Anda di halaman 1dari 3

PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam Perkembangan Kanak-Kanak


Edisi Kedua, prinsip asas perkembangan kanak-kanak dapat dibahagikan
kepada 5 jenis. Prinsip asas perkembangan yang pertama ialah proses
perkembangan ini berlaku mengikut aturan. Sebagai contohnya pada permulaannya
seorang bayi pada mulanya boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak dan
seterusnya diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan tanpa dipimpin.
Perkembangan juga dapat dilihat dari perkembangan konkrit kepada abstrak. Iaitu
bayi atau kanak-kanak hanya mampu membayangkan sesuatu yang berada di
hadapan mereka sahaja, namun akhirnya dapat memikirkan sesuatu yang lebih
kompleks iaitu yang sukar untuk digambarkan.
Prinsip kedua perkembangan kanak-kanak ialah perubahan dalam pertumbuhan dan
perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik.
Pertumbuhan secara lahiriahnya akan berlaku dari otot-otot yang besar dahulu
sebelum berlakunya perkembangan ke otot-otot halus. Sebagai contohnya seorang
bayi hanya mampu menggengam sesuatu objek dengan tangannya tanpa
menggerakkan jari, namun setelah sekian lama dia mampu memegang sesuatu
dengan jari-jemarinya seperti memegang sebutir kacang dengan jari telunjuk dan ibu
jarinya.
Prinsip ketiga perkembangan kanak-kanak ialah pertumbuhan dan perkembangan
adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan. Ini bermakna perkembangan
kanak-kanak adalah suatu proses yang berterusan selagi mereka hidup. Sebagai
contoh sesuatu kemahiran asas pada waktu kecil akan menjadi suatu kemahiran
yang lebih rumit dan kompleks di masa hadapan.
Prinsip keempat perkembangan kanak-kanak ialah, corak dan aturan perkembangan
adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap
individu. Ini kerana adanya perbezaan individu dalam setiap masyarakat walaupun
mungkin mempunyai umur yang sama. Sebagai contohnya perkembangan kanak-

kanak dari merangkak kepada berjalan. Mungkin ada sesetengah bayi dapat
merangkak dalam 18 bulan, namun ada juga yang mengambil masa yang lebih lama.
Ini semua bergantung kepada faktor baka dan persekitaran kanak-kanak tersebut.
Prinsip kelima dalam perkembangan kanak-kanak ialah perkembangan adalah hasil
interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. kematangan adalah kemunculan
potensi yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk,
berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik.
Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan
memerlukan usaha.
Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan potensi
yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota
badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang jika berlatih atau
meniru cara-cara berenang.

Prinsip prinsip perkembangan kanak - kanak


Terdapat beberapa prinsip asas perkembangan. Salah satunya ialah proses
perkembangan berlaku mengikut aturan. Prinsip ini dapat dilihat dengan jelas dalam
perkembangan bahasa. Contohnya, kanak-kanak hanya dapat bercakap dengan
kata-kata yang tidak jelas dan ringkas sebelum dapat berkata-kata dengan jelas dan
lengkap.
Perubahan dalam perkembangan ini berlaku secara beransur-ansur daripada yang
umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seseorang bayi mesti belajar
menggenggam objek dengan tangan sebelum boleh belajar menggunakan jarinya.
Namun, proses ini berlaku berterusan, tidak seperti pertumbuhan yang terhenti
apabila sampai hadnya.
Selain itu, pola perkembangan seseorang individu dengan individu yang lain hampir
sama, namun kadar perkembangannya berbeza bagi setiap individu. Terdapat
individu yang berkembang dengan pantas, namun ada pula individu yang
berkembang dengan perlahan. Contohnya, ada kanak-kanak yang dapat menguasai

kemahiran membaca atau menulis seawal usia enam tahun, namun ada pula individu
yang masih belum menguasai kemahiran ini sedangkan kedua-dua mereka dihantar
untuk belajar di sekolah.
Di samping itu, perkembangan adalah hasil interaksi antara kematangan dan
pembelajaran. Kematangan dapat ditakrifkan sebagai potensi diri yang terpendam
dalam setiap individu, yang mana ia dipengaruhi oleh genetik yang terdapat dalam
trait setiap individu. Pembelajaran pula ialah hasil yang diperoleh daripada latihan
dan identifikasi yang mana ia memerlukan usaha. Kesimpulannya, setiap manusia
telah sedia mempunyai potensi diri yang tersendiri dan ianya akan dicungkil dan
diperkembangkan melalui pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai