)

ALAM BELAJAR
DISEDIAKAN OLEH :
GVITHAMALAR SUBRAMANIAM
PARVATHY
PISMP RBT SJKT (SEM 2)

KONSEP ALAM BELAJAR

Suatu

keadaan

atau

suasana

belajar

yang

dapat

meransang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai


matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif.
Perubahan tingkah laku berkenaan ialah perubahan tingkah
laku yang positif dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial.

FIZIKAL

PSIKOSOSIAL

ALAM
BELAJAR

KOMUNITI
PEMBELAJARAN

ASPEK FIZIKAL
Keadaan fizikal pula termasuklah keadaan fizikal bilik darjah, bahanbahan bantu mengajar dan persekitaran.
Bilik darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti
pelajar. Bagi menggalakkan pemikiran yang kreatif suatu suasana yang
selesa perlu disediakan.
Kreativiti yang wujud dalam bilik darjah seharusnya akan menjadikan
pelajar-pelajar lebih berminat dan mengambil bahagian dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

Bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting

dalam mengembangkan minat serta pemikiran pelajar untuk


belajar.
Guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam menyediakan bahan-

bahan bantu mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran


dapat berjalan dengan lancar dan berkesan untuk menarik minat
pelajar.
Guru yang bijak mengubahsuai isi pelajaran dan mengambil kira

ilmu pengetahuan pelajar dan menambahkan nilai-nilai murni yang


sesuai dengan isi pelajaran akan menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih segar dan berjaya menarik
perhatian seluruh bilik darjah.

Suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas dan bersih


membolehkan pelajar belajar dengan mudah. Ia juga dapat
mencetuskan minda yang positif dan tenang.
Persekitaran

sebegini

membolehkan

pelajar

memberi

tumpuan dan fokus yang maksimum terhadap bahan-bahan


yang dipelajari.

Susun atur perabot dan pengcahayaan yang baik juga turut


mempengaruhi mood belajar.

Psikososial

ASPEK PSIKOSOSIAL
ialah

berkaitan

dengan

jiwa

dan

hubungan

seseorang indivudu dengan individu lain. Antara komponen yang


termasuk dalam psikososial ialah

keselamatan, kesihatan,

kebersihan dan perapatan atau kemesraan.


Amalan

keselamatan

dan

kesihatan

yang

positif

dapat

membentuk keyakinan diri pelajar.


Kemampuan fizikal pelajar dari segi psikomotor dan kesihatan
minda juga dapat dikembangkan dengan mengamalkan tabiat
pemakanan yang sihat dan sentiasa mengamalkan kebersihan
diri dan juga alam sekitar.

Perapatan atau kemesraan ialah merupakan hubungan antara


individu dengan individu lain.
Contohnya hubungan dengan ibu bapa dan keluarga,
hubungan dengan rakan sebaya, guru dan sebagainya. Ia
adalah penting bagi membina disiplin diri dan menyedari
tanggungjawab sosial dan moral.
Dunia

sosial

pelajar

juga

turut

berkembang

melalui

perbincangan berkenaan keadaan keluarga serta hubungan


dengan rakan-rakan mereka yang saling memerlukan antara
satu sama lain.

KOMUNITI PEMBELAJARAN

Komuniti pembelajaran bermaksud sekumpulan manusia yang


saling berkongsi, bertindak secara koperatif dan kolaboratif,
mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu
dalam proses belajar.

Pengalaman

belajar

dalam

bentuk

komuniti

pembelajaran

merupakan satu pengalaman yang bermakna, wajar dan semula


jadi.
Komuniti

pembelajaran

membina

kesedaran

berkerjasama,

memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya.

Sekolah atau bilik darjah sebagai satu komuniti pembelajaran boleh


disamakan dengan satu keluarga yang rapat.
Komuniti

pembelajaran

merupakan

sekumpulan

manusia

yang

berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara aktif belajar bersama


sama serta saling belajar daripada individu lain.
Komuniti pemblajaran dalam satu bilik darjah dapat bergerak sebagai
satu kumpulan yang mantap. Guru boleh mengaplikasi pembelajaran
koperatif, pembelajaran dalam kumpulan, bimbingan rakan dan aktiviti
pembelajaran.
Komuniti pembelajaran yang sihat akan dapat membentuk insan yang
dapat

berkembang

secara

masyarakat yang positif.

menyeluruh

dan

menjadi

anggota

Mengalakkan
Bersifat Kendiri

Ppenglibatan Aktif

CIRI CIRI
ALAM
BELAJAR

Berpusatkan Pelajar

Penglibatan Aktif

Kanak-kanak

belajar

dengan

melakukannya

sendiri.Mereka

belajar melalui eksplorasi dan penemuan, menggunakan semua


deria. Alam belajar optimum yang menggalakkan penglibatan aktif
dan menyediakan banyak peluang untuk kanak-kanak melihat,
merasa, mendengar, merasa, menghidu dan menyentuh.

Bersifat Kendiri

Keperluan kanak-kanak adalah unik dan bersifat tersendiri.


Perbezaan

di

kalangan

kanak-kanak

adalah

jelas

dan

perbezaan ini memberi panduan dalam memilih instruksi. Aras


perkembangan, gaya pembelajaran, latar belakang keluarga
dan minat kanak-kanak adalah di antara faktor-faktor yang
membantu dalam memformulasikan alam belajar.

Berpusatkan Pelajar

Pendekatan
perkembangan

berpusatkan
kanak-kanak

pelajar
secara

yang
total,

memfokuskan
menyokong

pertumbuhan kognitif, sosial, afektif dan fizikal kanak-kanak.


Amalan yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak ialah
kaedah berpusatkan pelajar.

PENGALAMAN BELAJAR KANAKKANAK


Terdapat tiga pembahagian melalui pengalaman belajar
kanak-kanak yang optimum iaitu:
Pengalaman Langsung ( First hand experience )
Pengalaman ini selalunya melibatkan penggunaan deria seperti
deria sentuh, bau,rasa, lihat dan dengar. Pengalaman ini juga
adalah berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak itu sendiri.
Kanak-kanak biasanya akan melakukan sesuatu perkara. Selepas
itu, kanak-kanak itu sendiri akan merasai kesan disebalik
perbuatan yang dilakukannya.

Contohnya: apabila kanak-kanak menyentuh pemanas air di dapur,


secara automatik kanak-kanak akan menarik tangannya kerana
merasa panas. Di sini, kanak-kanak telah menggunakan deria
sentuhnya dengan merasai kepanasan. Pengalaman yang sebegini
akan mengingatkan kanak-kanak supaya tidak akan menyentuh
sesuatu yang panas lagi. Secara tidak langsung kanak-kanak ini telah
belajar dari pengalaman mereka sendiri.

Penglibatan aktif ( active involvement )

Kanak-kanak akan belajar melalui perkara yang dilakukannya.


Kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif akan mempunyai
pengalaman yang banyak berbanding kanak-kanak yang tidak aktif
atau pasif.
Kanak-kanak yang dapat melibatkan diri secara aktif dapat
menambah pengalaman dari segi komunikasi dengan rakan yang
lain dan menguasai bahasa dengan lebih baik.

Contohnya: kanak-kanak yang suka bermain bola dengan rakanrakannya pada setiap petang akan mendapat lebih ramai kawan dan
dapat memperkembangkan dirinya sendiri dari sudut fizikal dan
kognitif. Berbanding dengan kanak-kanak yang hanya mengurungkan
diri di dalam bilik, mereka tidak mempunyai ramai kawan-kawan dan ini
mungkin akan mempengaruhi kemahiran berbahasa kanak-kanak
tersebut.

Kebebasan belajar mengikut gaya belajar, gaya berfikir, minat, masa


dan lain-lain.
Setiap kanak-kanak mempunyai minat, gaya belajar, gaya berfikir
dan gaya belajar yang berbeza. Pengalaman yang mereka dapati
adalah ditentukan bagaimana kanak-kanak belajar serta minat
mereka terhadap sesuatu perkara.
Contohnya: kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam
terhadap kereta akan mula menunjukkan bakat dalam menamakan
jenis-jenis kereta yang diketahui atau akan membuat sendiri model
keretanya

sendiri.

Pengalaman

kanak-kanak

ini

akan

lebih

bertambah dengan adanya buku-buku yang berkaitan atau mereka


dibawa pergi untuk menonton perlumbaan kereta.

Anda mungkin juga menyukai