Anda di halaman 1dari 4

BBM Sekolah

Falsafah
Berusaha memperkembangkan lagi potensi individu untuk mewujubkan insan yang
seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Misi
Meningkatkan kualiti pendidikan seimbang serta memperluaskan peluang
pengembangan potensi dan kemampuan insan didik di sekolah ini.

Piagam
1. Sedia berkhidmat dan rela membantu.
2. Sedia bantu-membantu.
3. Sedia meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran.
4. Membekalkan alat-alat asal untuk tiap-tiap kelas pada minggu pertama
penggal satu.
5. Memperkenalkan kegunaan sesuatu alat mengajar baru kepada guru-guru.

Penilaian
1. Semua kerja atau aktiviti yang dijalankan hendaklah dicatatkan dalam satu fail
khas.
2. Guru Besar akan menyediakan laporan pusat-pusat sekolah sekurangkurangnya sekali sepenggal.
3. Menyediakan laporan akaun yang diautio pada akhir penggal persekolahan.
4. 10 salinan Laporan Tahunn dan akaun hendaklah ditaip dan diserahkan kepada
PKII sebelum akhir penggal persekolahan.

Objektif BBM sekolah


1. Meningkatkan taraf pengajaran pembelajaran dan prestasi akademik sekolah.
2. Menggalakkan murid-murid dan guru-guru menggunakan pelbagai kemudahan
pengajaran dan pembelajaran supaya mereka tidak bergantung semata-semata
pada buku teks.
3. Memupuk dan menanam kemahiran belajar sendiri di kalangan murid-murid
agar mereka dapat belajar berdikari, matang dan berdisplin.
4. Mengadakan tempat khas untuk mengorganisasikan semua peralatan yang
terdapat di sekolah bagi menghasilkan semua penyimpanan dan pengajaran
yang berkesan.
5. Memberi khidmat penggunaan dan pinjaman alat mengajar.
6. Melatih dan menggalakkan guru menggunakan alat mengajar yang sesuai dan
seterusnya melatih guru berdikari, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan
masalah pengajaran dan pembelajaran.
7. Tempat mengadakan ceramah,bengkel, seminar pendidikan dan tempat
pameran hasil kerja guru dan murid.
8. Membantu murid-murid ke arah pembelajaran yang menyeronokkan dan
berkesan.

Fungsi dan bidang tugas guru BBM


1. Menyelaraskan segala aktiviti-aktiviti, program dan projek tentang alat-alat
mengajar dalam kelas.
2. Menyimpan rekod-rekod pinjaman dan penggunaan dengan sistem dan kemas.
3. Menyimpan segala alat-alat dengan teratur dan pastikan keselamatan.
4. Memberi maklumat kepada Guru Besar tentang alat-alat yang rosak, hilang
dan hapuskira.

Tanggungjawab
1. Menyediakan senarai nama alat-alat yang ada kepada semua guru pada awal
penggal satu.
2. Memotivasikan guru-guru menggunakan alat-alat mengajar dengan aktif.
3. Membekalkan alat-alat asal untuk membuat alat mengajar kepada guru-guru
dalam minggu pertama penggal satu dan kumpul balik pada minggu akhir
penggal 2.
4. Memastikan alat-alat yang dipinjamkan dipulangkan mengikut had tarikh
pinjaman dan disimpan balik ke tempat asal.

Senarai tugas ahli jawatankuasa induk


Pengerusi
1. Memberi nasihat kepada guru-guru.
2. Pembelian alat-alatan yang sesuai dan terkini.
3. Membantu guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan
bahan pengajaran pembelajaran.
Penolong kanan
1. Memastikan alat-alat BBM adalah dalam kedudukan dan keadaan yang betul,
teratur dan bersih.
2. Memperkenalkan BBM baru kepada guru-guru.
3. Memotivasikan guru-guru dalam penggunaan alat-alat mengajar dengan aktif.
4. Memeriksa stok dari masa ke semasa.
5. Merancang dan menyediakan rancangan aktiviti tahunan.
6. Meyerahkan satu salinan rancangan tahunan, carta gantt dan laporan aktiviti
yang lengkap kepada penyelaras pada awal tahun atauseminggu selepas
sesuatu aktiviti dijalankan.
Ahli jawatankuasa
1. Melaksanakan proses mengemas dan membersihkan bilik sumber.
2. Mengatur susun alat-alatan.
3. Mempastikan keselamatan alat-alatan. (Kehilangan atau kerosakkan)
4. Kerja-kerja keceriaan bilik sumber.
5. Mengasingkan BBM mengikut mata pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai