Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji-pujian ditujukan kepada yang paling berhak menerimanya iaitu Allah
s.w.t. kerana telah memberi peluang kepada saya menyiapkan kerja tugasan subjek
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini pada masa yang ditetapkan.
Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Jamilah
binti Dolah yang banyak membimbing saya dan rakan sekelas dalam menyiapkan
tugasan ini.
Melalui tugasan ini, banyak input yang saya dapat berkaitan dengan
penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran seperti video. Selain
daripada itu, saya juga beroleh sedikit pengetahuan mengenai kepentingan
penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Model reka
bentuk pengajaran ASSURE amat menekankan penggunaan bahan sumber dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana bahan sumber dapat
menjadikan sesuatu proses pengajaran guru menjadi lebih menarik, berkesan dan
memberi kelainan agar murid-murid tidak berasa bosan.
Daripada tugasan kerja kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
yang telah saya terima dan selesaikan, saya telah memperoleh pelbagai
pengetahuan mengenai kebaikan model reka bentuk pengajaran ASSURE.
Antaranya, sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran, seseorang guru perlu
terlebih dahulu menganalisis murid-muridnya. Langkah menganalisis pelajar adalah
sangat penting kerana dari situ seseorang guru dapat mengetahui tahap keupayaan
seseorang muridnya serta ciri-ciri yang terdapat pada dirinya. Hal ini seterusnya
dapat membantu guru merancang cara-cara atau strategi-strategi pengajaran yang
lebih berkesan kepada murid-muridnya agar tiada seorang pun daripada muridmuridnya yang tercicir daripada beroleh ilmu.
Sesungguhnya, keenam-enam langkah yang terdapat dalam model ASSURE
adalah sangat penting bagi dijalankan oleh guru dalam setiap pengajaran hariannya
di dalam kelas. Bagi saya, penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE
adalah lebih baik berbanding model-model yang lain kerana ianya lebih lengkap dan
bersistematik. Diharapkan agar apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya dapat
mempraktikkan penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE di sekolah.

Sebagai kesimpulannya, setiap guru perlulah mengguna dan mempraktikkan


model reka bentuk pengajaran ASSURE apabila mengajar di kelas untuk
memudahkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai