Anda di halaman 1dari 5

Oleh: faniafnan.blogspot.

com

Suka penulis membuka artikel ini dengan sebuah hadis sebagai peringatan
pada diri sendiri,

Dari Ibnu Mas’ud r.a., dari Nabi SAW bersabda:

‫ل تزول قدم ابن آدم يوم القيامة من عند ربه حتى يسأل عن خمس عن عمره فيم‬
‫أفناه وعن شبابه فيم أبله وماله من أين اكتسبه وفيم أنفقه وماذا عمل فيما علم‬

“Akan sentiasa tegak berdiri kaki anak Adam pada hari kiamat kelak
mengadap Tuhannya, hinggalah ditanya tentang lima perkara : Pertama,
umurnya pada apakah dia habiskan? Kedua, masa mudanya, bagaimanakah
digunakan? Ketiga, hartanya dari manakah sumbernya? Keempat, hartanya
pada apakah diinfaqkan ( pergunakan ) dan kelima ilmunya, bagaimanakah
dia beramal dengannya. “

(Hadis ini gharib menurut Abu ‘Isa Al-Tirmidzi dalam Sunan Al-Tirmidzi, tidak tahu ianya dari riwayat Ibnu
Mas’ud dari Nabi SAW yang hanya didapati dari periwayatan hadis Al-Husain b. Qais. Dan Husain b.Qais ini
pula lemah dalam meriwayatkan hadis yakni lemah dari segi hafalannya dan pada bab-bab tertentu dari
Abi Barzah dan Abi Sa’id. ( Syarah Tuhfatul Ahwazi, Al-Mubarakfuri ))

Jadi, insyaAllah saya akan cuba berikan sedikit ilmu yang saya ada ini kepada
kalian.

10 Tips Dalam Menghadapi Peperiksaan

1. Taqwa kepada Allah

Tanpa ada rasa taqwa yakni takut pada Allah, sia-sia sahaja kita menduduki
peperiksaan. Kerana nilai taqwa dibalas janji kukuh dari Allah dengan
pertolonganNya. Malah, ianya adalah perintah dari Allah. Tidak percaya?
Firman Allah:

“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan


suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan
mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang
menyusahkannya).” ( Surah Al-Talak:2 )

“..sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya


segala urusannya.” ( Surah Al-Talak: 4 )

“Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan
demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab
dahulu daripada kamu dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah
bertaqwa kepada Allah dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah)
sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang
ada di bumi dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”
( Surah Al-Nisa’ : 131 )
Dah Dia yang memiliki bumi dan langit, pastinya kertas peperiksaan
hanyalah benda remeh yang kecil. Jadi, bertaqwalah kamu sebelum kamu
menjawab peperiksaan. Allah tidak pernah menipu kalau Dia kata ada jalan
keluar dan Dia nak mudahkan lagi urusan kita. Yakinlah.

2. Berusaha – diajar, belajar dan mengajar

Sebuah kejayaan tidak akan tercipta tanpa perlu berusaha, tanpa berpenat
lelah. Tiada sebarang ragu lagi. Berusahalah dengan apa cara sekalipun.
Terima apa yang diajar dengan baik, belajar dengan bersungguh, kemudian
kita ajarkan kembali ilmu yang kita dapat pada sahabat-sahabat yang tidak
memahami. Man jadda wajada. Siapa berusaha, dia berjaya. Konsep mudah.
Begitu juga perniagaan, tiada jalan mudah cepat kaya hanya dengan modal
malas dan goyang kaki.

3. Lillahi Taala

Perlu malah saya hukumkan wajib mulakan apa usaha sekalipun, persediaan
dari segi mental dan fizikal; niat itu adalah kerana Allah Taala. Dengan lafaz
bismillah mulakan persiapan-persiapan dan muzakarah serta ulangkaji
peperiksaan. Bayangkan Allah bersama kita dalam setiap pembacaan dan
penulisan kita. Jauhkan sikap ber “akan”, “nanti”, “rilek dulu”, “lambat lagi”,
semua ini hanya membantut. Allah tidak menunggu orang yang bermalas-
malasan. Maut juga tidak menunggu biar satu saat pun.

4. Harapkan Taufiq dariNya Sentiasa

Dalam berusaha, perlu sentiasa minta pertolongan Allah. Jangan biar sedetik
pun berlalu tanpa mengharap taufik dari Allah. Ingat, walau sekuat mana kita
berusaha tapi jika Allah tak redha, kita tidak akan berjaya melepasi halangan
yang tidak tersangka-sangka. Kejayaan mutlak adalah di tangan Allah,
mintalah dengan sungguh-sungguh hati kejayaan itu agar dianugerahkan ke
tangan kamu pula.

Firman Allah:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka


(beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir
(kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila
dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan
mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya
mereka menjadi baik serta betul.” ( Surah Al-Baqarah: 186 )

Jadi, doalah kawan-kawan. Doa setiap masa. Sebelum baca, selepas baca,
ketika baca. Doa jangan berhenti di dalam hati. Barulah terasa kebersamaan
dengan Allah dan sekaligus meranapkan rasa terlalu mengagungkan sistem
peperiksaan. Ingat, kita adalah hamba selamanya.

5. Bunuh Bisikan Yang Membunuh Semangat

Dalam masa kita tengah penuh aura kesungguhan, ya sudah pasti syaitan
dan nafsu merasuk fikiran. “Malaslah”, “kamu takkan berjaya”, “kalau dah
bodoh, belajar pun tak guna, baik tidur” dan macam-macam lagi akan datang
mengganggu. Senjatanya mudah, zikrullah. Dalam kesibukan kita menelaah
pelajaran, luangkan sedikit masa 30 saat atau kurang menyebut
“Allah..Allah..Allah..Ya Allah..”. Itu dah kira zikrullah. Zikrullah inilah yang
akan membunuh rasukan-rasukan yang membunuh semangat! Tidak percaya
juga? Firman Allah:

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
"zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati
manusia.” ( Surah Al-Ra’d:28 )

Nah, bukti sudah terpampang. Percayalah kawan-kawan zikrullah itu


menenangkan jiwa. Membantu anda sukses dalam peperiksaan dan dalam
apa sekalipun!

6. Trick ketika menjawab kertas peperiksaan

Mulakan dengan doa, cari soalan yang mudah dan buat apa yang kamu yakin
kamu mampu dulu. Kemudian, anda akan menghadapi beberapa kesulitan
normal berikut;

Andai terlupa jawapan, terlupa kata kunci yang penting dalam kepala,
caranya adalah dengan sebut nama Allah ( berzikir ringkas adalah suggestion
). Firman Allah:

“..dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan
katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang
lebih dekat dan lebih terang dari ini.” ( Surah Al-Kahfi : 24 )

Kedua, bila terserempak soalan yang sangat susah sampai dalam hati kata,
“Allah, tak tahu nak jawab macam mana dah yang ni..” Bacalah doa ringkas
ini dari hadis mursal :

‫اللهم ل سهل إل ما جعلته سهل وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهل‬
“Ya Allah! Sesungguhnya tiada kesusahan melainkan Engkau jualah yang
menjadikannya mudah dan Engkau jualah yang menjadikan kesedihan-
kedukaan itu sebagai mudah jika Engkau kehendaki.”

Alternatif, Ibnu Taimiyyah pula mengamalkan doa ini ketika beliau lupa dan
dalam kesulitan:
‫ ويا مفهم سليمان فهمني‬، ‫اللهم يا معلم إبراهيم علمني‬

“Ya Allah! Mahaguru kepada Nabi Ibrahim ajarilahku, Maha Pemaham kepada
Nabi Sulaiman fahamkanlah daku.”

Sebenarnya, ada banyak lagi doa yang mungkin membantu. Apa lagi,
robeklah buku-buku doa yang ada. Penulis cadangkan buku “Doa-doa
kesukaan Nabi Muhammad SAW” oleh Imam Nawawi, boleh beli di kedai buku
atau MPHonline.com.

7. Jangan Meniru

Plagiat atau meniru dalam apa bentuk sekalipun adalah antara tanda-tanda
lemah iman. Dahlah tidak cukup berusaha, mahu mencuri hasil usaha orang
lain pula! Malulah! Dapat rendah tidak mengapa, jangan direndahkan Allah di
padang mahsyar nanti sudahlah. Kenapa terjadi plagiat ini? Kerana
penerimaan tarbiyah diri yang tidak sempurna. Kerana tidak yakin pada
Allah. Kerana terasuk oleh bisikan syaitan. Sabda Nabi SAW tentang meniru,

‫من غش فليس منا‬

“Sesiapa berdusta ( tipu dalam bentuk meniru ), bukanlah dari golongan


kami ( orang Islam dan para salaf )” ( Hadis Muslim )

Dan mereka yang mengesan perbuatan terkutuk ini, harus mengikuti


perintah Nabi SAW:

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka tegahlah dengan tangan


kamu, jika tidak mampu maka dengan lidahmu, jika tidak mampu juga maka
bencilah dengan hati kamu dan itu adalah selemah-lemah iman.”

8. Tangani sifat malas

Kriteria ini tidak perlu dibahas lagi. Seeloknya sifat malas ini dibanteras oleh
orang terdekat dengan kamu. Contoh seperti ibu merotan anaknya yang
malas solat. Jadi, jika ibu yang berada dekat dengan kamu, wajarlah si ibu
merotan anaknya yang malas berusaha untuk peperiksaan.

9. Ingat, kejayaan dunia jua kejayaan akhirat jika kena pada tempatnya

Firman Allah:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah


kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau
melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat
baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik
kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan
janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas:77
)

InsyaAllah, jika najah di dunia ( dah berjaya dan beroleh kejayaan dalam
bentuk material, wang ringgit, pangkat dsb ) yang mana kena dengan
saranan syarie dan dengan kehendak Allah, kamu akan memperoleh
kejayaan di akhirat sana sebagaimana Allah janji. Biiznillah. Pakat-pakat doa
moga kejayaan kita itu adalah kejayaan yang dirahmati Allah. Bukan
dimurkai dan sia-sia.

10. Redha Dengan Suratan Takdir

Sabda Nabi SAW:

‫ان لو تفتح عمل الشيطان‬

“Sesungguhnya “kalau/andai/sekiranya” akan membuka pintu kepada


amalan syaitan” ( Hadis Sahih )

Janganlah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Tak perlulah kata,
“Allah, ‘kalau’la aku jawab macam ini..’, ‘kalaulah aku baca yang ini..’. Redha
dengan qada dan qadar. Redhalah akan ketentuan Allah. Yang penting, kita
dah berusaha. Jangan gusar, pasti kejayaan akan jadi milik kita suatu hari
nanti. Lambat atau bangat (cepat ) sahaja. Positifkan dirimu!

Akhir sekali, penulis berdoa kepada Allah dengan rasa hina diri dan rendah
hati sesuai dengan firmanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:

‫خذَْنا ِإن‬ ِ ‫ؤا‬ َ ُ ‫تۗ َرب َّنا َل ت‬ ْ َ ‫سب‬ َ َ ‫ما اك ْت‬َ ‫ها‬ َ ْ ‫عل َي‬
َ ‫و‬َ ‫ت‬ ْ َ ‫سب‬َ َ ‫ما ك‬ َ ‫ها‬ َ َ ‫ها ۚ ل‬ َ ‫ع‬َ ‫س‬ْ ‫و‬ُ ‫سا إ ِّل‬ ً ‫ف‬ ْ َ‫ه ن‬ ُ ّ ‫ف الل‬ ُ ّ ‫َل ي ُك َل‬
‫وَل‬ ْ َ َ
َ ‫قب ْل َِنا ۚ َرب َّنا‬َ ‫من‬ ِ ‫ن‬ َ ‫ذي‬ ِ ّ ‫عَلى ال‬ ُ َ ‫مل ْت‬
َ ‫ه‬ َ ‫ح‬ َ ‫ما‬ َ َ ‫صًرا ك‬ ْ ِ ‫عل َي َْنا إ‬َ ‫ل‬ ْ ‫م‬ِ ‫ح‬ ْ َ ‫وَل ت‬َ ‫خطَأَنا ۚ َرب َّنا‬ ْ ‫وأ‬ ْ ‫سيَنا أ‬ ِ ّ‫ن‬
‫على‬َ َ ‫صْرَنا‬ َ ‫ولَنا‬ َ َ َ ْ ‫وا‬ َ َ
َ ‫ما ل طا‬ َ ْ
ُ ‫فان‬ ْ ‫م‬َ ‫ت‬ َ ‫مَنا ۚ أن‬ ْ ‫ح‬ َ ‫واْر‬ َ ‫فْر لَنا‬ ِ ‫غ‬ َ ‫عّنا‬ َ ‫ف‬ ُ ‫ع‬ ْ ‫وا‬ َ ۖ‫ه‬ِ ِ ‫ة لَنا ب‬َ ‫ق‬ َ ‫ملَنا‬ ّ ‫ح‬ َ ُ‫ت‬
‫ن‬َ ‫ري‬ ِ ‫ف‬ َ ْ
ِ ‫وم ِ الكا‬ ْ ‫ال ْق‬
َ

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung
dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa
atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada
kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah
rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”

Anda mungkin juga menyukai