Anda di halaman 1dari 3

Bagaimanapun, Kerajaan Melayu Melaka dilihat mempunyai hubungkait secara langsung

dengan perkembangan dan struktur politik, pentadbiran dan ekonomi kerajaan Malaysia
moden.
Kerajaan Melayu Melaka
Kesultanan Melaka telah berkembang pesat selepas ditubuhkan oleh Parameswara pada
1395. Di bawah kepimpinan Parameswara, Melaka terus berkembang dan menjadi pusat
tumpuan para pedagang dari seluruh pelusuk rantau Kepulauan Melayu, Cina dan Asia
Barat.
Kesultanan Melaka telah berkembang pesat selepas ditubuhkan oleh Parameswara pada
1395. Parameswara yang terlibat dalam pemberontakan menentang pemerintahan
Majapahit telah melarikan diri ke Temasik setelah gagal dalam pemberontakan tersebut.
Sewaktu berada di Temasik, Parameswara telah membunuh pemerintah Temasik.
Tindakannya itu telah membangkitkan kemarahan pemerintah Siam, (Temasik terletak di
bawah kekuasaan Siam) yang telah menghantar tentera untuk menangkap Parameswara.
Parameswara dan pengikutnya telah melarikan diri ke Muar dan seterusnya ke Melaka dan
memulakan kerajaan dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Melaka.
Di bawah kepimpinan Parameswara, Melaka terus berkembang dan menjadi pusat tumpuan
para pedagang dari seluruh pelusuk rantau. Bagi memastikan Melaka tidak lagi menghadapi
ancaman Siam, Parameswara telah bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik
dengan China. Hubungan diplomatik dengan China ini membolehkan Parameswara
membina kekuatan dan mentadbir Melaka dengan berkesan. Usaha yang gigih oleh
Parameswara dan kedudukan Melaka yang strategik dari sudut geografi menyebabkan
Melaka telah berkembang sebagai sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan yang
terkenal. Melaka seterusnya telah menikmati kemakmuran ekonomi dan berjaya
memperluaskan tanah jajahannya ke seluruh Tanah Melayu dan negeri-negeri di pesisir
Sumatera Timur sehinggalah kejatuhannya pada tahun 1511 di tangan Portugis.
Perkembangan Melaka
Faktor Dalaman
Pentadbiran
Sumbangan Pemerintah (Sultan)
Sumbangan Pembesar (Bendahara & Laksamana)
Perkembangan perdagangan atas faktor keselamatan dan pertahanan
Perkembangan sebagai sebuah empayar kerana wujudnya kekuatan ekonomi hasil
perdagangan
Faktor alam semula jadi
Pelabuhan semulajadi/dalam
Terlindung dari angin monsun
Terletak ditengah perjalanan antara Timur dan Barat.
Banyak sumber bekalan kayu bagi tujuan baikpulih kapal
Faktor Luaran /Faktor umum
Perlindungan Maharaja Cina
Agama Islam
Kejatuhan Melaka
Kelemahan pentadbiran dalaman
Perebutan kuasa antara pembesar
Pemerintah tidak peduli soal pentadbiran negara.
Konflik perkauman
Amalan rasuah dikalangan pembesar yang akhirnya merugikan kerajaan.
Perubahan keadaan geografi

Faktor luar seperti


Serangan Portugis
Saingan dari kerajaan lain
Sistem Politik, Ekonomi dan Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Sistem Politik
-Sistem Pemerintahan Beraja (Raja sebagai sumber kuasa pemerintahan dan undangundang)
-Sistem Pembesar Tradisional
Pengelasan masyarakat dalam negara
(1.Masyarakat Pemerintah- Raja,Golongan Bangsawan dan Pembesar
2.Rakyat umum. 3.Golongan Hamba)
Golongan hamba
Golongan paling bawah dalam hierarki masyarakat Melayu tradisional.
2 kategori :
1. Hamba Abdi (Hamba Tawanan, Hamba diranggah, Hamba Habshi, Hamba Hulu (pesalah)
Hamba
Serah (kemiskinan)
2. Hamba Hutang (Hamba Waris- isteri & anak hamba yang berhutang, Hamba Bayar,
Orang Berhutang-menjadi hamba selagi gagal bayar hutang, Anak Mas-menjadi hamba
akibat berkahwin dengan hamba wanita)
Sistem Politik, Ekonomi dan Sosial
Masyarakat Melayu Tradisional
Perubahan dalam Sistem Ekonomi
(Ekonomi Sara Diri kepada Perdagangan)
Pertanian, Perikanan & Mengumpul hasil hutan
Pertukangan
Perlombongan
Perdagangan
Sistem Politik, Ekonomi dan Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Perubahan dalam Sistem Sosial
Perkembangan/Kemasukan Sistem Kepercayaan dan Agama baru Islam/Kristian
Adat - Pengaruh bahasa Asing dalam bahasa Melayu
Bahasa Pengaruh bahasa Asing dalam bahasa Melayu Sumbangan Kerajaan Melayu
Melaka
Terhadap Kerajaan Malaysia Moden
Politik/Pentadbiran
Pemakaian sistem pentadbiran monarki
Sistem Pembesar Tradisonal vs Sistem
Pentadbiran Moden
Bendahara vs Perdana Menteri
Temenggung vs Ketua Polis Negara
Laksamana vs Ketua Angkatan Tentera dll
Undang-undang
Penerimaan undang-undang Islam dan undang-undang adat dalam sistem perundangan
Malaysia moden

Sumbangan Kerajaan Melayu Melaka Terhadap Kerajaan Malaysia Moden


Sosial
Wujudnya masyarakat majmuk (Cina, India,Serani)
Perkembangan agama dan sistem kepercayaan (Hindu/Islam/Kristian/Budhha dll)
Perkembangan bahasa Melayu Pengaruh bahasa asing
Kepelbagaian budaya (Melayu, India, Baba Nyonya, Serani)
Percampuran elemen budaya sesuatu kaum
Rujukan Asas
Andaya., Barbara Watson & Leonard Y. (2001) A History of Malaysia. Hawaii : University of
Hawaii Press.
INTAN (1994). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.
Lotfi Ismail (1976) Sejarah Malaysia 1400-1963. KL: Penerbitan Utusan.
Muhammad Yusof Hashim (1992) The Malay Sultanate of Malacca. KL: DBP.
Nukilan mendan a.k.a. at 12:24 PTG
Labels: Nota Kuliah MPW2133 Politik Malaysia

Tiada ulasan:

Anda mungkin juga menyukai