Anda di halaman 1dari 65

BIMBINGAN IBADAT HAJI

Disusun oleh Almarhum Ustaz Syed Abdillah Aljufrie Cetakan Pertama Oct 1981 Disemak Sep 2002 2008 Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)

KANDUNGAN
Menjelang keberangkatan Semasa naik kenderaan Di dalam perjalanan Semasa persinggahan Persiapan untuk berihram Sembahyang sunat Ihram Niat Haji dan Umrah Bacaan Talbiah Ketika masuk ke Tanah Haram Mekah Doa ketika melangkah masuk ke Masjid Al-Haram melalui Babus Salaam Apabila ternampak Kaabah Semasa menuju ke Al-Hajar Al-Aswad Niat tawaf Haji Niat tawaf Umrah Niat tawaf Qudum Niat tawaf Sunat Apabila sampai setentang pintu Kaabah Apabila sampai di rukun Iraqi Apabila sampai di bawah saluran Kaabah Apabila sampai di rukun Syami Apabila sampai di rukun Yamani Sembahyang Sunat Tawaf Doa ketika berada di Al-Multazam Doa ketika berada di Hijir Ismail Doa ketika minum air Zamzam Bacaan-bacaan dalam Sai Perjalanan pertama dari Safa ke Marwah 1 4 4 8 9 9 9 11 11 12 13 13 14 14 14 15 15 15 15 16 16 17 20 21 23 23 24

Apabila sampai di tiang-tiang hijau, berlari-lari anak Apabila naik di Bukit Marwah Perjalanan kedua dari Marwah ke Safa Apabila sampai di tiang-tiang hijau Kemudian naik ke Bukit Safa Perjalanan ketiga dari Safa ke Marwah Apabila sampai di tiang-tiang hijau Perjalanan keempat dari Marwah ke Safa Perjalanan yang kelima dari Safa ke Marwah Perjalanan keenam dari Marwah ke Safa Perjalanan ke tujuh dari Safa ke Marwah Doa ketika bercukur Setelah selesai bercukur Doa pada hari Arafah Doa ketika tiba di Muzdalifah Doa di Masy'aril Haram Muzdalifah Setelah itu diperbanyakkan bacaan Doa Apabila Sampai Di Mina Bacaan semasa melontar Setelah melontar Tawaf Wada' Doa Selepas Salat Sunat Tawaf Doa Khas Di Multazam Selepas Tawaf Wada' Sahaja (jika Ada Kelapangan Waktu Dan Tempat) Ziarah Ke Makam Rasulullah S.A.W Rujukan

25 26 27 28 28 29 29 31 32 34 35 37 37 38 39 40 43 43 43 44 44 45 49 49 55

Prakata
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dengan sukacitanya menerbitkan sebuah buku kecil yang diringkaskan daripada buku Bimbingan Ibadat Haji. Buku ini mengandungi lafaz niat dan bacaan doa untuk mengerjakan Haji atau Umrah dan dikeluarkan dalam bentuk yang mudah dibawa ke mana-mana. MUIS mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berangkat dan selamat menunaikan fardu Haji dan Umrah. Mudah-mudahan semua bakal Haji akan sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat hingga kembali ke tanah air dengan mendapat Haji yang Mabrur. Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)

Bimbingan Ibadat Haji

Menjelang Keberangkatan Sebelum anda berangkat keluar dari rumah sembahyanglah dua rakaat Sunat Safar Belayar. Niat:

Sahaja aku sembahyang dua rakaat sunat Safar kerana Allah Taala. Dibaca pada rakaat pertama Al-Fatihah dan Al-Kafirun dan pada rakaat kedua Al-Fatihah dan Al-Ikhlas. Kemudian baca doa ini:

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Ya Allah, Engkau lah rakan dalam pelayaran ini dan Engkau lah juga pengganti yang tinggal dengan keluarga, harta, anak dan sahabat. Peliharalah kami dan mereka daripada segala penyakit dan bencana. Ya Allah, kami bermohon agar mendapat kebajikan dan taqwa dalam pelayaran kami ini. Dan dapat membuat amalan yang Engkau cinta dan Engkau redhai. Ya Allah, kami bermohon agar Engkau permudahkan perjalanan ini dan Engkau ringankan kesusahannya dan Engkau kurniakan kami dalam pelayaran ini keselamatan pada badan, agama dan harta, dan Engkau sampaikan kami menunaikan Haji ke rumah suci-Mu dan menziarahi Nabi-Mu Muhammad s.a.w. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari kepayahan pelayaran, dan buruk kesudahan dan pemandangan pada keluarga, serta anak-anak dan sahabat. Ya Allah, letakkanlah kami dan mereka dalam perlindungan-Mu dan janganlah Engkau tarik nikmat-Mu dari kami dan mereka, dan janganlah Engkau ubahkan keyakinan yang ada pada kami dan

Bimbingan Ibadat Haji

mereka. Ya Allah, aku menuju kepada-Mu dan berpegang denganMu. Jagalah aku dalam perkara yang merunsingkan aku atau yang tidak aku ambil berat dengannya. Ya Allah, bekalkan aku dengan taqwa dan ampunilah dosaku. Apabila melangkah keluar bacalah:

Ertinya: Dengan nama Allah, aku beriman kepada Allah. Aku berserah kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu jangan sampai aku sesat atau disesatkan, menjadi hina atau dihinakan, terpesong atau dipesongkan, menganiaya atau dianiaya. Menjadi bodoh atau diperbodohkan. Ya Allah aku tidak keluar kerana tujuan jahat, kesombongan, menunjuk-nunjuk atau mencari nama, tetapi aku keluar kerana mengelakkan kemarahan-Mu, mencari keredaanMu, menunaikan kewajipan terhadap-Mu, menurut Sunnah NabiMu dan rindu-kan pertemuan dengan-Mu.

Bimbingan Ibadat Haji

Semasa Naik Kenderaan Apabila naik kenderaan bacalah:

Ertinya: Dengan nama Allah, dengan pertolongan Allah dan Allah yang Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan apa yang tidak dikehendaki-Nya, tidak akan berlaku. Maha suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini buat kami sedang kami tidak berkuasa atasnya dan kepada Tuhan kami, kami semua akan kembali. Setelah tetap duduk baca bacaan berikut ini sebanyak tujuh kali:

Ertinya: Maha suci Allah, segala puji bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah yang Maha Besar. Di Dalam Perjalanan Di dalam perjalanan perbanyakkanlah zikir dan selawat atas Nabi. Kalau ada sesuatu perkara yang menakutkan hendaklah dibaca:

Bimbingan Ibadat Haji

1. Ayatul Kursi (Baqarah: 254):

Ertinya: Allah, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup dan bersendiri, tidak didatangi mengantuk atau tidur, kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya kalau tidak dengan izin-Nya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka, mereka tidak dapat meliputi ilmu Tuhan dengan sesuatu melainkan dengan kehendak-Nya. Kursi kepunyaan-Nya luas tujuh petala langit dan bumi dan tidaklah menyusahkan-Nya untuk menjaga keduanya sedang Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar. Allah telah mempersaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Dia, begitu pula para malaikat dan para mereka yang mempunyai ilmu turut menyaksikan. Dia tegak dengan keadilan tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Gagah lagi Bijaksana. Sesungguhnya Agama yang di sisi Allah ialah Al-Islam.

Bimbingan Ibadat Haji

2. Surah Al-Ikhlas:

Ertinya: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Katakanlah (ya Muhammad): Dialah Allah yang Maha Esa. Allah yang dituju (untuk meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya. 3. Surah Al-Falaq:

Ertinya: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Katakanlah (ya Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan (yang mengatur) makhluk. Daripada kejahatan makhluk-Nya. Dan daripada Kejahatan malam, bila ia telah gelap. Dan daripada Kejahatan perempuan-perempuan tukang sihir yang meniup dengan air ludahnya pada buhul (simpul) tali. Dan daripada kejahatan orang yang dengki (iri hati), bila ia melahirkan dengkinya. 4. Surah An-Nas:

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Katakanlah (ya Muhammad). Aku berlindung kepada Tuhan yang mendidik manusia. Raja manusia. Tuhan manusia. Daripada kejahatan bisikan syaitan yang maju-mundur Yang membisikkan dalam hati manusia. Dari bangsa jin dan manusia.

Bimbingan Ibadat Haji

Dengan nama Allah tiada yang membawa kebaikan melainkan Allah, dengan nama Allah Tiada yang menghindarkan keburukan melainkan Allah. Cukuplah Allah bagiku Allah mendengar siapa yang berdoa tiada kesudahan bagi Allah, tiada tempat berlindung melainkan Allah. Allah telah mempastikan dengan kata-Nya: Aku dan Rasul-Ku pasti menang. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Perkasa. Aku berkubu dengan Tuhan yang Maha Besar. Aku memohon pertolongan dari Tuhan yang hidup tidak mati-mati. Ya Allah, jagalah kami dengan pengawasan-Mu dan perlindung-Mu yang tidak dapat ditembusi. Engkaulah harapan kami. Lembutkan hati hamba-bamba-Mu kepada kami dengan rahmat dan kelembutan daripada-Mu. Semasa Persinggahan Apabila turun di sesuatu tempat persinggahan sembahyanglah dua rakaat dan bacalah:

Ertinya: Aku berlindung dengan kailmah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat dilampaui oleh orang yang baik mahupun orang yang jahat dari segala kejahatan yang dijadikannya. Ya Allah berilah kami kebaikan tempat ini dan kebaikan yang ada di dalamnya dan selamatkan kami dari keburukannya. Ya Tuhan kami turunkanlah kami dengan keberkatan. Engkaulah sebaikbaik yang menurunkan.

Bimbingan Ibadat Haji

Sekiranya ada sesuatu yang menyukarkan, bacalah:

Ertinya: Ya Allah, tiada yang mudah melainkan apa yang telah Engkau menjadikannya mudah, dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah jika Engkau kehendaki. Persiapan Untuk Berihram Cukurlah rambut anda dan segala bulu yang perlu dibuang kemudian mandi dengan niat mandi Ihram. Kemudian memakai pakaian lhram dan bersembahyang dua rakaat sunat Ihram. Sembahyang sunat Ihram Niat:

Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat ihram 2 rakaat kerana Allah Taala. Bacaannya:Rakaat Pertama: Al-Fatihah dan Al-Kafirun Rakaat Kedua: Al-Fatihah dan Al-Ikhlas Niat Haji dan Umrah Selepas sembahyang berniatlah di dalam hati untuk mengerjakan Haji atau Umrah.

10

Bimbingan Ibadat Haji

Lafaz niat Haji:

Ertinya: Ya Allah sesungguhnya aku ingin mengerjakan haji mudahkanlah ianya bagiku dan terimalah ia dariku dan bantulah aku menyelesaikannya: Aku niat haji dan aku ihram dengannya kerana Allah Taala. Lafaz niat Umrah:

Ertinya: Ya Allah sesungguhnya aku ingin mengerjakan umrah mudahkanlah ianya bagiku dan terimalah ia dariku dan bantulah aku menyelesaikannya: Aku niat umrah dan aku ihram dengannya kerana Allah Taala. Haji dan Umrah sekaligus (Haji Qiran), lafaznya ialah:

Ertinya: Ya Allah sesungguhnya aku ingin mengerjakan haji dan umrah mudahkanlah keduanya bagiku dan terimalah keduanya dariku dan bantulah aku menyelesaikan kedua-duanya. Aku niat haji dan umrah sekaligus dan aku ihram dengan keduanya sekali kerana Allah Taala.

Bimbingan Ibadat Haji

11

Bacaan Talbiah Setelah berniat bacalah talbiah:

Ertinya: Aku menyahut seruan-Mu ya Allah. Aku menyahut seruanMu, aku menyahut seruan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu Aku menyahut seruan-Mu sesungguhnya segala puji dan segala nikmat bagi Mu dan kekuasaan juga bagi-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Ya Allah berihram kerana-Mu rambutku. kulitku, tulangku, darahku dari segala yang engkau haramkan atas orang yang berihram. Aku harapkan keredaan-Mu ya Allah. Kebahagiaan dan kebaikan adalah di dalam kekuasaan-Mu. Bacaan di atas ini hendaklah dibaca denga perlahan. Kemudian baharulah diulang-ulang bacaan talbiah itu hingga selesai Haji atau Umrah. Ketika masuk ke Tanah Haram Mekah Apabila masuk ke tanah haram Mekah bacalah:

12

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Ya Allah tanah haram ini Tanah Haram-Mu dan negeri ini negeri-Mu dan keamanan ini keamanan-Mu maka haramkanlah aku dari api neraka dan amankanlah aku di hari Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu. Doa ketika melangkah masuk ke Masjid Al-Haram melalui Babus Salaam

Bimbingan Ibadat Haji

13

Ertinya: Ya Allah ampunilah dosaku dan bukakanlah bagiku pintupintu rahmat, dan masukkanlah aku ke dalam rahmat-Mu dan permudahkanlah bagiku pintu-pintu rezki-Mu. Ya Allah sesungguhnya tempat ini adalah tempat suci-Mu dan tempat keamanan yang Kamu sediakan. Maka haramkanlah dagingku. kulitku dan tulangku dari api neraka. Ya Allah Engkaulah keselamatan, daripada-Mulah keselamatan, dan kepada-Mulah kembalinya keselamatan. Maka mudahkanlah kami dengan keselamatan dan masukkanlah kami di dalam syurga tempat keselamatan. Maka banyak keberkatan-Mu ya Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Ya Allah aku bermohon kepada-Mu agar Engkau mengampuni dosaku dan menghapuskan kesalahanku dan meringankan beban yang memberatiku dengan rahmat-Mu ya Tuhan yang Maha Penyayang. Apabila ternampak Kaabah bacalah:

Ertinya: Ya Allah tambahkanlah kemuliaan rumah ini, kebesaran dan kehebatannya. Dan tambahkanlah kemuliaan, kebesaran dan kebaikan kepada orang yang mengunjungi membuat Haji dan Umrah. Semasa menuju ke Al-Hajar Al-Aswad bacalah:

14

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Ya Allah, kerana keimanan kepada-Mu, membenarkan kitab-Mu, menunaikan janji-Mu dan menurut sunnah Nabi-Mu s.a.w. aku melakukan amalan ini. Lalu mengucupnya dan meletakkan dahi ke atasnya. Setelah itu berdirilah mengirikan Kaabah untuk memulakan perjalanan tawaf. Baca tawaf Haji niatlah tawaf Haji. Jika Umrah niatlah tawaf Umrah. Jika tawaf Sunat niatlah dalam hati tawaf Sunat. Niat tawaf Haji:

Ertinya: Aku berniat tawaf haji di Kaabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala. Niat tawaf Umrah:

Ertinya: Aku niat tawaf umrah di kabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala. Niat tawaf Qudum:

Ertinya: Aku niat tawaf qudum di kabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.

Bimbingan Ibadat Haji

15

Niat tawaf Sunat:

Ertinya: Aku berniat tawaf sunat di Kaabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala. Apabila sampai setentang pintu Kaabah, bacalah:

Ertinya: Ya Allah rumah ini rumah-Mu, tanah haram ini tanah haram-Mu dan keamanan ini keamanan-Mu dan inilah tempat orang berlindung dari azab-Mu. Selamatkanlah aku dari api neraka. Apabila sampai di rukun Iraqi, bacalah:

Ertinya: Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada sifat ragu dan syirik, permusuhan, kemunafikan dan keburukan akhlak, dan kesudahan dan pemandangan yang buruk pada keluarga, harta dan anak. Apabila sampai di bawah saluran Kaabah, bacalah:

16

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Ya Allah naungilah hamba-Mu di bawah naungan ArasyMu di hari tiada naungan melainkan naungan-Mu. Tiada yang kekal melainkan wajah-Mu, berilah aku minum dari telaga NabiMu Muhammad s.a.w dengan minuman yang puas yang tidak haus-haus lagi selepasnya. Apabila sampai di rukun Syami, bacalah:

Ertinya: Ya Allah jadikanlah Haji ini, Haji yang mabrur, perjalanan yang diterima dan perniagaan yang tidak rugi. Ya Tuhanku, ampunilah, kasihanilah, maafkanlah dan muliakan hamba-Mu ini. Maafkan kesalahanku yang Engkau ketahui kerana sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Pemurah. Apabila sampai di rukun Yamani, bacalah:

Bimbingan Ibadat Haji

17

Ertinya: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta selamatkanlah kami dari api neraka. Ya Allah, puaskanlah hatiku dengan rezki kurniaan-Mu dan berkatkanlah aku di dalamnya, dan gantikanlah mana-mana yang hilang dengan yang lebih baik. Ya Allah, aku berlindung denganMu dari kesempitan dada, kucar-kacirnya urusan dan siksaan kubur. Selain dari bacaan-bacaan di atas boleh juga membaca yang berikut pada keseluruhan pusingan:

Ertinya: Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah yang Maha Besar. Sembahyang Sunat Tawaf Setelah selesai tawaf, sembahyanglah dua rakaat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim. Lafaz niatnya:

Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah dan Al-Kafirun dan pada rakaat kedua Al-Fatihah dan Al-Ikhlas. Setelah selesai sembahyang bacalah doa ini:

18

Bimbingan Ibadat Haji

Bimbingan Ibadat Haji

19

Ertinya: Ya Allah sesungguhnya ini negeri-Mu yang suci, masjidMu yang suci, rumah-Mu yang suci. Aku adalah hamba-Mu dan anak kepada hamba-Mu. Telah datang syarat dengan dosa dan banyak kesalahan Dan amalan-amalan yang buruk dan inilah tempatnya bagi hamba yang berlindung dengan-Mu dari api neraka. Ya Allah selamatkanlah kami, maafkanlah kami, ampunilah kami dan kasihanilah kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Penyayang. Ya Allah bahawasanya Engkau telah memanggil hamba-hamba-Mu ke rumah suci-Mu dan sesungguhnya aku telah datang memohon keredaan-Mu, dan Engkau telah memberi kurnia kepadaku maka ampunilah aku, kasihanilah aku, afiatkan aku dan maafkan aku sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah berilah aku kemudahan dan jauhkan aku dari kepayahan, ampunilah aku di akhirat dan di dunia. Ya Allah peliharalah aku dengan sifat

20

Bimbingan Ibadat Haji

kelembutan-Mu dan jadikanlah aku dari golongan mereka yang cintakan-Mu, cintakan Malaikat-malaikat-Mu, Rasul-rasul-Mu, Nabi-nabi-Mu, hamba-hamba-Mu yang salih dan wali-wali-Mu orang yang bertaqwa. Ya Allah sebagaimana Engkau telah tunjuki aku kepada Islam maka tetapkanlah aku di dalamnya, arahkanlah aku kepada ketaatan-Mu dan ketaatan Rasul-Mu, selamatkanlah aku dari fitnah yang menyesatkan. Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui perkara yang tersembunyi dan yang terang dariku maka terimalah keuzuranku. Engkaulah yang mengetahui hajatku maka berilah Keinginanku, dan Engkau mengetahui apa yang di dalam diriku maka ampunilah dosaku. Ya Allah aku bermohon mendapat keimanan yang senantiasa hidup dalam hatiku dan keyakinan yang benar hingga aku yakin tidak ada sesuatu yang menimpaku melainkan apa yang telah Engkau tuliskan buatku, maka redakanlah aku dengan apa yang Engkau bahagikan untukku ya Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Ya Allah berselawatlah atas kekasih-Mu Muhammad dan atas sekalian Nabi dan Rasul dan keluarga setiap orang dari mereka dan sesiapa yang mengikutnya hingga ke hari kemudian. Doa ketika berada di Al-Multazam:

Bimbingan Ibadat Haji

21

Ertinya: Ya Allah Tuhan yang punya rumah yang unggul lni, merdekakanlah kami, Ibu bapa kami, saudara-saudara dan anakanak kami dari api neraka. Ya Allah yang mempunyai kemurahan kurnia dan pemberian ihsan perbaikilah kesudahan perkara kami dan selamatkanlah kami dari malu di dunia dan azab di akhirat. Ya Allah sesungguhnya aku hamba-Mu berdiri di pintu rahmatMu, aku bermohon kepada-Mu agar Engkau muliakan namaku, ringankan bebanku, perbaiki urusanku sucikan hatiku, terangi kuburku, ampunilah dosaku dan aku bermohon dapat tempat yang tinggi dalam syurga. Doa ketika berada di Hijir Ismail:

22

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Ya Allah Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku hamba-Mu dan aku patuh kepada janji-Mu sedaya upayaku. Aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan diriku sendiri. Aku berserah kepada-Mu akan nikmatMu kepadaku, dan aku berserah kepada-Mu akan dosa-dosaku, maka ampunilah aku kerana tiada siapa yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau. Ya Allah aku bermohon segala kebaikan yang diminta oleh hamba-hamba-Mu yang salih, aku berlindung dengan-Mu dari segala apa yang diminta perlindungan denganMu daripadanya, oleh hamba-hamba-Mu yang salih. Ya Allah dengan kemuliaan nama-nama-Mu yang baik dan sifat-sifat-Mu yang tinggi, bersihkanlah hati kami, matikanlah kami atas dasar sunnah dan jamaah serta rindukan pertemuan dengan-Mu. Ya Allah terangkan hatiku dengan cahaya ilmu, arahkan badanku supaya dipergunakan untuk taat kepada-Mu. Bersihkan batinku,

Bimbingan Ibadat Haji

23

selamatkanlah aku dari was-was syaitan, jangan sampai ia dapat menguasai aku. Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada-Mu, maka ampunilah kami dan selamatkaniah kami dari api neraka. Doa ketika minum air Zamzam:

Ertinya: Ya Allah sesungguhnya telah sampai kepada aku dari Nabi-Mu bahawa Baginda bersabda: Air zamzam itu diminum untuk apa, untuk itulah dia, maka aku meminum dengan harapan engkau.........* (niat dan mintalah apa yang hendak diminta hajat dunia dan akhirat). Ya Allah aku bermohon mendapatkan rezki yang luas, ilmu yang berguna, amalan yang dikabulkan dan sembuh daripada segala penyakit. Bacaan-bacaan Dalam Sai Apabila hendak memulakan Sai berdirilah di atas bukit Safa dan bacalah:

24

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu adalah daripada syiar-syiar agama Allah maka barangsiapa mengerjakan Haji atau Umrah tidaklah berdosa ia bertawaf (bersa'i) antara keduanya. Dan sesiapa yang menambah kebaikan maka sesungguhnya Allah menerima syukur dan Maha Mengetahui. Allah yang Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah. Segala puji bagi Allah kerana memberi Hidayah kepada kami, segala puji bagi Allah yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya. Kekuasaan juga bagi-Nya dan segala puji bagi-Nya. Dia yang menghidupkan dan yang mematikan. Segala kebaikan di dalam genggaman-Nya. Dan Dia amat berkuasa atas segala sesuatu. Tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Esa. Dia telah menunaikan janji-Nya, dia telah menolong hamba-Nya dan dia telah memusnahkan kumpulan-kumpulan jahat itu dengan sendiri-Nya. Tiada Tuhan melainkan Allah. Kami semua ikhlaskan agama untuk-Nya walaupun orang-orang yang kafir itu tidak menyukainya. Perjalanan pertama dari Safa ke Marwah:

Bimbingan Ibadat Haji

25

Ertinya: Allah yang Maha Besar segala puji bagi Allah sebanyakbanyaknya, Maha Suci Allah dengan segala kepujian-Nya pagi dan petang, di malam hari sujudlah engkau kepada-Nya dan bertasbihlah sepanjang malam, tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Esa yang telah menunaikan janji-Nya, menolong hambaNya dan memusnahkan musuh dengan sendiri-Nya, tiada sesuatu sebelum dan selepas-Nya, Dia yang menghidup dan mematikan sedang Dia hidup kekal tidak mati dan tidak luput selama-lamanya. Di dalam kekuasaan-Nya segala kebaikan dan kepada-Nya tempat kembali dan Dia Berkuasa atas segala sesuatu. Apabila sampai di tiang-tiang hijau, disunatkan bagi lelaki berlari-lari anak, bacalah:

26

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Ya Tuhanku, ampuni dan kasihani/maafkan dan limpahi kurniaan, hapuskan dosa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tidak kami ketahui. Sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Pemurah. Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami dari api neraka, dan gembirakanlah kami masuk ke syurga bersama-sama hamba-Mu yang telah Engkau kurniakan nikmat daripada para Nabi, para siddikin, para syuhada' dan salihin. Sesungguhnya amat baik mereka itu sebagai kawan. Itulah kurniaan daripada Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui: Tiada Tuhan melainkan Allah dengan sebenar. Tiada Tuhan melainkan Allah, aku menyahutnya tanda pengabdian. Tiada Tuhan melainkan Dia. Kami ikhlaskan agama kerana-Nya walaupun orang-orang yang kafir itu benci. Apabila naik di Bukit Marwah, bacalah:

Bimbingan Ibadat Haji

27

Ertinya: Sesungguhnya Safa dan Marwah dari syiar-syiar Allah maka barangsiapa membuat haji dan umrah tidaklah mengapa dia bertawaf (bersa'i) dengannya barangsiapa yang menambah kebaikan sesungguhnya Allah menerima syukur lagi mengetahui. Perjalanan kedua dari Marwah ke Safa:

28

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Tuhan yang Maha Besar (3x) segala puji bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Ya Allah Engkau menyuruh kami berdoa dengan firman-Mu: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan. Maka kami berdoa sebagaimana Engkau perintahkan maka perkenankanlah sebagaimana Engkau janjikan. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan bersihkanlah kesalahan kami dan matikanlah kami dalam kumpulan orang-orang yang baik. Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan menerusi Rasul-Rasul Mu dan janganlah Engkau kecewakan kami di Hari Kiamat sesungguhnya Engkau tidak mungkir janji. Ya Tuhan kami, kepada Engkau kami bertawakkal kepada Engkau kami rujuk dan kepadaMu jua tempat kembali. Ya Tuhan kami ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah lebih dahulu beriman dari kami dan janganlah Engkau jadikan di dalam hati kami sebarang kedengkian kepada mereka yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau pelembut dan penyayang. Apabila sampai di tiang-tiang hijau, bacalah:

Ertinya: Ya Tuhan, ampunilah, kasihanilah, maafkanlah dan limpahkanlah kurniaan, maafkanlah dosa yang Engkau ketahui sesungguhnya Engkau ketahui apa yang tidak kami ketahui. Sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Pemurah. Kemudian naik ke Bukit Safa dan baca:

Bimbingan Ibadat Haji

29

Ertinya: Sesungguhnya Safa dan Marwah dari syiar-syiar Allah maka barangsiapa membuat haji dan umrah tidaklah mengapa dia bertawaf (bersa'i) dengannya barangsiapa yang menambah kebaikan sesungguhnya Allah menerima syukur lagi mengetahui. Perjalanan ketiga dari Safa ke Marwah:

Ertinya: Allah yang Maha Besar (3x) segala puji Bagi Allah. Ya Tuhan kami sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami dan ampunkanlah kami sesungguhnya Engkau berkuasa atas sesuatu. Ya Allah aku memohon kebaikan semuanya yang cepat atau yang lambat dan aku memohon keampunan bagi dosaku, dan aku memohon rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Merahmati. Apabila sampai di tiang-tiang hijau, bacalah:

30

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Ya Tuhanku ampunilah, kasihanilah, maafkanlah dan limpahkanlah kurniaan, maafkanlah dosa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau ketahui apa yang tidak kami ketahui. Sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Pemurah. Ya Tuhan tambahkan ilmu aku, jangan palingkan hatiku setelah Engkau beri hidayat kepadaku. Berilah aku rahmat dari-Mu sesungguhnya Engkau Maha Pemberi. Ya Allah baiki keadaanku dalam pendengaran dan penglihatanku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Ya Allah aku berlindung dengan-Mu dari siksa kubur tiada Tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku dari golongan orang-orang yang zalim. Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dari kekufuran dan kepapaan. Ya Allah aku berlindung dengan keredaan-Mu dari kemurkaan-Mu, dan dengan kemaafanMu dari balasan-Mu, aku tidak dapat memuji kepada-Mu seperti puji-Mu sendiri kepada diri-Mu, segala puji bagi-Mu hingga kamu redai.

Bimbingan Ibadat Haji

31

Perjalanan keempat dari Marwah ke Safa:

32

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Aku bermohon kebaikan yang memang Engkau ketahui dan aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang memang engkau ketahui, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui yang ghaib-ghaib, tiada Tuhan melainkan Allah raja yang benar dan nyata. Muhammad Rasulullah benar menepati janji dan yang dipercayai. Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi hidayat kepada aku, kepada agama Islam, maka janganlah Engkau cabutnya daripada aku, hingga Engkau matikan aku di dalam Islam. Ya Allah jadikanlah bagiku cahaya dalam hatiku, dalam pendengaran dan penglihatanku. Ya Allah lapangkanlah dadaku, mudahkan urusanku. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada was-was hati dan kucar-kacirnya urusan dan aku berlindung dari azab kubur. Ya Allah aku berlindung dari kejahatan yang turun di waktu malam dan waktu siang. Ya Allah kami tidak dapat menyembah-Mu sebagaimana yang sepatutnya dan kami tidak dapat mengingati-Mu sebagaimana yang sewajarnya. Perjalanan yang kelima dari Safa ke Marwah:

Bimbingan Ibadat Haji

33

34

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Ya Allah cintakanlah kami kepada keimanan dan hiaskanlah dia di dalam hati kami. Dan bencikanlah kami kepada kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan dan jadikanlah kami daripada golongan orang yang terpimpin. Ya Allah selamatkanlah aku dari azab-Mu di hari Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu. Ya Allah pimpinlah aku dengan hidayah dan sucikanlah aku dengan taqwa dan ampunilah aku di dunia dan di akhirat. Ya Allah limpahkanlah atasku berkat-Mu, rahmat-Mu, kurniaan-Mu dan rezki-Mu. Ya Allah aku memohon nikmat yang berkekalan tidak berpindah dan tidak hilang. Ya Allah jadikanlah cahaya di dalam hatiku, pendengaranku, penglihatan-Ku, lidahku, di kanan dan di kiri dan di dalam jiwaku. Lapangkanlah dadaku dan mudahkan urusanku. Perjalanan keenam dari Marwah ke Safa:

Bimbingan Ibadat Haji

35

Ertinya: Ya Allah aku bermohon hidayah, taqwa, kesucian budi dan kekayaan. Ya Allah aku bermohon keredaan-Mu dan syurga dan aku berlindung dari kemurkaan-Mu dan neraka. Ya Allah kami mendapat petunjuk dengan Cahaya-Mu. Kami kaya dengan kurniaan-Mu, pagi Dan petang kami di dalam kandungan nikmat pemberian dan ihsan-Mu. Kami berlindung dengan-Mu daripada sifat kelemahan dan kemalasan, dan kami berlindung denganMu dari azab kubur dan ujian dan kami bermohon kemenangan mendapat syurga-Mu. Perjalanan ke tujuh dari Safa ke Marwah:

36

Bimbingan Ibadat Haji

Bimbingan Ibadat Haji

37

Ertinya: Ya Allah cintakanlah aku kepada keimanan dan hiaskanlah dia di dalam hatiku dan bencikanlah aku kepada kekufuran, kefasikan dan maksiat dan jadikanlah dari golongan orang yang terpimpin. Ya Allah sudahkanlah hayat kami dengan kebajikan, dan laksanakanlah cita-cita kami dengan limpah kurnia-Mu, dan mudahkanlah perjalanan kami untuk mencapai keredaan-Mu. Perbaikilah amalan kami dalam segala hal. Ya Tuhan yang menyelamatkan mereka yang tenggelam, yang menyelamatkan mereka yang terjerumus, yang melihat segala apa yang tersembunyi kesudahan tempat pengaduan. Ya Tuhan yang senantiasa memberi kebaikan, aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan apa yang telah Engkau beri kepada kami dan apa yang Engkau tahan dari kami. 'Ya Allah matikanlah kami dalam keadaan Islam dan masukkan kami dalam golongan orang yang salih hal keadaan kami tidak kecewa atau terfitnah. Ya Allah permudahkanlah dan janganlah mempersusahkan. Ya Allah sudahilah dengan kebaikan. Doa ketika bercukur:

Ertinya: Ya Allah, ubun-ubun kepalaku ini di dalam kekuasaanMu, maka jadikanlah setiap helai rambut ini suatu cahaya di Hari Kiamat. Dan ampunilah dosaku ya Tuhan yang Maha luas pengampunanNya. Setelah selesai bercukur dibaca:

38

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Segala puji bagi Allah yang telah menolongku menunaikan lbadat Haji ku ini. Ya Allah berilah aku suatu kebaikan dengan setiap helai rambut ini dan padamkanlah dengannya satu kejahatan. Dan angkatkan aku dengannya satu darjat, ampunilah aku dan sekalian yang bercukur dan bergunting dan sekalian Muslimin. Ya Allah tambahkanlah kami dengan keimanan, keyakinan, taufik dan pertolongan dan ampunilah kami serta ibu bapa kami. Doa pada hari Arafah Pada hari Arafah perbanyakkanlah doa dan pembacaan Al-Quran. Di antara bacaan yang elok dibuat pada hari Arafah: 1 2 Membaca Surah Al-lkhlas 1000 kali. Membaca 100 kali yang berikut:

Ertinya: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagi-Nya kekuasaan dan pujian dan Dia (Allah) berkuasa di-atas sesuatu. 3 Selepas Asar elok dibaca 100 kali:

Bimbingan Ibadat Haji

39

Ertinya: Dengan nama Allah, apa yang dikehendaki Allah, tiada siapa yang dapat membawa kebaikan melainkan Allah. Dengan nama Allah, apa yang dikehendaki Allah, tiada siapa dapat menolak kejahatan melainkan Allah. Dengan nama Allah, apa yang dikehendaki Allah, segala nikmat dari Allah. Dengan nama Allah, apa yang dikehendaki Allah, kebaikan semuanya di sisi Allah, Dengan nama Allah, apa yang dikehendaki Allah, tiada kekuatan melainkan dengan Allah. 4 Berdoalah apa-apa sahaja dan permintaan yang dikehendaki dari kebaikan dunia dan akhirat.

Doa ketika tiba di Muzdalifah:

40

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Ya Allah ini suatu perkumpulan ramai aku harapkan Engkau memberiku kumpulan segala kebaikan. Ya Allah Tuhan yang menjadikan Al-Masy'aril Haram, Al-Rukun (Kaabah) dan maqam, Tuhan yang menjadikan Tanah Al-Haram dan Masjid AlHaram, aku bermohon dengan cahaya zat-Mu yang mulia agar Engkau mengampuni dosaku, mengasihani aku dan mengumpulkan perkaraku dengan petunjuk dan menjadikan Taqwa bekalanku dan akhirat tempat yang baik bagi ku dan berilah aku keredaan-Mu di dunia dan di akhirat. Doa di Masy'aril Haram Muzdalifah

Bimbingan Ibadat Haji

41

42

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Ya Allah sebagaimana Engkau telah menyampaikan kami di sini, maka berilah kami taufik supaya selalu ingat kepada-Mu seperti juga Engkau telah memberi hidayah kepada kami, ampunilah kami dan kasihanilah kami sebagaimana yang telah Engkau janjikan dengan firman-Mu: "Apabila kamu telah beredar dari Arafah maka sebutlah nama Allah di Al-Masy'aril Haram dan ingatlah kepada-Nya sebagaimana Dia telah memberi hidayat kepadamu padahal dahulunya kamu dalam kesesatan, kemudian beredarlah kamu dari mana beredarnya manusia dan mintalah ampun dari Allah sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Penyayang. Ya Allah bukakanlah bagi kami pintu-pintu pengkabulan-Mu, ampunilah dosa kami, janganlah kecewakan kami, berilah kepada kami sebaik-baik yang Engkau berikan kepada hamba-Mu yang salih. Dan janganlah hendaknya Engkau edarkan kami dari tempat yang mulia ini melainkan dalam keadaan berjaya (mendapat keampunan dan keredaan-Mu), tidak kecewa dan tidak menyesal, tidak sesat dan tidak menyesatkan. Ya Allah pimpinlah kami ke arah keredaan-Mu. Ya Allah perbaikilah kami jika kami terpesong. Bantulah kami jika kami telah lurus bantulah kami dan jangan kecewakan kami, hidupkanlah kami dalam dunia ini dalam keadaan beriman, taat, berserah dan bertaubat. Jadikanlah kami orang yang akan menerima kitabnva dari sebelah kanan, aman dari ketakutan di hari itu, serta dapat nikmat melihat-

Bimbingan Ibadat Haji

43

Mu dengan rahmat-Mu. Setelah itu diperbanyakkan bacaan:

Ertinya: Ya Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkanlah kami dari api neraka. Doa Apabila Sampai Di Mina

Ertinya: Segala puji bagi Allah yang telah selamat menyampaikan aku ke Mina dalam selamat dan afiat. Ya Allah, aku hamba-Mu dan anak dari hamba-Mu aku telah sampai ke Mina ini, aku pohonkan pemberian dan kurniaan seperti yang telah Engkau kurniakan kepada para wali-Mu. Ya Allah aku berlindung denganMu daripada kekecewaan dan bencana pada agama dan duniaku. Bacaan semasa melontar:

44

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Dengan nama Allah, Allah yang Maha Besar, ini rejaman terhadap syaitan dan kuncu-kuncunya. Setelah melontar bacalah:

Ertinya: Ya Allah jadikanlah Haji ini Haji yang mabrur, terampun dosa-dosa, diterima segala amalan-amalan dan dijadikan sebagai amal salih yang makbul dan perniagaan yang tidak rugi. Tawaf Wada' Ketika hendak meninggalkan Mekah, wajiblah bertawaf Wada' iaitu tawaf perpisahan. Berniatlah untuk bertawaf Wada'. Lafaznya:

Ertinya: Aku berniat - Tawaf di Baitullah ini tawaf Wada' tujuh pusingan kerana Allah Taala. Bacaan-bacaan tawaf dan peraturan samalah seperti yang disebutkan sebelum ini. Setelah tawaf, sembahyang dua rakaat sunat tawaf. Salat sunat Tawaf dua rakaat:

Bimbingan Ibadat Haji

45

Ertinya: Sahaja aku salat sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah Taala. Doa Selepas Salat Sunat Tawaf Di antara doa yang baik dibaca selepas tawaf wada:

46

Bimbingan Ibadat Haji

Bimbingan Ibadat Haji

47

Demi Tuhan yang menurunkan kepada engkau, wahai Muhammad, Al-Quran. Kami akan mengembalikan engkau ke tanah air engkau. Ya Allah, Tuhan yang memberi segala perlindungan. Lindungilah aku ya Allah yang Maha mendengar, perkenankanlah permohonanku, ya Allah Tuhan yang Maha Gagah dan Perkasa, tutupkanlah segala kelemahanku, ya Allah yang Maha Pemurah, kasihanilah aku. Ya Allah, murahkanlah rezki ku supaya dapat aku kembali menziarahi Baitullah berulang kali untuk beribadat kepada Engkau. Ya Allah, selamatkanlah hamba-hamba Engkau yang menziarahi rumah Engkau dengan mengerjakan fardhu Haji. Ya Allah, Tuhan yang Maha Gagah dan Perkasa, tutupkanlah segala kelemahanku, ya Allah yang Maha Pemurah, kasihanilah aku.

48

Bimbingan Ibadat Haji

Ya Allah, selamatkan hamba-hamba Engkau yang menziarahi rumah Engkau dengan mengerjakan fardhu Haji, mereka yang berjihad, mereka yang musafir, juga mereka yang bermukim di atas daratan dan di lautan daripada umat Muhammad s.a.w. Ya Allah, peliharalah aku sehingga aku sampai kembali kepada anak isteriku dan negeriku. Ya Allah, janganlah Engkau jauhkan dariku rahmat-Mu walau sekelip mata sekalipun. Ya Allah, Engkaulah taulan kami dalam perjalanan dan Engkaulah yang memelihara anak isteri kami sepeninggalan kami menziarahi rumah Engkau, hancurkan semua musuh-musuh kami, dan kakukanlah mereka sehingga tidak dapat bergerak untuk membinasakan kami. Ya Allah, janganlah Engkau jadikan hari ini hari penghabisan bagiku menziarahi rumah Engkau. Ya Allah, kurniakanlah rahmat-Mu ke atasku dengan memberi petunjuk kepadaku meninggalkan segala larangan-Mu selama hayatku, dan janganlah Engkau beratkan aku dengan perkara yang tidak menyenangkan aku, Berilah kepadaku pandangan yang waras supaya aku dapat mengerjakan segala pekerjaan yang mendapat keredhaan-Mu. Ya Allah, berilah aku nikmat penglihatanku seterusnya hingga ke akhir hayatku dan perlihatkan aku pembalasan-Mu terhadap musuhku dan tolonglah aku daripada mereka yang menganiaya aku. Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada segala apa yang mendukacitakan aku, segala kelemahan, malas, penakut menghadapi segala cabaran, kikir kedekut dan bergelumang di dalam hutang yang tidak berkeputusan. Ya Allah, aku memohon kepada Engkau segala kebaikan dan kebajikan dalam perjalanan kami, dan keredhaanMu di dalam segala pekerjaan. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami, dan perdekatkanlah yang jauh, Engkau ya Allah menolong kami dalam perjalanan. Engkaulah yang memelihara anak isteri kami. Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada segala kesusahan, di dalam perjalanan, buruk pandangan, dan kesudahan pada harta benda ahli keluarga dan anak-anak, ya Allah sertakanlah keampunan Engkau. Ya Allah percepatkan dan ringankan beban pelayaran kami dan selamatkan kami daripada segala yang mendukacitakan.

Bimbingan Ibadat Haji

49

Ya Allah, sampaikanlah perkhabaran yang baik kepada kami dan berilah khabaran yang baik kepada kami dan berilah keredhaanMu kepada kami, sesungguhnya Engkau amat berkuasa. Ya Allah, peliharakanlah kami di dalam perjalanan kami, peliharalah anak isteri kami. Ya Allah peliharalah aku, di hadapanku, di belakangku, di kananku, di kiriku, di atasku; aku berlindung dengan kebesaran Engkau daripada segala yang membinasakan aku, dari bawahku wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Doa Khas Di Multazam Selepas Tawaf Wada' Sahaja (jika Ada Kelapangan Waktu Dan Tempat)

Ya Allah, janganlah jadikan Tawaf dan ziarah hamba ini sebagai kali yang penghabisan di Baitullah. Ziarah Ke Makam Rasulullah s.a.w Setelah selesai mengerjakan Haji dan Umrah, sunat berziarah ke Makam Rasulullah s.a.w. Adab-adab berziarah: 1 2 Dalam perjalanan menuju ke Madinah hendaklah diperbanyakkan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w Doa apabila kelihatan rumah-rumah di Madinah:

50

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Ya Allah sesungguhnya ini adalah Tanah Haram NabiMu, Engkau telah mengharamkannya menerusi lidah Nabi-Mu, maka jadikanlah ianya penyelamat bagiku daripada api neraka. 3 Setelah sampai di Madinah hendaklah mandi dan kemaskan diri dengan pakaian yang bersih dan indah serta bau-bauan yang harum untuk berkunjung ke Masjid dan makam Rasulullah s a w. Semasa keluar ikhlaskan hati serta dalam khusyu' dan tawadhu' Bersedekah sebelum masuk ke Masjid. Apabila sampai di Masjid masuklah dari bab Jibril atau bab Assalam dan bacalah:

4 5 6

Ertinya: Ya Tuhanku masukkanlah aku dengan kebenaran dan keluarkanlah aku dengan kebenaran dan jadikanlah bagiku kekuasaan yang dapat membantu. Ya Allah cucurilah selawat-Mu atas Nabi Muhammad dan keluarganya dan ampunilah dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu dan masukkanlah aku ke dalamnya. 7 Setelah masuk ke dalam Masjid, sembahyanglah dua rakaat sunnat tahiyat Masjid. Kalau boleh masuklah ke Raudhah kemudian baca doa ini semasa berada di Raudhah:

Bimbingan Ibadat Haji

51

Ertinya: Ya Allah sesungguhnya inilah satu dari taman-taman syurga yang telah Engkau muliakan dan Engkau terangi dengan cahaya Nabi-Mu dan kekasih-Mu Muhammad s.a.w, maka himpunkanlah aku di dalam kumpulannya dan matikanlah aku dalam kecintaan kepadanya dan dalam sunnahnya. Dan berilah aku minum dari telaganya dengan tangannya yang mulia suatu minuman yang memuaskan yang tidak akan haus lagi selepasnya, sesungguhnya Engkau amat berkuasa atas segala sesuatu. 8 Setelah selesai sembahyang, bangunlah untuk menziarahi maqam baginda yang mulia dan berdiri di hadapannya dengan penuh hormat dan menundukkan kepala sambil mengucapkan salam yang berikut:

52

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Sejahtera atas-Mu wahai penghulu yang mulia, rasul yang besar, yang pelembut dan penyayang serta rahmat Allah dan berkatnya, sejahtera atas-Mu wahai Nabi pilihan Allah, wahai kekasih Allah. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa tiada sekutu baginya, dan saksi bahawa tuan hamba Allah dan pesuruh-Nya dan aku menyaksikan bahawa tuan telah menyampaikan utusan, menunaikan amanah, menasihati umat dan telah berjuang pada jalan Allah dengan sebenar perjuangan. Tuhan sahajalah yang membalas kepada tuan bagi pihak kami dengan sebaik-baik balasan. 9 Kemudian beredar kadar sehasta lalu memberi salam kepada Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.:

Bimbingan Ibadat Haji

53

Ertinya: Sejahtera atas-Mu wahai Khalifah Rasulullah, wahai rakannya semasa dalam gua. Sesungguhnya kamu telah membantu mengembangkan Islam, dan menghubungkan silaturrahim dan terus menegakkan kebenaran hingga akhir hayatMu. 10 Kemudian beredar lagi sehasta memberi salam kepada Sayidina Umar r.a.:

Ertinya: Sejahtera atas-Mu wahai orang yang bercakap dengan kebenaran, yang dimuliakan oleh Allah agama Islam dengannya dan terhina dengannya segala musuh-musuh yang jahat. 11 Kemudian kembali ke Maqam Rasulullah s.a.w. dan berdoa:

54

Bimbingan Ibadat Haji

Ertinya: Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah selawat dan salam atas Saidina Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Sejahtera atasmu wahai junjunganku Rasulullah. Bahawasanya Allah telah menurunkan atasmu kitab-Nya yang benar dan Dia berfirman di dalamnya, Sekiranya mereka yang telah menganiaya diri mereka itu datang kepada-Mu dan memohonkan keampunan kepada Allah dan Rasulullah juga memintakan pengampunan untuk mereka nescaya mereka dapati Allah menerima taubat mereka lagi penyayang, maka dari itu saya telah datang memohon ampun dari dosaku kepada Allah dan memohon syafaat-Mu kepada Tuhan. Maka berilah aku syafaat kelak wahai pemberi syafaat kepada umat dan selamatkanlah saya daripada api neraka, wahai Nabi pembawa rahmat. Selawat dan salam atas-Mu dan atas sekalian para Nabi dan Rasul. Kirim salam daripada... (Sebutkan nama orangnya). Ertinya: Sejahtera atas-Mu wahai Nabi serta rahmat Allah dan berkatnya. Ya junjunganku wahai Rasulullah aku datang memberi salam kepada tuan daripada......., dia memohon syafaat daripadaMu untuk mendapatkan pengampunan bagi dosanya, berilah syafaat di sisi Allah kepadanya wahai Rasulullah.

Bimbingan Ibadat Haji

55

Rujukan Serulah manusia mengerjakan Haji, nescaya mereka akan datang segenap penjuru yang jauh. (Surah al-Haj ayat 27) Adalah menjadi kewajipan manusia terhadap Allah, mengerjakan Haji ke Baitullah, di atas sesiapa yang mampu melakukan perjalanan ke sana. (Surah al-Imran ayat 97) Sesungguhnya, rumah pertama yang dibangunkan untuk manusia beribadat ialah yang ada di Bakka (Makkah). Yang penuh berkat dan menjadi petunjuk bagi semesta alam. (Surah al-Imran ayat 96) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. katanya: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang mengerjakan Haji kerana Allah kemudian ia tidak melakukan sebarang kekejian maksiat, sucilah dia dari segala dosanya seumpama ia baru lahir dari perut ibunya (belum ada dosa). (Bukhari dan Muslim) Di situ (di Makkah) ada bukti-bukti yang nyata seperti Makam lbrahim barangsiapa yang memasukinya ia akan aman. (Surah al-Imran ayat 97) Sesungguhnya, Safa dan Marwah itu sebahagian dari Syiar Allah. Barangsiapa yang berkunjung ke Baitullah kerana hendak mengerjakan Haji atau Umrah, tiadalah salah ianya mengelilingi keduanya. Dan barangsiapa yang dengan sukacita membuat kebaikan, sesungguhnya Allah Maha Berterima kasih lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah ayat 158) Ibadat Haji dilakukan pada bulan-bulan yang ditentukan. Maka barangsiapa yang telah menetapkan niatnya dalam bulan itu mengerjakan Haji tidak boleh ia berkata-kata yang kotor dan keji dan janganlah ia berlaku jahat dan bermusuhan dalam masa ia mengerjakan Haji itu. (Surah al-Baqarah ayat 197) Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Dari Umrah ke Umrah adalah penghapus dosa di

56

Bimbingan Ibadat Haji

antara dua Umrah itu, dan Haji yang mabrur itu tidak lain ganjarannya melainkan syurga". (Muttafaqun Alaihi) Tiada mengapa kalau kamu mencari kurnia Tuhanmu kemudian apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Tuhan dekat peringatan suci (Al-Masy'aril Haram). (Surah al-Baqarah ayat 198)

Anda mungkin juga menyukai