Anda di halaman 1dari 30

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin-Nya dapat kami menyiapkan tugasan
bagi subjek RBT 3118 Rekabentuk dan Teknologi ini dengan selamat. Biarpun pada peringkat awal untuk menyiapkan
tugasan ini saya menghadapi pelbagai kesukaran dan masalah, namun akhirnya ianya dapat disempurnakan juga,
walaupun tidak sebaik yang dipinta.
Di kesempatan ini Kami ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada para pensyarah
yang mengajar saya di IPGM Kampus Darulaman. Terutamanya, khas buat Pensyarah Penyelaras diatas kesudian
membantu dan membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan ini, sukar bagi saya untuk menyiapkan
tugasan ini.
Walaupon subjek RBT 3118 ini adalah satu subjek elektif di sekolah tapi dari segi pengalaman mengajar subjek ini
saya kurang dengan mempelajari serba sedikit mengenai subjek ini. Ianya secara tidak langsung dapat membantu kami
menambah ilmu pengetahuan yang lebih mendalam untuk mengajar murid- murid di sekolah masing -masing .

Di samping itu juga, ucapan penghargaan terima kasih juga saya rakamkan buat rakan- rakan sekuliah , Guruguru di Sekolah dan murid- murid di sekolah diatas kesudian kalian membantu saya. Bantuan dan sumbangan kalian
amat dihargai. Terima kasih sekali lagi. Sekian, wasallam.

1.0 PENGENALAN
Secara umumnya, seperti yang kita semua ketahui subjek Kemahiran Hidup telah lama di perkenalkan dan diajari
untuk semua murid di Negara kita. Tidak kira murid- murid di sekolah rendah mahupun menengah. Begitu juga dengan
murid- murid yang berada di aliran khas seperti murid- murid OKU. Mereka juga turut di dedahkan dengan subjek
Kemahiran Hidup Bersepadu, baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Semua ini menunjukkan bahawa
pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil berat mengenai kepentingan subjek ini.
Selain itu dengan mempelajari subjek Kemahiran Hidup ini juga dapat melahirkan seorang murid yang mampu
berfikir secara kreatif dan inovatif melalui sukatan yang terkandung dalam sukatan pelajaran kemahiran hidup yang
menekankan kepada rekacipta dan kerja kayu . Subjek Kemahiran Hidup ini merupakan satu subjek yang amat penting
dimana dengan mempelajari subjek ini murid- murid akan dapat menggunakan segala ilmu yang di pelajari untuk
kehidupan harian baik di rumah mahupun untuk memasuki alam pekerjaan kelak.Contohnya, di dalam matapelajaran
Kemahiran Hidup setiap murid akan belajar pelbagai benda yang sering digunakan dalam kehidupan seharian seperti
memasak, membasuh, pertukangan, elektrik, bercucuk tanam, penternakan dan sebagainya. Semua pelajaran ini sudah
tentu dapat diaplikasikan di dalam kehidupan harian mereka.
Oleh sebab itu, sebagai seorang guru kita perlu menyiapkan diri masing- masing dengan ilmu pengetahuan
berkaitan subjek kemahiran hidup ini. Selain itu juga guru juga perlu bersikap kreatif, inovatif serta lebih proaktif dalam
mengharungi arus perubahan zaman masa kini. Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, kita dapati murid- murid
pada masa kini lebih bijak, berdaya saing serta maju ke hadapan sehinggakan ada dikalangan murid- murid yang boleh
melangkaui kebolehan guru.

Kesimpulannya, dengan mempelajari subjek RBT 3118 ini saya berharap ianya dapat menambah sedikit sebanyak
ilmu pengetahuan baru kepada diri saya. Dengan tugasan projek reka cipta ini sedikit sebanyak ianya dapat member
pengalaman baru kepada kami dalam bidang rekacipta, biarpun sekadar satu projek kecil- kecilan seperti projek Kotak
Simpanan Barang Serba Guna. Dengan menghasilkan projek ini, sekaligus ianya dapat menyelesaikan masalahan
harian yang di hadapi dalam menyimpan barang- barang keperluan sendiri . Dalam menyiapkan tugasan ini biarpun ianya
sekadar satu hasilan kecil namun ianyanya memerlukan perancangan yang teliti dan mengambil masa hampir sebulan
lama.

CARTA ALIRAN PERANCANGAN PROJEK PETI KECEMASAN SERBA GUNA

MENGENALPAS
MENGENALPAS
TI
MASALAH
TI MASALAH

PENGUMPULAN DATA/
PENGUMPULAN
MAKLUMAT DATA/
MAKLUMAT

MEMBUAT
MEMBUAT
ANGGARAN
KOS
ANGGARAN
PROJEK KOS
PROJEK

PEMILIHAN BAHAN DAN


PEMILIHAN
BAHAN
PERALATAN
YANGDAN
PERALATAN
SESUAI YANG
SESUAI

PEMBINAAN
PEMBINAAN
PROTOTAIP
PROTOTAIP

PENGUJIAN PROTOTAIP
PENGUJIAN PROTOTAIP

LAKARAN IDEA
LAKARAN IDEA

PEMILIHAN IDEA
PEMILIHAN
TERBAIK IDEA
TERBAIK

PENGUBAHSUAIA
PENGUBAHSUAIA
N
N

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK - PENGENALPASTIAN MASALAH

2.1 MENGENALPASTIAN MASALAH DAN CARA MENYELESAIKAN


Mengenal pasti merupakan asas dalam pembuatan produk baru atau produk sedia ada. Pengenalpastian masalah
mampu membantu seseorang mengeluarkan produk yang berkualiti dan mesra alam. Pemikiran kreatif dan inovatif hasil
penyelesaian masalah adalah sesuatu yang sangat bagus.
MENGENAL PASTI MASALAH
Dalam proses reka cipta terdapat langkah asas yang perlu diikuti. Antara langkah yang utama ialah mengenal pasti
masalah.

MENGUMPUL MAKLUMAT DAN DATA BAGI MENGATASI MASALAH

Maklumat dan data boleh mengatasi masalah. Data merupakan maklumat terperinci mengenai sesuatu masalah yang
boleh diperoleh daripada katalog, lembaran spesifikasi, dan manual produk.Terdapat pelbagai cara untuk mendapat data
dan maklumat.

Pengalaman sendiri :
Situasi yang pernah dialamimerupakan maklumat yang paling sesuai untuk mengumpul data dan maklumat.

Pembacaan :
Maklumat diperoleh daripada bahan bacaan seperti penyelidikan akhabar, buku, majalah, jurnal, cakera padat,dan
sebagainya
Soal selidik
Mengedarkan kertas soal selidik yang berkaitan masalah yang dihadapi untuk diisi oleh responden.
Melayari Internet
Menggunakan komputer dan pembekal khidmat internet pengguna perlu tahu alamat laman web yang diperlukan.
Lawatan
Melihat sendiri keadaan dan kawasan dimana maklumat boleh diperoleh. seperti reka bentuk produk, bahan yang
digunakan, keberkesanan produk, dan banyak lagi.
Bimbingan guru
Guru sebagai sumber rujukan dan pembimbing untuk memudahkan proses mendapat maklumat, idea dan khidmat
nasihat

MENGANALISIS MAKLUMAT
Setelah maklumat diperoleh dan dikumpulkan, kita perlumenganalisisnya untuk mendapatkan sesuatu rumusan.Maklumat
yang relavan kepada penghasilan projek akan dikaji dari segi kekuatan dan kelemahan serta dibuat perbandingan.Kita
boleh memilih masalah yang hendak diselesaikan dahulu.Keputusan untuk memilih masalah yang hendak diselesaikan
bergantung padakeadaan, keutamaan, kessesuaian, dan kepentingan kepada pengguna

MENYENARAI PELBAGAI IDEA PENYELESAIAN MASALAH


Idea terhadap penyelesaian masalah boleh diperoleh melalui pebagai cara. Dalam hal ini,perbincangan dan sumbang
saran merupakan langkah terbaik kerana kita akan mendapat pelbagai alternatif untuk mereka cipta, keperluan dan teknik
perbuatan , dan sebagainya.
PEMILIHAN IDEA
Pemilihan idea ialah proses di mana kita perlumemilih salah satudaripada pelbagai pilihan yang ada. Pemilihan idea ini
sangat penting kerana idea yang dipilih perlulah mampu dibina dan mempunyai ciri yang menarik minat pengguna.

MENILAI DAN MEMILIH IDEA YANG PALING SESUAI


Bagi setiap idea penyelesaian masalah yang dikemukakan, kita perlu meneliti kelebihan dan kelemahan idea tersebut.
Setiap aspek penting perlu diketahui seperti

Keupayaan kendiri dari segi fizikal dan kemudahan sedia ada.


Pengetahuan dan kemahiran sedia ada.
Bahan dan komponen yang sesuai,mudah didapati dengan kos yang rendah dan tidak membebankan.
Cara pambuatan produk yang mudah dan sesuai.
Kepentingan produk boleh menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan pengguna
Mesra alam

MELAKAR PROJEK
Lakaran projek yang dipilih boleh dibuat dalam tiga dimensi. Lakaran ini dihasilkan untuk menggambarkan bentuk dan
saiz projek. Beberapa reka bentuk projek dalam lakaran tiga dimensi

PEMILIHAN REKA BENTUK


Pemilihan reka bentuk perlu dilakukan dengan teliti. Reka bentuk yang menarik dan sesuai mampu menjadikan produk
berkenaan boleh bersaing di pasaran. Reka bentuk yang dipilih adalah berdasarkan lakaran-lakaran yang telah dibuat.

MENILAI DAN MEMILH KONSEP RAKA BENTUK

Untuk menghasilkan projek, kita perlu memilih lakaran yang paling sesuai berpandukan kriteria bentuk yang dilakarkan.
Penilaian harus diberi bagi setiap reka bentuk yang dihasilkan dengan berpandukan beberapa faktor utama,iaitu:

Fungsi-Projek yang dihasilkan akan berfungsi dengan berkesan.


Rupa bentuk-Projek yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk yang sesuai.
Kesesuaian bahan-Menggunakan bahan yang sesuai dan mudah diperoleh.
Kaedah binaan-Menggunakan kaedah yang sesuai dan mudah.
Ketahanan-Projek yang hendak dihasilkan mempunyai ketahanan penggunaannya.
Kos-Kos pembinaan projek tidaklah terlalu tinggi.
Kemasan-Projekyang dibinaperlu mempunyai kemasan yang sesuai dan menarik.
Keselamatan-Projek mestilah selamat digunakan.
Nilai komersial-projek berpotensi untuk dipasarkan
MEMBUAT LUKISAN KERJA BERDASARKAN LUKISAN UNJURAN ORTOGRAFIK

Setelah memilih lakaran yang paling sesuai, langkah seterusnya ialah membuat lukisan kerja. Lukisan kerja ini perlu
dibuat dalam bentuk lukisan ortografik. Lukisan ortografik dilukis dengan mengasingkan pandangan yang berlainan, iaitu :

Pelan
Pandangan hadapan
Pandangan sisi
PERANCANGAN PEMBINAAN PROJEK

Perancangan pembinaan projek perlu dilakukan dengansistematik. Perancangan pembinaan projek juga dapat
menjimatkan bahan, masa, dan kos.
BAHAN DAN KESESUAIANNYA
Kesesuaian bahan dan alatan perlu dipertimbangkan ketika membuat perancangan pembinaan projek. Bahan yang dipilih
juga perlu sesuai dengan ketahanan projek dan bernilai komersial. Penggunaan bahan perlu dikenal pasti sama ada
bahan tersebut

MEMILIH ALATAN
Alatan yang akan digunakan bergantung kepada teknik pembinaan yang akan dilakukan. Teknik pembinaan adalah kerja-

kerja yang melibatkan beberapa proses:

Mengukur iv.Membentuk
Menanda v.Mencantum
Memotong vi.Kemasan

Proses
Mengukur dan menanda
Memotong
Membentuk
Mencantum
Kemasan

Alatan tangan yang digunakan


Pita pengukur, pensel, pembaris keluli, sesiku L, tolok serong
Gergaji tangan, gergaji putting, gergaji mesin
Pahat tepi serong, kikir parut
Paku , skru
Berus cat, berus syelek, pengikis, penyembur cat

MEMBUAT JADUAL KERJA DAN MENGIRA KOS PENGELUARAN

Jadual kerja disediakan oleh kami untuk memastikan kerja yang dirancang disiapkan pada masa yang telah ditetap

Contoh :
Aktiviti/Hari
Mengenal pasti masalah
Mengumpul maklumat dan data
Menjana idea, melakar, dan memilih projek
Perancangan dan pembinaan projek
Pemasangan, pengujian, dan pengubahsuaian
Dokumentasi
Persembahan

1
/
/

/
/

/
/

/
/

/
/

/
/
/

PEMBINAAN, PENGUJIAN, DAN PENGUBAHSUAIAN PROJEK


Pembinaan projek perlu dilakukan berdasarkan lukisan kerja.Pengujian dan penilaian projek adalah untuk memastikan
projek yang dihasilkanberkualiti,menepati kehendak pengguna dan berfungsi dengan betul.

MENGUKUR,MENANDA, DAN MEMOTONG


Proses mengukur perlu dilakukan berdasarkan kertas projek dan menggunakan alat pengukur seperti pita pengikur,
pembaris keluli,dan sesiku L.Proses pengukuran mestilah tepat.
Proses menanda dilakukan pada bahagian yang hendakdipotong, digerudi atau dalam proses membuat

tanggammengunakan alatan seperti pensel,tolak penanda, dan pisau penanda.


Alatan yang sesuai diperlukan dalam proses memotong bahan ialah gergaji tangan atau gergaji puting. Pisau pula
digunakan bagi bahan yang nipis seperti mounting board

MEMBINA DAN MENCANTUM BAHAGIAN PROJEK


Proses membina dan mencantum melibatkan kerja pembinaan tanggam, mengglu, memaku, memasang skru, dan
meribet.bahan dan alatan yang digunakan mestilah sesuai dengan pembinaan yang akan dibuat.

MEMERIKSA DAN MENGUJI SAMBUNGAN DAN PEMASANGAN


Pemeriksaan perlu dilakukan terhadap setiap sambungan dan pemasangan pada projek. Ini bertujuan supaya projek
yang dibina kukuh dan berfungsi

MENGUJI DAN MENILAI PROJEK

Pada peringkat ini projek yang dihasilkan hendaklah diuji untuk mengetahui sama ada ia boleh berfungsi
sepenuhnya.Sebarang pengubahsuaian diperlukan perlulah dilakukan pada tahap ini.Tujuan pernilaian adalah
untukmendapatkan hasil yang lebih berkualiti

MEMBUAT KEMASAN
Kemasan boleh dilakukan dengan memilih bahan kemasan yang sesuai dengan projek.Pelbagai pilihan kemasan boleh
didapati seperti tepung penyumbat, syelek, lekar, cat, dan pelekat

PENDOKUMENTASIAN
Setiap peringkat reka cipta perludidokumentasikan. Pendokumentasian dibuat dalam bentuk folio dan perlu
dipersembahkan sama ada secara bertulis atau bertaip ini sebagai bukti sesuatu projek yang di hasilkan
MENGUMPUL DAN MEREKODKAN MAKLUMATBERKAITAN PROJEK YANG DIBINA
Dokumentasikan merupakan laporan lengkap secara bertulis mengenai projek yang telah disiapkan. Antara perkara yang
diperlukan untuk pendokumentasikan ialah

Tajuk projek.Contoh:
Latar belakang.Contoh:

Rak pelbagai guna

o Pernyataan masalah:
Meja yang masih bersepah kerana ruang menyimpan tidak sesuai.
o Produk sedia ada : Produk yang sedia ada tidak sesuai, kurang menarik, dan penggunaan terhad.
o Cadangan projek : Menyediakan satu rak pelbagai guna.
Objektif dan fungsi produk.Contoh:Menyimpan alat-alat dan kotak cakera padat.
Deskripsi produk.Contoh:
o Bahan dan komponen menyenaraikan semua bahan dan komponen yang digunakan untuk membuat
produk dari segi jenis, kuantiti,dan kos.
Jadual kerja merekodkan segala aktiviti yang dijalankan semasa perbinaan projek secara sistematik.
Lukisan kerja mengandungi lukisan kerja projek yang akan dibuat dan maklumat yang berkaitan dengan
pembinaan.
Pembinaan :
o menyenaraikan langkah-langkah kerja dalam pembinaan projek.
o Menyatakan jenis pengujian yang dilakukan untuk menguji pemasangan dan penyambungan.
Keputusan ujian perlu dilaporkan.
o Rujukan atau bibliografi. Contoh: Menyenaraikan semua bahan rujukan yang digunakan dalam proses
mereka cipta
Lampiran.
Contoh: Mengandungi maklumat yang digunakan tetapi tidak dinyatakan dalam bahagian yang lain
sepertiu reka bentuk dan lain-lain

MEMBUAT PERSEMBAHAN PROJEK

Setelah projek dan pendokumentasian telah siap persembahan akan dibuat dihadapan kelas.tujuan

persembahan adalah untuk:

Menyatakan ciri-ciri sesuatu projek seperti fungsi, keistimewaan projek, dan lain-lain.
Merangkumi pengenalpasti masalah perancangan projek, pembinaanprojek, dan sebagainya
Mendapat komen membina daripada kawan, guru,dan pihak lain.
Memperbaiki kualiti produk.

LATAR BELAKANG PROJEK - PENGENALPASTIAN MASALAH


MENGENALPASTI MASALAH
Dewasa kini setiap individu masa kini sering kali sibuk dengan tugasan dan agenda masing- masing sehinggakan
mereka tidak terfikir untuk menyediakan satu tempat untuk meletakkan ubat ubat kecemasan yang sistematik di rumah
atau di pejabat . Contohnya, jika berlaku sebarang kemalangan yang kecil di rumah atau di pejabat seperti terkena paku
atau pisau atau terjatuh yang mengakibatkan anggota badan terluka atau sakit kita sering kali menjadi cemas kerana
segala keperluan untuk kecemasan seperti bekalan ubat atau alatan yang di perlukan untuk rawatan awal tidak disimpan
di satu bekas dan selalu ia akan bersepah di merata tempat .Ini akan menyukarkan kita untuk menggunakan apabila di
perlukan
Jadi dengan terciptanya Kotak pertolongan kecemasan serba guna ini ini diharapkan ianya dapat membantu

Kita untuk menyelesaikan masalah yang sering di hadapi oleh kite semua seperti yang di terangkan di atas .

PELBAGAI CONTOH IDEA BAGI PENYELESAIAN MASALAH TERSEBUT.


Masalah yang dinyatakan ini adalah masalah utama yang sering di hadapi oleh ramai rakyat di Negara kita Di
bawah ini di nyatakan beberapa idea yang tercetus selepas berbincangan dengan rakan- rakan bagi menyelesaikan
masalah ini.
i)

Mereka cipta sebuah peti/ kotak kecemasan

ii)

Mereka kotak/ peti kotak kecemasan yang boleh dilekatkan pada dinding dan tempat tinggi yang
mempunyai cirri-ciri keselamatan seperti tidak mudah di capai oleh kanak kanak .

iii)

Mereka kotak/ peti kecemasan yang serba guna iaitu selain di gunakan untuk menyimpan ubat-ubatan ia
juga boleh di gunakan untuk menyimpan barangan lain dan juga boleh di jadikan sebagai tempat
menyimpan surat atau dokumen yang penting .

PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT DAN DATA


Pada peringkat permulaan, sebelum menghasilkan projek bagi penyelesaian masalah yang telah di pilih,
saya telah membuat beberapa kajian dan pemerhatian terhadap rasionalnya rekaan Peti Kecemasan Serba
Guna . Proses pengumpulan data dan maklumat ini meliputi pelbagai sumber contohnya :
i)

Pengalaman Diri Sendiri


Seperti yang diketahui kebanyakkan orang termasuk kami jarang kita menyediakan satu bekas yang
khusus untuk menyiapkan beberapa peralatan yang khusus seperti ubat luka ,minyak angin dan
sebagainya .Kebanyakkan kite meletakkan barang barang tadi di merata tempat kadang kala

menyukarkan kita untuk mengambilnya apabila diperlukan . Selain itu apabila meletakkan bahan
bahan tadi di merata rata tempat kadang kala boleh membawa bahaya kepada kanak kanak .
ii)

Pemerhatian
Kami membuat pemerhatian dari pelbagai sudut yang mana ianya memungkinkan sesuatu masalah
berlaku dan bagaimana cara ianya dapat diselesaikan. Malah, saya juga membuat penelitian
terhadap kotak atau bekas yang terdapat disekeliling dan pada pandangan kami semua kotak atau
bekas yang terdapat di pasaran lazimnya tidak mempunyai pelindungan dari aspek keselamatan.
Kotak simpanan barangan perhiasan yang mempunyai perlindungan dari aspek keselamatan
lazimnya ditawarkan dengan harga yang tinggi dan mahal.

iii). Lawatan
Kami telah mengadakan lawatan ke Pasaraya dan Hypermarket seperti TESCO, GAINT, PARKSON
dan kedai- kedai hardware untuk mengenalpasti bahan- bahan yang sesuai untuk menyiapkan tugasan /
projek ini. Selain itu, lawatan ini juga perlu bagi menjana minda serta idea bagi menghasilkan projek ini
supaya hasil projek yang dihasilkan lebih berkualiti dan dengan kos yang lebih murah ringkas dan mudah
alih

iv) Soal Selidik


Kami juga mengedarkan kertas soal selidik yang berkaitan masalah yang dihadapi untuk diisi oleh
responden. Seramai 10 orang responden telah dipilih secara rawak, terdiri daripada rakan-rakan guru di
sekolah. Hasil kaji selidik adalah seperti berikut (lampiran). Berdasarkan soal selidik, kami dapat membuat
rumusan bahawa peti ubat dan rak kunci memang suatu perkara yang wajib bagi setiap isi rumah. Walau pun
rak surat kurang mendapat undian amat setuju, tetapi untuk mengelakkan surat-surat diletakkan di meratarata tempat di dalam rumah, seterusnya member pemandangan yang kurang teratur, rak atau poket surat
dilihat dapat menyelesaikan masalah ini. Segala urusan menjadi mudah jika ketiga-tiga benda ini disatukan
dan menjadi one stop centre . Dengan dapatan hasil soal selidik ini menguatkan lagi keyakinan kami dengan
pilihan projek yang akan kami hasilkan.
v) .Melayari Internet
Seiring dengan kemajuan teknologi dan maklumat tanpa batasan, kami juga melayari khidmat internet
bagi mendapatkan idea penghasilan reka cipta ini. Kami amat tertarik dengan laman sesawang
http://huiyang.en.alibaba.com/ yang banyak member idea pengubahsuaian perkakasan atau objek dan
panggabungan beberapa perkakasan menjadi satu, tanpa mengurangkan fungsinya. Kami juga mendapat
asas penghasilan di laman sesawang ini. Seterusnya kami buat penggabungan dan penambahbaikan
melalui lakaran. Lakaran projek boleh dilihat pada helaian Lakaran Projek.

ANALISIS MAKLUMAT
Setelah maklumat diperoleh dan dikumpulkan, kami telah membuat rumusan, projek yang akan kami hasilkan terdiri
daripada peti ubat sebagai lasarnya, diselangi rak kunci dan di permukaan luar diletakkan poket surat. Produk ini akan
dapat menyelesaikan masalah letak peti bubat, penyimpanan kunci yang sistematik dan selerakan surat di rumah. Produk
ini difikirkan sesuai kerana ia menepati tajuk rekacipta berasaskan kayu dan logam, malahan kami akan memasukkan
sedikit elemen pendawaian elektrik sebagai ciri tambahan. Produk ini akan dibina dengan skala yang lebih kecil kerana ini
adalah prototaip.
PEMILIHAN IDEA PROJEK
Pemilihan produk tersebut adalah berdasarkan aspek berikut :

Dari segi fizikal, kami telah mempunyai kemudahan sedia ada seperti alat pertukangan..
Bahan dan komponen yang sesuai iaitu papan lapis yang mudah didapati dengan kos yang rendah dan tidak

membebankan.
Cara pambuatan produk yang mudah dan sesuai.
Kepentingan produk boleh menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan pengguna
Mesra alam kerana tidak menggunakan plastic dan menggunakan bahan terpakai.

LAKARAN PROJEK
Pandangan Depan

KONSEP REKA BENTUK

Reka bentuk yang dihasilkan ini adalah dengan berpandukan beberapa faktor utama,iaitu:

Fungsi - Projek yang dihasilkan dapat berfungsi dengan berkesan.


Rupa bentuk - Projek yang dihasilkan mempunyai rupa bentuk yang sesuai.
Kesesuaian bahan - Menggunakan bahan yang sesuai dan mudah diperoleh.
Kaedah binaan - Menggunakan kaedah yang sesuai dan mudah.
Ketahanan - Projek yang hendak dihasilkan mempunyai ketahanan penggunaannya.
Kos - Kos pembinaan projek tidaklah terlalu tinggi.
Kemasan - Projekyang dibina mempunyai kemasan yang sesuai dan menarik.
Keselamatan - Projek selamat digunakan.
Nilai komersial - projek berpotensi untuk dipasarkan

PELAN
PELAN PANDANGAN HADAPAN SISI DAN ATAS

PEMBINAAN PROJEK
PENYEDIAAN BAHAN DAN ALATAN
Langkah pertama kami memilih ialah papan lapis yang tebal dan terpakai yang didapati daripada bilik Kemahiran
Hidup sekolah yang sudah tidak digunakan lagi . Papan ini difikir sesuai kerana ia tidak terlalu tebal atau terlalu
nipis. Papan lapis ini didapati tahan lasak dan tidak mudah lekang dan juga mudah untuk di potong menjadi
bahagian bahagian kecil

ALATAN
kemudian langkah seterusnya ialah kami memilih Alatan tangan yang sesuai digunakan bersesuaian dengan teknik
pembinaan yang dilakukan. Teknik pembinaan adalah kerja-kerja yang melibatkan beberapa proses:

Mengukur dan menanda

Mengukur dan
Pita ukur

Memotong
Pembaris panjang

menanda

Pensil penanda

Sesiku L

Memotong

Pisau

Langkah set
Mencantum

Paku

Mesin gergaji tangan

Mesin gergaji
lengkung

skru

Kemasan

Engsel pintu

Cat kilat

Berus cat

Kertas pasir

Proses menyiapkan Bekas Ubat serba Guna

Anda mungkin juga menyukai

  • Lembaran Kerja 1 2D
    Lembaran Kerja 1 2D
    Dokumen3 halaman
    Lembaran Kerja 1 2D
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • Senarai Nama Pelajar Pendidikan Moral
    Senarai Nama Pelajar Pendidikan Moral
    Dokumen1 halaman
    Senarai Nama Pelajar Pendidikan Moral
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • Saya Suka Baca Buku
    Saya Suka Baca Buku
    Dokumen2 halaman
    Saya Suka Baca Buku
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • Khamis
    Khamis
    Dokumen1 halaman
    Khamis
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • Soalan Soalan1
    Soalan Soalan1
    Dokumen3 halaman
    Soalan Soalan1
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • ISNIN
    ISNIN
    Dokumen1 halaman
    ISNIN
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • ISNIN
    ISNIN
    Dokumen1 halaman
    ISNIN
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • Cuti Persekolahan
    Cuti Persekolahan
    Dokumen1 halaman
    Cuti Persekolahan
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • Khamis
    Khamis
    Dokumen1 halaman
    Khamis
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • ISNIN
    ISNIN
    Dokumen1 halaman
    ISNIN
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • Khamis
    Khamis
    Dokumen1 halaman
    Khamis
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • PBS DST 2R
    PBS DST 2R
    Dokumen5 halaman
    PBS DST 2R
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • Khamis
    Khamis
    Dokumen1 halaman
    Khamis
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • REFLEKSI
    REFLEKSI
    Dokumen2 halaman
    REFLEKSI
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • ISNIN
    ISNIN
    Dokumen1 halaman
    ISNIN
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • SELASA
    SELASA
    Dokumen1 halaman
    SELASA
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • ISNIN
    ISNIN
    Dokumen1 halaman
    ISNIN
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • Rancangan Pengajaran Harian Matematik Berdasarkan Model ASSURE
    Rancangan Pengajaran Harian Matematik Berdasarkan Model ASSURE
    Dokumen36 halaman
    Rancangan Pengajaran Harian Matematik Berdasarkan Model ASSURE
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • Matematik RPH Mgu 17
    Matematik RPH Mgu 17
    Dokumen4 halaman
    Matematik RPH Mgu 17
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • Matematik RPH Mgu 23
    Matematik RPH Mgu 23
    Dokumen4 halaman
    Matematik RPH Mgu 23
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • KHT 5 U72013
    KHT 5 U72013
    Dokumen10 halaman
    KHT 5 U72013
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • RPT Sejarah 2014
    RPT Sejarah 2014
    Dokumen14 halaman
    RPT Sejarah 2014
    umarthaqif
    Belum ada peringkat
  • Apa Itu SISC
    Apa Itu SISC
    Dokumen2 halaman
    Apa Itu SISC
    kickerslangkawi
    100% (1)
  • Matematik RPH Mgu 20
    Matematik RPH Mgu 20
    Dokumen4 halaman
    Matematik RPH Mgu 20
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • Prinsip Kalkulus
    Prinsip Kalkulus
    Dokumen5 halaman
    Prinsip Kalkulus
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • Kata Nama Khas
    Kata Nama Khas
    Dokumen4 halaman
    Kata Nama Khas
    umarthaqif
    Belum ada peringkat
  • Laporan Program Kem Bestari Solat
    Laporan Program Kem Bestari Solat
    Dokumen4 halaman
    Laporan Program Kem Bestari Solat
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • SEGAK Langkawi 2014
    SEGAK Langkawi 2014
    Dokumen120 halaman
    SEGAK Langkawi 2014
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • Assure
    Assure
    Dokumen6 halaman
    Assure
    kickerslangkawi
    Belum ada peringkat
  • Dari Everand
    Belum ada peringkat
  • Dari Everand
    Belum ada peringkat