Anda di halaman 1dari 12

PETUA UNTUK MUDAH MENGINGATI PELAJARAN DAN TIDAK LUPA

(Baca sebelum mula membaca)


Letakkan ibu jari kanan di tengah-tengah dada dan bacalah surah AL Ala . Pada ayat
yang ke 6 hendaklah dibaca sebanyak 10x dan kemudian teruskan bacaan sehingga
akhir surah. Mudah-mudahan apa yang anada baca tidak mudah dilupai
DOA MINTA HATI TETAP BERPEGANG AGAMA

DOA KECERGASAN MENJAUHKAN LEMAH DAN


MALAS
AYAT SERIBU DINAR

DOA MEMOHON DIHINDARI DARIPADA GODAAN


SYAITAN

"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan.


Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu
tidak menghampiriku
DOA MURAH REZEKI

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit


(yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami dan bagi orang-
orang yang datang sesudah kami. Dan (turunkanlah) tanda kekuasaan-MU
dan berilah rezeki kepada kami. Karena Engkau-lah sebaik-baik pemberi
rezeki
Doa Sewaktu Berada Dewan Peperiksaan
Disarankan supaya doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu
sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1) Doa Sebelum Masuk Kelas / Dewan Peperiksaan

"Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan


petunjukMu)"

2) Doa Ketika Memasuki Dewan Peperiksaan

Dan katakanlah Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan


yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara
keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisi MU
hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku
3) Ketika Menerima Kertas Soalan 1

"Wahai tuhanku, masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia
serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar dan mulia;
dan berikanlah kepadaku daripadaku daripada sisimu hujah keterangan serta
kekuasaan yang menolongku."

Atau:
KETIKA MENERIMA KERTAS SOALAN II/
ATAU SUKAR MENJAWAB SOALAN

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan
engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti
akan menjadi mudah].
4) Doa Sebelum Menjawab Soalan Peperiksaan

Sebelum mula menjawab soalan peperiksaan dan sebagainya, bolehlah


dimulakan dengan membaca potongan doa dari ayat Al-Quran berikut. Insyallah,
segala yang dilakukan akan mudah diingat dan mendapat keberkatan Allah
SWT..

Sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an ini di atas sebuah gunung, Nescaya


engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah-belah kerana takut kepada
Allah...dan (ingatlah) misalan perumpamaan ini Kami kemukakan kepada
ummat manusia Supaya mereka memikirkannya.

6) DOA APABILA TERLUPA KETIKA MENJAWAB SOALAN


Atau:

7) DOA JIKA TERLUPA JAWAPAN

"Ya Allah, Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan
padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku."

8) DOA KETIKA BUNTU MENJAWAB SOALAN

"Wahai Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus; Dengan RahmatMu daku
memohon pertolongan."

Atau:
9) DOA PEMBUKA REZEKI

.
Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang
haram, dan cukupkanlah aku dengan karunia-Mu dari bergantung pada
selain-Mu.

10) SETELAH SELESAI MENJAWAB BACALAH DOA


MOHON AGAR BEROLEH KEJAYAAN CEMERLANG

"Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para
syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi
musuh".

Kepada semua calon yang berjuang di dalam kelas dan dewan peperiksaan
Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan dan
proses mengingat, dapat menjawabdengan baik dan menepati kehendak soalan
seterusnya diberikan kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah

Anda mungkin juga menyukai