Anda di halaman 1dari 7

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBHE3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN
SEMESTER SEPTEMBER 2014
___________________________________________________________________________
Sekolah merupakan institusi formal terpenting yang banyak mempengaruhi
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Persekitaran sekolah yang
ceria, bersih, sihat dan selamat menyumbang ke arah pembentukan individu
yang sentiasa menggalakkan amalan kesihatan yang positif, produktif dan
aktif. Pelbagai program diadakan untuk memastikan amalan kebersihan,
keceriaan dan kesedaran terhadap aspek keselamatan disemai dan dipupuk.
Sebagai ahli jawatankuasa 3K, anda ditugaskan memberi ceramah
berkaitan kebersihan dan keselamatan sekolah sempena program Sekolahku
Syurgaku.
Justeru, sebagai langkah mempromosi sekolah yang sihat dan selamat dalam
kalangan warga sekolah, anda dikehendaki :
(a) Menyediakan teks ceramah berkaitan kepentingan amalan kebersihan
dan keselamatan di sekolah untuk mempromosi sekolah yang sihat dan
selamat.
(b) Merangka LIMA borang maklum balas untuk pemantauan atau
pemeriksaan tahap kebersihan dan keselamatan di dalam sekolah anda
serta laksanakan pemantauan atau pemeriksaan anda.

(c) Menganalisis dan menyediakan laporan lengkap menggunakan MsWord.


Bincangkan hasil pemantauan atau pemeriksaan kebersihan dan
keselamatan di sekolah. Analisis data yang dikumpulkan dan plotkan
beberapa graf dengan menggunakan perisian MsExcel.
NAMA :SABARUDDIN BIN JALUMIN
NO MATRIKS : 700826125377001
NRIC : 700826125377
NO TELEFON : 01114811620 / 01115217449
EMAIL : sabaruddinjalumin@gmail.com
NAMA PENSYARAH : EN AMDI @ AMDA BIN JENIS

NAMA TUTOR : EN FAIZAL HAKIMI BIN SAMSUDIN


PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA CAWANGAN TAWAU

ISI KANDUNGAN
1.0

TEKS CERAMAH

1-5

2.0 BORANG SOAL SELIDIK.


3.0
4.0

MUKA
SURAT

ANALISIS DAPATAN KAJIAN


CADANGAN PENAMBAH
BAIKAN.

5.0 KESIMPULAN

6-8
9-13
14
15

BIBLIOGRAFI

1.0

TEKS CERAMAH MENGENAI KEPENTINGAN AMALAN KEBERSIHAN


DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH

Sungguh rendah pohon cemara,


Bergayut kera di balik pohonan;
Lafaz Bismilah pembuka bicara,
Salam sejahtera saya ucapkan.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada saudara Pengerusi Majlis,
Yang Berusaha Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bum-Bum, Tuan Haji Muhammad
bin Ali, barisan Penolong-Penolong Kanan, Ketua-Ketua Bidang, Guru-Guru, para pelajar
sekalian, serta tuan-tuan dan puan-puan.

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima
kasih kepada pihak sekolah kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan ceramah
sempena bulan kemanusiaan iaitu bulan penjagaan Alam Sekitar yang dianjurkan oleh
Panatia Geografi. Sempena hari yang mulia ini, izinkanlah saya berkongsi ilmu dalam
meningkatkan mutu keceriaan sekolah melalui slot ceramah yang diberikan ini. Sekolah
merupakan pusat tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantaran dengan senario tersebut,
seharusnya alam sekitar kawasan sekolah yang bersifat kondusif perlu dihasilkan secara
koloborasi warga sekolah bagi mempengaruhi dan menarik minat pelajar menuntut ilmu dan
menelaah pelajaran di sekolah. Menurut Tan Yao Sua (2007) menjelaskan bahawa, sebagai
seorang pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar
akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa,
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan
strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah.

Berdasarkan kajian Ikhsan Othman dan Norila Md Salleh (2005) dalam bukunya
bertajuk Kurikulum dan Pengajaran Sekolah menjelaskan bahawa, salah satu langkah yang
dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotongroyong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan
sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk
memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah.
Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama
dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Seharusnya perancangan takwim tahunan induk
sekolah menyediakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun aktiviti gotong royong pada hujung
minggu bagi memupuk kesedaran para pelajar dan warga sekolah umumnya untuk bersamasama menjaga kebersihan dan keceriaan aktiviti sekolah. Antara cadangan tindakan susulan
gerak kerja yang boleh dilaksanakan dengan membahagikan para guru dan pelajar dalam
beberapa kumpulan. Seterusnya guru tersebut bertindak sebagai ketua kepada para pelajar
untuk membantu menjayakan aktiviti gotong-royong itu dengan cara mengarahkan para
pelajar memungut sampah atau membersihkan longkang menggunakan peralatan yang
disediakan.
Selain itu juga, tindakan yang seterusnya adalah mengadakan pertandingan taman
bunga / pondok rehat tercantik dan terindah di antara setiap unit panatia di bawah
pemantauan ketua bidang bersama-sama Penolong Kanan Pentadbiran. Tambahan pula,
menurut Tajul Ariffin Noordin (1993) dalam karyanya Pendidikan Suatu Penilaian Semula
menjelaskan bahawa, bentuk Program Sekolah dalam Taman patut diadakan dengan
menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah
atau di kawasan pondok rehat yang disediakan. Lantaran dengan amalan fenomena tersebut,
secara tidak langsung akan mengundang kepada persekitaran sekolah yang lebih nyaman dan
berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari
rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan
kolam ikan dan blok bukit serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih
selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman bunga daripada
bangunan konkrit yang kaku.
Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan
boleh mencantikkan sekolah. Mohd Salleh Lebar (1998) menjelaskan bahawa, amalan
menghiasi persekitaran sekolah melalui aktiviti mural sedikit sebanyak dapat mengurangkan
4

gejala vandalisme sekaligus memupuk bakat para pelajar dalam lukisan mural. Pelajar juga
akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan,
sekolahku syurgaku. Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh
menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama ibarat ke bukit sama didaki,
ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau
persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis mural di dinding sekolah. Mereka boleh
melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks
ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.
Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui
aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas
mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan
kerusi. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas
terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan
diberikan sijil penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan
pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma,
pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.
Seterusnya juga, sekolah perlu menjalankan Program 3K. Menurut Rozinah
Jamaludin (2005) menjelaskan bahawa, program 3K perlu menjadi program induk bagi pihak
sekolah agar kawasan sekolah sentiasa menjadi kondusif. Program 3K bermaksud
mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah
perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini
demikian

kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari

semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan
terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan semangat pihak sekolah untuk
memastikan program berjaya diadakan. Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di
sekolah.
Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,
Kepentingan pembelajaran ke sekolah merupakan asas pekara utama yang perlu dititik
beratkan oleh ibu bapa dan semua pihak. Hal ini kerana pentas terbaik anak-anak kita
menimbah ilmu yang tidak ternilai ialah sekolah. Sekolah juga ialah platform terbaik
5

seseorang individu mengorak langkah bagi mengisi otaknya bagi mengatasi segala onak dan
duri yang bakal menimpa kelak. Kerajaan negara kita yang berprihatin senantiasa mengambil
inisiatif yang tidak terhingga bagi mewujudkan sekolah yang sesuai bagi pendidikan anakanak kita. Kerajaan juga menekankan aspek kebersihan kawasan sekolah bagi kebaikan
semua warga sekolah dan membentuk generasi berpendidikan pada zaman akan datang yang
sihat dan sejahtera.
Kepentingan kawasan sekolah yang bersih juga akan mewujudkan suasana kondusif
kepada para pelajar menimbah ilmu tanpa apa-apa musibah. Sampah-sampah yang diuruskan
dengan sempurna di dalam kelas memastikan bilik darjah bersih dan kemas sepanjang masa.
Sikap pelajar yang menjalankan tugas harian mereka untuk membersihkan kelas secara rutin
dan bergilir-gilir akan memastikan bilik darjah sifar sampah. Melalui ini, tumpuan pelajarpelajar terhadap pelajaran tidak akan terganggu dan mereka akan menguasai pelajaran hari itu
dengan lebih berkesan. Guru-guru juga kita tidak akan membazirkan masa pengajaran mereka
dengan menyuruh murid membersihkan kelas. Secara tidak langsung, sesi pembelajaran dan
pengajaran akan dilaksanakan dengan sempurna.
Seterusnya, kebersihan kawasan sekolah yang ada di paras tinggi juga secara tidak
langsung akan mengharumkan nama sekolah. Atan long (1991) menjelaskan bahawa, imej
sesebuah sekolah salah satunya diukur apabila kawasan sesebuah sekolah yang bebas
daripada sebarang kekotoran akan mencerminkan nama baik sekolah di dalam setiap sanubari
ibu bapa dan masyarakat luar. Aspek ini juga akan menunjukkan betapa tanggungjawabnya
bahagian pentadbiran sesebuah sekolah sehinggakan sekolahnya mengharumkan namanya.
Sekolah yang memiliki kawasannya dalam keadaan bersih akan menjadi contoh kepada
sekolah-sekolah terdekat dan sekaligus akan mewujudkan suatu perubahan dalam penjagaan
aspek kebersihan. Oleh yang demikian,sama-samalah kita mementingkan aspek kebersihan
kawasan setiap masa.
Di samping itu, pelbagai penyakit biasa dan berjangkit juga akan dapat dijauhi jika
kawasan sekolah bersih selalu. Kawasan sekolah yang bebas dari sampah-sampah yang boleh
bertakung dapat mengelakkan penyakit demam denggi yang dapat membahayakan nyawa
anak-anak kita. Longkang-longkang sekolah yang bersih dapat menghindarkan bau busuk
manakala semak-samun yang terurus akan mengatasi haiwan-haiwan yang berbahaya. Sistem
penyaliran air kumbahan akan memastikan penyakit-penyakit berjangkit tidak mengancam
kesihatan anak-anak kita. Suasana sebegini akan membentuk suasana sekolah yang sihat dan
6

bebas daripada sebarang kemungkinan. Oleh itu, usahalah sebaik mungkin bagi mewarnai
sekolah-sekolah di negara kita dengan aspek kebersihan yang tinggi.
Tambahan pula, kawasan sekolah yang bersih akan memberi peluang kepada pihak
sekolah bagi menganjurkan aktiviti luar bilik darjah dengan selamat. Matapelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat diajar di padang sekolah tanpa apa-apa masalah
kebersihan. Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan secara sempurna dengan
kewujudan kawasan sekolah yang bersih daripada sampah tanpa sebarang gangguan. Aktiviti
perkhemahan dan penganjuran pelbagai pertandingan sekolah dan antara sekolah juga dapat
dijalankan sekiranya sekolah berpegang teguh kepada aspek kebersihan. Melalui ini,pelajar
akan lebih aktif dalam aktiviti luar bilik darjah selain kokurikulum.
Kesimpulannya, dengan pelaksanaan langkah-langkah yang berterusan seperti
mengadakan gotong-royong berterusan bukannya bersifat musim, nescaya kekotoran dan
sampah sarap di kawasan sekolah akan dapat diatasi dan sekolah kita sudah pasti akan bersih
dan pelajarnya pula sihat sejahtera,bak kata pujangga, 'Jiwa yang Suci Terpancar daripada
Diri yang Bersih,'. Justeru,marilah kita bersama-sama memastikan kawasan sekolah kita
sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat.
Setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan pada pagi ini. Sebelum saya mengundurkan
diri dari pentas ini, terimalah serangkap pantun daripada saya:
Burung kelicap terbang sekawan,
Terbang segera dari pohon baiduri,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Izinkan saya untuk bermohon diri. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai