Anda di halaman 1dari 12

PROGRAM KEDAIDS (KEKELUARGAAN, DADAH, AIDS)

1.

PENDAHULUAN.

PENAGIHAN dan penyalahgunaan dadah antara punca utama yang dikenal pasti
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) sebagai punca utama pelbagai
kejadian ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah termasuklah AIDS. Sekiranya
masalah penagihan dadah dapat diatasi, banyak jenayah berkait rapat dengan
dadah dapat dibendung. Individu, keluarga, sekolah, pertubuhan agama, agensi
kerajaan serta pihak swasta haruslah bersama-sama dalam usaha membendung
gejala penyalahgunaan dadah dalam masyarakat kita. Pendidikan, pencegahan dan
penguatkuasaan adalah kunci kepada kejayaan membanteras najis dadah di negara
kita. Di sekolah, pelajar perlu diberitahu mengenai bahaya penggunaan dadah,
fakta penting, kesan serta simptomnya. Mereka hendaklah mengetahui dan
memahami pengaruh negatif desakan rakan sebaya dan cara menanganinya.
Wujud keperluan untuk membina harga diri dan membantu pelajar mencari
aktiviti alternatif yang bersifat positif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengambil pendekatan yang lebih efektif
dengan menganjurkan satu program KEDAIDS dengan tujuan untuk memberi
pendedahan dan kesedaran kepada ibu bapa dan pelajar tentang pentingnya
peranan dalam mewujudkan suatu komuniti yang bersih dan sihat ke arah hidup
yang cemerlang dan sejahtera.
Hidup cemerlang jaminan kesejahteraan menjadi tema untuk program KEDAIDS
di sekolah. Ia menggambarkan penekanan dan fokus terhadap amalan-amalan
yang sihat yang boleh dipraktikkan oleh guru, ibu bapa dan pelajar untuk
mempromosikan kesihatan mereka. Program ini juga menegaskan konsep yang
jelas dalam mempromosikan kesihatan keluarga bahawa masyarakat boleh
diperkasa untuk mengambil tindakan terhadap penentu-penentu kesihatan.

2.

TUJUAN
2.1

Meningkatkan penglibatan secara aktif guru, ibu bapa dan pelajar di dalam
progaram sekolah ke arah membentuk masyarakat yang sihat.

2.2

Memberi pengetahuan dan pendedahan terhadap amalan harian yang sihat


dapat membentuk masyarakat berdisiplin.

2.3

Menyatakan peranan yang perlu dimainkan oleh guru, ibu bapa dan pelajar
dalam mewujudkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai yang baik.

3.

RASIONAL
3.1

Mewujudkan satu program tentang kesihatan yang mampu melahirkan


rasa tanggungjawab bersama dan komitmen di kalangan warga sekolah
dan komuniti.

3.2

Program ini dijalankan untuk memastikan penyeragaman programprogram seperti PROSTAR (Program Sihat Tanpa Aids untuk Remaja),
Bebas Dadah dan Kekeluargaan dapat dilaksanakan di bawah satu
program bersepadu di peringkat sekolah yang melibatkan guru, ibu bapa,
pelajar dan komuniti.

3.3

Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan


kominiti dalam menangani isu-isu kesihatan

4.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF


Program yang dirancang mempunyai matlamat dan objektif seperti berikut :4.1

Memberi kefahaman dan pengetahuan tentang pengertian sebenar cara


hidup cemerlang

menjamin

kesejahteraan

kepada diri,

keluarga,

masyarakat dan negara.


4.2

Memberi kesedaran tentang penglibatan dan kerjasama komuniti sangat


penting dalam melahirkan masyarakat yang sihat terutamanya di sekolah.

4.3

Memberi pengetahuan tentang bahayanya AIDS, kesan penyalahgunaan


dadah serta amalan kekeluargaan menjamin kesejahteraan.

4.4

Membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan serta


melahirkan warga sekolah dan komuniti yang sihat dan berkualiti ke arah
pencapaian wawasan negara.

4.5

Membina satu persekitaran sosial sekolah yang positif tentang penjagaan


kesihatan diri, keluarga dan komuniti.

5.

CADANGAN ORGANISASI
5.1

(JAWATAN KUASA PENGELOLA)


PENASIHAT
PN. HJH JAMILAH BT MUDA
( GURU BESAR )
PENGERUSI
EN. MOHAD BIN SALIM
( PENOLONG KANAN HEM )
PENYELARAS
PN. TG. LAILAWATI BT. SY. ABD. GHANI
( PENGERUSI PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT )
SETIAUSAHA
CIK LATIPAH BT. ABDULLAH
( GURU BIMBINGAN )
AHLI JAWATANKUASA
PN. SULAINI BT. AWANG BOTO
UST. HAMIDI B. SOLAHUDDIN
PN. JULIA BT BENJAMIN SIRI
EN. MOHD KAMAL B. ISMAIL
EN. ROSTAM B. ISMAIL
EN. ZULKIFLI B. YAHYA

5.2

(JAWATANKUASA KERJA)
Jawatan Kuasa Kerja

Persiapan Tempat / Back Drop


Pn. Suriati bt. Junaidi ( K )
Mohamad
Pn. Noriah bt. Ali

Solat
Ust. Sy. Ibrahim Halmi b. Sy.
Ust. Hamidi b. Solahuddin
Ustz. Normaiza bt. Kadir
Ustz. Tg. Lailawati bt. Sy. Abd.

Ghani
Makanan dan Minuman
Cik Kartini bt. Omar
YM. Tg. Fauzana bt. Tg. Anua
Pn. Samsu Gani bt. Abd. Kadir
Pn. Sulaini bt. Awang Boto
Cik Latipah bt. Abdullah

Kawalan Murid
8.00 pg 10.00 pg
En. Zulkifli b. Yahya
Pn. Marhaini bt. Awang
Cik Latipah bt. Abdullah
En. Azmi b. Awang

Hadiah dan Cenderahati


Pn. Julia bt. Benjamin Siri
Mohamad
Pn. Normaiza bt. Kadir

10.30 pg 12.30 tgh


Ust. Sy. Ibrahim Halmi b. Sy.
Pn. Samsu Gani bt. Abd. Kadir
Ustz. Tg. Lailawati bt. Sy. Abd.

Ghani
En. Rostam b. Ismail
Juru Acara
Pn. Mazenah bt. Jahani
2.00 ptg 3.00 ptg
Pn. Zaleha bt. Omar
Pn. Noriah bt. Ali
Siaraya
En. Rostam b. Ismail
En. Zulkifli b. Yahya

3.00 ptg 5.00 ptg


Ust. Hamidi b. Solahuddin
Pn. Mazenah bt. Jahani
YM. Tg. Fauzana bt. Tg. Anua

6.

CADANGAN PROGRAM.
Program ini akan diadakan pada 11 November 2009. Peserta akan didedahkan
tentang konsep Hidup Cemerlang Jaminan Kesejahteraan. Justeru itu, dalam
pengisian program ini terbahagi kepada 3 bahagian sebagaimana berikut:6.1

Pembentang kertas kerja 1


Tajuk

:Faktor-Faktor Yang Menyumbang kepada


Masalah

Gejala

Sosial

Dan

Langkah-

Langkah Untuk Membendungnya


Disampaikan oleh

:SUPT. Ong Chin Lan


Suprintendan Bahagian Siasatan Seksual,
Penderaaan dan kanak kanak.
PDRM Bukit Aman.

6.2

Pameran Dadah
Aktiviti pameran dadah ini diadakan di Astaka Minda sekolah
dengan kerjasama daripada pihak polis.

6.3

Aktiviti Gotong-royong
Aktiviti gotong-royong diadakan di kawasan sekolah melibatkan
guru, ibu bapa dan pelajar ke arah mewujudkan sekolah sebagai
tempat yang selamat, bersih dan bebas daripada penyakit.

7.

KAEDAH PELAKSANAAN
Program ini dijalankan dalam bentuk seminar, pameran dan aktiviti gotongroyong yang melibatkan ibu bapa serta para pelajar.
7.1

Seminar Hidup Cemerlang Jaminan Kesejahteraan


Program seminar diadakan di dewan sekolah dengan menjemput seorang
penceramah dari PDRM Bukit Aman, Kuala Lumpur dengan kerjasama
pihak PDRM Kontijen Terengganu yang menyentuh tentang Faktor-faktor
yang menyumbang kepada masalah gejala sosial dan langkah-langkah
untuk membendungnya. Di akhir program seminar akan diadakan bengkel
dan sesi soal jawab bagi memberi peluang kepada para peserta
mengemukakan soalan dan permasalahan. Selain itu, para ibu bapa akan
diberikan

risalah

tentang

konsep

Hidup

Cemerlang

Jaminan

Kesejahteraan.
7.2

Pameran Dadah
Pameran Dadah ini diadakan di Astaka Minda sekolah yang dikendalikan
oleh Bahagian Narkortik Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu. Para ibu
bapa dan pelajar berpeluang melihat kesan penyalahgunaan dadah dan
jenis hukuman yang dikenakan ke atas pengedar dan penagih dadah.
Pameran ini akan bermula jam 10.00 pagi hingga 2.30 petang.

7.3

Aktiviti Gotong-Royong
Aktiviti gotong-royong ini diadakan pada sebelah petang yang melibatkan
guru, para ibu bapa dan pelajar. Para peserta akan dibahagikan kepada
kumpulan kecil bagi membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah.
Aktiviti gotong-royong ini terdiri daripada aktiviti seperti menanam pokok
bunga di dalam pasu, mengecat pagar sekolah, mengutip sampah sarap dan

menebas semak samun di bahagian belakang kawasan sekolah. Peralatan


untuk aktiviti gotong-royong akan disediakan oleh pihak sekolah.

7.3

ATUR CARA PROGRAM

8.00 pagi

Pendaftaran Peserta

8.15 pagi

Sarapan Pagi

8.30 pagi

Pembentangan kertas kerja Pertama.


Tajuk : Faktor faktor yang menyumbang kepada
Masalah Gejala Sosial Dan Langkah-Langkah
Untuk Membendungnya.
Oleh : SUPT. Ong Chin Lan.
D 11. Seksual / Kanak-kanakn Bukit Aman.

10.00 pagi

Pameran Dadah

10.30 pagi

Rehat dan Minum Pagi.

11.00 pagi

Bengkel dan Sesi soal jawab

12.30 tengahari

Majlis Penutupan Seminar dan Penyampaian


Cenderahati

1.00 petang

Rehat, Makan Tengahari dan Solat Zohor

2.45 petang

Aktiviti Gotong-Royong

5.00 petang

Jamuan ringan

Bersurai

7.4

JEMPUTAN

1.

Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu

2.

YDH SAC 1 Datuk Ayub Bin Hj Yaakob, Ketua Polis Terengganu

3.

Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia Kontijen Terengganu

4.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pasir


Panjang

5.

Ahli Jawatankuasa PIBG

8.

ANGGARAN PERBELANJAAN.

ANGGARAN PERBELANJAAN.
PENGIRAAN
PERKARA

PERBELANJAAN
(RM)

JUMLAH
(RM)

Penyediaan makan/minum untuk peserta


program

seramai

366

orang

Termasuk RM 11.00 x 366

4026.00

Urusetia/ AJK Program


Keperluan Seminar
(Kulit Fail/Pen/Buku Nota)
Cenderahati Penceramah
Bayaran Kepada Penceramah
Backdrop
Buku Aturcara
Sijil Penyertaan Peserta
Kad Jemputan VVIP
Peralatan Gotong-Royong
Cetakan
bahan
informasi

RM 3 x 366
RM 50.00
RM200.00
2.00 x 203

(booklet) RM3.00 x 366

1098.00
50.00
200.00
100.00
406.00
244.80
35.00
500.00
1098.00

KEDAIDS

JUMlAH

9.

PENUTUP

RM7757.80

Diharapkan program KEDADIS ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat
mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan
terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran
untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan mengamalkan nilai-nilai
murni sepanjang masa. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak
dan memberi manfaat sepenuhnya kepada pelajar dan komuniti setempat
HIDUP CEMERLANG JAMINAN KESEJAHTERAAN
Disediakan oleh,

Tarikh: 6 Oktober 2009

..........
(PN. TG. LAILAWATI BT. SY. ABD. GHANI)
Pengerusi Program Bersepadu Sekolah Sihat
SK Pasir Panjang,
21100 Kuala Terengganu.
Disemak oleh,

Tarikh: 6 Oktober 2009

........
(EN MOHAD BIN SALIM)
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Pasir Panjang,
21100 Kuala Terengganu
Disahkan oleh,
...
(PN HJH JAMILAH BT MUDA)
Guru Besar
SK Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu

Tarikh: 6 Oktober 2009

Anda mungkin juga menyukai