Anda di halaman 1dari 5

Ciri-ciri keistimewaan tamadun islam

Pertama, Tamadun Islam bersifat kewahyuan. Maksudnya Tamadun Islam adalah


diperintah oleh wahyu. Kedua, Al-Quran dan Al-Sunnah telah menjadi rujukan
utama tamadun Islam. Undang-undang dan segala urusan di tamadun Islam akan
rujuk kepada kitab-kitab tertentu. Ketiga, Tamadun Islam mengimbangi antara
kehidupan di dunia dan di akhirat. Orang Islam adalah menintikberatkan
kehidupan di akhirat dan juga perbuatan baik di dunia.
2. Perbandingan konsep tamadun islam dengan tamadun barat
Konsep Tamadun Islam adalah mencapai konsep al-Falah iaitu maksud kejayaan
dari sudut material dan spiritual. Konsep ini dapat dilihat dari tiga sudut iaitu
Hak Allah, hak manusia dan juga hak alam. Manakala konsep tamadun Barat
adalah pentingkan kebendaan. Antaranya adalah materialism, kolonialism,
pragmatism, kapitalism, liberalism, rasionalism, modenisme dan sekularism.
3. Faktor-faktor yang menyumpang kepada kegemilangan tamadun islam
Faktor pertama adalah dorongan daripada semangat Iqra. Wahyu pertama
daripada Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.w.t. adalah titik tolak kepada
kelahiran tamadun Islam. Tamadun Islam tidak bertitiktolak dari kawasan yang
berdekatan dengan sungai sebagai asas kehidupan material seperti tamaduntamadun lain. Sebaliknya, pencetus kemunculan tamadun Islam adalah atas
kewajiban agama dalam menuntut ilmu.
Faktor kedua adalah ilmu berasaskan tauhid. Ilmu Tauhid adalah ilmu yang
membahaskan tentang Allah s.w.t., sifat-sifat yang wajib, boleh disifatkan dan
sifat-sifat yang sama sekali harus ditiadakan daripada-Nya. Ilmu tauhid iaitu
ilmu yang menegaskan hakikat keesaan Allah s.w.t. Tauhid bererti mengesakan
dan meyakini bahawa Allah s.w.t. itu Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya.

4. Sumbangan tamadun islam


Sumbangan pertama adalah ilmu pengetahuan. Islam menuntut stiap orang
mencari ilmu yang dipelajari. Tokoh-tokoh islam seperti al-Kawarizmi, ibnu Sina,
al-Farabi menroka bidang baharu yang menjadi sumber rujukan asas generasi
sekarang. Contohnya dalam bidang sains.
Kedua, dari segi ekonomi. Kahlifah Ali bin Abu telah memperkenalkan mata
wang Islam ditulis dengan khat khoufi.
Ketiga, dari segi perubatan. Ibnu Sina telah menulis satu karya Peraturan
dalam Perubatan 14 jilid).
5. Pengaruh tamadun islam kepada kebangkitan tamadun uthmaniyah

6. Punca-punca kemalangan umat islam semasa

7. Penduduk-penduduk cabaran dalaman dan luaran yang dihadapi tamadun islam


Pertama, kelemahan iman dan amal yang menyeluruh. Keadaan ini terjadi selepas
diwarisi oleh pemimpin-pemimpin dunia islam selepas merdeka. Keadaan politik,
ekonomi dan sosial adalah pada tahap yang meyedihkan kerana Negara islam
telah dieksploitasikan habis-habisan sehingga menyebabkan kemiskinan, buta
huruf dan lemah keagamaan.
Kedua, kemerosotan politik, ekonomi dan nilai sosial. Kemerosotan politik
telah membawa kepada persengketaan, perebutan, kedudukan, keruntuhan akhlak
serta keadaan huru-hara dan tidak selesa.Ekoran daripada pengaruh luaran
menyebabkan penduduk Tamadun Islam dan Asia hilang harga diri, lupa kepada
nilai adat, etika dan moral serta akhlak yang pernah menjadi sebutan dan
kebanggaan kita.
Ketiga, kesan budaya kebendaan Barat. Samada disedari atau tidak
realiti yang paling penting masa kini yang mencabar tamadun islam dan Tamadun
Asia ialah globalisasi kebudayaan, kebendaan yang dicipta dan didominasi oleh
dunia barat moden. Tanpa menyedari kesan dan dampak dunia barat moden ke

atas kita dengan sepenuhnya, kita tidak akan dapat merancang masa
depan dengan sebaik-baik. Kesan dan dampak dunia barat moden ke atas
masyarakat islam dan Asia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan
sama sekali nilai-nilai(identity) bagi seseorang islam dan seorang Asia pada
peringkat individu dan jati diri tamadun islam dan jati diri tamadun-tamadun Asia
pada peringkat kolektif.

8. Langkah-langkah mengatasi masalah sosial hadapi generasi muda islam masa


kini
Langkah pertama adalah memberi pendidikan agama yang mencukupi. Didikan
agama boleh memberikan kesedaran kepada generasi muda supaya jauhi dari
perbuatan yang tidak sepatutnya.
Kedua, ibu bapa atau orang tua haruslah sebagai teladan. Generasi muda
akan meniru nilai-nilai yang baik yang diteladani oleh orang tua. Jadi, sebagai ibu
bapa haruslah sentiasa berwaspada dalam kelakuan mereka.
Ketiga, masyarakat haruslah memantau generasi muda bersama-sama.
Sikap prihatin haruslah di kalangan masyarakat supaya mereka akan sentiasa
memberi nasihat kepada generasi muda.
9. Sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan
Pertama, ilmu teknologi dan perindustrian tamadun Islam amat maju sekali.
Teknik penyulingan telah membantu meningkatkan mutu industri minyak wangi,
terdapat juga bahan kimia sepuh seramik yang dibuat dengan giat untuk bersaing
dengan seramik-seramik yang diimport daripada China. Pendekatan saintifik
dalam bidang kaji logam memudahkan kerja menyerap dan meningkatkan mutu
teknologi besi daripada India dan China. Eksport utama terdiri daripada
perusahan dan perkilangan barangan mewah, seperti ukiran kayu, logam dan
kaca, tekstil, dan seramik.
Kedua, ilmu ekonomi. Tamadun Islam telah menggunakan sistem kontrak.
Pedagang akan membeli dan menjual untuk komisen, dengan wang yang dilaburkan
kepada mereka oleh pelabur-pelabur yang kaya, atau perkongsian perlaburan
bersama beberapa pedagangSetiap kali barangan melalui bandar, barangan akan
dikenakan cukai, hal ini meningkatkan harga barang dengan tinggi sebelum tiba ke

destinasi akhir. Walau bagaimanapun, dalam dunia Islam ketika itu, umat Islam
mempunyai sumber yang mencukupi tanpa bergantung kepada pasaran luar pada
zaman ini.
Ketiga, pengangkutan yang mudah. Setiap bandar mempunyai tempat di
luar gerbang masuk untuk haiwan dihimpunkan, iaitu tempat pusat membeli-belah
atau pasaraya di bandar dengan kemudahan gudang-gudang yang selamat,
terdapat juga kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pedagang-pedagang
di bandar, di samping tempat-tempat untuk berurus niaga di sepanjang jalan
perdagangan seperti rumah penginapan zaman pertengahan.

10. Faktor-faktor kegemilangan dan keruntuhan tamadun islam


Faktor kegemilangan pertama adalah dorongan daripada semangat Iqra. Wahyu
pertama daripada Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.w.t. adalah titik tolak
kepada kelahiran tamadun Islam. Tamadun Islam tidak bertitiktolak dari
kawasan yang berdekatan dengan sungai sebagai asas kehidupan material seperti
tamadun-tamadun lain. Sebaliknya, pencetus kemunculan tamadun Islam adalah
atas kewajiban agama dalam menuntut ilmu.
Faktor kedua adalah ilmu berasaskan tauhid. Ilmu Tauhid adalah ilmu yang
membahaskan tentang Allah s.w.t., sifat-sifat yang wajib, boleh disifatkan dan
sifat-sifat yang sama sekali harus ditiadakan daripada-Nya. Ilmu tauhid iaitu
ilmu yang menegaskan hakikat keesaan Allah s.w.t. Tauhid bererti mengesakan
dan meyakini bahawa Allah s.w.t. itu Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya.
Manakala, faktor yang menyebabkan keruntuhan tamadun islam adalah
pemerintah yang lemah. Negara yang diperintah oleh pemerintah yang lemah akan
mudah menjadi kucar-kacir, ketidakstabilan politik, kelumpuhan ekonomi dan
perpecahan negara menjadi wilayah-wilayah kecil.
Faktor keruntuhan kedua adalah berlaku penyelewengan dan keruntuhan
akhlak. Semua bentuk-bentuk penyelewengan dan gejala keruntuhan akhlak
dianggap sebagai perkara biasa sedangkan golongan amar makruf nahi mungkar
dianggap kolot dan antikemajuan.
Faktor ketiga, kekurangan sumber ekonomi. Sumber ekonomi yang kurang
boleh membawa kepada kecelaruan sosial seperti kegiatan mencuri dan
sebagainya atas desakan hidup.

Anda mungkin juga menyukai