Anda di halaman 1dari 2

2.

c Adab dan Tatacara dalam Menjalankan Penyelidikan

Etika dalam penyelidikan


Isu-isu

etika

sangat

penting

dalam

penyelidikan

sebagai

panduan

untuk

melengkapkan setiap kajian yang dijalankan. Penyelidik yang tidak mematuhi etika
penyelidikan akan merosakkan reputasi penyelidikan sosial.Tingkah laku beretika
diberika perhatian yang serius dalam sains sosial kerana ia melibatkan manusia
sebagai subjek. Ia memberi kaitan langsung terhadap kehidupan subjek yang dikaji.
Elemen penting dalam etika ini ialah:

Bahasa penyelidik menyediakan maklumat lengkap dan bahasa yang mudah


difahami. Penerangan juga perlu supaya responden memahami apa yang diinginkan.

Perasaan responden beri masa yang cukup untuk responden menjawab soalan
dan tidak boleh bertanya soalan-soalan yang memalukan, menyebabkan kekacauan
emosi atau pengalaman yang tidak menyenangkan. Secara umum, penyelidik tidak
boleh

mendedahkan

responden

kepada

tekanan

mental

atau

fizikal.

Etika dalam semua peringkat kajian penyelidik harus pentingkan etika pemilihan
permasalahan
penganalisisan

kajian,
data,

tentukan

kaedah

interpretasi

penyelidikan,
dan

pengumpulan

melaporkan

data,
kajian.

Mengetahui tahap pendidikan responden mengambil kira tahap pendidikan


sampel yang ingin dikaji. Tidak boleh memberi tugas yang tidak wajar atau rumit
kepada responden. Keadaan ini jika berlaku akan menyukarkan proses penyelidikan
dan akan mendatangkan tindak balas yang negatif daripada sampel yang dikaji.
Berterus-terang dengan responden berikan penjelasan kepada responden
tentang matlamat dan tujuan kajian. Semua maklumat perlu dijelaskan termasuk
prosedur yang terlibat dalam kajian. Dengan itu, responden akan secara sukarela
melibatkan diri dalam kajian berkenaan.

Utarakan data yang tepat bertindak memberikan data yang tidak lengkap, terkeluar
dari konteks, memalsukan penemuan atau kemukakan fakta yang mengelirukan
dianggap melanggar tatasusila penyelidikan.

Menjaga kerahsiaan responden penyelidik sama sekali tidak boleh mendedahkan


maklumat mengenai sampel kajian sehingga ia boleh menggugat keselamatan atau
maruah responden. Hak-hak peribadinya harus dipelihara dan tidak boleh jatuh ke
tangan pihak ketiga.

Mematuhi etika penyelidikan adalah tanggungjawab penyelidik. Kegagalan mematuhi


etika berkenaan akan menggugat kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang
dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai