Anda di halaman 1dari 2

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEBAKARAN BIL 1 /( 2013 )
Tarikh

: 8 JANUARI 2013

Masa

: 1.30 hingga 2.30 petang

Tempat

: Bilik Mesyuarat

Pengerusi

: En. Zaharin Bin Nordin

Kehadiran(Bilangan) : 7 Orang
Turut Hadir (Jika ada) : Tn. Hj. Khairul Anuar bin Mahsuri
1

PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke mesyuarat Pengurusan Pusat


Sumber kali yang pertama ini.

1.2 Pengerusi mengharapkan kerjasama daripada semua guru yang terlibat dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.
Tindakan:Makluman
2

PERLANTIKAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEBAKARAN TAHUN


2013
2.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah dilantik sebagai
Jawatankuasa Keselamatan dan Kebakaran sekolah pada tahun 2013.
Pengerusi
: En. Zaharin bin Nordin
Setiausaha
: Pn Mazira binti Badron
Ahli Jawatankuasa : Pn Norlizah binti Mohd Noh
Pn Salwani binti Suandi
Pn Nomy binti Sukaimi
Tindakan:Makluman

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Perancangan Aktiviti Tahun 2013


3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap tahun latihan kebakaran perli diadakan.
Oleh yang demikian satu latihan bersepadu bersama pihak bomba dan penyelamat
akan diadakan pada penggal kedua persekolahan.
3.3 Pengerusi meminta guru-guru memeriksa setiap kelas dan bilik khas perlu
mempunyai pelan kebakaran dan pekeliling langkah-langkah yang perlu diambil
seandainya berlaku kebakaran.
3.4 Pengerusi meminta guru-guru AJK dapat memberi respon tentang perkara ini
dengan secepat mungkin. Seandainya ada kelas atau bilik khas yang masih tidak
mempunyai pelan dan langkah-langkah menghadapi kebakaran hendaklah berjumpa
dengan pengerusi untuk mendapatkannya.

Tindakan: Semua AJK

Latihan kebakaran bersepadu bersama pihak Bomba dan Penyelamat


4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa satu latihan kebakaran bersepadu akan
diadakan pada penggal kedua nanti. Oleh yang demikian , pengerusi meminta
setiausaha menyediakan surat-menyurat dan berhubung dengan pihak Bomba dan
menentukan tarikh sesuai untuk latihan tersebut diadakan.
4.2 Pengerusi memaklumkan satu mesyuarat khusus akan diadakan pada masa
akan datang bagi membincangkan agenda khusus mengenai latihan kebakaran
bersepadu bersama pihak Bomba.
Tindakan: Semua AJK

HAL-HAL LAIN
5.1.Pengerusi memaklumkan bahawa alat pemadam api di sekolah telah dislenggara
pada cuti persekolahan akhir tahun 2012 dan semua berfunsi dengan baik.
Tindakan:
Makluman
PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,
..........................................
( MAZIRA BINTI BADRON )
Setiausaha JK Kebakaran
SK Taman Daya
Tarikh : 16 JANUARI 2013

Disemak Oleh,
................................
( ZAHARIN BIN NORDIN )
Pengerusi JK kEBAKARAN
SK TAMAN DAYA
Tarikh : 16 JANUARI 2013

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai