Anda di halaman 1dari 55

PENGAJARAN

MIKRO
HJ. MOHD. JAMEL BIN HJ. ISMAIL
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR.

PENGENALAN
Allen dan Ave(1968), suatu sistem kawalan
praktis dengan tumpuan kepada
tingkahlaku pengajaran yang khusus dan
berlatih supaya mengajar dalam situasi
yang terkawal
Cooper dan Allen ( 1971), situasi
pengajaran yang dikurangkan daripada segi
masa dan bilangan pelajar iaitu 4 20
minit dengan 3- 10 orang pelajar.

PENGENALAN
Paintal(1980) satu teknik latihan yang
sangat diperlukan dengan 6-10 orang
pelajar, mengambil masa 5 10 minit dan
tumpuan kepada suatu kemahiran yang
dikembangkan dan dikhususkan.
Justeru itu pengajaran mikro merupakan
suatu sesi pengajaran yang bercorak
latihan atau pendedahan yang mengambil
masa 10-15 minit, melibatkan rakaman
video dengan memfokuskan kepada
kemahiran-kemahiran tertentu.

PENGENALAN
Saiz kelas dikecilkan kepada 6 10
orang.
Secara idealnya, murid-murid sekolah
yang sebenar dibawa ke bilik tempat
pengajaran mikro dijalankan. Namun ,
kekangan dan masalah yang timbul
menyebabkan guru pelatih atau rakan
sebaya bertindak sebagai murid.

PENGENALAN
Semasa sesuatu sesi pengajaran
mikro, biasanya hanya satu jenis
kemahiran mengajar sahaja yang
difokuskan.
Antara kemahiran-kemahiran yang
menjadi fokus ialah:
Kemahiran memulakan pelajaran
( set induksi)
Kemahiran menyoal

PENGENALAN

Kemahiran
Kemahiran
Kemahiran
Kemahiran
Kemahiran
Kemahiran

menerang
menggunaklan papan tulis
variasi rangsangan
menggunakan sumber
pengukuhan
menutup pengajaran

RASIONAL PENGAJARAN MIKRO


Suatu bentuk pengajaran sebenar
walaupun dibuat dengan kerjasama guru
dan pelajar dalam situasi latihan
Mengurangkan kerencaman pengajaran di
bilik darjah sebenar dengan guru
menumpukan kepada sesuatu kemahiran
mengajar.
Memberi pengetahuan dan maklumat
berkenaan kemampuan diri melalui respons
dan komen daripada penyelia dan rakanrakan

RASIONAL PENGAJARAN MIKRO


Mempertimbangkan keupayaan pelatih
dengan membenarkan dia memilih
kandungan pelajaran yang dikuasainya
Menyediakan satu set pengajaran yang
membolehkan pelatih mengajar pelajar
yang pelbagai latar belakang, keupayaan
intelektual dan kumpulan umur sebelum
pengajaran sebenar di bilik darjah.

RASIONAL PENGAJARAN MIKRO


Membolehkan kawalan yang luas ke atas
persekitaran pelatih yang berkaitan dengan
pelajar, kaedah maklum balas, penyeliaan
dan pelbagai angkubah lain
Menyediakan situasi yang mengurangkan
kegelisahan dan kebimbangan pelatih
apabila berhadapan dengan bilik darjah
sebenar.

RASIONAL PENGAJARAN MIKRO


Menyediakan kemahiran khusus kepada
pelatih yang akan dipraktikkan dalam bilik
darjah sebenar
Latihan yang bersifat ulangan bertujuan
mengulang kembali kemahiran yang di
tertentukan
Membolehkan pelatih mengingat dengan
lebih lama atau senang mengingat kembali
kemahiran yang dipelajari.

KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN


PENGAJARAN MIKRO
Pengajaran mikro menjadi komponen
penting dalam latihan perguruan kerana
kemahiran mengajar adalah elemen
penting untuk menjadi guru.
Pendedahan secara teori dan praktis
berkenaan kemahiran-kemahiran
pengajaran amat berguna khususnya
kepada bakal guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sebenar bilik
darjah.

KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN


PENGAJARAN MIKRO
Sesi pengajaran mikro menjadi elemen
membuat refleksi kendiri oleh guru pelatih
berkenaan keupayaan dan pencapaian
mereka dalam pengajaran
Pengajaran mikro juga penting untuk
menilai keberkesanan kurikulum dan
mendedahkan sesuatu kaedah pengajaran
baru kepada guru-guru terlatih melalui
kursus-kursus dalam perkhidmatan.

KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN


PENGAJARAN MIKRO
Pengajaran mikro merupakan permulaan
kepada menjalankan pengajaran bagi guru
pelatih. Ini membiasakan guru pelatih
dengan aktiviti pengajaran kerana sebelum
ini teori, teknik dan kaedah pengajaran
hanya diperoleh melalui penerangan di
bilik-bilik darjah kuliah tanpa mengalami
sendiri aktiviti pengajaran. Latihan sebegini
akan dapat membina dan meningkatkan
keyakinan guru pelatih mengajar di bilik
darjah.

KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN


PENGAJARAN MIKRO
Melalui pengajaran mikro guru pelatih
berpeluang mempraktikkan kemahirankemahiran asas pengajaran secara terpisah
satu demi satu, lebih jelas, mudah dan
terancang sebagai persediaan kepada
pengajaran yang kompleks di dalam bilik
darjah sebenar. Di dalam bilik darjah
sebenar ia akan menggabungkan kesemua
ataupun hampir kesemua kemahiran
tersebut dalam satu waktu pengajaran.

KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN


PENGAJARAN MIKRO
Suasana pengajaran dalam sesi
pengajaran mikro adalah terkawal
dan selamat dengan isi kandungan
yang minimum, bilangan kelas yang
kecil dan masa yang pendek.
Guru pelatih tidak perlu memikirkan
dan bersedia bagi pengajaran selama
40 minit kerana hanya satu
kemahiran sahaja yang difokuskan.

KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN


PENGAJARAN MIKRO
Kemungkinan kemungkinan
masalah yang akan timbul dalam bilik
darjah sebenar diabaikan. Ji9ka
rakaman dibuat oleh kumpulan guru
pelatih sendiri pada masa yang sama
guuru pelatih berpeluang
memahirkan diri dengan penggunaan
peralatan di dalam bilik pengajaran
mikro seperti kamera.

KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN


PENGAJARAN MIKRO
Pengajaran mikro membolehkan guru
pelatih membuat penilaian kendiri
berkenaan prestasi pengajaran individu
dengan menonton semula rakaman
pengajaran.
Dalam sesi perbincangan kumpulan, guru
pelatih akan mendapat input yang berguna
berkenaan pengajarannya melalui komenkomen daripada pensyarah atau penyelia
dan rakan-rakan dalam kumpulan.

KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN


PENGAJARAN MIKRO
Kelemahan dan kesilapan dalam
pengajaran boleh dibaiki melalui
membuat rakaman kedua dan
kemudian dapat menilai semula.
Proses penambahbaikan berlaku yang
memberi faedah kepada guru pelatih
itu sendiri dan juga kepada
kumpulannya.

PELAKSANAAN PENGAJARAN
MIKRO
Menurut Allen dan Ryan ( 1969), enam
peringkat dalam proses pengajaran mikro
adalah seperti berikut:
1. Perancangan
2. Pengajaran
3. Penilaian
4. Perancangan semula
5. Pengajaran semula
6. Penilaian semula.

PELAKSANAAN PENGAJARAN
MIKRO
Namun bagi memurnikan lagi proses
pengajaran mikro, peringkat-peringkat
tersebut perlu dikembangkan seperti
berikut;
1. Perbincangan
2. Perancangan
3. Pengajaran
4. Penilaian
5. Perancangan semula
6. Pengajaran semula
7. Penilaian semula

PERBINCANGAN
Di peringkat ini guru pelatih
berbincang dengan pensyarah dan
juga dengan rakan-rakan berkenaan
perkara-perkara penting yang umum
dan yang khusus berkaitan dengan
pengajaran mikro. Perkara-perkara
umum seperti langkah-langkah yang
perlu diambil sebelum, semasa dan
selepas pengajaran mikro,
penjadualan dan rakaman.

PERBINCANGAN
Perkara-perkara khusus pula seperti
kemahiran yang kan difokuskan
( objektif, prinsip-prinsip, cara
perlaksanaan dan kesannya), borang
dan aspek-aspek penilaian.
Perbincangan sebegini perlu bagi
memastikan guru pelatih betul-betul
faham dan bersedia menjalankan sesi
pengajaran mikro dan sesi tersebut
benar-benar bermakna.

PERANCANGAN
Selepas bersedia di peringkat perbincangan,
guru pelatih perlu membuat persediaan
mengajar. Persediaan mengajar ini perlu
memenuhi kriteria yang ditetapkan dengan
memfokuskan kemahiran yang akan
dipraktikkan. Perkara-perkara yang
berkaitan dengan pengajaran seperti
bilangan murid, alat bantu mengajar dan
aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya
proses pengajaran mikro dalam tempoh
masa yang terhad dapat berjalan dgn
lancar. Borang-borang yang berkaitan
dengan penilaian perlu disediakan.

PENGAJARAN
Di peringkat ini, guru pelatih
berkenaan membuat pengajaran
mengiktu seperti yang dirancang.
Semua prinsip dan garis panduan
berkenaan sesuatu kemahiran yang
menjadi fokus perlu dihayati dan
dipraktikkan, misdalnya kemahiran
menyoal. Rakaman video akan dibuat
semasa pengajaran

PENILAIAN
Selepas pengajaran, video
dipertontonkan kepada
kelas/kumpulan.
Buat penilaian kendiri
Guru pelatih dikehendaki membuat
komen kelemahan diri
Buat komen dan buat penambaikan
Pensyarah membuat komen untuk
penambahbaikan.

PERANCANGAN SEMULA
Hasil dpd komen-komen yang
diterima dalam peringkat penilaian,
guru pelatih membuat perancangan
kali kedua untuk menjalankan
pengajaran semula yang juga
dirakamkan. Perancangan semula ini
mungkin melibatkan pindaan kepada
persediaan mengajar yang
disediakan.

PENGAJARAN SEMULA
Selepas selesai membuat
perancangan, pengajaran semula
akan dibuat oleh guru pelatih
berkenaan dan dirakamkan.
Seharusnya pengajaran semula ini
berbeza dengan pengajaran pertama
kerana guru pelatih berkenaan
mengambil kira komen dan teguran.

PENILAIAN SEMULA
Selepas pengajaran semula,
perbincangan berkenaan ,pengajaran
tersebut akan dibuat di bawah
penyeliaan pensyarah bagi
mengukuhkan dan meneguhkan
kemahiran mengajar kepada guru
pelatih dan rakan-rakan.

Anda mungkin juga menyukai