Anda di halaman 1dari 3

Penggandaan Penuh Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar

itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Kata ganda penuh terbahagi kepada 2 iaitu : a. kata ganda dasar b. kata ganda berimbuhan. Penggandaan penuh kata tunggal terbahagi kepada 4 iaitu : a.Gandaan penuh kata pada kata nama Contohnya : AdikAgar-agar Batu-batu adik Jari-jari Duri-duri Cawan-cawan Kisi-kisi Kanak-kanak Kuda-kuda

Buku-buku Jala-jala Mata-mata

i. ii. iii. iv. v.

Contoh penggunaan dalam ayat .Adik-adik saya belajar di Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Idris, Segamat. Agar-agar ini sangat manis. Shamsudin telah membaca buku-buku itu. Lima daripada jari-jari basikal itu telah patah. Kisi-kisi tingkap itu telah buruk b. Gandaan penuh kata pada kata kerja. Contohnya : Ajak-ajak Baring-baring Duduk-duduk Gelak-gelak Kejar-kejar Ketuk-ketuk Main-main Masak-masak Muntahmuntah

Garu-garu Lompat-lompat Pulang-pulang

i. ii. iii. iv.

Contoh penggunaaan dalam ayat : Azah sedang baring-baring di bangku panjang itu. Ali,Abu dan Arman sedang bermain kejar-kejar. Nurasyikin dan Maznah sedang duduk-duduk di bawah pokok itu. Semasa ibu bekerja, adik bermain masak-masak dengan Amrila. v. Ramai orang sedang makan-makan di tepi pantai itu.

c.Gandaan penuh kata pada kata adjektif.

Contohnya Hitam-hitam Rajin-rajin Besar-besar Jinak-jinak Rapat-rapat Bodohbodoh Muda-muda Sihat-sihat Cantikcantik Nakal-nakal Tinggi-tinggi Gemuk-gemuk

i. ii. iii. iv. v.

Contoh penggunaan dalam ayat : .Rumah di taman perumahan itu besar-besar belaka. Lukisan yang dipamerkan di dewan itu cantik-cantik. Kambing yang dibela oleh En.Roshan gemuk-gemuk belaka. Murid-murid di Tahun 6 Maju nakal-nakal. Rajin-rajinlah belajar supaya kamu lulus di dalam peperiksaan UPSR nanti,kata Cikgu Zafie. d.Gandaan penuh pada kata keterangan Contohnya : Awal-awal Handal-handal Renyai-renyai Baik-baik Jauh-jauh Sayup-sayup Diam-diam Jiran-jiran Senyapsenyap Enak-enak Kadang-kadang Sungguh-sungguh

i. ii. iii. iv. v.

Contoh penggunaan dalam ayat : .Awal-awal lagi adik saya sudah bangun. Apabila melihat polis datang, Sufian cepat-cepat bersembunyi Zakaria membuat kerja itu secara diam-diam. Hujan yang turun petang tadi hanya renyai-renyai sahaja. Sayup-sayup kedengaran suara orang meminta tolong. Penggandaan penuh kata berimbuhan pula terbahagi kepada 3 iaitu : a. Imbuhan awalan Contohnya : pemimpin-pemimpin pekedai-pekedai ketua-ketua pelatih-pelatih Contoh penggunaan dalam ayat : i.Pelatih-pelatih pusat kemahiran itu akan menjalani latihan amali di syarikat-syarikat yang terpilih sahaja.

ii.Pekedai-pekedai dilarang menaikkan harga barangan yang dijual sesuka hati. iii.Mesyuarat ketua-ketua kampung akan diadakan di pejabat Majlis Daerah Segamat pada minggu hadapan. b. Imbuhan akhiran Contohnya: jualan-jualan amalan-amalan ajaran-ajaran tembakan-tembakan

i.

Contoh penggunaan dalam ayat : Jualan-jualan murah pada musim perayaan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa Ajaran-ajaran agama dari sekolah pondok sering dipantau oleh Jabatan Agama Islam negeri-negeri. Penduduk di kawasan taman perumahan digalakkan sentiasa tolong menolong agar amalan-amalan ini akan menjadi satu budaya masyarakat.

ii.

iii.

c. Imbuhan apitan Contohnya : persatuan-persatuan pertandingan-pertandingan kementerian-kementerian permainan-permainan

i.

Contoh penggunaannya di dalam ayat : Permainan-permainan tradisional hendaklah diperkenalkan kepada generasi baru agar ianya tidak pupus. Persatuan-persatuan belia perlu bergerak dengan aktif untuk menarik minat para belia menyertai persatuan mereka Jabatan Pelajaran Johor perlu menyelaraskan jadual pertandingan-pertandingan di peringkat negeri dengan sebaik mungkin.

ii.

iii.

Anda mungkin juga menyukai