Anda di halaman 1dari 18

Cabaran Isu Semasa |1

2.1) ISU-ISU SEMASA MESIR

Mesir merupakan Negara Islam yang kaya dengan sejarah. Antara ketamadunan
awal manusia yang menyaksikan terbinanya monumen-monumen hebat seperti piramid,
patung Sphinx dan Obelisk. Mesir menjadi saksi kepada usaha-usaha dakwah Nabi Musa
a.s. dan saudaranya, Nabi Harun a.s. terhadap Firaun laknatullah 'alaih. Di bumi Mesir juga
munculnya wira agung bernama Saifuddin Qutuz mengalahkan tentera Tartar yang zalim.
Salahuddin Ayyubi yang membebaskan kota Baitulmaqdis daripada cengkaman tenteratentera Salibin yang juga berasal daripada tanah Mesir yang suci.
Isu yang meniti di bibir seluruh masyarakat dunia tentang Mesir sekarang ini adalah
isu tentang pengulingan Presiden Dr Mohamed Mursi oleh pihak tentera yang dikuasai oleh
Israel dan Amerika. Penglibatan tentera dalam Negara Mesir bukanlah sesuatu yang baru.
Raja Farouk, monarki terakhir dalam sejarah Mesir telah digulingkan oleh Muhammad
Naguib dan Jeneral Gamal Abdul Naseer kedua-duanya merupakan pegawai tentera.
Muhammad Naguib, yang kemudiannya menjadi Presiden pertama Mesir, digulingkan pula
oleh Jeneral Gamal Abdel Nasser setelah hanya setahun memerintah. Pemerintahan tentera
ke atas Mesir disambung oleh Anwar Sadat yang kemudiannya mati dibunuh oleh para
pegawai tenteranya sendiri pada tahun 1981. Anwar Sadat kemudiannya digantikan oleh
Hosni Mubarak yang memerintah Mesir sehinggalah Januari 2011 mengikut akhbar Sinar
Harian, apabila dia dijatuhkan menerusi Revolusi Musim Bunga rakyat Mesir.
Selepas Mubarak dijatuhkan, tentera mengambil alih untuk proses sementara,
berlaku pilihan raya dan transisi demokrasi. Rakyat bangkit tolak tentera agar melepaskan
kuasa. Pilihan raya dijalankan tiga kali pusingan yang berakhir Disember 2011. Akhirnya
terbentuk kerajaan didominasi Ikhwanul Muslimin yang mendapat 50 peratus. Ikhwanul
Muslimin adalah pertubuhan gerakan hampir 90 tahun, paling tersusun, teratur dan
berpengaruh dalam rakyat Mesir.Pada ketika itu, Presiden Mohamed Mursi yang merupakan
seorang tahfiz dan merupakan pemimpin pertama yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi
memimpin negara Mesir dan banyak membuat perubahan. Salah satunya ialah memajukan
terusan suez, menarik pelabur luar untuk melabur dan beliau tidak mahu negara Israel atau
Amerika masuk campur tangan dalam negara Mesir.

Cabaran Isu Semasa |2


Mengikut akhbar Sinar Harian, pergolakan yang berlaku di Mesir hari ini adalah
kesan daripada rampasan kuasa oleh pihak tentera, yang diketuai oleh Jeneral Abdul Fatah
As-Sisi ke atas Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan pada 3 Julai 2013 yang
lalu. Penggulingan beliau oleh tentera yang didalangi Amerika Syarikat, awal Julai lalu, telah
menggemparkan seluruh masyarakat dunia, termasuk di Malaysia. Ramai melihat
penggulingan sebagai kejam dan tidak adil kepada Mursi yang baru mentadbir selama
setahun bermula pada 2012. Sebagai tindak balas, para penyokong Presiden Mursi
mengadakan protes dan tunjuk perasaan secara aman di seluruh Mesir, namun fokusnya
adalah di Kaherah (Cairo), Mesir. Penggulingan Presiden Mursi dilihat oleh banyak pihak
sebagai haram dan tidak sah, sementelah beliau telah memenangi pilihan raya Mesir secara
adil dan saksama, apabila memperoleh lebih 50% daripada undi rakyat Mesir. Ironinya,
mereka yang mengadakan demostrasi untuk menjatuhkan Presiden Mursi adalah mereka
yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang demokrasi. Antara yang mendalangi
demonstrasi dan tunjuk perasaan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Presiden
Mursi termasuklah Muhammad el-Baradei, Amr Moussa, Hamdeen Sabahi dan Hisham
Bastawisy, hampir kesemuanya calon yang kalah dalam pilihan raya Presiden Mesir.
Muhamad el-Baradei telah dilantik sebagai Naib Presiden baru bagi kerajaan
sementara Mesir tetapi telah meletakkan jawatannya kerana tidak bersetuju dengan
tindakan tentera Mesir membunuh para penunjuk perasaan di Medan Rabaah dan kawasan
sekitarnya. Kejatuhan Presiden Mursi telah terbukti melibatkan Amerika, Israel dan musuhmusuh Islam yang lain. Pergerakan Tamarrud, iaitu nama yang diberikan kepada para
penunjuk perasaan penentang Presiden Mursi telah terbukti menerima pembiayaan
daripada Amerika Syarikat. Perkara ini dilaporkan di al-Jazeera. Antara tindakan pertama
yang dilakukan oleh kerajaan sementara pimpinan Presiden Adly Mansour adalah dengan
menutup sempadan Rafaah, yang sebelum ini telah dibuka oleh Presiden Mursi. Sempadan
ini menjadi penghubung penting rakyat Palestin dalam mendapatkan bekalan asasi harian.
Penutupan ini jelas memperlihat persengkokolan yang berlaku antara Israel dan kerajaan
Mesir yang baru. Pada 3 Julai 2013, Jeneral Abdul Fatah as-Sisi mengumumkan di
televisyen nasional Mesir bahawa pihak tentera telah mengambil alih kuasa daripada
Presiden Muhamed Mursi kerana kegagalan beliau memenuhi beberapa tuntutan oleh pihak
Tamarrud dan ultimatum yang telah diberikan oleh pihak tentera. Presiden Muhamed Mursi
telah dikenakan tahanan di suatu tempat rahsia yang sehingga kini tiada siapa tahu lokasi
sebenarnya, melainkan pihak tentera. Jeneral Abdul Fatah Dia telah dilantik sendiri oleh
Presiden Mursi untuk menggantikan Muhammad Hussein Tantawi sebagai Ketua Turus
Angkatan Tentera Mesir yang baharu. Dia dilihat sebagai moderat dengan pegangan agama
yang kuat dan calon yang paling sesuai untuk menggantikan rejim Mubarak yang lama.

Cabaran Isu Semasa |3


Malangnya dia merupakan salah satu dalang pergulingan presiden Muhamed Mursi.
Selepas melantik Adly Mansour sebagai Presiden bagi kerajaan sementara, Jeneral Abdul
Fatah as-Sisi melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Pertahanan yang baru, selain jawatan
Timbalan Perdana Menteri.
Seperti jangkaan ramai, Amerika Syarikat (AS) akhirnya membuat pengakuan secara
tidak langsung menerusi majalah The Week bahawa mereka berkomplot dalam rampasan
kuasa tentera ke atas bekas Presiden Mesir digulingkan, Mohammed Mursi. Dipetik
daripada laporan AP, majalah yang turut memaparkan gambar Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi
dengan tajuk Our Man in Cairo - Should US cut off aid to Egypt military? itu turut
menyiarkan kenyataan AS menyokong tentera walaupun sebelum ini mereka tidak
mengiktiraf penggulingan Presiden Muhammed Mursi secara rasmi. AS yang merupakan
dalang di sebalik pergolakan di Mesir kini dilihat cuba berselindung di sebalik gesaan
supaya

Presiden

Muhammed

Mursi

dibebaskan.

Sebelum

ini,

Washington

turut

mengenakan tekanan ke atas Mursi supaya membawa pembaharuan dalam sektor dan
sistem demokrasi selepas pelantikan beliau pada tahun lalu. Selain itu, dalam satu
kenyataan lain, jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki memaklumkan mereka
menghormati keputusan mahkamah membebaskan bekas Presiden Hosni Mubarak yang
turut menerima sokongan kuat AS sepanjang 30 tahun pemerintahannya. Kemuncak kepada
kudeta Tentera Mesir ialah pembebasan mantan Presiden Hosni Mubarak. Begitu bijak
kudeta tentera pimpinan As Sisi mengambil peluang. Dikala rakyat diratah peluru tenteranya,
sedang menangisi orang yang tersayang syahid dan dikala PBB, OIC, dan NAM masih
membisu, Regim As Sisi pimpianan Amerika dan Israel mengambil peluang membebaskan
Mubarak dari penjara. Mubarak seorang sekutu rapat Amerika dan Israel. Mengikut
Mahkamah era Presiden Morsi, Mubarak dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana
pembunuhan rakyatnya di Dataran Tahrir semasa Arab Spring 2011.
Isu Ikhwanul Muslimin (IM) juga sering diperkatakan dalam masyarakat sekarang ini.
Ikhwanul Muslimin merupakan pergerakan dakwah yang telah diasaskan oleh Hassan alBanna pada tahun 1992. Ikwanul Muslimin diharamkan daripada bergiat aktif, apatah lagi
dalam arena politik sewaktu pemrintahan Hosni Mubarak kerana pihak pemerintah melihat
mereka sebagai ancaman besar. Namun ahli-ahli IM terus bergiat aktif dalam masyarakat
dengan berselindung di sebalik nama persatuan atau badan yang lain. Kepopularan dan
pengaruh IM dalam kalangan masyarakat amat ketara apabila akhirnya mereka dibenarkan
bertanding dalam pilihanraya Mesir usai kejatuhan Mubarak, mereka menang mudah di
kebanyakan tempat terutamanya di kawasan luar bandar. Selain itu, kebangkitan rakyat
menentang penggulingan Presiden Muhamed Mursi yang melibatkan jutaan rakyat Mesir
juga menggambarkan sokongan padu rakyat terhadap pergerakan yang hampir mencecah

Cabaran Isu Semasa |4


usia 100 tahun itu. Sehingga kini, IM memainkan peranan yang penting dan aktif dalam
mencorakkan

sosia-

politik

dan

-ekonomi

rakyat

Mesir.

Pembunuhan beramai-ramai yang berlaku ke atas para penunjuk perasaan bermula


semalam (14 Ogos 2013) apabila pihak tentera nekad untuk mengosongkan Medan
Rabaah, Medan al-Nahda dan Medan Mustafa Mahmud di Giza daripada para penyokong
letigimasi Presiden Mursi. Sebelum ini sudah pon berlaku persitiwa Subuh berdarah, apabila
sebahagian penyokong Mursi ditembak oleh pembidik tepat ketika mereka sedang bersolat
Subuh pada pagi 8 Julai 2013. Namun Massacre yang berlaku pada 14 Ogos lebih
melampau dan zalim lagi. Bukan setakat rakyat dibunuh, masjid dibakar, mayat para
syuhada' dibakar dan ada yang dilanggar oleh jentolak hidup-hidup. Jumlah kematian yang
dicatatkan berbeza-beza mengikut sumber tetapi angka kematian tertinggi yang dilaporkan
adalah lebih daripada 2,200 nyawa. Hal ini jelas merupakan kezaliman melampau, apatah
lagi di dilakukan oleh rakyat Mesir sendiri terhadap saudara-saudara mereka. Malah, ada
yang menyifatkan tindakan pihak tentera yang didalangi oleh Amerika dan Israel ini, lebih
dahsyat dan keji daripada pembunuhan Bashar al-Assad terhadap rakyatnya dan kezaliman
kerajaan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Tindakan mereka ini jelas melanggar semua
nilai-nilai

kemanusiaan

yang

ada.

Isu golongan tamarrud dan golongan tentera yang menggulingkan Presiden


Muhamed Mursi adalah kerana beralasan Presiden Mursi telah gagal dalam mengotakan
janji-janjinya di awal pelantikannya sebagai Presiden Mesir. Presiden Mursi juga telah gagal
memulihkan keadaan ekonomi Mesir yang runcing, di samping beberapa faktor politik,
ekonomi dan sosial yang lain, termasuklah peluang pekerjaan, polis yang menzalimi para
penunjuk perasaan dan sebagainya. Pada halnya, perkara ini tidak muhasabah kerana
Presiden Mursi memulihkan sepenuhnya keadaan Mesir yang telah hampir binasa dan rosak
dari pelbagai aspek pasca pemerintahan rejim Hosni Mubarak yang puluhan tahun lamanya
itu, dalam masa setahun. Malah, faktor sebenar Presiden Mursi digulingkan oleh tentera
yang didalangi oleh Israel dan Amerika adalah kerana Presiden Mursi membawa syiar Islam
di Negara Mesir dan membawa perubahan kegemilangan Islam.

2.2) CABARAN-CABARAN DAN KESAN-KESAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARANEGARA MESIR ATAS ISU YANG TERJADI

Cabaran Isu Semasa |5


Rentetan daripada isu yang kita ketahui, telah berlakunya implikasi yang secara jelas
ataupun tidak jelas yang kita dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Selain itu, cabaran
mahupun implikasi di negara tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada Negara
Malaysia. Implikasi dari sudut politik ialah pentadbiran di negara Mesir dipimpin oleh kuasa
tentera iaitu Jeneral Abdul Fatah as-Sisi. Selain itu, kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara
demokrasinya iaitu Presiden Mohamed Mursi digulingkan oleh tentera yang dipengaruhi oleh
kuasa Israel, Amerika dan sekutunya yang jelas mempunyai niat tersendiri. Seterusnya,
kesan daripada isu tersebut dari sudut politik ialah Persatuan Bangsa Bersatu (PBB)
menegaskan agar sebuah kerajaan baru dibentuk dan menggantikan parti Ikhwanul
Muslimin. Kesan seterusnya yang dianggap serius oleh masyarakat sekarang ini ialah
mantan presiden Hosni Mubarak yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup atas
kesalahan membunuh telah dibebaskan. Ini merupakan sesuatu yang tidak adil. Di samping
itu, semua meja rundingan ditutup agar tiada rundingan dibuat. Seterusnya, kesan daripada
isu-isu yang berlaku selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi ini ialah Naib Presiden
yang dilantik oleh tentera, Dr Mohammed El-Baradei telah meletak jawatan dari jawatannya.
Terdapat banyak kesan politik yang berlaku terhadap Negara Mesir dan akhirnya Presiden
Mohamed Mursi ditangkap di tempat rahsia yang tidak diketahui orang awam kecuali
tentera. Presiden Mohamed Mursi juga telah ditahan.
Isu-isu yang berlaku di negara Mesir sangat memberi kesan kepada sudut sosial.
Pertamanya ialah berlakunya kebangkitan rakyat Mesir yang menyokong Morsi (pro-Morsi)
ataupun parti Ikhwanul Muslimin pada awal tahun 2013. Isu penggulingan Presiden
Mohamed Mesir ini menyebabkan penyokong Prseiden Mursi tidak berpuas hati kerana
sebuah parti dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi diguling sebegitu tanpa memberi
peluang menghabiskan tugas sebagai presiden. Parti Ikhwanul Muslimin dan para
penyokong Presiden Mursi akan berjuang habis-habisan dan tidak akan gentar tehadap
tentera walaupun banyak nyawa yang terkorban. Perkara ini juga turut dinyatakan di dalam
akhbar Harian Metro. Kebangkitan rakyat berlaku dengan kuatnya di dataran tahrir dan
ramai mujahidin gugur disebabkan menentang pemerintahan junta ataupun dikenali tentera.
Insan yang terkorban adalah Penyampai berita AL-JAZEERAH 7 orang syahid dan ratusan
cedera dalam rempuhan meleraikan tunjuk perasaan di Mustafa Mahmud. . Di Bani Suwef,
14 penunjuk perasaan telah syahid hingga saat ini akibat tembakan polis dan tentera.
Jumlah syuhada dari Hospital Medani sejumlah 2303 orang manakala mereka yang cedera
parah lebih daripada 10 000 orang. Lebih 200 orang daripadanya jurugambar. Penyokong
Ikhwanul Muslimin dibakar, diseksa dan ditembak. Berikut adalah statistic pembunuhan yang
drastik :

Cabaran Isu Semasa |6

3500
3000
2500
2000
1500
1000
500
0

Rentetan daripada implikasi korban nyawa, pada 14 Ogos 2013 telah berlaku
Darurat I iaitu perintah berkurung di seluruh Mesir dari jam 7 malam hingga 6 pagi. Selain
daripada kesan terkorbannya nyawa insan-insan, kesan terhadap isu pendidikan turut
terjadi. Malah kesan ini juga turut memberi kesan terhadap negara kita Malaysia
terutamanya pelajar-pelajar yang berhijrah untuk pengajian di negara Mesir tersebut. Ini
kerana, pelajar-pelajar luar negara di Mesir terpaksa dihantar ke negara masing-masing dan
menangguhkan

pengajian

disebabkan

kebangkitan

rakyat

yang

kuat.

Ini

kerana

keselematan orang awam dan pelajar-pelajar luar negara dalam keadaan terancam
sekiranya meneruskan pengajian. Seterusnya,pensyarah-pensyarah Universiti Al-Azhar di
bawah kerajaan persekutuan juga turut dipilih melalui persekutuan tentera. Ini menyebabkan
pendidikan Islam kurang diamalkan. Perkara ini adalah implikasi dan sesuatu cabaran yang
amat mencabar bagi negara Mesir lalui. Isu pengganguran dan kemiskinan turut bertambah
akibat daripada isu yang melanda di Mesir.
Isu yang melanda di Negara Mesir ini amat memberi kesan dari sudut ekonomi.
Seperti mana kita ketahui, ekonomi sesebuah Negara amat penting dalam membina
sesebuah

negara

bertamadun.

Seperti

mana

yang

kita

ketahui

Terusan

Suez

menghubungkan Eropah ke Asia, Asia ke Afrika. Sebelum Israel menguasai terusan


suez,merupakan sumber pendapatan ekonomi negara Mesir. Cukai negara luar dipungut
oleh negara Mesir sendiri. Tetapi, selepas Israel dan Amerika menguasai, mereka
melaluinya dengan percuma dan menyebabkan ekonomi negara Mesir menurun dan jatuh.
Ini menunjukkan pihak Amerika mahupun Israel mengambil kesempatan dan menguasai
ekonomi negara Mesir dan sekaligus menjatuhkan negara Islam. Seperti mana kita sedia
maklum, negara Mesir kaya dengan minyak tetapi kini isu minyak turut dikuasai oleh Israel
dan Amerika, kilang-kilang ditutup dan sebagainya. Apabila perkara ini berlaku, pelabur luar
tidak lagi di negara Mesir kerana kejatuhan yang teruk di Mesir. Kesan baru-baru ini ialah

Cabaran Isu Semasa |7


rakyat Mesir mula sedar dan mula bersemangat menentang pemerintahan tentera kerana
mereka lihat ekonomi yang jatuh merudum, bil elektrik kian meningkat, bil air kian meninggi
dan sebagainya. Mereka tidak tahan dan tidak mahu berterusan perkara ini terjadi. Akhirnya
kesan yang paling dikesali adalah kesan terhadap media sosial seperti televisyen. Sekarang
ini, tidak ada satu media Islam yang beroperasi di negara Mesir dan semua media
dipengaruhi oleh tentera dan dikawal oleh pihak junta. Perkara ini sedikit sebanyak
menghalang daripada rakyat Mesir mendapat keadilan. Kita dapat lihat rakyat Mesir yang
tabah dan kuat menghadapi cabaran ini dan isu-isu dan implikasi tersebut sedikit sebanyak
meninggalkan kesan kepada negara-negara lain terutamanya negara Malaysia.
2.3) ISU-ISU SEMASA PALESTIN

Isu Palestin merupakan isu yang sangat lama seperti mana yang kita ketahui.
Hampir 65 tahun isu ini berlaku dan masih tiada penyelesaian. Isu palestin ini dikaitkan
dengan kekejaman zionis Israel yang ingin menguasai tanah bumi Palestin. Bagi kedua-dua
pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan
tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau. Bagi umat
Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini,
setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut
merupakan Tanah Yang Dijanjikan Tuhan kepada mereka. Di situlah nenek moyang
mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di
tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil
suci mereka. Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim
dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang
terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa

Cabaran Isu Semasa |8


menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan
kristian).
Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan umat
manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel
dengan sokongan kuat oleh Amerika Syarikat selaku kuasa besar dunia setelah Perang
Dunia kedua. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakhbah Palestin yang merujuk kepada
penubuhan negara haram Israel. Nakhbah sendiri bermaksud malapetaka atau bencana
besar. Peristiwa ini bermula dengan terlaksanaya kependudukan dan penjajahan haram
oleh rejim Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik
dengan bantuan PBB dan British. Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin
dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan
kembali Masjidil Aqsa. Selain itu, Israel dibenarkan memiliki senjata berteknologi tinggi dan
Palestin terus dikenakan sekatan sehinggakan bantuan yang ingin diberikan oleh dunia luar
gagal disampaikan dengan mudah kepada Palestin, Tapi hak ini dinafikan untu umat islam di
Palestin.
Kita lihat sahaja peta yang menunjukkan tanah milik Palestin sudah semakin
mengecil akibat daripada Israel yang menguasainya.

Yahudi berterusan dengan niat untuk menghapuskan Masjid Al-Aqsa dari umat Islam
dan ingin membangunkan Kuil Sulaiman mereka pada bekas keruntuhan Al-Aqsa. Selain itu,
zionis Israel ini juga telah membina masjid Qubbah al-Shakra kubah berwarna emas
berdekatan Masjid Al-Aqsa bagi mengelirukan umat Islam. Sedangkan kubah masjid Al-Aqsa

Cabaran Isu Semasa |9


berwarna biru. Sekarang ini, isu penggalian di bawah tanah masjidil haram itu sedang giat
dijalankan walaupun berlaku kemarahan kepada rakyat Palestin dan umat Islam yang lain.
Ini kerana akan meninggalkan kesan kepada binaan masjid Al-Aqsa. Perkara yang menjadi
isu dari dahulu sehingga sekarang adalah, pihak zionis Israel telah menjaga sekeliling
masjid Al-Aqsa supaya tidak semua orang Islam memasuki sesuka hati. Sekarang ini, umat
Islam tidak dapat menunaikan solat di dalam masjid Al-Aqsa dan hanya orang yang tua
sahaja dibenarkan.
Selain itu, berlaku perkara yang amat mencabar umat Islam Palestin apabila pada 23
Julai 2007, sekitar 300 rejim yahudi menyerbu Masjidil Al-Aqsa dan melakukan ritual ibadah
di dalamnya. Pada 16 September 2008, zionis Israel menyerbu masuk ke halaman Masjidil
A l-Aqsa dari Gerbang Magharibah. Pada 9 Oktober 2008 sekelompok besar pendatang
haram Israel, para rabi dan ahli politik Israel dibawah penjagaan ketat kepolisian pasukan
keselamatan melakukan upacara pengyahudian masjidil aqsa di perkarangan masjid
tersebut. Pada 9 Februari 2009, ratusan pelawat dan pelancong Yahudi memakai pakaian
seronok memasuki Masjid Al-Aqsa. Pada 11 Mac 2009, sekelompok Yahudi yang terdiri dari
tiga puluh pemimpin kanan mereka mengenakan pakaian keagamaan menyerbu halaman
Masjid Al-Aqsha untuk mengadakan upacara keagamaan. Pada 24 September 2009,
anggota unit ahli bahan peledak dengan kawalan pasukan keselamatan Israel menyerbu
Masjid Al Aqsa dan jalan-jalan di sekitarnya.
Pada 27 September 2009, tercetus ketegangan antara rakyat palestin dengan
pasukan keselamatan Israel dan kelompok Yahudi di dalam Haram al-Sharif dan di depan
gerbangnya yang mengakibatkan 16 warga Palestin cedera dan puluhan yang lain
ditangkap. Ketegangan itu terjadi apabila pasukan keselamatan Israel menyerbu halaman
masjid dari gerbang Magharibah dan melepaskan tembakan ke arah orang islam yang
sedang solat berjemaah dengan gas pemedih mata bagi menyuraikan umat islam yang
berkumpul dan membenarkan pelampau yahudi mencemari masjidil aqsa. Pada 16 Mac
2010 berlaku pergaduhan antara pemuda-pemuda palestin dan pasukan keselamatan Israel
disebabkan tindakan pasukan keselamatan membenarkan pelampau yahudi melakukan
pencemaran di masjidil aqsa dan seterusnya perasmian sinagog haroob oleh pemerintah
Zionis sebagai langkah awal merobohkan Al-Aqsha. Upacara perasmian ini telah ditentang
oleh penduduk Palestin sehingga mengorbankan 100 orang lebih dan puluhan warga
lainnya ditangkap termasuk 7 orang wanita.
Sekarang ini, isu yang meningkatkan kesedaran dan semangat untuk berjuang
dalam kalangan umat Islam adalah sempadan Rafah dengan semenanjung Gaza yang dulu
dibuka oleh Presiden Mesir, Mohamed Mursi kini ditutup oleh pihak zionis Israel dan Amerika

C a b a r a n I s u S e m a s a | 10
yang sangat kejam. Apabila sempadan rafah itu ditutup, ini menyebabkan bekalan dan
bantuan dari negara luar sukar untuk sampai ke negara Palestin. Beratus-ratus rakyat
Palestin terkandas di sempadan yang menjadi laluan masuk ke wilayah Palestin diperintah
Hmas. Walaubagaimanapun, rakyat Palestin tetap bersabar dalam perjuangan mereka.
Selain itu, isu yang kita dapati di Palestin sekarang ini adalah zionis Israel dalam usaha
menyerang dan membunuh orang-orang kanan parti Hamas. Parti hamas adalah parti
Palestin yang berjuang menentang Israel. Hamas adalah antara kerajaan yang kuat
menyokong pentadbiran Mursi kerana banyak mendapat manfaat daripada pentadbiran
beliau. Baru-baru ini, kita mendapat berita bahawa ketua sayap tentera kumpulan Islamis
Hamas Palestin, Ahmed Said Khalil al-Jabari terbunuh dalam satu serangan udara Israel di
Gaza. Beliau dan seorang pegawai kanan Hamas turut terbunuh apabila kereta yang
mereka naiki dibedil melalui serangan udara. Satu siri serangan udara kini sedang
dilancarkan di seluruh Gaza. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata mereka kini sedang
melancarkan operasi serangan terhadap Hamas, pejuang Jihad Islam dan lain-lain
kumpulan militan yang lain. Kebelakangan ini, pegawai-pegawai Israel tekad untuk
membunuh dan menyerang pemimpin-pemimpin kanan Hamas.
Pasukan

Keselamatan

Israel,

Shit

Bet

mengesahkan

yang

mereka

bertanggungjawab ke atas segala aktiviti keganasan. Ahmed Said selama ini juga antara
orang yang bertanggungjawab membiayai dan memberi arahan operasi tentera mereka bagi
menyerang Israel. Jadi dengan pembunuhan beliau, kami mahu memberi amaran kepada
pegawai Hamas yang lain jika mereka melakukan keganasan kepada Israel, mereka juga
akan turut diserang, katanya. Jurucakap Hamas, Taher Anunu memberitahu pemberita,
keganasan yang dilakukan oleh Israel ini merupakan jenayah yang cukup kejam dan bakal
memberi kesan jangka panjang. Kerajaan Palestin akan memanggil mereka yang
bertanggungjawab melakukan jenayah kejam ini dan rakyat Palestin sendiri mempunyai hak
untuk bertindak balas, katanya. Izharnya, kita dapat lihat isu Palestin sangat menyedihkan
kerana rakyat Palestin masih dapat bertahan dan berjuang menentang rejim zionis yang
sangat kejam. Jelas, zionis Israel berniat untuk menguasai tanah bumi Islam.

2.4) CABARAN-CABARAN DAN KESAN-KESAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARANEGARA MESIR ATAS ISU YANG TERJADI
Isu Palestin yang sering dikatakan masyarakat sehingga kini, banyak meninggalkan
kesan dan implikasi yang teruk kepada negara tersebut malah kepada rakyatnya juga.
Pertamanya, kesan yang terjadi adalah dari segi ekonomi. Jelas kita dapat lihat ekonomi

C a b a r a n I s u S e m a s a | 11
Palestin telah dikuasai oleh rejim Israel. Justeru, ekonomi di negara tersebut juga jatuh dan
sangat menyedihkan. Oleh itu, pelaburan dari negara luar tidak dapat dijalankan. Selain itu,
rentetan daripada isu sempadan rafah telah menjadi satu cabaran yang besar buat
penduduk Al-quds, Gaza kerana bantuan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya dari luar
negara tidak dapat dibawa masuk dengan mudah kerana disekat oleh rejim zionis Israel
sedangkan rakyat palestin memerlukan bantuan.

Selain itu, implikasi daripada isu Palestin ini, kita dapati saban hari, tanah milik bumi
Palestin dikuasai oleh Israel walaupun ini menimbulkan kemarahan rakyat Palestin. Tanah
Palestin semakin hari semakin kecil. Di samping itu, isu Israel yang melakukan pelbagai
kekejaman kepada Palestin, seperti menyerang Masjid Al-Aqsa, menghalau rakyat daripada
rumah dan sebagainya sering membangkitkan kebangkitan rakyat Palestin ataupun Intifada
untuk menentang pihak zionis. Walaupun bagaimanapun, disebabkan tiada senjata yang
canggih daripada Israel yang mendapat bekalan senjata dari Amerika, menyebabkan ramai
nyawa umat Islam di Palestin terkorban. Malah yang paling dikesali adalah, insan yang
terkorban itu tidak kira peringkat umur. Contohnya, bayi yang tidak berdosa, anak-anak kecil,
wanita dan orang tua, diperlakukan dengan perbuatan yang kejam oleh zionis Israel dengan
mengebom, memukul, menangkap, memenjara rakyat Palestin yang menentang mereka.
Sekarang ini, kesan yang kita boleh dari sudut sosial juga rakyat Palestin kehilangan tempat
berlindung, rumah dan tinggal di tempat perlarian kerana kemusnahan bangunan-bangunan
dan rumah akibat dibom oleh rejim zionis.
Jika dahulu sistem pendidikan di Gaza dan Tebing Barat yang ditadbir oleh
Kementerian Palestin Pendidikan dan Pengajian Tinggi, mempunyai peringkat pendidikan
asas, pendidikan menengah dan pendidikan tinggi yang mempunyai universiti dan kolej
teknikal, kini segalanya tinggal kesedihan. Ini kerana, kanak-kanak terpaksa belajar di
bawah khemah kerana sekolah mereka dimusnahkan oleh rejim Israel. Walaupun keadaan
menjadi huru hara, keselamatan tidak terjamin dan menjadi satu cabarab kepada kanakkanak Palestin, masih ada mereka yang sentiasa bersemangat untuk menuntut ilmu.

C a b a r a n I s u S e m a s a | 12

Terdapat 604 sekolah di Semenanjung Gaza, namun sejumlah besar daripadanya


musnah dalam serangan Israel termasuk 18 buah yang musnah teruk. Selain itu, Israel
tidak membenarkan bahan binaan seperti simen dan keluli dibawa masuk ke Gaza atas
alasan ia boleh digunakan oleh puak Hamas untuk membina terowong. Sehingga kini,
hampir tiada lagi sekolah yang dibina ekoran sekatan yang dikenakan. Seterusnya, rentetan
kemusnahan bangunan sekolah dan sebagainya memberi satu implikasi dan cabaran
kepada seseorang pelajar.

Implikasi konflik dunia terhadap pelajar menunjukkan kesan

dalam pelbagai aspek seperti mental, fizikal dan sebagainya. Pada Julai tahun 2010 ,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan hampir 40,000 kanak-kanak
Palestin di Gaza tidak mempunyai sekolah untuk belajar ekoran daripada sekatan yang
dikenakan Isreal yang kini memasuki tahun kelima, yang menerusi tindakan ketenteraan
mereka di Gaza mulai akhir Disember 2008. Seterusnya, menurut laporan Bank Dunia, 80
peratus pelajar Palestin di Gaza gagal dalam pelajaran Matematik sementara sejumah 40
peratus gagal dalam mata pelajaran bahasa ibunda mereka sendiri iaitu bahasa Arab. Ini
disebabkan oleh kanak-kanak yang masih hidup tetapi kehilangan ahli keluarga dan rumah
tempat berteduh, mereka ini masih lagi trauma dan memerlukan rawatan psikologi bagi
meningkatkan prestasi pembelajaran mereka yang merosot ekoran penderitaan hidup dan
persekitaran pendidikan yang tidak mengizinkan.
Di peringkat universiti pula juga mempunyai cabaran dan kesannya yang teruk juga.
Contohnya, walaupun terdapat beberapa buah universiti tetapi universitinya semakin tidak
mendapat sambutan kerana disebabkan kekejaman zionis Israel. Penaklukan mereka yang
sangat kejam

dengan cara membunuh dan menyiksa rakyat Palestin itu membuatkan

pelajar dari negara asing takut untuk belajar disana. Al- Quds open university, Al- Aqsa
university dan university of Palestine antara universiti yang terdapat disana. Apabila konflik
ini berlarutan, banyak negara cuba membawa pulang pelajar-pelajar mereka secepat
mungkin bagi melindungi anak bangsa dari ditindas dan dibunuh oleh pihak zionis. Malaysia
juga telah membawa ramai pelajar kita pulang ke tanah air. Implikasinya, negara Palestin
tidak dapat menjalinkan hubungan generasi akan datang dan menyebabkan proses

C a b a r a n I s u S e m a s a | 13
pembelajaran tergendala. Ini menjadikan pihak zionis Israel gembira kerana umat Islam
tidak dapat menuntut ilmu dengan aman kerana mereka tahu dengan ilmu dapat
menyumbang kepada penentangan mereka. Selain itu, sumber ekonomi yang terhad ketika
konflik berlaku telah menyebabkan semua institusi-institusi pendidikan tidak mendapat
pembiayaan yang secukupnya dan akibatnya banyak bahan-bahan mengajar untuk
menjalankan proses pembelajaran tidak dapat disediakan. Rentetan daripada isu
penentangan oleh rakyat Israel, mereka terpaksa menghadapi cabaran yang hebat iaitu
tenaga pengajar dibunuh dan ditangkap oleh pihak rejim zionis. Tujuan utama rejim zionis
menangkap dan membunuh tenaga pengajar di palestin adalah untuk menghalang
berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di Palestin. Namun ada segelintir warga
pendidik di palestin cuba untuk mengembangkan kembali budaya ilmu di palestin.Tetapi
bilangan mereka terlalu sedikit. Tidak kurang juga ramainya guru yang terjun ke medan jihad
untuk menentang israel laknatullah. Tetapi, ramai pejuang-pejuang yang syahid di medan
jihad.
3.0) USAHA-USAHA MALAYSIA DALAM PENYELESAIAN ISU-ISU GLOBAL
Pergolakan negara Islam amat meruntun hati dan mendapat perhatian buat seluruh
masyarakat islam antarabangsa walaupun terdapat segelintir yang tidak mengambil berat.
Umumnya, kebanyakan negara hanya mampu menunggu dan melihat. Secara umumnya,
Malaysia mempunyai banyak pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO Islam) yang
memperjuangkan dan memberikan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat luar. Statistik
sehingga Jun 2013 menunjukkan sebanyak 1,554 pertubuhan telah mendaftar dengan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Melalui NGO Islam ini, satu perhimpunan aman
telah diadakan bagi menyokong dan membantu masyarakat Islam yang ditindas seperti di
Syria, Palestin dan Mesir. Sebagai contoh, Malaysia Lifeline for Syria, Aman Malaysia,
Global Peace Mission, Mercy Malaysia, Pertubuhan Ikram Malaysia dan Perdana Global
Peace membantu mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada masyarakat Islam yang
ditindas. Pada 13 April, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menyertai usaha
konvoi antarabangsa bagi tujuan menerobos sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis
Israel dan menghantar barangan keperluan asas kepada penduduk Gaza yang sekian lama
dihalang daripada mendapatkan bantuan kemanusiaan yang sangat mereka perlukan.
Selain itu, beberapa NGO bersatu dan bekerjasama menganjurkan program-program
dalam usaha mengumpul dana daripada masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap krisis
kemanusiaan ini melalui sebuah projek yang dinamakan Lifeline4Gaza Break The Siege
ataupun Talian Hayat Untuk Gaza Menerobos Tembok Kematian. Antara pertubuhan
tersebut termasuklah Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi

C a b a r a n I s u S e m a s a | 14
Malaysia (HALUAN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM),
Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia
(Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia, dan Viva Palestina Malaysia (VPM).
Bagi menjayakan misi menghantar bantuan ke Gaza ini, mereka akan menyertai usaha
konvoi antarabangsa yang diketuai oleh sebuah NGO dari Negara Turki iaitu Foundation for
Human Rights & Freedoms & Humanitarian Relief (Insan Hak ve Hurriyetleri atau lebih
dikenali sebagai I.H.H.) bersama-sama NGO-NGO antarabangsa yang lain seperti Free
Gaza Movement dan European Campaign to End the Siege on Gaza (ECESG.)
Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat yang terperinci bagi
perancangan dan operasi bantuan kemanusiaan di negara terbabit. Walaupun masyarakat
Malaysia tidak mampu membekalkan tentera yang sangat diperlukan, pihak kerajaan
Malaysia seboleh-bolehnya berusaha membantu Negara-negara Islam tersebut dengan cara
yang lain. Selain daripada itu, NGO Islam juga telah bergabung bagi melaksanakan seminar
antarabangsa yang diwakili oleh Tun Mahathir Mohamad, selaku Penaung Yayasan Perdana
Global bagi mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman yang telah dilakukan oleh Syria dan
sekutunya terhadap rakyat golongan Sunni. Ini telah membuka mata masyarakat Malaysia
tentang kesusahan yang telah dialami oleh rakyat Islam lain di negara yang sedang
bergolak. Sejujurnya, tindakan berdiam diri oleh negara Islam dan Organisation Islamic
Cooperation (OIC) telah diselar oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menangani isu ini.
Negara Islam perlu bersatu dan menggembleng tenaga dan sumber kewangan untuk
membebaskan kezaliman dan kemungkaran yang telah dilakukan kepada negara Islam
yang lain.
Di samping itu, kita dapat lihat Malaysia sedikit sebanyak membantu Negara Palestin
ialah usaha

biro HALUAN Palestin juga telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan

Malaysia melalui dana pembangunan semula wilayah Gaza di bawah seliaan Wisma Putra.
Terdapat beberapa usaha kemanusiaan dan projek-projek bantuan yang berjaya
dilaksanakan, hasil sumbangan masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap saudarasaudara Palestin mereka. Pertamanya ialah pembinaan 4 telaga tiub bagi menyalurkan
bekalan air bersih di Gaza. Dua daripadanya dibina di Universiti Islam Gaza dan dua lagi di
daerah Khan Younis. Projek ini adalah hasil dana sumbangan rakyat Malaysia melalui
Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin yang disalurkan oleh Wisma Putra. Perlaksaannya
telah dibantu oleh Majlis Perbandaran Gaza, Pertubuhan Assembly for Peace And Solidarity
And Relief of Gaza dan juga Rabitah Ulama Palestin.

C a b a r a n I s u S e m a s a | 15

Pembinaan salah sebuah telaga tiub


Seterusnya, usaha yang dilakukan oleh pihak Malaysia ialah kutipan dana
daripada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin juga disalurkan oleh Wisma Putra melalui
HALUAN untuk melaksanakan projek bantuan mikrokredit bagi tujuan membantu rakyat
Gaza membangunkan perniagaan kecil. Hasil daripada projek ini, dua perusahaan utama
telah dapat dijalankan di Khan Younis, iaitu projek perusahaan ternakan lembu tenusu, dan
projek perusahaan pembuatan pakaian yang diselenggarakan oleh ibu-ibu tunggal. Rakan
NGO HALUAN di Gaza, SAMA Foundation menjadi pemantau kepada perlaksaan
berterusan projek-projek ini. Perkara ini dapat dilihat seperti gambar di bawah.

Di samping itu, Negara Malaysia sedikit sebanyak telah membantu dalam proses
Pembinaan semula Masjid Sheikh Ahmed Yassin yang ranap diserang oleh pengganas
Zionis telah berjaya menyumbangkan sebuah institusi yang penting untuk rakyat Gaza.
Sebelumnya, mereka hanya bersolat di kawasan lapang berhampiran runtuhan masjid
asalnya dan sekarang ini rakyat Palestin dapat menjadikan masjid itu tempat beribadat
semula. ermula pada tahun 2009, HALUAN mula berusaha menghantar bantuan
kemanusiaan secara terus kepada rakyat Palestin. Sepasukan relawan HALUAN, termasuk

C a b a r a n I s u S e m a s a | 16
wakil-wakil Kelab Kesihatan HALUAN (KKH,) telah membawa bantuan ke Kem Pelarian alHol di Hassakeh, Syria, dan juga Kem Pelarian Tanf di sempadan Syria-Iraq pada bulan
November 2009. Selain membawa bantuan makanan, relawan-relawan KKH turut
melakukan pemeriksaan dan rawatan kesihatan secara percuma. Selain daripada itu,
sebanyak 33 ribu kilogram kelengkapan pakaian musim sejuk turut dihantar ke kem Tanf, alHol, Hassake dan Khan Danun. Projek ini dijalankan dengan kerjasama BAKTI dan Wisma
Putra.

Pada tahun-tahun berikutnya, HALUAN menghantar bantuan bermusim kepada


anak-anak yatim dan juga pelarian Palestin di negara jiran. Bantuan-bantuan tersebut
termasuklah projek bantuan Ramadhan dan berbuka puasa (iftar) di Gaza dan kem-kem
pelarian di Syria, Iraq dan Lubnan. HALUAN juga menyertai gabungan NGO antarabangsa
dalam usaha menarik perhatian masyarakat dunia terhadap permasalahan Palestin,
sekaligus memberi tekanan kepada rejim pengganas Israel. Pada bulan Januari 2010, dua
orang relawan HALUAN bersama-sama 320 orang relawan antarabangsa yang lain telah
menjayakan konvoi darat Viva Palestina 3, dengan memasuki Gaza melalui pintu Rafah di
Mesir. Sebanyak 160 buah kenderaan beserta muatan keperluan asas dan ubat-ubatan
telah diserahkan kepada rakyat Gaza. Manakala pada bulan Mei 2010, lima orang relawan
HALUAN beserta tujuh relawan Malaysia daripada beberapa NGO prihatin Palestin yang lain
telah menyertai konvoi laut antarabangsa dengan menaiki kapal Mavi Marmara. Usaha yang
berakhir dengan tragedi pembunuhan sembilan relawan di atas kapal tersebut telah berjaya
mengangkat permasalahan Palestin sebagai isu penting masyarakat dunia. Hasil daripada
usaha ini, masyarakat dunia lebih mengambil kisah isu Palestin dan mengecam kezaliman
berterusan yang dilakukan oleh tentera Zionis. Beberapa misi bantuan susulan turut berjaya
dilakukan. Seterusnya, lebih 5 juta rakyat Palestin terusir menjadi pelarian di negara asing.
Untuk membantu golongan ini meneruskan kehidupan dengan lebih baik, HALUAN telah
membina sebuah klinik gigi khusus untuk mereka di Damascus. Projek usahasama HALUAN
dan NGO-NGO dari Indonesia ini dapat memberi rawatan gigi secara kebajikan kepada
pelarian-pelarian di kem Yarmuk, Filistin, Sbena, Khan Danun dan beberapa kem lain di
sekitar Damascus. HALUAN juga memberi fokus kepada bantuan pendidikan anak-anak
Palestin. Beberapa buah perkhemahan tahfiz al-Quran telah didirikan di kem-kem pelarian
terpilih di Syria. Alhamdulillah dengan bantuan ini anak-anak Palestin dapat mengikuti kelas
pendidikan dan menghafal al-Quran dengan lebih baik dan tersusun. HALUAN turut menaja
beberapa orang pelajar dari Palestin untuk melajutkan pelajaran di Malaysia. Pelajar-pelajar
dari Gaza turut ditaja untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di negara luar.

C a b a r a n I s u S e m a s a | 17
Kita dapat lihat sedikit sebanyak misi yang dilakukan leh rakyat Malaysia terhadap Negara
Islam.

Pada tahun ini, kita dapat lihat Malaysia juga memainkan peranan dan
tanggungjawab untuk membantu Negara Palestin apabila Aqsa Syarif telah melakukan misi
kemanusiaan yang diberi nama A2G16 (Aqsa Syarif to Gaza 16th Mission) yang berlepas ke
Gaza pada 31 Mei 2013 bersamaan 21 Rejab 1434H, yang di jangka memasuki Gaza
melalui sempadan Rafah, Mesir pada 3 Jun 2013 bersamaan 24 Rejab 1434H. Sepaerti
mana dinyantakan di KENYATAAN AKHBAR: MISI AQSATOGAZA15 (A2G16), 31 MEI 2013,
Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Dokumentasi projek-projek Aqsa Syarif ialah
bertujuan memantau cadangan Projek ternakan lembu ke dua, cadangan tapak bangunan
penyewaan MyPIV (Pembangunan industry kecil/sederhana), kemajuan Projek Pusat
Komuniti Rose2Rose (R2R) ke dua, kemajuan Projek bersama Al-Aqsa University dan
kemajuan Projek bersama University College of Applied Science (UCAS). Anggota misi
tersebut ialah terdiri daripada 4 orang aktivis Aqsa Syarif iaitu Ustaz Abdul Halim Abdullah

C a b a r a n I s u S e m a s a | 18
(Ketua Misi), Ustaz Abdul Haris Bain (Wakil Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia di Mesir),
Azman Jaacob (Aktivis Aqsa Syarif) dan Akmar Hisham Zulkefli (Pegawai Media Aqsa
Syarif).
Walaubagaimanapun, isu sempadan Rafah yang ditutup buat sementara waktu ini
telah menyukarkan bantuan Negara Malaysia sampai kepada Negara Palestin mahupun
Mesir. Ini amat dikesali dan selagi mana Malaysia mampu, Negara kita Malaysia akan
sedaya upaya membantu dan menentang sekeras-kerasnya tindakan zalim rejim zionis. Di
sini, kita bukan mudah untuk menghantar bantuan apatah lagi bantuan ketenteraan. Ini
kerana belum sempat jet pejuang sampai ke Gaza, kita telah ditembak kerana telah
menceroboh ruang udara mereka. Jelas di sini terdapat pelbagai usaha yang dilakukan oleh
Negara Malaysia dan rakyat secara langsung atau tidak langsung. Walaupun ia tampak
seperti perkara kecil tetapi ia adalah satu usaha yang sangat mulia dan baik di sisi Tuhan.
Semoga kita harap bantuan yang padu daripada seluruh masyarakat antarabangsa bagi
menentang rejim zionis Israel dan Amerika.

Anda mungkin juga menyukai