Anda di halaman 1dari 2

ORANG YANG MULA-MULA MENGERJAKAN SOLAT TARAWIH

Orang yang mula-mula mengerjakan solat Tarawih menurut Ibnu Qudamah dalam
kitabnya yang lengkap "Al-Mughni" berkata: "Solat Tarawih adalah sunnat muakkad. Orang yang
pertama kali mengerjakannya adalah Rasulullah s.a.w.. Hal ini berdasarkan kepada satu hadith
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. menyemarakkan ibadah pada malam hari bulan Ramadhan dengan tidak
mewajbkan kepada umatnya. Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada
malam hari bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah (s.w.t.) dan mengarapkan pahala
daripada-Nya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat Imam Muslim)
Saiyidatina Aisyah r.a telah meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud:

"Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. solat dimasjid, maka para sahabat mengikuti solatnya.
Pada malam berikutnya, Baginda s.a.w. solat lagi dimasjid dan para sahabat yang mengikutinya
bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi
Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada
sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali
aku khuatir kalau- kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu." (Riwayat Muslim)
Abu Hurairah r.a. meriwayat sebuah hadith yang bermaksud:

"Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid. Kebetulan pada malam bulan Ramadhan itu para sahabat
mengerjakan solat ditepi-tepi masjid. Baginda s.a.w. bertanya: 'Siapa mereka itu?' Ada yang
menjawab" 'Mereka adalah para sahabat yang tidak dapat membaca al-Quran, tetapi Ubai bin
Kaab solat ditengah-tengah mereka dan mereka ikut solat bersamanya.' Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: 'Mereka telah mendapatkan pahala dan sebaik-baik amalan adalah apa yng mereka
lakukan itu." (Riwayat Abu Dawud)
Adapun panggilan solat Tarawih adalah dinisbahkan kepada Khalifah 'Umar ibnu alKhattab r.a. kerana beliaulah yang mengumpulkan orang ramai untuk melakukan solat pada malam
bulan ramadhan itu dibawah pimpinan seorang imam iaitu Ubai bin Ka'ab. Imam al-Bukhari
meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Abdul-Qari, beliau berkata:

"Saya keluar bersama Umar ibnu al-Khattab pada suatu malam bulan Ramadhan.
Kebetulan pada saat itu orang ramai sedang mengerjakan solat secara berjama'ah dalam beberapa
kelompok. Ada pula seorang yang bersolat secara bersendirian dan ada pula yang solat
keseorangan tetapi kemudian diikuti oleh orang lain sehingga menjadi suatu kumpulan. Melihat
keadaan itu Umar berkata: 'Saya berpendapat, sekiranya mereka ini dihimpunkan dibawah satu
imam, nescaya ia adalah lebih baik." Kemudian Umar melaksanakan pendapatnya dan
menghimpunkan orang ramai untuk mengerjakan solat dibawah seorang imam iaitu Ubai bin Ka'ab."

Seterusnya Abdurrahman bin Abdul Qari menerangkan bahawa pada malam hari
yang lain, dia keluarlagi dengan Umar dan pada ketika itu umat Islam mengerjakan solat
dibelakang seorang qari. Maka Umar berkata: "Sebaik-baik bid'ah adalah ini. Adapun orang yang
tidur pada awal malam seraya bermaksud akan mengerjakan solat lail (Tarawih) pada malam hari,
yang demikian itu adalah lebih utama daripada orang yang mengerjakannya pada awal malam. Akan
tetapi umat Islam mengerjakan pada awal malam." (Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari)
Berdasarkan pada keterangan hadith-hadith sohih diatas, maka jelaslah bahawa
orang yang mula-mula mengerjakan solat Tarawih dalam kaitannya dengan ibadah pada bulan
Ramadhan adalah junjungan Agung kita Nabi Muhammad s.a.w. .

Baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan bersama para sahabat tiga atau empat
malam. Setelah itu Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar untuk mengerjakan bersama para sahabat
lagi kerana Nabi Muhammad s.a.w. khuatir solat Tarawih dianggap wajib oleh umatnya. Dalam hal
ini adalah sebagai rahmat dan tanda sangat sayang kepada umatnya.
Keterangan yang lebih jelas lagi disebutkan oleh al-Bukahri dan Muslim maksudnya:
"Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. keluar pada waktu tengah malam pada bulan Ramadhan
kemudian solat dimasjid. Beberapa orang mengikuti solat Baginda Rasulullah s.a.w.. Pada sebelah
paginya mereka menceritakan perkara tersebut kepada teman-teman mereka.

Maka pada malam hari berikutnya para sahabat yang berhimpun lebih ramai lagi.
Pada malam yang kedua ini Nabi Muhammad s.a.w. keluar untuk mengerjakan solat dan para
sahabat pun mengikuti solatnya. Pada sebelah paginya para sahabat menyebut-nyebut perkara itu,
maka pada malam ketiga orang-orang yang berhimpun dimasjid bertambah ramai lagi. Nabi
Muhammad s.a.w. keluar kemasjid mengerjakan solat pada malam ketiga itu dan para sahabat
mengikutinya.
Kemudian pada malam yang keempat, masjid tidak lagi muat untuk menampung
orang ramai yang datang berhimpun tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid. Beberapa
orang sahabat ada yang melaungkan azan "al-solah! al-solah!", tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak
keluar juga. Apabila masuk waktu subuh, barulah Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid. Setelah
selesai solat Subuh, Nabi Muhammad s.a.w. menghadap para sahabat, membaca syahadat dan
kemudian bersabda: 'Sesungguhnya aku bukannya tidak tahu bagaimana keadaan kamu malam tadi,
akan tetapi aku khuatir kalau-kalau kamu menganggap bahawa hal ini (solat malam Ramadhan)
diwajibkan atas kamu, maka kamu tidak mampu mengerjakannya.'
Dalam riwayat yang lain disebutkan: "Sehingga Nabi Muhammad s.a.w. wafat
keadaan masih tetap seperti itu."

Anda mungkin juga menyukai