Anda di halaman 1dari 68

PENGLIBATAN IBU BAPA

SEBAGAI
RAKAN KONGSI PENDIDIK
PERMATA

Maksud penglibatan
Ibu bapa mengambil inisiatif untuk melibatkan diri

dalam hal perkembangan kanak-kanak,


terlibat dalam memahami program yang diadakan
di pusat permata dan
turut terlibat dalam aktiviti di pusat PERMATA
sama ada aktiviti itu dijalankan di pusat PERMATA
atau sebagai sambungan pembelajaran dari pusat
ke rumah.
Dalam hal ini ibu bapa mempunyai hubungan yang
rapat dengan pusat dan sanggup bekerjasama
dengan pendidik permata untuk melaksanakan
aktiviti .

MENGAPA IBU BAPA PERLU MELIBATKAN DIRI


DI PUSAT PERMATA?
1. Untuk memastikan kanak-kanak mendapat
pendidikan yang terbaik.
2. Hasil kerjasama dan hubungan yang rapat dan
mesra di antara pendidik permata dan ibu bapa dapat
membantu perkembangan anak-anak.
3. Dengan penglibatan ibu bapa secara aktif di pusat
PERMATA , anak-anak akan dapat mengetahui
betapa ibu bapa mereka menghargai pusat dan
pendidikan, dengan ini akan mempertingkatkan
peluang kejayaan untuk anak-anak.

Faedah Hubungan Baik Dan Kerjasama


Antara Ibu Bapa Dan Pusat PERMATA
1. Boleh mengurangkan pertelingkahan atau
salah faham antara rumah dan pusat.
2. Dapat memperkukuhkan pembelajaran anakanak.
3. Supaya terdapat persambungan apa yang diajar
dan dididik di pusat awal kanak-kanak dengan
amalan di rumah.

4. Membolehkan ibu bapa memberi


sumbangan kepada pusat awal
kana-kanak mengikut kemahiran
masing-masing. Ini boleh memberi
faedah kepada kanak-kanak,
pendidik permata dan ibu bapa yang
lain.

5. Setengah pendidik permata di pusat awal


kanak-kanak merasa kecewa apabila ibu bapa
tidak menyokong usaha-usaha mereka. Untuk
itu mereka perlu mencari jalan dan berusaha
dengan lebih gigih untuk melibatkan ibu bapa di
dalam pendidikan anak-anak mereka.
6. Ibu bapa lebih mengetahui keperluan anak
mereka, penglibatan ibu bapa di pusat awal
kanak-kanak akan dapat menjamin dan
mempertingkatkan lagi program di pusat-pusat
ini.

. Ibu bapa boleh membantu


memperbaiki keadaan fizikal
pusat awal kanak-kanak lebihlebih lagi bagi pusat-pusat yang
keadaannya amat daif.

8. Penglibatan aktif ibu bapa di pusat pendidikan awal kanakkanak memberi peluang kepada pendidik permata dan ibu
bapa untuk berinteraksi - pendidik permata boleh
mengetahui nilai-nilai ibu bapa yang berbeza dari segi
status sosial dan dari segi kumpulan etnik.
9. Ibu bapa juga boleh mempelajari tentang perkembangan
kanak-kanak.

10. Ibu bapa boleh berkenalan


sesama sendiri dan boleh
bertukar fikiran mengenai
masalah yang mereka hadapi
mengenai anak-anak mereka

10. Penglibatan aktif ibu bapa di pusat


pendikan awal kanak-kanak akan
menimbulkan rasa sayang dan hormat
kepada pusat.
11. Mempertingkatkan pencapaian anakanak.

Halangan-Halangan Dalam Penglibatan Ibu Bapa


1. Ibu bapa mungkin tidak dapat melihat keperluan
penglibatan mereka di pusat-pusat pendidikan awal
kanak-kanak khususnya bagi masyarakat yang
kurang beruntung. Mereka lebih memikirkan tentang
bagaimana untuk mencari nafkah hidup seharian.
2.

Mereka menganggap pusat awal kanak-kanak


sebagai tempat untuk meletak anak-anak mereka
untuk dijaga semasa mereka kreluar bekerja mencari
nafkah.

3. Mereka kurang memahami fungsi dan


nilai pusat pendidikan kanak-kanak dalam
mempertingkatkan perkembangan dan
penyuburan kanak-kanak
4. Terdapat juga ibu bapa yang berminat
untuk terlibat tetapi mereka tiada masa

5. Mungkin kerana perbezaan


budaya,
6. Mempunyai penghargaan
kendiri yang rendah
dan
merasakan diri mereka kurang
berkebolehan.

7. Terdapat juga pendidik di pusat


pendidikan awal kanak-kanak tidak
memahami latar belakang budaya sosial
ibu bapa, dengan itu mereka tidak dapat
berhubung dengan baik

8. Penglibatan ibu bapa juga


dipengaruhi oleh pengalamanpenglaman sekolah mereka. Jika
perasaan rendah diri mereka akibat
daripada pengalaman pahit semasa
di sekolah dahulu mereka merasa
tidak seronok atau merasa tidak
selesa berada di pusat pendidikan
awal kanak-kanak.

Model Program Kerjasama Antara Ibu


Bapa Dan pusat permata
(1) Model sekolah sebagai penyibar maklumat
kepada ibu bapa (school to home transmission model

(2) Model Interaktif (intractive model)

( 3) Model perkongsian (Partnership model).

Model Sekolah Sebagai Penyibar Maklumat


Kepada Ibu Bapa (School To Home
Transmission Model)
Model ini berbentuk sehala.
Dalam model ini ibu bapa hanya berperanan sebagai
penerima maklumat, mereka mempunyai peluang yang
terlalu kecil untuk menyampaikan maklumat kepada pusat
permata atau memberi sumbangan kepada pusat permata.
Model ini menggalakkan ibu bapa menyesuai dan
menyokong nilai-nilai yang terdapat di pusat permata,
khususnya nilai yang boleh membawa kepada kemajuan
anak-anak di pusat permata. Matlamat model ini ditentukan
oleh pihak sekolah.

Contoh program dalam model ini


seperti:
Program latihan keibubapaan yang mengajar
ibu bapa cara-cara mendidik tingkah laku anakanak,
Ceramah untuk ibu bapa mengenai
perkembangan kanak-kanak, cara bercakap
dengan anak-anak dan bagaimana membantu
anak-anak membuat kerja rumah.

Model Interaktif (Interctive Model)


Model ini mengakui wujudnya perbezaan antara keluarga
dan pusat permata.
Model ini menggalakkan komunikasi terbuka dan
menekankan tentang pengaruh timbal balik di antara rumah
dan pusat permata dalam mendidik anak-anak.
Model ini diasaskan kepada saling hormat menghormati di
antara ibu bapa dan pendidik permata dan menekankan
kepada perkongsian objektif dan arah yang sama dalam
pembelajaran anak-anak.

Model ini mempunyai sekurang-kurangnya dua


matlamat : untuk mempertingkatkan pencapaian
kanak-kanak berdasarkan masyarakat umum, di
samping menghargai matlamat dan kepercayaan
yang terdapat dalam masyarakat kecil.
Sebaliknya dalam model Sekolah Sebagai
Penyibar Maklumat Kepada Ibu Bapa lebih
memberatkan kepada nilai masyarakat umum.

Model ini tidak memerlukan banyak masa dan tenaga


daripada ibu bapa dan pendidik permata. Ibu bapa hanya
dikehendaki memperuntukkan sedikit masa untuk
berbincang dengan pihak sekolah tentang budaya setempat
dan menyumbangkan bakat mereka untuk memperkayakan
pendidikan anak-anak mereka.
Perancang kurikulum dikehendaki mengambil pandangan,
nilai, sejarah dan stail pembelajaran yang terdapat dalam
keluarga dan dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah.
Model ini menghormati kepelbagaian budaya pelajar dan
ibu bapa.

Model Perkongsian (Partnership Model)


Model ini berdasarkan kepada saling hormat
menghormati di antara ibu bapa dan sekolah dan ianya
lebih eksplisit.
Kedua-dua pihak iaitu ibu bapa dan pendidik permata
sama-sama komited untuk membantu pendidikan anakanak.
Model ini melihat hubungan ibu bapa dan pendidik permata
sebagai aspek penting untuk kejayaan anak-anak.

Ibu bapa dianggap sebagai aset dan sumber


dalam pelaksanaan strategi untuk
mempertingkatkan kejayaan semua kanak-kanak.
Dalam model ini ibu bapa perlu diberi kuasa untuk
berkhidmat secara aktif dan penglibatan yang
bermakna dalam pendidikan anak-anak mereka

SIKAP IBU BAPA TERHADAP PUSAT


PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
1. Ibu bapa yang mempunyai perasaan benci
kepada pusat pendidikan kanak-kanak kerana
pengalaman masa kecil mereka yang tidak
menyeronokkan.

2. Ibu bapa yang memerlukan galakan untuk


datang ke pusat permata

3. Ibu bapa yang sedia membantu jika


mereka dijemput ke pusat permata.

4. Ibu bapa yang merasa seronok dengan


penglibatan di pusat permata

5. Ibu bapa yang sukakan kuasa.


Terlalu aktif

Berdasarkan sikap dan peribadi ibu bapa,


pendidik permata boleh melibatkan ibu bapa
mengikut kesesuaiann dengan aktiviti di pusat
pendidikan awal kanak-kanak
seperti menjadi pekerja sukarela,
pendidik permata untuk anak mereka sendiri di
rumah dengan menyediakan bahan untuk mereka,
pengerusi PIBG,
menyediakan alat bantu mengajar dan lain-lain.

AKTIVITI LAIN YANG BOLEH MELIBATKAN


IBU BAPA DI pusat permata
1. Meminta Bantuan Ibu Bapa Menyediakan Bahan
Pengajaran Bilik Darjah

2. Mendapatkan Perkhidmatan Kepakaran Ibu Bapa

PROGRAM-PROGRAM YANG BOLEH


DILAKUKAN OLEH IBU BAPA DI RUMAH
MEMBACA BUKU BERSAMA ANAKANAK
Mengikut kajian apabila ibu bapa membaca
buku bersama anak-anak atau mendengar
anak-anak membaca buku cerita, pencapaian
anak-anak akan meningkat .

pendidik permata boleh membantu ibu


bapa
memilih bahan bacaan yang sesuai
untuk kanak-kanak
Kesesuaian yang dimaksudkan
merangkumi aspek:
Isi kandungan yang sesuai dengan
peringkat umur kanak-kanak,
Saiz tulisan yang jelas dan besar,
Sesuai dari segi bahasa

Mempunyai unsur moral yang boleh


dicontohi oleh kanak-kanak
Gambar yang sesuai dan menarik
Tidak terlalu panjang

MEMBANTU ANAK-ANAK MEMBUAT


KERJA RUMAH
Ibu bapa boleh membantu anak-anak
membuat kerja rumah bersama-sama.
pendidik permata menyediakan aktiviti
kepada kanak-kanak untuk dilakukan
bersama ibu bapa di rumah.

Contoh:
Pendidik permata membaca cerita kepada
kanak-kanak,
Mminta kanak-kanak melukis mana-mana
watak dari cerita tersebut dan mewarnakan
lukisan tersebut di rumah bersama ibu bapa.

Dengan berbuat demekian sekurangkurangnya ibu bapa dapat mengetahui aktiviti


yang dilakukan oleh anak-anak mereka di
pusat permata.

Begitu juga pendidik permata dapat


mengetahui sejauh mana ibu bapa
memberi kerjasama dalam
pembelajaran anak-anak mereka.
Dengan ini mudahlah bagi pendidik
permata untuk membuat tindakan
susulan

Berpandukan cerita yang diberi


kepada anda rancang aktiviti
susulan yang boleh dilakukan
oleh

Mewujudkan Pusat/ Bilik Ibu Bapa Di pusat


permata
Memandangkan kepada pentingnya kerjasama antara
pendidik permata dan ibu bapa, dicadangkan supaya
pusat ibu bapa disediakan di pusat permata.
Bilik ini boleh digunakan oleh ibu bapa dan pendidik
permata apabila merancangkan dan melaksanakan aktiviti
yang berkaitan dengan penglibatan ibu bapa di pusat
permata.
Antara kebaikan penyediaan bilik ini ialah ibu bapa akan
merasa diterima di pusat . Mereka akan merasakan seolaholah mereka berada di rumah mereka dan mempunyai
autoriti dalam merancang dan menjalankan program

PANDUAN UNTUK IBU BAPA DAN PENDIDIK


DALAM MENJAYAKAN KERJASAMA ANTARA
IBU BAPA DAN PENDIDIK DI pusat permata
Panduan Untuk Pendidik
pendidik permata perlu mendengar pandangan yang diberi
oleh ibu bapa kerana ,mereka adalah pakar kepada anakanak mereka . Ibu bapa boleh memberi maklumat yang
penting mengenai tingkah laku anak-anak mereka di luar
pusat permata.

pendidik permata sensitif terhadap perbezaan budaya dan


stail penjagaan anak
. Jangan cepat membuat pertimbangan terhadap gaya
keibubapaan; selalu berusaha untuk menghormati nilai
keluarga dan kepercayaan mereka
. Berkongsi maklumat dengan ibu bapa mengenai
perkembangan kanak-kanak

. Penyimpanan rekod yang baik dan sistematik


dan melaporkannya kepada ibu bapa adalah
kunci yang oleh mempertingkatkan
komunikasi yang berkesan.
Sambut kedatangan ibu bapa ke kelas
anda. Jemput ibu bapa untuk singgah ke
pusat permata untuk bersama-sama minum
teh, atau makan malam bersama.

Maklumkan kepada ibu bapa mengenai tugasan


yang diberi kepada anak-anak lebih awal. Ini boleh
memberi masa kepada ibu bapa untuk
menetapkan jadual kerja rumah dengan anak-anak
mereka.
Ibu bapa sangat menghargai pendidik permata jika
dapat memberi maklumat tentang kemajuan anak
mereka lebih awal dengan memberi cadangan
untuk mempertingkatkan kemajuan di masa
hadapan.

Adakan konferens dengan ibu untuk

menyampaikan maklumat perkembangan anakanak mereka


Hantar pekeliling kepada ibu bapa untuk
memaklumkan program di pusat permata
Lawat ke rumah ibu bapa jika perlu untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk
menjalinkan persahanbatan dengan ibu bapa selain
mengetahui latar belakang anak-anak.

Panduan Untuk Ibu Bapa


Berjumpalah dengan pendidik permata yang mengajar
anak anda. Perkenalkan diri anda dan latar belakang
anda. Hanya dengan mengenali di antara satu sama lain
persefahaman antara kedua-dua pihak akan wujud dan
akan dapat mempertingkatkan kerjasama antara
pendidik permata dan ibu bapa
Dengar baik-baik apa yang diucapkan oleh pendidik
permata anak anda anda perlu ingat bahawa pendidik
permata banyak mengorbankan masa bersama-sama
anak anda dan mempunyai kepakaran dalam
perkembangan anak-anak.

Jangan cepat membuat keputusan jika anda menghadapi


masalah yang berkaitan dengan anak anda.
Berterus teranglah dengan pendidik permata.
Ingatlah bahawa pendidik permata juga mempunyai
keluarga mereka sendiri dan mempunyai tanggungjawab
terhadap keluarga mereka. Oleh itu mereka juga
memerlukan masa untuk keluarga mereka. Hormatilah
masa mereka.
Hadiri konferens yang diadakan di sekolah. Dengan ini
anda dapat bersua muka dengan pendidik permata yang
mengajar anak anda dan dapat berbincang mengenai
kekuatan dan kelemahan anak anda.

CONTOH PROGRAM
BERSAMA IBU BAPA
1.

PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA


(Konferens)

Panduan sebelum
1.

Kenal pasti matlamat mengadakan


konferens (untuk membuat laporan,
berkongsi maklumat, penyelesaian
masalah)

2.

Sediakan agenda

3. Semak semula rekod kanak-kanak


4.

Sediakan bahan-bahan yang hendak ditunjukkan kepada ibu bapa


( Contoh : Catatan pemerhatian terhadap perkembangan kanakkanak, contoh hasil kerja kanak-kanak)

5.

Tentukan masa konferens yang sesuai dengan ibu bapa

6.

Jika boleh jemput kedua-dua ibu bapa

7. Pilih tempat yang sesuai

PANDUAN SEMASA
KONFERENS
1. Tunjukkan kemesraan
Wujudkan suasana yang positif
2. Beritahu ibu bapa mengenai
program dan jadual kelas
3. Beri komen yang positif
mengenai kanak-kanak
4. Bincang mengenai kekuatan
dan juga masalah

Bincang masalah secara khusus


Guna bahasa yang ibu bapa
boleh faham
Beri peluang kepada ibu bapa
untuk bercakap juga
mendengar: Jadilah pendengar
yang baik.

MESYUARAT DENGAN IBU


BAPA
PANDUAN SEBELUM PERJUMPAAN
Libatkan ibu bapa dalam merancang
mesyuarat
Tentukan masa yang sesuai bagi ibu
bapa
Cari tempat yang selesa untuk untuk
perjumpaan

Beritahu ibu bapa agenda mesyuarat


terlebih dahulu
Hantar notis mesyuarat dengan slip
jawapan
Buat susulan terhadap ibu bapa yang
tidak memulangi slip jawapan
Bincang dengan ibu bapa mengenai
minuman

PANDUAN SEMASA
MESYUARAT
Mula dan akhiri mesyuarat tepat pada waktu
Perlu fleksibel dalam mengikut agenda
Aktiviti perlu ada pelbagaian (perbincangan,
ceramah, video )
Beri peluang supaya setiap orang terlibat
dalam perbincangan
Luangkan masa supaya dapat berinteraksi
secara tidak formal di akhir mesyuarat.

PANDUAN SELEPAS
MESYUARAT
Buat catatan terhadap aktiviti
yang telah dijalankan
Rancangkan aktiviti susulan

NEWSLETTERS
MATLAMAT
1. Untuk menyampaikan maklumat
kepada ibu bapa tentang perjalanan
aktiviti bilik darjah
2. Untuk memberi pengetahuan
kepada ibu bapa mengenai
matlamat aktiviti pengajaran

Untuk mempertingkatkan
kebolehan kanak-kanak dan ibu
bapa dari segi komunikasi
Untuk menyambung
pembelajaran di sekolah ke
rumah khususnya dalam aspek
perkembangan bahasa.

IDEA DALAM
NEWSLETTERS
Sampaikan maklumat tentang
peristiwa khusus yang telah
berlaku dan akan berlaku di
pusat anda
Kemaskini maklumat ibu bapa
tentang aktiviti yang sedang
dijalankan

Sediakan aktiviti yang kanakkanak boleh lakukan di rumah


bersama ibu bapa. Huraikan
aktiviti secara spesifik supaya
ibu bapa tahu apa yang harus
dilakukan

Sediakan ruang yang membolehkan


kanak-kanak dan ibu bapa
berbincang tentang aktiviti
(sambungan aktiviti dari pusat awal
kanak-kanak)
Aktiviti di atas yang dikenali dengan
(talk about) boleh menggalakkan
komunikasi antara ibu bapa dan
anak-anak.

Minta bahan atau bantuan yang


dikehendaki
Sediakan bahan yang berbentuk
artikel atau buku yang boleh
membantu ibu bapa.

TUGASAN
Sediakan satu contoh newletter
untuk ibu bapa kanak-kanak di
pusat permata yang anda
kendalikan.
Tugasan ini dilakukan dalam
kumpulan kecil.

LAWATAN KE RUMAH
KEBAIKAN
Lawatan sebelum - dapat berkenalan
dengan ibu bapa
Ibu bapa berpeluang bertanya
pendidik mengenai program pusat
dan jangkaan guru terhadap kanakkanak

PERANCANGAN SEBELUM
LAWATAN
Buat jadual lawatan. Hantar
surat pemberitahuan tentang
lawatan. Beritahu ibu bapa
jangka waktu kunjungan.
Tepati waktu
Pastikan ibu bapa mengetahui
tujuan kunjungan.

Hormati ibu bapa dengan makan dan minum


apa sahaja yang dihidangkan
Jangan terlalu cepat membuat penilaian
terhadap persekitaran rumah yang dilawati.
Bincang tentang program dan rancangan
untuk kanak-kanak dalam situasi yang tidak
formal
Dengar, bertanya dan dengar lagi

Perkara Yang Boleh Dibincang


Keperluan dan kecenderungan
kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak
Masalah kesihatan (alergi)
Masalah tingkah laku
Latar belakang guru

Aktiviti yang ibu bapa boleh


melibatkan diri mengikut kepakaran
seperti:
Masakan
Baca cerita
Bawa kanak-kanak untuk lawatan
Cerita tentang pekerjaan masingmasing

Bantu kanak-kanak dalam


kesihatan, pergigian
Lain-lain yang sesuai.

SEKIAN
WASSALAM
SELAMAT BERTUGAS KERANA ALLAH
DAN BANGSA
SELAMAT MAMJU JAYA
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA
KITA

Anda mungkin juga menyukai