Anda di halaman 1dari 2

"3+1" Rawatan Mengatasi Penyakit Jantung

Sebagai kesinambungan artikel lepas, tibalah masanya anda mengetahui rawatan mengatasi
penyakit jantung. Ada 3 rawatan berkaitan yang bakal anda ketahui hari ini. Tapi kalau anda
perasan, terdapat satu petua mengurangkan risiko penyakit jantung yang pernah saya siarkan di
SINI. Lihat kat point no.9 yer.

Cara Pertama:

1. Ambil sebutir buah pala dan bersihkannya.

Gambar buah pala - Wikipedia

2. Parut buah pala tu dan masukkan ke dalam gelas atau mug.

3. Tambahkan sedikit gula.

4. Tuangkan air panas yang telah mendidih ke dalam gelas atau mug tadi.

5. Kacau kesemua bahan tersebut.

6. Biarkan ia seketika sampai suam-suam kuku dan anda minumlah hingga habis.

Cara Kedua:

1. Dapatkan akar Pokok Beriksa. Atau nama saintifiknya Cassia Nodosa.

Rujuklah gambar di bawah ni. Mana tau kalau anda menjumpai, bolehlah gunakannya nanti.

Gambar pokok beriksa - Wikipedia

Dan di bawah ni gambar jarak dekat yang saya jumpa di Flickr milik Maria*_*.

Close-up pokok beriksa (Cassia Nodosa) - Maria*_*Flickr

2. Bersihkan dan rebuslah akar Pokok Beriksa tadi.

3. Selepas mendidih, biarkan ia seketika.

4. Kemudian, tapis dan tuangkan air rebusan tu ke dalam gelas dan ianya siap untuk diminum. :)

Cara Ketiga:

Cara terakhir ni lebih sesuai buat anda yang mengalami sakit jantung yang agak serius dan tenat.
Khasnya disebabkan oleh kepenatan yang teramat sangat selepas melakukan kerja-kerja tertentu.

Jalan penyelesaiannya adalah cuba berikan pesakit itu minum satu sudu gula. Mudah-mudahan
jantungnya akan kembali berfungsi.

Namun anda harus ingat, kita hanya mampu berikhtiar sebaik mungkin, okay.

Selamat Mencuba!

Anda mungkin juga menyukai