Anda di halaman 1dari 9

SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0 Pengenalan

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak,
lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan
mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk
menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta
pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu
dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri
dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat
di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika
yang tinggi.

Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya,


Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep
keindahan

sebagai

pertemuan

antara

seseorang

yang

mempunyai

pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain,
Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di
mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut
akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya
terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun
setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut,
sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu
sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu
sendiri.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah
penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan
kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah
merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan
terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan
kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.

2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan


Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan
halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam
beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni
yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara,
dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni
juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman
dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang
disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka
masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.

Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang
manusia yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei
2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang
dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan
kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia
terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang
bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat
seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar
pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari
pelbagai aspek.

Seni

dalam

pendidikan

merupakan

sesuatu

yang

baru

dan

ianya

menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni


visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih
melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang
dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang
terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam
kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya,
kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan
dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual.
Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah
kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat
dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu
boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam
sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik
tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan
menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan
jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama
yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku
setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu
susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan
pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama


sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke
kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat
meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang
dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu
menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran
Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat
kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan

bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti


seperti melompat sambil mengikut irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak


melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga
dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait
yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanakkanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara
seronok.

Kesimpulannya,

guru

perlu

mengambil

langkah

dalam

memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka


akan menjadi lebih berkesan.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art
Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh
berfungsi

sebagai

satu

cabang

komunikasi.

Kebolehan

guru

dalam

menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat


memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati
kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan
kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu
dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni
Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
meneroka

alam

sekeliling

mereka,

yakni

apa

yang

mereka

lihat,

sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka


lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid
untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi
dengan lebih efektif dan proaktif.

3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh


danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari
denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk
menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan
kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran
lain.

Melalui

aktiviti

ini,

ianya

akan

dapat

mendorong

kanak-kanak

menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi


seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan
teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di
antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:

1)

Melahirkan

guru

yang

kreatif,

inovatif,

peka,

berpesonalti

yang

berketrampilan dan professional.


Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan
saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan
memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif,
peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru
yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk
belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni
visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak
menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada muridmurid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan


pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni
visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua

benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk
mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.


Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain
membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan.
QuadrantConcept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri
dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan
intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses
pengajaran

dan

pembelajaran

dengan

berkesan.

Justeru

itu,

dengan

pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan


matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan


pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa
terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi
penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain
mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang
penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan
melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran.
Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta
kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam
melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni
menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan
seni

perkara

seperti

pemupukan

nilai

dan

pemahaman

unsur

seni

dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur,


cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan

3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan


ialah:-

1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan


kemahiran belajar.
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu
membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku
pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat
mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan
warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat
mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau
tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat
member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk
mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.


Pengetahuan

tentang

teori-teori

kesenian

dapat

membantu

kita

mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori


dalam

pembelajaran

dapat

membantu

kita

memudahkan

lagi

proses

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan


peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu, kemahiran meramal
tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.


Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus
kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak
dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh
itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan
kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat

memupuk displin diri,mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan


kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang
dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.


Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak
kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif
dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain
berfikir,

bekerja

dan

mengekspresi

kendiri.

Justeru

itu,

seni

dapat

mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi.


Pemerolehan

ilmu

menyeronokkan

dan

seni

dapat

mampu

mambantu

kita

mengembangkan

belajar
potensi

dengan
individu

lebih
dalam

meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan


perlakuan kita.

5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps


Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya
meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat
taakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan
komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan
kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran
berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan
penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi

5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam
pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran

dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru
harus

mengaplikasikan

penyampaian

pengajaran

seni
guru

dalam

pengajaran

tersebut

dapat

untuk

memastikan

merangsang

kearah

pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak


aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang
digunakan ini.

Anda mungkin juga menyukai