Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI / 2011

HBML4103

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI

691017135522002

NO. KAD PENGNEALAN

691017-13-5522

NO. TELEFON

0199885256 / 0148236950

E-MEL

julia69@ymail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN

GURU

MALAYSIA KAMPUS DATO


RAZALI ISMAIL, KUALA
TERENGGANU

HBML4103

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

KONSEP DALAM PENULISAN

6
7

2.1
2.2
2.3

3.0

Penulisan Perenggan Pendahuluan


Penulisan Perenggan Isi
Penulisan Perenggan Penutup

PROSES MENULIS DAN KAEDAH PENULISAN


PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP

10
12

13

13
3.1
3.2
3.3

Penulisan Perenggan Pendahuluan


Penulisan Perenggan Isi
Penulisan Perenggan Penutup

15
17

4.0

RUMUSAN

19

5.0

RUJUKAN

20

ABSTRAK

HBML4103
Makalah ini membincangkan tentang kaitan ketidakupayaan bahasa Melayu bersaing dengan
bahasa-bahasa lain di dunia. Berdasarkan kupasan tersebut dirumuskan bahawa terdapat
tiga faktor utama, yakni faktor sejarah, faktor pendidikan dan faktor sikap pengguna bahasa
Melayu yang menjadi punca bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasabahasa lain di dunia. Makalah ini selanjutnya membincangkan langkah-langkah yang harus
diambil oleh pelbagai pihak dalam memartabatkan bahasa Melayu. Kekuatan bahasa Melayu
seharusnya setanding dengan kekuatan bahasa Inggeris dalam memperkatakan konsep dan
pemikiran ilmu moden. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
dengan bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jerman,
dan bahasa Jepun yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya.

1.0

PENGENALAN

HBML4103
Hubungan antara bahasa dengan sesuatu bangsa memang hal yang penting difahami
dengan mendalam agar kewujudan bahasa itu tidak dinilai sekadar sebagai alat
komunikasi semata-mata. Apabila bahasa dinilai daripada sudut yang sempit, iaitu
sebagai alat komunikasi semata-mata, maka peranan bahasa sebagai roh atau jiwa
sesuatu bangsa tidak difahami atau tidak dianggap penting, sehingga orang yang
berkaitan dengan pandangan itu tidak menilai pentingnya bahasa milik bangsanya
sebagai asas jati diri. Hubungan antara pemartabatan bahasa kebangsaan dengan
pembinaan negara bangsa amat relevan dengan kemelut yang dihadapi oleh bahasa
Melayu sebagai salah satu asas pembinaan negara bangsa, sejak kemerdekaan hingga
kini. Kita perlu sedar dalam pertumbuhan dan perkembangan tamadun manusia,
bahasa menjadi salah satu unsur penting sebagai penayang pandangan sarwa
masyarakat, sebagai pengungkap falsafah, ilmu dan pemikiran serta sebagai alat
kreativiti insan dalam pelbagai bidang kehidupan.
Seperti sedia maklum, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam
Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipersoalkan lagi. Ia amat jelas terpahat dalam
Perkara 152. Oleh itu, usaha mengatasi masalah penggunaan bahasa ini di kalangan
rakyat di negara ini mesti dipergiatkan lagi supaya ia kekal revelan dalam era
globalisasi polisi bahasa yang melanda dunia pada masa ini. Bahasa memainkan
peranan yang penting dalam membina semangat dan jati diri berkaitan kenegaraaan.
Ini adalah sebahagian kaedah untuk mengukuhkan semangat patrriotisme. Bahasa
adalah sembolik kepada perpaduan di kalangan masyarakat yang mempunyai pelbagai
latar belakang. Bahasa Melayu dalam era global adalah suatu perkara yang sangat
mencabar dan penuh permasalahan. Ia berkait rapat dengan soal jati diri orang Melayu
dan bangsa Malaysia amnya. Bahasa Melayu itu sendiri sedang menghadapi cabaran
dan rintangan yang hebat di dalam negara sendiri.

2.0

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN


TAMADUN

HBML4103
Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.
Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar
yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di
rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti
perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah
menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu
telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah
bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa
oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam
Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam bahasa Melayu yang
sangat tinggi nilainya. Bahasa Melayu dalam zaman Kesultanan Melayu benar-benar
menjadi tonggak tamadun kerana digunakan dalam segenap lapangan kehidupan,
pentadbiran, undang-undang, diplomasi, perdagangan, ilmu dan pendidikan.
Kehebatan bahasa Melayu pada abad ke-16 dirakamkan oleh sarjana Belanda Francois
Valentijn sebagai yang berikut:
Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir
laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri
Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap
orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau latin di Eropah, atau sebagai
bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa
Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita
kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja difahami di Parsi bahkan
lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan
Filipina.
(Nik Safiah Karim et al. 2003: 14)

3.0

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BAHASA MELAYU HILANG


UPAYA UNTUK BERSAING DENGAN BAHASA BAHASA LAIN DI DUNIA

HBML4103
3.1

Faktor Sejarah

Martabat bahasa Melayu dilunturkan oleh penjajah (Belanda di Indonesia dan Inggeris
di Malaysia) dengan menurunkan darjat bahasa itu daripada bahasa besar dan bahasa
perhubungan luas menjadi bahasa setempat atau bahasa vernakular yang disempitkan
fungsinya hanya sebagai bahasa perhubungan sehari-hari dan lebih untuk lingkungan
masyarakat Melayu. Dalam zaman penjajahan Inggeris, bahasa Melayu disetarafkan
dengan bahasa keturunan yang dibawa oleh Inggeris untuk kepentingan ekonomi, iaitu
keturunan Cina dan India dengan menjadikannya bahasa penghantar di sekolah
vernakular Melayu, sama halnya dengan bahasa Cina di sekolah vernakular Cina dan
bahasa Tamil di sekolah vernakular India. Sehingga kini kita telah 54 tahun mencapai
kemerdekaan dan kesemua bangsa di Malaysia khususnya orang Melayu telah
menunjukkan tolak ansur dalam pelbagai isu. Di peringkat awal kaum Melayu telah
menerima kaum-kaum bukan Melayu sebagai warganegara dan nama Tanah Melayu
ditukar kepada Malaysia. Tetapi kini apa yang membimbangkan ialah beberapa hak
asasi orang Melayu telah dan akan tertolak secara sistematik.
Apa yang berlaku hari ini ialah berlaku penolakan secara ansur-ansur nilai-nilai
Melayu. Kini bahasa Melayu ditukarkan kepada bahasa Malaysia . Wajib diingat
ungkapan bahawa Bahasa Jiwa Bangsa. Secara jelas bahasa Melayu melambangkan
jiwa Melayu. Ketika di zaman British, Kad Pengenalan ada tertera perkataan
BANGSA MELAYU tapi sekarang tiada lagi. Seharus juga diingat, dahulu, kita ada
sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Namun sekarang ini kita cuma ada
sekolah Kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Mana sekolah Melayu? Apabila
sekolah Melayu ditukar menjadi sekolah Kebangsaan, apakah orang Cina dan orang
India telah menghantar anak mereka ke sekolah Kebangsaan?

Janganlah barang yang dikejar tidak dapat, barang yang dikendung pula keciciran.
Apakah dengan perubahan bahasa Melayu ditukar menjadi bahasa Malaysia ini akan
merangsang orang Cina, India dan kaum yang lain-lain akan bercakap dan menulis di
dalam bahasa Malaysia? Kita percaya bahawa integrasi dan asimilasi penting untuk

HBML4103
membentuk masyarakat Malaysia yang bersifat multi-etnik demi keharmonian dan
pembangunan negara . Tetapi apabila setiap kali nama atau istilah Melayu ingin
dipadamkan maka ianya perlu dibincangkan secara berhati-hati serta perlu mendapat
kebenaran secara total daripada keseluruhan strata orang Melayu.

3.2

Faktor Pendidikan

Dalam bidang bahasa dan pendidikan, terang bahawa bahasa Melayu hanya menjadi
bahasa penghantar sekolah Melayu yang terbatas pula jangkauan bidang ilmu dan
kemahirannya. Hal ini direncanakan dengan cukup kemas oleh penjajah Inggeris,
semata-mata untuk menutup kemungkinan anak watan dapat muncul sebagai bangsa
berwibawa dan dengan demikian berupaya membebaskan negara daripada cengkaman
penjajahan. Selama hampir setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa
Melayu telah menjadi salah satu asas pembinaan negara yang penting melalui tiga
fungsi iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Sebagai bahasa
ilmu,

bahasa Melayu

telah memungkinkan berlangsungnya

pendemokrasian

pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam
bahasa kebangsaan, tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik
serta keeksklusifan bahasa penghantar ilmu yang dahulunya didominasi oleh bahasa
Inggeris. Namun, apabila ada tindakan berpatah kembali untuk menjadikan bahasa lain
sebagai wahana bidang-bidang utama kenegaraan itu, khususnya melalui bidang
pendidikan, maka martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat. Secara ketara,
pendidikan negara mulai disalut dengan kaedah-kaedah baru dengan perantaraan
media baru iaitu bahasa Inggeris.

Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah
ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta
Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka secara langsung akan menjejaskan
martabat bahasa Melayu sebagai salah satu tonggak pembinaan negara. Di Malaysia,

HBML4103
para bahasawan, pemikir dan budayawan amat bimbang dengan kerapnya terjadi
perubahan terhadap pendekatan pelaksanaan dasar bahasanya. Fungsi bahasa dalam
sistem pendidikan negara merupakan sesuatu yang utama, kerana kesan dan akibat
jangka panjangnya. Suatu waktu di Malaysia banyak dibahaskan tentang penulisan dan
penterjemahan ilmu dalam bahasa Melayu yang masih kekurangan dan perlu
dipergiatkan. Negara industri seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman, Rusia, Itali dan
beberapa buah negara lain telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan
bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu yang ulung dan mantap, tetapi kita
kelihatan tidak berupaya berlangkah seiring dengan mereka. Mereka mempertahankan
kewibawaan bahasa mereka dan sentiasa mementingkan bahasa mereka sebagai bahasa
sains dan bahasa kepustakaan ilmu serta pengetahuan.
Sebaliknya situasi mutakhir di rantau ini telah banyak menimbulkan keraguan
terhadap keyakinan, keupayaan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
tinggi. Cuba bayangkan apakah akibat jangka panjangnya, kalau sistem pendidikan
nasional berubah dasar bahasa pengantarnya kepada bahasa Inggeris. Institusi-institusi
pengajian tinggi akan mengubah dasar mereka terhadap bahasa dan muncul paradigma
yang menganggap ilmu hanya mampu diungkapkan dalam bahasa Inggeris itu.
Lingkaran fikiran dan perasaan bangsa akan ikut betukar kepada persepsi yang lebih
kepada yang asing bukannya amalan positif kepada bahasa negara sendiri. Kedaulatan
bahasa Melayu tidak akan dapat dipertahan dan diperkukuh walhal bahasa Melayu itu
sudah terbukti kemampuannya menjadi bahasa ilmu, sains dan teknologi. Ketaksuban
bahawa bahasa Inggerislah yang akan menjadikan maju mundurnya sesebuah bangsa
akan merugikan peradaban sendiri.

3.3

Faktor Sikap Pengguna Bahasa Melayu

Sebagai bahasa yang boleh membawa kejayaan pragmatik kepada rakyat Malaysia,
bahasa Melayu mempunyai modal linguistik yang bukan saja mencukupi, malah agam

HBML4103
sekali. Ia memiliki korpus yang efisien sekali. Antaranya, sistem ejaan yang kemas,
dua sistem tulisan Rumi dan Jawi yang mantap, kosa kata yang senantiasa
berkembang, bilangan lebih daripada sejuta istilah ilmiah dan nahu yang dibakukan.
Tetapi malangnya, bahasa Melayu tidak pernah diyakini sepenuhnya oleh rakyatnya
sendiri, sejak dinobatkan sebagai bahasa negara pada 1957. Untuk sekian lama, ia
dibelenggu pelbagai persoalan kemasyarakatan yang semuanya ditimbulkan rakyat
Malaysia sendiri, sering kali pula oleh orang Melayu sebagai penutur natifnya.
Pelbagai komen yang memperlihat sikap negatif daripada orang Melayu sendiri
terhadap kemampuan bahasa Melayu, bukan saja amat dikesali tetapi yang lebih
mudarat lagi adalah ia boleh memberi implikasi tidak baik kepada orang bukan
Melayu untuk terus menghormati bahasa Melayu, apatah lagi menyanjunginya. Bahasa
Melayu mengalami kemerosotan dalam dua aspek, iaitu:
i.

Kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan bahasa


Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan penggunaannya oleh
undang-undang. Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang
pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan.

ii.

Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang pekanya
sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan
ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi
seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan. Percampuran ragam bahasa
basahan (yang ditandai oleh fenomena bahasa rojak atau istilah linguistiknya
peralihan kod, bahasa SMS, bahasa sembang di Internet dan sebagainya)
dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu
kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.

Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan hormat kepada bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara apabila kian banyak terjadi
fenomena penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi

HBML4103
pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing,
misalnya precinct, parcel dan boulevard. Senario kini tentang kedudukan bahasa
Melayu menunjukkan kian kurang terbudayanya bahasa Melayu dalam kalangan
sejumlah anggota masyarakat, khususnya dalam konteks yang fungsional, iaitu yang
berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi
dan bahasa ilmu. Senario itu tergambar pada beberapa perkara berikut:
i.

Penghayatan penjawat awam yang kurang memuaskan dalam pelaksanaan


peruntukan Perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
sehingga masih banyak urusan rasmi tidak mengutamakan bahasa Melayu.

ii.

Tidak tegasnya dan tidak selarasnya penguatkuasaan penggunaan bahasa dala


sektor tertentu seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
di tempat awam dan penyiaran.

iii.

Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebagai kesan


pelaksanaan beberapa keputusan dan pengecualian pengajaran bahasa Melayu
sebagai subjek wajib.

iv.

Globalisasi yang sebahagian besarnya melalui perantaraan bahasa asing,


khususnya bahasa Inggeris, sehingga timbul keghairahan yang kadangkala
berlebihan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat untuk mengutamakan
penguasaan bahasa Inggeris dan mengurangkan perhatian kepada penggunaan
bahasa Melayu.

v.

Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat


Malaysia tidak cukup mantap kerana adanya anggapan bahawa bahasa Melayu
tidak berkolerasi dengan taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai
nilai ekonomi yang tinggi. Jika bahasa Melayu digunakan pula, masih besar
jumlah anggota masyarakat yang menggunakannya pada tahap mutu bahasa
yang tidak begitu mencerminkan budaya tinggi.

vi.

Kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannya bahasa Melayu turut


mengurangkan perhatian dan keyakinan sebilangan anggota masyarakat kepada
bahasa Melayu. Sebagai contoh, dalam pada DBP mengusahakan penglibatan

HBML4103
sektor swasta menggunakan bahasa kebangsaan pada papan perniagaan dan
iklan mereka, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (menurut laporan
The Star pada 1 Januari 2004) membuat kenyataan bahawa penggunaan bahasa
kebangsaan tidak akan diwajibkan

lagi pada papan perniagaan dan iklan.

Seorang menteri kanan pula, mengajak masyarakat mengabaikan pejuang


bahasa yang didakwanya berfikiran sempit.
Sebenarnya usaha memperkasakan Bahasa Melayu semacam sudah dilupai, seolaholah seperti bidalan terpijak pergi terlanda pulang. Boleh juga dikatakan bahawa piel
atau sikap yang ada ialah sikap tangkap muat. Seperti yang telah disaksikan
kebelakangan ini, kesan kemajuan global telah banyak mengubah cara hidup lama.
Satu-satunya yang baru ialah hidup dengan komputer dan internet. Orang kini
mengirim berita pantas melalui e-mail dan sms, dua istilah yang sudah pun menjadi
sebahagian

perbendaharaan

kata

kita.

Perkataan

terbaru

sering

memasuki

perbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu.
Fenomena kini, bahasa Melayu dituturkan separuh Melayu separuh Inggeris, di
kalangan sektor swasta pertuturan adalah lebih kurang 70% dalam bahasa Inggeris dan
hanya 30% dalam bahasa Melayu, itu pun adunan bahasanya dalam keadaan lintangpukang seolah-olah sekerat ular sekerat belut. Dunia siber sudah bertapak dalam hidup
kita. Bersediakah kita mempertahankan diri agar jati diri dan kesinambungan bina
bangsa terjamin?

4.0

LANGKAH-LANGKAH GOLONGAN INTELEK DALAM


MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

HBML4103

4.1

Peranan Pihak Kerajaan

Penegasan dasar bahasa dan penguatkuasaan dasar bahasa secara bersepadu,


contohnya, pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi hendaklah
ditegaskan semula supaya semua urusan rasmi dan majlis rasmi di peringkat negara
mengutamakan penggunaan bahasa Melayu, selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Semua peruntukan tentang bahasa
kebangsaan yang terdapat dalam undang-undang negara hendaklah bukan sahaja
dihormati malah dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur oleh semua lapisan, daripada
pemimpin negara hingga penjawat awam dan masyarakat umum. Pindaan dan
perluasan peruntukan akta yang berkaitan - pindaan Akta Bahasa Kebangsaan yang
memberikan cakupan lebih luas penggunaan bahasa Melayu. Selain itu, akta yang
sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Penyiaran dan Undang-Undang Kecil
Pengiklanan mestilah dikuatkuasakan pelaksanaannya secara tegas.

4.2

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

Pengayaan khazanah ilmu dan persuratan dalam bahasa Melayu merupakan usaha
yang perlu ditingkatkan supaya nilai bahasa Melayu menjadi lebih tinggi sebagai
bahasa budaya tinggi, melalui penerbitan bahan ilmiah dan rujukan umum dalam
pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat dan dalam pelbagai media (bercetak dan
elektronik). Program pemasyarakatan bahasa kebangsaan bertaraf kebangsaan melalui
semua kementerian, jabatan dan agensi serta perbadanan dan pihak swasta hendaklah
secara aktif dan terancang menyertai program pemasyarakatan bahasa kebangsaan di
seluruh negara yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka, khususnya Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang dilaksanakan setiap tahun
selama sebulan.

Selain itu, setiap jabatan kerajaan dan swasta hendaklah diminta merancang dan
menganjurkan kegiatan yang dapat menyemarakkan pembudayaan bahasa Melayu dari
waktu ke waktu dalam perancangan tahunan supaya bahasa dan persuratan Melayu

HBML4103
tidak terpinggir dalam sektor di luar lingkungan orang atau institusi khusus dalam
bidang bahasa dan sastera.

4.3

Peranan Kementerian Pelajaran Malaysia

Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan perlu dimantapkan semula,


dari peringkat prasekolah hingga peringkat pengajian tinggi. Kerajaan perlu
memberikan penegasan yang lebih berat kepada usaha pembudayaan bahasa Melayu
sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Malaysia dalam dua aspek yang penting.
Aspek pertama ialah pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama
dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan yang
dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh oleh
Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta
Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Sebarang usaha berundur daripada
keputusan yang penting dan bijaksana serta telah membuktikan kejayaan dalam proses
pembinaan negara hendaklah dielakkan. Kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
dan universiti-universiti lain dalam pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
untuk pelbagai bidang ilmu tidak harus direncatkan.
Aspek yang kedua ialah pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili
budaya tinggi melalui kegiatan pengajaran dan pembelajaran, sukatan pelajaran, buku
teks dan bacaan tambahan serta melalui pelbagai kegiatan kokurikulum.

4.4

Peranan Guru

Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem
pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya

HBML4103
saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat.
Peranan guru amat besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar
memartabatkan bahasa Melayu. Semua dasar dan pembaharuan pendidikan,
terutamanya dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu ini tidak akan memberi
makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam
memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif.

4.5

Peranan sektor swasta

Sektor swasta harus memainkan peranannya untuk memartabatkan bahasa Melayu.


Sektor swasta juga perlu mengakui nilai ekonomi bahasa Melayu dan menjadikan
bahasa Melayu alat komunikasi dalam menjalankan urus niaga. Misalnya, mesyuarat
syarikat, dokuman perjanjian, laporan tahunan dan sebagainya bolehlah ditulis dalam
bahasa Melayu. Melalui cara ini martabat bahasa Melayu dapat ditingkatkan. Selain itu
sektor swasta haruslah lebih prihatin dalam soal penggunaan bahasa Melayu yang
betul dalam pengiklanan. Keyakinan dan perubahan sikap sektor swasta terhadap
penggunaan bahasa Melayu dapat menjadikan bahasa Melayu sebagai pelopor dalam
pengiklanan.Usaha ini patut dilaksanakan secara menyeluruh dengan meningkatkan
paparan iklan dalam bahasa Melayu.

4.6

Peranan Media Massa

Dalam era globalisasi kini, perkembangan media massa sebagai alat atau medium
penyampai maklumat yang pantas tidak dapat dipertikaikan. Ia memberikan satu

HBML4103
momentum baru dalam kehidupan manusia. Jika dahulu penggunaannya terbatas
namun dengan kecanggihan teknologi segala maklumat dapat diperolehi dengan
mudah. Kemudahan ini telah memberi peluang bagi memartabatkan bahasa Melayu.
Segala maklumat dapat diakses melalui portal-portal yang dicipta dan disebarkan
melalui sesawang atau internet oleh mana-mana individu. Proses-proses kempen
memartabatkan bahasa melayu dapat dilakukan oleh pencinta bahasa Melayu.

5.0

RUMUSAN

HBML4103
Pembangunan negara yang hakiki dan bersepadu hanya tercapai apabila semua bidang
yang penting diberi perhatian yang sama beratnya, termasuk bidang bahasa. Dalam
konteks pembentukan jati diri dan citra negara ini pula, dasar-dasar yang bersifat
endoglosia, iaitu berasaskan keperibumian yang disokong oleh hakikat sejarah
kebudayaan dan tamadun di negara dan di rantau ini perlu dipertahankan dan
ditingkatkan. Tidak seharusnya berlaku keadaan negara menuju kejayaan ekonomi
dan industri sementara mengalami kehancuran dari segi unsur dalaman bangsa,
terutama bahasa dan budaya. Oleh itu, kerjasama antara semua kementerian, jabatan,
agensi, pertubuhan, sektor swasta dan orang perseorangan perlu digemblengkan secara
bersepadu oleh pemerintah dalam bentuk rangkaian yang berkesan untuk memastikan
pencapaian yang seimbang. Usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa ranah-ranah lain di negara
berdaulat ini hendaklah dilihat sebagai amanah besar yang perlu dilaksanakan oleh
semua warganegara. Yang paling utama ialah ketekalan sikap dan pendirian para
pemimpin negara agar peranan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang pembinaan
negara bangsa terus ditingkatkan dan diperkukuh. Bahasa kebangsaan, yang
diungkapkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Yang Teramat
Mulia Tunku Abdul Rahman Putera sebagai roh bangsa dan negara yang merdeka
tidak seharusnya dikorbankan atas nama pembangunan dan kemajuan, kerana
kemajuan yang hakiki turut meliputi keupayaan kita maju dalam bahasa dan landasan
budaya kita sendiri.
(2964 patah perkataan)

6.0

BIBLIOGRAFI

HBML4103
A.Aziz Deraman, 2000. Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Abdul Hamid Mahmood, 1995. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Cabaran dan
Harapan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Abdul Rahim Bakar dan Awang Sariyan (Ed.). 2005. Suara Pejuang Bahasa. Kuala
Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia dan Dawama.

Asraf (Ed.). Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur:
Persatuan Linguistik Melayu.

Awang Sariyan, 1984. Isu-Isu Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Awang Sariyan. 2005. Hakikat Bahasa dan Realisasi Fungsinya dalam Pembinaan
dan Penakatan Tamadun. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Russel Jones, 1990. Sejarah Bahasa Melayu. Pensejarahan Bahasa Melayu di


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai