Anda di halaman 1dari 7

saya nak baca ..

Berita
Terkini
Utama
Nasional
Wilayah
Luar Negara
Politik
Parlimen
Jenayah
Mahkamah
Komuniti
Video
Terkini
Isu Semasa
Bisnes
Pemotoran
Gaya Hidup
Hiburan
Agama
Politik
Rencana
Utama

Bisik-bisik
Cuit
Selak
Kolumnis
Forum
Agama
Blog Editor
Sukan
Hiburan
Berita
Selebriti
Muzik
Filem & Drama
Rancangan TV
Seni & Budaya
Bisnes
Ekonomi
Korporat
Usahawan
Automotif
Hartanah
Teknologi
Saham & Wang
Pendidikan
Umum
Sekolah

Kampus
Sastera
Agama
Sains & Teknologi
Sains
Teknologi
Inovasi
Gajet
Pertanian
Alam Sekitar
Gaya Hidup
Rekreasi
Permotoran
Pelancongan
Keluarga
Kesihatan
Fesyen
Sukan
Bola Sepak
Badminton
Kereta
Motorsikal
Basikal
Golf
Hoki
lain-lain

Rencana Sukan
Lain-lain
Galeri Foto
Versi Mobile
Arkib
Iklan
Langgan ePaper
SMS Alert
Facebook
Sign in

BICARA AGAMA

ARKIB : 11/12/2012
Antara adat dan agama

majlis perkahwinan seringkali menimbulkan situasi berbelah bahagi, sama ada


mendahulukan agama atau memelihara adat. - Gambar hiasan

SESUATU yang dikerjakan, dilakukan atau diucapkan berulang kali, sehingga


dianggap baik dan diterima akal sihat disebut adat (atau dalam bahasa Arab 'adah).
Istilah lain ialah 'urf, yang diertikan sebagai yang dikenal dan dianggap baik.
Menurut sebahagian ulama, ada perbezaan antara 'adah dengan urf'.

'Adah adalah kebiasaan dalam suatu perbuatan atau perkataan tanpa hubungan
rasional dan bersifat peribadi, seperti kebiasaan tidur, makan dan lain-lain.

Adapun 'urf' adalah kebiasaan sebahagian besar masyarakat, baik dalam perkataan
mahupun perbuatan.

Istilah adat dalam bahasa Melayu lebih dekat dengan pengertian 'urf dalam bahasa
Arab, bukan adah'.

Adat menduduki posisi penting dalam Islam kerana dapat dijadikan dalil dalam
menetapkan hukum.

Adat bersendi syarak

Salah satu bukti pertautan antara adat dengan agama Islam adalah dasar falsafah
adat Minangkabau yang berbunyi: "Adat bersendi syarak, syarak bersendi
kitabullah."

Falsafah tersebut bererti adat bersendikan syariat (ajaran agama) dan syariat
bersendikan kitab Allah SWT (al-Quran).

Adat dalam hadis

Ada banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW yang mengakui adanya
adat suatu masyarakat.

Misalnya kebiasaan jual beli pada zaman pra-Islam dalam riwayat Ibnu Abbas,
ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, baginda melihat penduduk
setempat berjual beli dengan memesan barangan yang belum ada.

Baginda bersabda yang bermaksud: Siapa yang melakukan jual beli pesanan, maka
hendaklah ditentukan jumlah, sukatan dan jangka waktunya. (riwayat Bukhari)

Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, penduduk kota itu telah memiliki
kebiasaan melakukan jual beli dengan cara memesan barang yang belum ada.

Dalil hukum

Para ulama usul fiqh sepakat bahawa adat yang tidak bertentangan dengan syariat
Islam dapat dijadikan dalil dalam menetapkan hukum Islam.

Hal ini didasarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesuatu yang
dipandang baik oleh kaum Muslim, maka di sisi Allah juga baik." (riwayat Ahmad)

Oleh kerana itu, dalam menetapkan suatu hukum, ulama harus terlebih dahulu
meneliti kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat setempat, sehingga hukum
yang ditetapkan tidak bertentangan atau menghilangkan kemaslahatan masyarakat
tersebut.

Al-'adah muhakkamah

Salah satu kaedah fikah yang terkenal adalah al-'adah muhakkamah, yang bererti
adat kebiasaan itu dapat dijadikan landasan hukum. Kaedah fikah ini dirumuskan
oleh para ulama usul fiqh untuk menegaskan kesan adat sebagai alasan bagi
penetapan hukum.

Daripada kaedah ini, muncul kaedah lain untuk mengukuhkan kebenaran


penggunaan adat sebagai dasar hukum, seperti al- ma'ruf 'urfan ka al- masyrut
syartan (yang baik itu menjadi kebiasaan, sama halnya dengan yang disyaratkan itu
menjadi syarat).

'Urf amali

Berbeza dengan 'urf lafzi yang diucapkan, 'urf amali hanya berkaitan dengan
perbuatan dan tidak perlu menggunakan kata-kata tertentu.

Seseorang yang ingin membeli suatu barang, tidak perlu mengucapkan akad, cukup
mengambil barang lalu membayarnya dengan sejumlah wang.

Contoh 'urf amali ialah kebiasaan jual beli di kedai layan diri.
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121211/ba_01/Antara-adat-danagama#ixzz3RhVKxugH
Utusan Melayu (M) Bhd

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121211/ba_01/Antara-adat-danagama

Anda mungkin juga menyukai