Anda di halaman 1dari 11

Tajuk 5

PEMIKIRAN

Sinopsis
Tajuk ini bertujuan untuk memberi satu kefahaman menyeluruh mengenai konsep dan jenisjenis pemikiran. Kemahiran berfikir merupakan asas kepada dan kemahiran belajar yang
berkesan.

Guru-guru yang menguasai dan melengkapi dengan pengetahuan dan

kemahiran berfikir juga turut dapat membantu murid-muridnya dalam menghasilkan kerja
yang optimum dan berkualiti.

Fokus perbincangan dalam topik ini diharapkan dapat

meningkatkan kemahiran anda menggunakan kepelbagaian cara untuk merangsang


pemikiran yang berkesan di dalam bilik darjah.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:
1.

Menghuraikan konsep dan jenis-jenis pemikiran

2.

Mengenal pasti ciri-ciri jenis pemikiran utama;

3.

Mengenalpasti cara-cara merangsang kepelbagaian pemikiran murid

Kerangka konsep tajuk ini

PEMIKIRAN

Konsep
Pemikiran

Jenis-jenis & Ciriciri Pemikiran

61

Cara-cara
menggalakkan
pemikiran murid

5.1

Konsep Pemikiran
Telitikan beberapa definisi tentang konsep pemikiran menurut beberapa ahli psikologi
berdasarkan Rajah 5.1. Berdasarkan maklumat tersebut, apakah kesimpulan anda
tentang konsep pemikiran?

Bey
er, 1
991

Membuat Nota
Kesimpulan saya tentang konsep pemikiran.

62

4
9
2

3
5
7

8
1
6
AKTIVITI BERFIKIR
Asahkan pemikiran anda dengan menjawab soalan-soalan di
bawah. Fikirkan semasa anda respon kepada setiap soalan,
apakah jenis pemikiran yang anda amalkan?
Soalan 1
Sebelum Gunung Everest ditemui, apakah gunung yang
tertinggi di dunia?
Soalan 2
Bulan-bulan tertentu dalam sesuatu tahun mempunyai 31 hari.
Hanya bulan Februari mempunyai 28 hari (tahun lompat).
Berapa bulan dalam sesuatu tahun mempunyai 30 hari?
Soalan 3
Semua nombor dalam baris, lajur dan diagonal petak magis ini
berjumlah 15.

Isikan nombor-nombor yang sesuai dalam petak magis di


bawah supaya berjumlah 15 juga. Selamat mencuba!

9 2
3

3
8

Soalan 4
Masukkan sekeping syiling ke dalam botol kaca dan tutupkan
mulut botol dengan gabus.
Apakah cara untuk mengeluarkan syiling daripada botol
tersebut tanpa menarik kabus ataupun memecahkan botol
tersebut?

Jawapan terdapat pada akhir tajuk ini.

63

5.2

Jenis-Jenis Pemikiran
Jenis-jenis pemikiran yang kita akan meneliti adalah

(1)

Pemikiran Kritis dan Kreatif


Pemikiran Divergen dan Konvergen
Pemikiran Reflektif
Kemahiran Berfikir Kritis

Kemahiran

berfikir

secara

kritis

merupakan

kecekapan

dan

keupayaan

menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea berdasarkan


maklumat dan bukti, membuat pertimbangan yang wajar untuk membuat kesimpulan.
Ia menguji kebenaran sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk
kesimpulan yang salah.
Kita guna pemikiran kritis untuk:

menilai ketepatan pemerhatian


menilai kebolehpercayaan maklumat
membuat inferens
membuat ramalan
membuat deduksi
membuat generalisasi
Ciri-ciri pemikiran kritis:

Proaktif
Menilai
Meneliti kemungkinan berdasarkan idea/fakta yang telah diketahui
(2)

Kemahiran Berfikir Kreatif

Kebolehan menjana dan menghasilkan idea asli, pelbagai, baru, luar biasa,
provokatif, mencabar dan dapat dipertimbangkan untuk menjadi ciptaan yang lebih
luas dan terbuka. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang
ada. Apabila kita menggalakan imaginasi dan idea-idea yang mencabar logik.
Kita guna kemahiran berfikir secara kreatif untuk:

menjana idea baru


kepelbagaian idea
pertambahan idea
memperincikan idea
mencipta analogi
mencipta metafora
Ciri-ciri Kreativiti

keaslian
kelancaran
perincian
64

divergen
keluwesan
Berfikir

merupakan

kemahiran

yang

boleh

dipelajari,

dikembangkan

dan

dipertingkatkan. Dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,


kita dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak.

REHAT
Berdasarkan kepada AKTIVITI BERFIKIR di mukasurat 60, dapatkah anda
kenal pasti soalan-soalan manakah yang memerlukan anda berfikir secara
kritis dan manakah yang memerlukan anda berfikir secara kreatif?

(3)

Pemikiran Konvergen

Pemikiran konvergen merujuk kepada keupayaan menumpukan pemikiran ke satu


arah untuk mencari satu jawapan yang betul berdasarkan data sedia ada. Proses ini
mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada hanya satu jawapan bagi sesuatu
masalah yang jelas dan hanya mempunyai jawapan yang tetap.
(4)

Pemikiran Divergen

Pemikiran divergen merupakan keupayaan untuk melihat sesuatu masalah dari


berbagai sudut, mempertimbangkan pelbagai kemungkinan dan membolehkan
seseorang menerima lebih daripada satu jawapan yang dianggap betul.

Dalam

pemikiran divergen, pengetahuan atau pengalaman dan idea-idea baru digunakan


serentak untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai jawapan yang
mungkin. Maka, jenis pemikiran seperti ini menuju ke arah daya cipta, keaslian,
inovatif dan kreatif. De Bono (1970) menyifatkan jenis pemikiran sedemikian sebagai
pemikiran lateral, meliputi proses-proses berfikir di luar kotak dan menerokai sudutsudut baru. Pemikiran lateral melatih minda ke arah pemikiran kreatif apabila idea
baru dijanakan.

65

Konvergen

Divergen

Pemikiran yang berfokus/ menumpu

Kebolehan menghasilkan
pelbagai jenis idea atau generatif

Perlukan jawapan tepat atau betul sahaja.


(Sering diuji dalam kebanyakan ujian
kecerdasan dan pencapaian).

Pentingkan idea asli, menarik dan


unik

Gunakan kemahiran analitikal, logikal,


sekuen, sistematik, dan sebagainya.

Gunakan imaginasi, intuisi, dan


kreativiti.

Jadual 5.2: Perbandingan Ciri-ciri Pemikiran Konvergen dan Divergen

AKTIVITI BERFIKIR
Soalan: Apakah penggunaan sebatang pensel?
Fikir secara konvergen dan tuliskan jawapan di sini.
_________________________________________
_________________________________________
Fikir secara divergen dan tuliskan jawapan di sini
__________________________________________
__________________________________________

66

X
KONVERGEN
X
D
I
X
V
E
X
R
G
E
X
N
X
X

REHAT DAN REFLEK


Berhenti sejenak dan buat refleksi. Antara pemikiran
konvergen dan divergen, manakah yang kerap anda gunakan?

(5)

Pemikiran reflektif

Schon (1983) menjelaskan pemikiran reflektif sebagai proses minda membentuk


kerangka

pemikiran,

membentuk

semula

kerangka

tersebut,

kemudiannya

merancang tindakan yang baharu untuk meningkatkan tindakan penyelesaian


masalah. Schon (1983) membezakan proses pemikiran dua:

Refleksi semasa tindakan (reflection-in-action) di mana seseorang berfikir


secara sedar semasa menghadapi permasalahan

67

Refleksi ke atas tindakan (reflection-on-action) di mana seseorang merenung


kembali tindakannya, membuat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang
tindakan susulan.

Pemikiran reflektif melibatkan proses menyoal, penyoalan kendiri, penilaian kendiri,


pertimbangan terhadap pengalaman, pertimbangan terhadap tindakan-tindakan
alternatif dan merancang agenda untuk tindakan dan peristiwa yang dijangkakan.
Amalan refleksi amat penting untuk guru mengimbas kembali tindakannya semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, menilai kesan tindakannya dan seterusnya
merancang semula untuk memperbaiki tindakan tersebut. Proses refleksi boleh
dikembangkan dengan penggunaan grid refleksi, penulisan jurnal, diari dan buku
log.

5.3

Teknik Merangsang Kepelbagaian Pemikiran Murid

Guru boleh melaksanakan strategi pengajaran yang melibatkan sumbang saran,


simulasi, inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.

Jenis-jenis aktiviti yang boleh diguna termasuk : banding beza, klasifikasi;


analisis dan membuat penilaian.

Masalah yang dikemukakan kepada murid haruslah searas dengan kebolehan


murid supaya mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut. Ini akan
meningkatkan motivasi murid untuk melibatkan diri dalam lebih banyak
penyelesaian masalah.

Murid harus diberi peluang untuk menyoal, membuat analisis dan penilaian serta
mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari.

Guru harus menggalakkan percambahan fikiran supaya setiap murid meluahkan


pendapat mereka sendiri secara bebas. Mereka diberi peluang untuk
mengutarakan pendapat dan guru perlu menerimanya secara terbuka. Guru tidak
boleh bersifat autokratik tetapi mesti membina suasana yang harmonis untuk
pengaliran idea yang bebas.

68

Guru dapat menggalakkan tingkah laku dan pemikiran dengan ganjaran dan
peneguhan jika pelajar dapat mencadangkan idea asli atau melakukan aktiviti
dengan inisiatif sendiri.

JAWAPAN
Kesimpulannya, pemikiran merupakan :

Satu proses mental yang menyeluruh

Manipulasi ke atas pengetahuan / pengalaman yang sedang dialami /


dalam ingatan

Penyusunan idea-idea dengan sistematik

1. Gunung Everest. Walaupun ia belum ditemui ia MASIH merupakan gunung


tertinggi. (kritis)
2. Sebelas bulan, Januari hingga Disember, kecuali Februari. (kritis)
3.

6
5

79 24
5

4 3
2

4. Tolakkan kabus tersebut ke dalam botol kemudian goncangkan botol sehingga


syiling tersebut keluar. (lateral)

69

TUTORIAL
GRID REFLEKSI Sila rekodkan pemikiran anda berpandukan soalansoalan di bawah sebaik sahaja sesi pengajaran anda tamat. Kongsi catatan
refleksi ini dalam kumpulan tutorial anda.

Soalan Panduan Refleksi

Catatan Refleksi

Apa yang saya buat?


Apakah langkah pengajaran yang telah saya
laksanakan?
Apakah hasilnya?
Sejauh manakah objektif pengajaran telah
dicapai?
Mengapa menjadi demikian?
Apakah faktor-faktor yang membantu/
menghalang pencapaian objektif?
Apakah perasaan saya?
Apakah perasaan saya tentang pengajaran
yang baru lepas?
Apakah yang saya belajar?
Apakah tindakan saya selepas ini?
Apakah langkah-langkah yang boleh
difikirkan untuk memperbaiki p-p?

70

LAMAN WEB
http://psychology.about.com/od/cognitivepsychology/a/left-brain-rightbrain.htm
http://www.squidoo.com/braintest
http://www.mindtools.com/pages/article/newCT_00.htm

RUJUKAN
De Bono, E. (1976). Teaching thinking. London: Pelican Books.
Dewey, J. (1938). Experience and education. New York: Macmillan
Khuan, W. B. & Omar Abdull Kareem. (2005). Pemikiran dan kreativiti. Selangor:
Aras Mega Sdn. Bhd.
Ruggiero, V. R. (1984). Beyond feelings: A guide to critical thinking (2nd ed.).
Mountain View, CA: Mayfield.
Schn, D. A. (1983). The reflective practitioner: How professionals think in
action. London: Temple Smith.

71

Anda mungkin juga menyukai