Skim Ex-Gratia Bencana Kerja adalah skim yang memberi pampasan kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang ditimpa bencana kerja semasa menjalankan tugas
rasmi hingga menyebabkan hilang upaya kekal atau kematian termasuk yang teraniaya disebabkan perbuatan balas dendam akibat daripada tindakan semasa
menjalankan tugas rasmi.
Skim diwujudkan bertujuan menjaga kebajikan Anggota Perkhidmatan Awam dan orang tanggungan sekiranya terjadi sesuatu bencana semasa pegawai
melaksanakan tugas rasmi memandangkan Anggota Perkhidmatan Awam dikecualikan daripada mencarum kepada skim yang ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan
Sosial Pekerja, 1969.
Bencana Kerja adalah bencana yang dialami oleh seseorang pegawai yang disebabkan oleh kemalangan semasa menjalankan tugas rasmi atau suatu penyakit
khidmat.
Tugas yang berkaitan dengan jawatan pegawai dan termasuk menghadiri kursus yang dibenarkan oleh Ketua Jabatan.
Tempat bertugas bermaksud mana-mana tempat yang diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk menjalankan tugas rasmi.
Apakah pegawai dilindungi sepanjang masa oleh Skim Ex-Gratia Bencana Kerja?
6.
7.
Semasa menjalankan tugas rasmi di luar pejabat, adakah pegawai diliputi oleh skim ini sepanjang masa?
Skim ini meliputi pegawai sepanjang masa menjalankan tugas rasmi selagi aktiviti yang dijalankan semasa bencana berlaku adalah berkaitan dengan tugas rasmi dan
bukannya urusan peribadi.
Skim ini berkuat kuasa mulai 20 Oktober 1994 melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 1994 dan penambahbaikan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7
Tahun 2001 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2001.
Semua anggota lantikan tetap, kontrak (contract of service) dan sementara Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Adakah pegawai kontrak bukan warganegara juga turut dilindungi di bawah skim ini?
10.
Tidak, kerana skim ini hanyalah bagi warganegara Malaysia sahaja. Pegawai kontrak bukan warganegara tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian kontrak masingmasing.
Bayaran Ex-Gratia Pukal, Ex-Gratia Bulanan, Elaun Layanan Sentiasa dan Ex-Gratia Orang Tangungan Bulanan.
12.
Adakah anggota Perkhidmatan Awam Lantikan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan diliputi di bawah skim ini?
13.
Anggota Perkhidmatan Awam lantikan Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan/Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan diliputi oleh Skim ini dengan syarat
skim ini diterima pakai oleh pihak berkuasa masing-masing.
14.
Bagaimana Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan menerima pakai skim ini?
Dengan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa/Lembaga Pengarah masing-masing.
Tidak perlu.
Sekiranya pegawai mempunyai lebih dari seorang isteri, adakah perjalanan lazim mengambil kira perjalanan dari rumah isteri-isterinya?
17.
Adakah pegawai yang telah diberi kebenaran untuk pulang awal ke rumahnya dari waktu bertugas biasa menemui kemalangan diliputi di bawah skim ini?
18.
Ya.
Sekiranya pegawai mendapat kebenaran keluar pejabat atas urusan peribadi dan mendapat kemalangan dalam perjalanan, adakah beliau dilindungi oleh
19.
Skim?
Tidak.
Adakah pegawai yang mengalami kemalangan jalan raya dalam perjalanan dari tempat bukan rumahnya ke tempat bertugas layak mendapat bayaran di
20.
21.
Pegawai atau waris hendaklah mengisi Bahagian A iaitu borang BTX. Borang ini boleh diperolehi melalui laman web Perbendaharaan (www.treasury.gov.my) di
dalam Panduan Skim Bayaran Ex-Gratia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2001. Borang yang lengkap hendaklah
dikemukakan kepada Ketua Jabatan.
Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan setelah menerima permohonan?
23.
Ketua Jabatan hendaklah menyiasat dan menyediakan laporan mengenai bencana tersebut serta mengisi Bahagian B borang permohonan. Seterusnya kemukakan
borang tersebut beserta dokumen-dokumen yang diperlukan ke Kementerian masing-masing.
Salinan senarai tugas, arahan bertugas, kad perakam waktu/daftar bertugas, lakaran kasar laluan yang menunjukkan tempat kemalangan jalan raya (bagi kes
kemalangan jalan raya), laporan polis, laporan penyiasatan polis, salinan kenyataan perkhidmatan pegawai dan dokumen lain yang berkaitan. Kesemua salinan
hendaklah disahkan sebagai salinan yang benar.
Adakah pegawai yang mengalami kemalangan jalan raya dalam perjalanan dari rumah ke tempat bertugas tetapi menggunakan jalan di luar perjalanan
26.
Adakah pegawai layak menuntut sekiranya kemalangan berlaku di luar waktu pejabat dan beliau tidak menjalankan tugas rasmi pada waktu itu?
27.
Pegawai tidak layak membuat tuntutan sekiranya kemalangan berlaku di luar waktu pejabat dan pegawai tidak melakukan tugas rasmi.
Gaji di bawah skim ini bermaksud gaji pokok yang layak diterima oleh pegawai pada masa kejadian.
Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Perumahan.
Penerima bayaran hendaklah memaklumkan kepada Perbendaharaan ataupun Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam sekiranya hilang
kelayakan atau sebarang perubahan dan pertukaran alamat.
Bayaran berkuat kuasa sehari selepas kematian bagi kes kematian. Bagi kes hilang upaya kekal, bayaran berkuatkuasa pada hari pegawai ditimpa bencana.
Adakah pegawai atau waris yang menerima faedah persaraan di bawah Undang-undang Pencen layak menerima bayaran di bawah skim ini?
32.
Ya. Skim ini adalah kemudahan yang berasingan daripada faedah persaraan di bawah undang-undang pencen.
Siapakah yang boleh dihubungi untuk mendapatkan penjelasan/maklumat tambahan berhubung skim ini?
33.
Pegawai di Seksyen Dasar Saraan, Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan.
Alamat:
Sebarang hilang upaya yang berkekalan hingga menghilangkan atau mengurangkan upaya seseorang pekerja menjalankan kerja atau aktiviti harian yang beliau boleh
jalankan sebelum kemalangan yang mengakibatkan hilang upaya itu.
Apakah faedah yang layak diperolehi oleh pegawai yang mengalami Hilang Upaya Kekal (HUK) ?
35.
Bergantung kepada tahap HUK, pegawai layak mendapat bayaran Ex-Gratia Pukal, Ex-Gratia Bulanan dan Elaun Layanan Sentiasa.
Adakah pegawai layak membuat tuntutan sekiranya hilang upaya yang dialami tidak kekal?
36.
Pegawai yang mengalami hilang upaya sementara tidak layak membuat tuntutan kerana tidak melibatkan kehilangan anggota badan/penggunaan anggota tersebut.
Sekiranya berlaku hilang upaya kekal kepada beberapa anggota badan. Adakah pegawai layak menuntut bayaran Ex-Gratia berdasarkan peratusan tahap
37.
38.
Adakah pegawai yang sedang menerima bayaran untuk sesuatu tahap hilang upaya kekal layak mendapat bayaran tambahan sekiranya tahap hilang upaya
kekal tersebut meningkat?
Tidak layak. Penetapan kadar bayaran hanya berdasarkan tahap hilang upaya kekal semasa pegawai ditimpa bencana.
Apakah faedah yang disediakan di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja kepada pegawai yang mengalami hilang upaya kekal tidak melebihi 20%?
39.
Pegawai layak mendapat Ex-Gratia Bulanan sekiranya mengalami hilang upaya kekal melebihi 20%.
Adakah bayaran dihentikan sekiranya seseorang kakitangan yang sedang menerima bayaran bulanan di bawah skim ini meletak jawatan?
42.
Tidak. Bayaran bulanan di bawah skim ini akan diteruskan sepanjang hayat pegawai.
Sekiranya pegawai yang sedang menerima bayaran Ex-Gratia Bulanan meninggal dunia, adakah bayaran diteruskan kepada warisnya?
43.
Tidak.
Bayaran secara bulanan kepada pegawai yang mengalami 100% hilang upaya kekal dan sentiasa memerukan layanan tersendiri daripada orang lain.
Apakah faedah yang disediakan di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja kepada waris pegawai yang meninggal dunia?
Bayaran Ex-Gratia Orang Tanggungan Bulanan.
Bayaran secara bulanan yang dibayar kepada orang tanggungan bagi pegawai yang meninggal dunia akibat bencana kerja.
Bagi pegawai berkeluarga orang tanggungan adalah isteri/suami dan anak-anak manakala bagi pegawai bujang orang tanggungan merupakan ibu dan bapa pegawai.
Apakah dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa waris mengemukakan tuntutan bagi kes kematian pegawai?
48.
Laporan polis, salinan sijil kematian, salinan sijil lahir pegawai, salinan kad pengenalan balu/duda/anak/ibu bapa (mengikut mana yang berkenaan), salinan sijil lahir
anak, salinan sijil nikah dan salinan dokumen pengajian untuk anak yang berumur 21 tahun ke atas.
Adakah waris layak membuat tuntutan sekiranya pegawai mengalami bencana dan dianggap mati tetapi mayatnya tidak dijumpai?
49.
Waris layak membuat tuntutan tetapi bayaran akan hanya dilakukan selepas dari tarikh bencana selepas mahkamah mengeluarkan perintah dan Jabatan Pendaftaran
Negara mengeluarkan sijil kematian. Walau bagaimanapun, bayaran berkuat kuasa dari tarikh bencana.
50.
51.
52.
53.
Balu yang berkahwin semula akan hilang kelayakan dan pembahagian tidak diagihkan semula. Balu yang masih layak terus mendapat bahagiannya yang sedia ada.
Apakah yang dimaksudkan dengan duda yang dikatakan sebagai orang tanggungan pegawai?
55.
Duda yang bergantung sepenuhnya atau sebahagian besar kepada pendapatan isteri.
Pengesahan dibuat berdasarkan penyiasatan dan laporan Ketua Jabatan ke atas pendapatan dan perbelanjaan seisi rumah pegawai yang meninggal dunia. Jabatan
Kebajikan Masyarakat akan membuat lawatan (home visit) dan mengesahkan maklumat Ketua Jabatan.
Anak kandung, anak tiri yang disara dan tinggal bersama pegawai semasa bencana, anak tak sah taraf, anak angkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis
dan anak posthumous (anak yang dilahirkan selepas pegawai meninggal dunia dengan syarat anak dikandung semasa pegawai masih hidup dan lahir dalam tempoh
280 hari kandungan biasa).
Berapa lamakah anak yang layak akan menerima bayaran dibawah skim ini?
58.
Anak layak menerima bayaran di bawah skim ini sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin mengikut mana yang lebih awal. Sekiranya masih belajar di pusat
pengajian tinggi, bayaran akan diteruskan sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin mengikut mana yang lebih awal. Bagi anak yang terencat akal atau
cacat anggota dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, bayaran akan diteruskan selama anak itu tidak berupaya menyara kehidupannya.
59.
Adakah anak kandung yang telah diserahkan hak penjagaannya kepada orang lain layak menerima faedah skim?
Tidak. Hanya anak dibawah tanggungan pegawai sahaja yang layak menerima faedah skim.
60.
Adakah anak yang telah mencapai umur 21 tahun dan telah ditamatkan bayaran dan kemudian mengalami kecacatan akal/anggota layak menerima semula
bayaran?
Tidak. Anak tersebut telah melebihi umur kelayakan dan kecacatan yang dialami berlaku selepas kematian pegawai.
61.
Pembahagian anak tidak diagihkan semula dan anak-anak yang masih layak terus mendapat bahagiannya yang asal.
Ibu bapa kandung, ibu bapa tiri atau ibu bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah sah disisi undang-undang.
Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa masih hidup semasa kematian pegawai, pembayaran dibahagi sama rata. Jika salah seorang sahaja masih hidup, pembayaran
masih atas kadar 2/5 daripada kelayakan sebenar pegawai .
Bagaimanakah sekiranya ibu bapa yang sedang menerima bayaran meninggal dunia?
65.
Pembahagian tidak diagihkan semula dan ibu atau bapa yang masih hidup akan terus menerima bahagiannya sahaja.
66.
67.
Adakah penyakit yang dihidapi oleh pegawai akibat pekerjaannya yang hanya dapat dikesan selepas pegawai berhenti kerja, layak membuat tuntutan
dibawah Penyakit Khidmat?
Ya, jika penyakit itu berkaitan dengan pekerjaan pegawai dan pegawai itu telah mendapat penyakit itu dalam tempoh enam puluh bulan selepas berhenti kerja.
68.
Adakah kematian yang disebabkan oleh penyakit yang dihidapi layak menuntut bayaran di bawah skim ini?
Tidak. Kematian yang berpunca dari penyakit yang dihidapi seperti penyakit jantung, lelah dan lain-lain tidak diliputi di bawah skim ini. Begitu juga bunuh diri dan
perbuatan cuba membunuh diri.
Sumber : http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1572:skim-ex-gratia-bencana-kerja&lang=ms