Anda di halaman 1dari 2

bX-1sgzz8

Realitinya ramai ibubapa yang amat terkilan dengan keputusan PT3. Saya adalah
antara seorang ibu yang mempunyai seorang anak lelaki di SBP.....menjadi bahan
rintis pelaksanaan PBS. Rata-rata keputusan SBP jatuh menjunam seperti tragis
kapal terbang. Bezanya calon PT3 masih boleh bangkit dan berdiri.
Saya tidak dapat nafikan bahawa proses perubahan dan pelaksanaan PBS memang
mengecewakan....terdapat beberapa kelemahan. Namun sebagai pendukung
kepada pelaksanaan Dasar Kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab kami cuma
melaksanakan sebaik yang mungkin. Sebenarnya hala tuju dan intipati PBS adalah
baik.
Dari sudut seorang guru, PdP (Pembelajaran dan Pengajaran) dilaksanakan
seperti biasa....konsep isi kandungan pelajaran perlu difahami oleh murid dan
mencapai objektif. Kemudian murid akan ditingkatkan lagi keupayaan berfikir
mereka melalui penambahan bilangan soalan tahap analisis dan sinstesis. Inilah
yang dikatakan penerapan unsur unsur KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Jika
dahulu nisbah kesukaran soalan PMR adalah 5:3:2 (rendah:sederhana:sukar) tetapi
PT3 ialah 3:4:3 (rendah:sederhana:sukar) Kemudian guru-guru akan mencatatkan
tahap pencapaian murid dalam setiap kemahiran yang dilalui, iaitu Pentaksiran
Sekolah yang dinyakan dalam bentuk band.
Dari sudut seorang murid, mereka perlu sentiasa aktif dalam mengikuti proses
PdP kerana setiap kemahiran yang dipelajari akan dinilai pencapaian dalam bentuk
band. Selain itu semua perkara yang ada dalam setiap tajuk mempunyai
kebarangkalian ataupun berkemungkinan akan keluar. Maka pada saat ini, muridmurid wajarlah sedar bahawa mereka perlu peka dengan apa yang dipelajari
didalam kelas dan menyelesaikan segala tugasan pada waktu semasa. Secara tidak
langsung, kita telah mendidik murid agar lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri
pada setiap waktu persekolahan. Murid juga perlu malatih diri untuk berkomunikasi
dengan baik kerana mereka akan diuji dalam Ujian Lisan. Perkara yang seringkali
menjadi masalah kepada guru ialah, murid-murid langsung tidak berminat dengan
Subjek Sejarah. Justeru itu kajian Kes Sejarah telah memaksa mereka melalui
proses pembacaan, pengumpulan maklumat, penulisan bahan dan sebagainya.

Dari sudut seorang ibubapa, kita hendaklah cuba memahami dasar dan matlamat
kerajaan. Cuba mendapatkan maklumat dari mana-mana dan yang paling mudah
daripada pihak sekolah. Cuba kita bandingkan anak PMR dan anak PT3. Kalau
dahulu kita tahu anak kita selalu mendapat markah Matematik sekitar 60 hingga 70,
tetapi bila PMR mereka mendapat A. Ataupun anak kita tidak pernah mendapat
'Straight A' dalam peperiksaan di sekolah dan percubaan PMR, tiba-tiba PMR
'Straight A'. Logikkah tiba-tiba dalam masa sebulan anak kita pandai dengan
mendadak (boleh berlaku tetapi jarang sekali). Masuk anak PMR ke Tingkatan 4,
Matematik Tambahan gagal sesaje. Namun masih ada murid PMR yang boleh skor
A dalam Matematik Tambahan....kenapa boleh berlaku demikian. Murid skor
Matematik Tambahan A adalah murid yang PMR A Matematik dengan skor 90+,
tetapi murid yang gagal Matematik Tambahan adalah murid yang PMR A Matematik
dengan skor 70+. (Pengredan ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan berdasarkan
statistik tertentu).
Berbeza dengan murid PT3, A mereka adalah dalam ranking markah 80-100, dan
tidak sama sekali berubahan oleh mana-mana faktor. Jika hanya terdapat 83 orang
sahaja Straight A seluruh negara, itulah gambaran sebenar bahawa murid tersebut
benar-benar bijak, rajin, tekun, bersungguh-sungguh dan sebagainya. Mungkin anak
kita memang pandai, tetapi dia kurang rajin.......ataupun mungkin anak kita rajin
tetapi dia kurang bijak. Ini adalah realiti yang perlu difahami oleh kita sebagai
ibubapa.

Dari sudut pihak sekolah, Dasar Kerajaan totally sudah berubah.....maka dasar
pentadbiran sekolah perlu berubah. Jangan sama sekali kita membiarkan anak-anak
yang cerdik pandai mencari ilmu sendiri.....mereka perlu dibimbing. Murid-murid
perlu didedahkan dengan KBAT....PdP mesti ada KBAT......PdP mesti relevan
dengan perubahan semasa. Tiket kepandaian anak anak di SBP bukan tiket untuk
pihak pentadbiran dan guru bersenang senang kerana pelanggan sudah pandai.
Sepatutnya tiket inilah yang digunakan untuk menghasilkan murid yang cukup
berkualiti dan unggul. Guru sudah tidak boleh buta IT....guru perlu memastikan
pembelajaran boleh berlaku sepanjang masa dan dimana sahaja.

Anda mungkin juga menyukai