Anda di halaman 1dari 2

Demam, Denggi dan A H1N1

Kebelakangan ni, Demam sudah menjadi pembunuh jika tidak di beri perhatian awal. Demam juga telah
membuat klinik-klinik, doktor, farmasi dan pembuat2 ubat melariskan perniagaan mereka. Ada beberapa
petua yang saya temui mungkin boleh menyembuh demam-demam yang di katakan serius ini. Saya
mengesyorkan petua-petua yang akan saya tuliskan ini kerana perbelanjaannya tidak mahal dan jika diamalkan kalau tidak sembuh pun tidak memudaratkan malah ada antaranya yang enak untuk di nikmati.

Baru-baru ini saya terbaca email yang di-sebarkan bahawa seorang Ustaz telah mengesyorkan supaya
memakan atau meminum jus epal hijau sebanyak 6 biji sehari, 3 hari berturut-turut.
Petua ini di percayai dapat menyembuhkan Demam selsema A H1N1. Kalau tidak menyembuhkan H1N1
pun kita tahu epal hijau memang baik untuk kesihatan kita.

Daun betik, ditumbuk atau blend hingga hancur kemudian di perah dalam tapisan halus (seperti kain
cotton) supaya dapat mengambil airnya sahaja.
Minum air dari daun betik ini satu sudu besar dua kali sehari sehingga sembuh dari demam panas.
Petua ini juga di percayai boleh menyembuhkan demam denggi.

Seperti yang kita tahu, datuk nenek kita dulu selalu mengesyorkan meminum air kelapa muda untuk
melegakan demam yang serius seperti demam campak dan cacar air.
Seorang professor dari universiti Malaya yang membuat kajian tentang tentang penyembuhan secara
sistem ekologi telah mengesyorkan meminum air kelapa untuk mengelak dari jangkitan H1N1. Untuk
mengtahui lebih lanjut layari blog ini.

Anda mungkin juga menyukai