Anda di halaman 1dari 2

DOA KEM SUKAN SEKOLAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahi rabbil alamin,
wasalla tuwasallamu ala asyrafil anbia iwalmursalin,
waala alihi wasahbihi ajmain.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
1. Kami berhimpun di permulaan majlis hari ini, majlis
KEM SUKAN SEKOLAH TAHUN 2013

bagi menyatakan rasa kesyukuran kami kepadaMu


kerana diberi nikmat mengharungi kehidupan
anugerahMu untuk terus berbakti kepada bangsa dan negara.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
2. Kurniakanlah kepada kami, kekuatan dan iltizam untuk kami
mencapai wawasan sekolah dan amanah negara.
Kurniakanlah kesejahteraan kepada rakyat dan negara kami,
jauhilah kami daripada bencana
dan ancaman yang menggugat keselamatan negara kami.
Berkatilah usaha kami untuk memakmurkan rakyat dan
negara kami berlandas amalan sentiasa sedia,
pantas dan berintegriti dalam menunaikan tanggungjawab kami.
Allahumma Ya Allah,
3. Ampunilah dosa-dosa kami, kaum keluarga kami dan para guru
kami,
jauhkanlah kami sifat-sifat keji dan mazmumah,
tanamkanlah dalam diri kami sifat-sifat terpuji dan mahmudah,
kurniakanlah kepada kami kesihatan tubuh badan dan akal fikiran,
permudahkanlah segala urusan dan pekerjaan kami
agar dapat kami laksanakan amanahMu dengan sebaik-baiknya
dan mendapat keredhaanMu akhirnya.
Rabbana atina fiddun ya hasanah wa fil akhirati hasanah
wa kina azaban nar. Wassallahu ala saiyidina Muhammaddin
waala alihi wasahbihi wassallam, walhamdulillahi rabbil alamin.

Anda mungkin juga menyukai