Anda di halaman 1dari 6

Karangan peribahasa

Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa , Sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit.


Kisah seorang budak yang sentiasa berjimat cermat
suka menyimpan wang
i. sejak di bangku sekolah rendah suka menabung sebahagian daripada duit belanja sekolah di dalam
tabung di rumah.
ii. di sekolah menengah - membuka akaun simpanan di bank dan teruskan amalan menyimpan
iii. dapat masuk ke universiti - ibu bapa tidak mampu membayar yuran universiti
iv. menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan di universiti - lulus dengan cemerlang
v. mendapat pekerjaan yang baik - jawatan tinggi dengan swasta - masih amalkan tabungan
vi. duit simpanan telah mencapai RM 500,000.00 . Gunakan untuk
membeli rumah batu
kenderaan
hantar ibu bapa menunaikan haji
vii. hidup senang-lenang hasil daripada berjimat-cermat dan amalan menabung
Tegaskan tajuk peribahasa - betul kata orang , Sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit.
soalan 49
Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa Hangat-hangat Tahi Ayam
Amri murid Tahun Enam Mawar - baru bertukar ke Sekolah Kebangsaan Darau
a. merupakan murid yang rajin - berdisiplin - dijadikan murid contoh di dalam kelas - bergaul dengan
murid-murid nakal - sikapnya mula berubah.
b. Cikgu Ramlah sedar akan perubahan diari Amri - panggil Amri ke bilik guru
- menasihati Amri - Amri diam - menangis
c. ada peperiksaan - Amri mendapat markah yang rendah
Amri sedar akan kesilapannya - berazam untuk mengubah sikap.
soalan 50
Tuliskan sebuah karangan berdasarkan kepada peribahasa Bagai Kacang Melupakan Kulit
Sani anak yatim piatu -ibu dan ayahnya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Pak Awang ambil
sebagai anak angkat.

a. Pak Awang orang miskin - rajin bekerja - Sani dapat sekolah - ditanggung oleh Pak Awang - dijaga
dengan baik.
b. Sani berjaya - melanjutkan pelajaran ke luar negara - bidang doktor - Pak Awang berasa bangga berharap dapat bergantung hidup dengan Sani.
c. Sani berjaya menjadi seorang doktor - bergaji besar - tidak pernah pulang menjenguk Pak Awang segala jasa Pak Awang dilupakan - Pak Awang berasa sedih.
Sikap Sani seperti kacang lupakan kulit. Pak Awang hidup dalam kesusahan.
soalan 51
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Di mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan
Rahim memberitahu keluarganya tentang niatnya untuk berniaga - ibu bapanya
menasihati - banyak risiko.
a. Rahim memulakan perniagaan- membaiki motosikal kawan-kawannya - perniagaan Rahim
semakin maju - Rahim membuka bengkel.
b. bengkel Rahim lengkap - Rahim bekerja dengan bersungguh-sungguh
c. Bapa Rahim datang - Rahim mengatakan keinginan untuk belajar membaiki kereta.
Rahim gembira mendapat dorongan daripada ayahnya.
Soalan 52
Belakang Parang Sekalipun diasah Akan Tajam Jua . Anda diminta membina sebuah karangan
berpandukan peribahasa tersebut.
Ahmad sering gagal dalam ujian Matematik - tiga kali dia gagal - Gurunya selalu memarahi Ahmad.
- sejak peristiwa itu - bertekad untuk berjaya
- sikap Ahmad berubah - tidak nakal lagi - tumpukan perhatian - rajin membuat latihan - bertanya
sekiranya tidak faham.
b. Kawan-kawan sedar akan perubahan Ahmad - menyindir Ahmad - Ahmad bersabar - dia yakin
akan berjaya
c. Peperiksaan bermula - Ahmad menjawab dengan penuh yakin - persediaan yang cukup - tiada
masalah untuk menjawab soalan-soalan.
d. keputusan ujian diumumkan - Ahmad tersenyum gembira - Cikgu Mamat menepuk-nepuk bahu
Ahmad.
Cikgu Mamat memuji sikap Ahmad - berkata Belakang Parang Sekalipun Kalau Diasah Akan Tajam
jua.
Soalan 53
Tulis satu karangan yang bertajuk Sepandai - pandai Tupai Melompat, sekali Terjatuh Jua.

Asri - pelajar nakal - tidak disenangi - malas membuat kerja rumah - dia meniru daripada rakanrakannya.
a. sikap Asri itu tidak disenangi - mereka takut untuk memberitahu guru akan hal itu. Mereka takut
akan dipukul oleh Asri.
b. Cikgu Ling memberikan kerja rumah kepada murid-murid kelas itu. Asri leka bermain saja - terlupa
akan kerja yang diberi oleh Cikgu Ling.
c. Esoknya - cikgu Ling meminta buku latihan Asri - kerja Asri tidak kemas - Cikgu dapat mengesan
bahawa Asri meniru - Asri menafikannya.
d. seorang rakan Asri memberitahu - Asri akhirnya terperangkap - Asri mengaku kesalahannya.
Cikgu Ling menasihati Asri - Asri dibawa berjumpa dengan Guru Besar - Cikgu Ling berkata
Sepandai-pandai Tupai Melompat , Sekali Jatuh Ke Tanah Jua.
Soalan 54
Masa Itu Emas
Peribahasa ialah satu rangkai kata yang digunakan olah orang Melayu untuk menyatakan sesuatu
perkara> Ianya merupakan kata-kata kiasan atau sindiran . Hingga kini ianya masih digunakan oleh
masyarakat

a. maksud peribahasa - masa sangat berharga - guna masa dengan sebaik-baiknya.


b. masa yang berlalu tidak akan berulang lagi - penuhkan masa dengan melakukan kerja-kerja yang
berfaedah - membaca, menolong ibu bapa dan sebagainya.

c. contoh akibat orang yang membuang masa dengan bermain-main - gagal dalam peperiksaan
d. banyak kerja dapat dilakukan jika pandai membahagikan masa dengan berfaedah dan betul
Peribahasa ini mengingatkan kita agar selalu menghargai masa.
Soalan 55
Dimana ada kemahuan di situ ada jalan
Pendahuluan : sama seperti di atas

a. maksud peribahasa - kalau seseorang itu mempunyai cita-cita dia akan berusaha untuk
mencapainya.

b. pengertian yang mendalam - cita-cita akan tercapai - usaha yang gigih - mesti berani - cabaran sebelum menikmati hasil.

c. misalnya - bercita-cita untuk menjadi seorang doktor - belajar bersungguh-sungguh - jika tidak
angan-angan Mat Jenin - usaha itu penting untuk kejayaan.

d. Ada kalanya sebagai sindiran - menyedarkan orang tanpa menyakitkan hati - orang yang faham
akan sedar.

Selain daripada peribahasa ini ada peribahasa lain yang mempunyai makna yang serupa
seperti Hati Hendak Semua Jadi. Kalau Hendak Seribu Daya, Kalau Tak Hendak Seribu
Dalih.
Soalan 56
Mendengar Guruh Dilangit . Air Tempayan Dicurahkan
sama seperti di atas

a. maksud peribahasa - mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti. Keuntungan yang
pasti dilepaskan.

b. sesuai diamalkan masyarakat - menyuruh kita agar berhati-hati dan berwaspada.


c. guruh di langit berbunyi tidak bermakna hari akan hujan - sesuatu berita keuntungan harus
diselidiki.

d. contoh yang membawa maksud peribahasa - Pak Seman petani yang berjaya - diajak jual tanah tertipu.
Menghayati maksud peribahasa dengan baik.
Soalan 57
Tulis satu karangan yang bertajuk Sehari Selembar Benang, Lama-lama Menjadi Kain.
Peribahasa di atas bermaksud jika kita sabar mengerja sesuatu kerja lama-lama ia akan berhasil
juga. Peribahasa ini mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa Sedikit-sedikit Lama-lama
Jadi Bukit.

a. huraian tentang peribahasa tersebut.


b. contoh keadaan yang menggambarkan peribahasa
c. pengajaran yang tersirat daripada peribahasa
walau apa pun yang kita lakukan , jika dibuat dengan sabar, akhirnya akan membuahkan hasil jua.
Oleh yang demikian , kita haruslah menanam sikap sabar agar segala pekerjaan yang dilakukan
beroleh kejayaan.
Belakang parang diasah lagikan tajam
erti peribahasa - contoh cerita yang berkaitan dengan peribahasa

a) Rani seorang pelajar yang kurang pintar


b) rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran
c) sering bertanya kepada guru sekiranya tidak faham tentang pelajaran yang dipelajari
d) dalam peperiksaan dia berjaya

penegasan tentang erti peribahasa yang tersebut


Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembik
Maksud peribahasa - pandai menyesuaikan diri

a) pergi ke tempat orang mesti mengikut adat resam penduduk tersebut


b) contoh - masuk rumah orang melayu mesti buka kasut
c) demikian juga dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia - perlu saling hormat-menghormati
kata penegasan dari cerita dan contoh di atas
Seperti katak di bawah tempurung
Maksud peribahsa - cetek fikiran dan pengalaman hanya tahu keadaan setempat sahaja

a) perlu sentiasa mengikuti peredaran masa


b) mesti sentiasa berhubung dengan masyarakat
c) sentiasa bekerjasama dengan masyarakat
d) beramah mesra dan sentiasa tolong-menolong antara satu dengan lain
kata penegasan dari contoh-contoh di atas bagi menguatkan lagi makna peribahasa.
Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa Setinggi - tinggi bangau terbang akhirnya
hinggap di belakang kerbau.
Tulis satu karang yang bertajuk Bagai Aur dengan Tebing.
59
Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
60
air dicincang tidak akan putus
61
buang yang keruh ambil yang jernih
62
berani kerana benar, takut kerana salah
63
ukur baju di badan sendiri

64
ingat sebelum kena , jimat sebelum habis
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Anda mungkin juga menyukai