Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH TARIAN ZAPIN

Zapin dipercayai dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari Timur Tengah kira-kira pada
abad ke-15. Kebanyakan mubaligh-mubaligh dan pedagang-pedagang ini datang dari
Tanah Arab dan Parsi. Di dalam dialek Yamen ia dikenali sebagai Zaffana. Pada
permulaan hanya golongan lelaki yang menyertai tarian ini. Tapi kini ia telah
dimodifikasi dengan penyertaan golongan wanita. Versi paling asas ialah gerakan
mengikut alunan muzik dan kiraan 1 2 3 dan 4. Pada kiraan ke-4 kaki dilunjurkan ke
belah kiraan terakhir dibuat. Ia boleh dilakukan setempat atau gerakan ke depan atau
ke belakang. Semasa melakukan gerakan, kondisi tubuh penari biasanya dalam
keadaan tegak dan agak mendada.
Zapin biasanya diiringi oleh beberapa instrumen muzik tradisional dan genre lagunya
biasanya genre Samrah. Instrumen yang terlibat pula ialah Biola, Marwas dan
Gambus. Dalam Zapin tiada peraturan yang tetap dalam menentukan berapa orang
penari yang diperlukan untuk membuat persembahan. Namun, oleh kerana penari
perlu berinteraksi antara satu sama lain tarian Zapin digalakkan untuk dilakukan
secara berpasangan dalam gandaan 2 . Penari-penari kemudian boleh berinteraksi
dengan pasangan masing-masing dengan bergurau, mencabar atau menikmati alunan
muzik dan lenggok tarian pasangan masing-masing.
Terdapat banyak bentuk tarian Zapin dan semuanya telah berevoulusi daripada ragam
yang asal. Antara variasi tarian yang popular ialah Zapin Tengliu yang berasal dari
Mersing. Variasi Tengliu telah diilhamkan dari para nelayan yang sering turun ke laut
dan mereka manari diatas kapal dengan mengikut arus ombak laut. Kalau kita melihat
variasi ini penari seolah-olah sedang menari sambil badannya terhuyung-hayang ke
kiri dan kanan sambil tangannya memegang tali kapal. Gerakan variasi Tengliu
banyak melakukan gerakan yang tidak disangka-sangka seperti pusingan badan dan
pinggang diikuti dengan hentian mengejut dengan kaki, tangan dan bahu. Tarian ini
merupakan khazanah tarian rumpun Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab.
Tarian tradisional ini bersifat edukatif dan sekaligus menghibur, digunakan sebagai
media dakwah Islamiyah melalui syair lagu-lagu zapin yang didendangkan. Muzik
pengiringnya terdiri dari dua alat yang utama iaitu alat musik petik gambus dan tiga
buah alat musik tabuh gendang kecil yang disebut marwas. Sebelum tahun 1960,

zapin hanya ditarikan oleh penari laki-laki namun kini sudah biasa ditarikan oleh
penari perempuan bahkan penari campuran laki-laki dengan perempuan. Tari Zapin
sangat banyak ragam gerak tarinya, walaupun pada dasarnya gerak dasar zapin-nya
sama, ditarikan oleh rakyat di pesisir timur dan barat Sumatera, Semenanjung
Malaysia, kepulauan Riau, pesisir Kalimantan dan Brunei DarussalamAsal usul zapin
ni dari tanah arab, hadralmut.
Pengaruh seni muzik seni tari, seni muzik dan gurindam arab telah menyibar ke Johor
melalui kawasan pesisir pantai barat Johor dan ke pendalaman melalui sungai sungai
bersama sama penempatan arab di kampung kampung melayu. Namun begitu zapin
melayu Johor unik kerana telah menyaring kesenian arab sambil mencipa kesenian
melayu dan falasafah kesenian islam.Pada zaman dahulu kesenian zapin melayu
bukan hanya di persembahkan halaman atau di anjung rumah ianya juga di
persekitaran masjid juga surau untuk menyambut perayaan Maulidul Rasul s.a.w dan
lain lain. Terdapat beberapa jenis zapin Johor diantaranya zapin pekajang, zapin
tengelu, zapin lenga dan lain-lain . Zapin melayu Johor pada kebiasaannya dimulakan
dengan pemainan gambus permulaaan di namakan Taksim,terdapat beberapa ragam
di dalam tarian zapin diantaranya ragam pusau belanak besar , ragam lompat injut,
ragam kopak,ragam titi batang,ragam ayam patah, ragam pusau belanak kecil dan
akhir sekali ragam wainap.
ASAL TARIAN
Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan
di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal
abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka
sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16. Tarian zapin ini
kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat
pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.

Anda mungkin juga menyukai