Anda di halaman 1dari 13

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0

Pengenalan
Pendidikan yang diertikan sebagai perihal mendidik merupakan salah satu

aspek yang terpenting dalam sesebuah negara.Ini kerana kejayaan sesuatu sistem
pendidikan itu dapat memberikan impak yang sangat besar khususnya dalam negara
itu sendiri.Sistem pendidikan yang berjaya dilihat mampu mengubah landskap masa
depan sesebuah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peningkatan ekonomi,
budaya, politik dan sosialnya.Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang diharap
dapat melahirkan modal insan yang berkualiti dari segi mempunyai jati diri yang
kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.Oleh yang demikian, seharusnya
pendidikan yang dilaksanakan juga perlulah dapat membentuk modal insan yang
mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah,
berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta berkebolehan
untuk berhadapan dengan persekitaran global yang semakin mencabar.Ini kerana
pendidikan merupakan sebuah wadah pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang
mampu bertindak sebagai pengupaya kepada kemajuan intelektual dan insaniah
secara seiringan bagi meletakkan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam
abad ke 21 ini.

2
Sehubungan itu,pelbagai pembaharuan telah dilakukan ke atas sistem
pendidikan di negara kita.Perubahan yang dilakukan ini adalah bagi memenuhi
tuntutan untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang maju suatu hari
nanti.Oleh

yang

demikian,Kementerian

Pendidikan

Malaysia

telah

dipertanggungjawabkan bagi menggalas amanah membangunkan negara Malaysia


melalui agenda transformasi pendidikan seperti mana yang termaktub dalam Pelan
Pembangunan Malaysia 2013-2025.Transformasi pendidikan ini dilaksanakan selaras
dengan perubahan pendidikan global yang telah dilaksanakan oleh negara-negara
maju.Pelan ini telah menggariskan lima keberhasilan teras pendidikan yang akan
menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia menjelang tahun 2025 iaitu
akses,kualiti,ekuiti perpaduan dan kecekapan.Menurut Khair Mohamad Yusof(2013),
menerusi lima aspirasi ini,diyakini bahawa sistem pendidikan Malaysia berupaya
melahirkan modal insan dengan lima ciri utama iaitu pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin ,kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta
identiti nasional untuk bersaing di peringkat global.
Kenyataan ini juga turut disokong oleh Muhyiddin Yassin dalam
ucaptamanya di Forum Pendidikan Dunia 2014 iaitu penerapan nilai,etika dan
kerohanian adalah penting untuk melahirkan masyarakat yang harmoni,selain
menolak dilema pendidikan tanpa roh.Ianya juga penting untuk melahirkan
masyarakat yang bersahsiah dan berketerampilan.Menurutnya juga, perlu ada kaedah
terbaru bagi mengukur prestasi pendidikan negara,selain penanda aras konvensional
seperti Trend Pendidikan Sains dan Matematik Antarabangsa(TIMSS)dan Program
Pentaksiran

Murid

Antarabangsa(PISA).

Pelan

Pembangunan

Pendidikan

Malaysia(2013-2025) juga telah mensasarkan setiap kanak-kanak di Malaysia akan


mempunyai enam atribut utama untuk memenuhi keperluan abad ke 21 iaitu
kemahiran kepimpinan,kemahiran berfikir, pengetahuan, profesiensi dwibahasa, etika
dan kerohanian serta identiti nasional.
Dalam merealisasikan kehendak-kehendak tersebut,rombakan semula telah
dilakukan ke atas sistem peperiksaan dan pentaksiran negara untuk meningkatkan
tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi( Higher order thinking
skills).Perubahan yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti
pendidikan negara agar ia bertaraf antarabangsa. selain daripada melahirkan generasi

3
Malaysia yang mempunyai kemahiran berfikir kelas pertama. Menurut Musliha
Salma(2010), sekiranya pelajar-pelajar mempunyai kemahiran berfikir pada aras
tinggi,maka ia akan melahirkan satu kelompok sumber tenaga yang profesional untuk
negara.Kenyataan beliau ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya pelajar-pelajar kita
dapat menguasai kemahiran berfikir pada aras yang tinggi,maka hasrat untuk
melahirkan tenaga kerja yang bertaraf antarabangsa dapat dicapai.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,kemahiran dan
nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya membuat sesuatu keputusan.Namun begitu,
usaha untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam diri pelajar bukanlah
satu tugas yang mudah.Kejayaannya hanya dapat dicapai dengan adanya usaha yang
gigih dan semamgat yang jitu dari pelbagai piha kerana kegagalan sesuatu kurikulum
adalah disebabkan oleh faktor-faktor manusia,sistem dan persekitaran untuk
mengubah sikap,kepercayaan dan amalan.Justeru,ia menggambarkan bahawa untuk
mencapai kejayaan dalam meningkatkan keupayaan berfikir pada aras tinggi
dikalangan pelajar,pelbagai pihak terutamanya guru haruslah bersedia untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka selama ini.Oleh
itu,golongan guru khususnya perlu merujuk kepada empat domain kognitif tertinggi
dalam Taksonomi Bloom iaitu kemahiran mengaplikasi, kemahiran menganalisis,
kemahiran menilai dan kemahiran mencipta dalam usaha mempertingkatkan
kemahiran berfikir kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT).Walaupun
sukar,penerapan kemahiran ini perlu juga diterapkan di kalangan pelajar dan guru
selaras dengan dasar Transformasi Pendidikan Negara.

1.1

Latar belakang masalah

Pendidik

atau

guru

merupakan

insan

yang

digelar

agen

kepada

perubahan.Adalah menjadi tanggungjawab seseorang guru untuk menerima dan


melaksanakan sesuatu transformasi yang dilakukan ke atas sistem pendidikan di
negara kita.Bagi mencapai tujuan melahirkan modal insan seperti mana yang

4
dikehendaki oleh negara,seseorang guru itu perlulah sentiasa peka terhadap
perkembangan semasa dalam dunia pendidikan serta sentiasa berusaha untuk
mengekalkan ketinggian tahap intektualnya agar dapat melaksanakan tanggungjawab
yang diamanahkan sebaik-baiknya.Guru juga perlu memainkan peranan yang penting
dalam pelaksanaan sesuatu inovasi di dalam kurikulum.Walaupun begitu,tahap
penglibatan guru di dalam pelaksanaan sesuatu inovasi yang dilakukan adalah
berbeza-beza disamping pelbagai cabaran dan rintangan dalam melaksanakannya
secara berkesan.Menjelang abad ke 21,adalah diharapkan pendidikan di negara kita
ini dapat memainkan peranan utama dalam melakukan transformasi sosial ke arah
melahirkan masyarakat Malaysia yang berupaya berfikir pada aras yang
tinggi.Kejayaan sistem pendidikan dalam konteks ini adalah sangat bergantung pada sejauh
manakah matlamat melahirkan masyarakat berfikir itu dapat dicapai.

Munir Shuib(2004) dalam (Saidatun Nur Ain,2012) kira-kira 37 000 graduan


universiti tempatan awam di Malaysia sukar mendapatkan pekerjaan lantaran lemah
kemahiran berfikir secara analitikal dan kreatif. Salah satu puncanyanya ialah siswazah gagal
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.Situasi graduan tidak mendapat tempat
dipasaran ini besar kemungkinan disebabkan oleh ketiadaan kemahiran-kemahiran soft
skills atau kemahiran generik seperti kemahiran berfikir aras tinggi.Dapatan ini
menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran berfikir di kalangan para graduan lepasan
universiti awam di Malaysia masih berada pada tahap yang rendah dan tindakan yang
sewajarnya perlulah diberikan diperingkat awal lagi.
Selain itu,kajian yang telah dijalankan oleh (Nur Salwani 2010) terhadap 50 orang
pelajar Fizik di UTM untuk mengkaji hubungan di antara penguasaan KBKK dengan purata
nilai gred keseluruhan(PNGK) mendapati bahawa 46 orang responden menguasai kemahiran
kritis manakala hanya 4 orang responden mempunyai kemahiran kreatif.Menurut beliau,ini
mungkin disebabkan oleh terdapat sesuatu yang menghalang pelajar-pelajar ini dari
berfikiran secara kreatif iaitu kerana sistem pendidikan di IPT lebih tertumpu kepada examoriented. Beliau menegaskan bahawa masalah ini menjadi semakin serius jika ia melibatkan
mata

pelajaran

Sains

di

mana

pelajar

hanya

mendengar

syarahan

daripada

pensyarah.Tambahan lagi,menurut beliau kebanyakan graduan yang dihasilkan oleh IPT


hanya sekadar makan gaji tetapi gagal memberi sumbangan pembaharuan kepada pihak
majikan.Justeru,beliau menyatakan bahawa pendidikan di peringkat universiti haruslah lebih
menerapkan kemahiran KBKK bukan sahaja untuk membolehkan pelajar-pelajar lulus
periksa bahkan supaya ianya dapat digunakan oleh pelajar seumur hidup.

Walaupun penekanan dalam penguasaan berfikir telah pun ditekankan di


dalam kurikulum pendidikan, masyarakat masih lagi mempunyai tahap intelektual
yang rendah dan lemah dalam kemahiran berfikir.Kebolehan pelajar dari segi
mengkritik,mengemukakan idea dan memberi cadangan yang relevan juga belum
mencapai tahap kecemerlangan yang sepatutnya.Ini jelas terbukti apabila pencapaian
murid-murid Malaysia dalam TIMSS ( Trends in International Mathematics And
Science Study) menurun

beberapa tahun kebelakangan ini.TIMSS yang telah

dibangunkan oleh International Assosiation for the

Evaluation of Educational

Achivement (IEA) bagi membolehkan negara-negara yang mengambil bahagian


untuk membandingkan pencapaian pelajar mereka dalam Sains dan Matematik
dengan pelajar-pelajar lain dari seluruh dunia.Penglibatan Malaysia di dalam TIMSS
yang bermula pada tahun 1995 ini melibatkan pelajar gred 8 ( Tingkatan dua) adalah
bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan prestasi pelajar kita dalam
pendidikan Sains dan Matematik. Penyertaan ini bertujuan untuk membolehkan
pihak-pihak yang terlibat melakukan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi mutu
pelaksanaan pendidikan Sains dan Matematik di negara ini.Selain itu,TIMSS juga
berfungsi sebagai satu indikator bagi membanding bezakan pencapaian Sains dan
Matematik pelajar-pelajar di Malaysia dengan negara-negara lain.Rajah 1 di bawah
ini menunjukkan pencapaian pelajar Malaysia dalam TIMSS dari tahun 1999 hingga
2011.

Sains

Matematik
Rajah 1.1: Pencapaian Malaysia dalam TIMSS
Sumber : Technical Report TIMSS 2007 dan Keputusan TIMSS 2011
Dapatan di atas menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar Malaysia
dalam TIMSS secara keseluruhannya sangat membimbangkan. Walaupun skor
Malaysia bagi Sains meningkat pada tahun 2003 namun skor tersebut terus jatuh
merundum sehinggalah tahun 2011.Bagi pencapaian Matematik dalam TIMSS
pula,skor yang diperoleh oleh pelajar-pelajar kita langsung tidak menunjukkan
peningkatan sejak tahun 1999.Amatlah menyedihkan lagi apabila skor Malaysia
berada di bawah skor purata TIMSS selepas tahun 2003. Justeru,keadaan ini telah

7
memberikan satu tamparan hebat ke atas sistem pendidikan negara kita yang
menunjukkan bahawa satu usaha bagi meningkatkan pencapaian pelajar perlu
dilakukan dengan segera terutama dalam aspek kemahiran berfikir aras tinggi. Usaha
peningkatan ini sangat penting untuk dilakukan oleh negara kita kerana pencapaian
dalam TIMSS dan PISA (Programme for International Student Assessment) ini
mempengaruhi kedudukan negara dalam ranking antarabangsa yang sering
digunakan sebagai satu indikator kualiti sistem pendidikan sesebuah negara.
Daripada analisa yang diperolehi daripada TIMSS ini juga, didapati bahawa
pelajar-pelajar Malaysia lemah dalam menjawab soalan-soalan yang melibatkan
kemahiran berfikir

aras tinggi iaitu kemahiran menaakul dan kemahiran

aplikasi.Sebanyak lebih kurang 60% soalan-soalan jenis menaakul dan aplikasi yang
diajukan kepada pelajar.Dapatan ini menggambarkan bahawa pelajar-pelajar di
Malaysia berkemungkinan masih lagi kurang terdedah kepada soalan-soalan yang
memerlukan mereka menggunakan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi di
semasa sekolah.Kelemahan-kelemahan ini perlulah diatasi dengan segera kerana
tindakan membiarkan pelajar-pelajar kita terus lemah dalam kemahiran berfikir yang
melibatkan

pemikiran

aras

tinggi

akan

membuatkan

mereka

terus

ketinggalan.Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa aspek di dalam sistem


pendidikan kita yang tidak diberikan penekanan khusus seperti kaedah dan aras
penyoalan guru-guru di dalam pengajaran dan pembelajaran.Pendidik dilihat kurang
mengemukakan soalan dan rangsangan yang sesuai dengan tahap perkembangan
pelajar dan contoh-contoh yang diberikan oleh guru juga tidak mampu melibatkan
pelajar

berfikir

aras

tinggi

seperti

menganalisis,sintesis

dan

membuat

penilaian.Kenyataan ini turut disokong oleh Mohd Ali Ibrahim,(2003) dalam


(Musliha Salma ,2010) yang menyatakan bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran pada hari ini lebih tertumpu kepada kognitif aras rendah seperti
hafalan,ingatan kembali dan kefahaman.Soalan-soalan yang sering ditanya di dalam
kelas adalah seperti mentakrif ,melabel, menyenarai dan mengenal pasti manakala
soalan kognitif aras tinggi jarang digunakan.
Prestasi murid-murid Malaysia telah meningkat sejak beberapa dekat yang
lalu,namun begitu pencapaian yang membanggakan itu semakin menurun .Hal ini
disebabkan sistem pendidikan negara lain dapat meningkatkan prestasi murid dengan

8
cepat dan mampu mengekalkan momentum tersebut secara berterusan dan
malangnya ia tidak berlaku ke atas sistem pendidikan kita.Oleh yang demikian,jurang
pencapaian

antara sistem pendidikan Malaysia dan negara-negara lain semakin

melebar. Justeru,untuk bersaing dengan negara-negara lain khususnya negara termaju


di dunia,adalah penting untuk kita mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan di
Malaysia dalam menghasilkan pelajar yang berkualiti, bertaraf dunia dan mempunyai
kemahiran-kemahiran kritikal yang diperlukan dalam abad ke 21.

1.2

Penyataan Masalah

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) menjadi satu agenda utama dalam


transformasi pendidikan negara kita. Walau bagaimanapun, hasrat ini tidak akan tercapai
sepenuhnya jika pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah masih tidak berubah dan
sekadar menyediakan murid untuk menduduki peperiksaan. Justeru,guru haruslah bersifat
dinamik dan futuristik.Guru dituntut untuk melakukan lonjakan iaitu keluar daripada amalan
ritual teaching yang tidak produktif kepada gagasan kebestarian yang sejajar dengan arus
pemikiran baru dan tututan asasi peranan pendidikan itu sendiri.Oleh itu, menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk memberi pendidikan kepada pelajar-pelajarnya menerusi
pelbagai pendekatan terkini walaupun ianya mencabar kompetensi guru.Guru juga perlulah
sentiasa

bersedia

dari

pelbagai

sudut

untuk

merealisasikan

hasrat

ini.Namun

begitu,persoalannya adalah sejauh manakah guru bersedia melaksanakan pengajaran dan


pembelajaran yang melibatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi( KBAT).

1.3

Objektif Kajian

9
Secara umumnya,kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang aspek
penyediaan guru untuk membolehkan guru-guru mengajar Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi di dalam mata pelajaran yang diajar.Objektif khusus kajian ini adalah untuk:
1.3.1
1.3.2
1.3.3
1.3.4
1.3.5

1.4

Mengetahui tahap pengetahuan guru tentang KBAT.


Mengetahui tahap kemahiran pedagogi guru dalam merancang PdP
melibatkan KBAT.
Mengetahui tahap kemahiran guru melaksanakan pentaksiran
melibatkan KBAT.
Mengetahui sikap guru dalam melaksanakan KBAT.
Mengetahui bahan sokongan latihan yang diperolehi oleh guru untuk
Melaksanakan KBAT.

Persoalan kajian

Kajian-kajian ini dijalankan adalah untuk melihat persoalan-persoalan yang


berikut:
1.4.1
1.4.2

Apakah tahap pengetahuan guru berkaitan dengan KBAT ?


Apakah tahap kemahiran guru berkaitan ilmu pedagogi untuk
merancang PdP yang menggunakan KBAT ?
1.4.3 Apakah tahap kemahiran guru melaksanakan pentaksiran melibatkan
KBAT ?
1.4.4 Apakah sikap guru dalam melaksanakan PdP yang melibatkan
KBAT ?
1.4.5 Apakah bahan sokongan latihan yang telah diterima oleh guru dalam
membantu pelaksanaan KBAT dalam PdP?

1.5

Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini diharap dapat membantu beberapa pihak


seperti Kementerian Pendidikan Malaysia,Institut Pendidikan Guru , Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah ,sekolah dan guru-guru dalam
mengenal pasti sejauh manakah tahap kesediaan guru-guru untuk menerapkan
elemen KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guruguru Kemahiran Hidup di sekolah.

10

1.6

Skop dan Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah mengikut batasan tertentu seperti


lokasi kajian,jenis persampelan dan aspek kajian.
i.

Lokasi kajian terbatas kepada sekolah-sekolah rendah yang terdapat di

ii.

Daerah,Pasir Gudang
Kajian melibatkan 94 orang guru mata pelajaran Kemahiran Hidup di

iii.

sekolah.
Kajian hanya memberi fokus kepada pengetahuan, kemahiran, sikap,
bahan sokongan dan latihan tentang pelaksanaan KBAT dalam PdP.

1.7

Definisi dan Istilah

Berkaitan dengan definisi dan istilah,penyelidik telah memberi


perhatian terhadap istilah-istilah yang berkaitan iaitu kesediaan,kemahiran
berfikir aras tinggi,pentaksiran,sikap dan latihan.

1.7.1

Kesediaan

Kesediaan dapat ditakrifkan sebagai satu perihal yang menunjukkan


sedia, kesanggupan dan kerelaan dalam melaksanakan sesuatu.Dalam konteks
kajian ini, kesediaan merujuk kepada kesanggupan guru-guru Kemahiran
Hidup menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) dalam
PdP di sekolah.

1.7.2

Pengetahuan

11
Pengetahuan ialah ilmu yang dipelajari sama ada melalui buku atau di
pusat pengajian.Dalam konteks kajian ini, pengetahuan yang ingin dikaji
adalah berkaitan dengan pengetahuan guru tentang empat aras tertinggi dalam
Taksanomi Bloom dan kepentingan penguasaan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi(KBAT).

1.7.3

Kemahiran Pedagogi

Pedagogi bermaksud kaedah dan prinsip pengajaran.Dalam kajian


ini,kemahiran pedagogi yang ingin dikaji adalah merujuk kepada kemahiran
yang dimiliki oleh guru dalam penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran

dan

pembelajaran

melibatkan

Kemahiran

Berfikir

Aras

Tinggi(KBAT).

1.7.4

Kemahiran Berfikir Aras Tingi

Tomei(2005), menyatakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi melibatkan


kemahiran

kognitif

yang

lebih

tinggi

iaitu

kemahiran

menganalisis,sintesis,menilai dan menghasilkan sesuatu idea yang baharu.

1.7.5

Pentaksiran

Pentaksiran
menggunakan

adalah

pelbagai

proses
kaedah

mendapatkan
dan

maklumat

pendekatan

sama

dengan
ada

formulatif,sumatif,formal dan informal,dalaman dan luaran bagi mendapatkan


evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman

12
tentang sesuatu produk pendidikan.Dalam kajian ini,pentaksiran yang ingin
dikaji adalah berhubung dengan kebolehan guru membina item dan mentadbir
item melibatkan KBAT.

1.7.6

Sikap

Sikap dari segi kognitif bermaksud kepercayaan atau pendapat


mengenai benda atau objek,perasaan iaitu perasaan terhadap sesuatu yang
sukar diubah atau dipengaruhi dan kecenderungan untuk bertindak dan
bertingkah laku terhadap sesuatu (Kamus Dewan 2000).Dalam kajian
ini,sikap guru adalah merujuk kepada tahap kepercayaan terhadap diri
sendiri,tahap perasaan dan tingkah laku guru terhadap elemen Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi( KBAT).

1.7.7

Latihan

Latihan ialah proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan


berdisiplin,bertujuan

menambah

pengetahuan

dan

kemahiran

untuk

memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi.Dalam kajian


ini,latihan adalah merujuk kepada ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
diterima oleh guru bagi pelaksanaan elemen Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi(KBAT).

1.7.8

Penerapan

13
Dalam

kajian

ini,penerapan

adalah

merujuk

kepada

aktiviti

mempraktikkan penggunaan elemen berfikir aras tinggi di dalam pengajaran


dan pembelajaran oleh guru.

1.8

Kesimpulan

Transformasi Pendidikan yang dilakukan ke atas Sistem Pendidikan


Negara dengan menitik beratkan elemen Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi(KBAT)dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah
seperti mana yang dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 merupakan satu tindakan yang sangat wajar.Tindakan ini
sangat penting bagi memastikan perubahan yang dilakukan di dalam sistem
pendidikan kita ini adalah selari dengan kehendak pendidikan perdana
mahupun di peringkat global.Guru-guru haruslah bersedia dari segala aspek
yang berkaitan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi( KBAT)supaya
matlamat utama melahirkan generasi berilmu yang mempunyai kemahiran
berfikir kelas pertama,kebolehan menyelesaikan masalah dan berjiwa kental
dapat direalisasikan.Selaras dengan perubahan teknologi yang sangat pantas
kini,adalah diharapkan bahawa para guru dapat menerapkan sejak awal lagi
kemahiran berfikir pada aras tinggi kepada pelajar-pelajarnya.

Anda mungkin juga menyukai