Anda di halaman 1dari 114

i)

ii)
iii)
iv)
v)
vi)
vii)

Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;


Menghayati kerjaya seorang guru;
Memperoleh pengtahuan tentang pengurusan sekolah;
Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid;
Memahami pengurusan dan strategi pengajaran dan pembelajaran;
Membina kemahiran berinteraksi dengan murid,guru dan kakitangan sekolah;
Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah , iklim pengajaran

viii)

pembelajaran dan budaya sekolah;


Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan

ix)
x)
xi)

analitikal;
Membina sikap positif terhadap profesion keguruan;
Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; dan
Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi

utama saya menjalankan PBS


refleksiFokus
selepasdan
PBStujuan
dilaksanakan.
ialah:

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


1. KONSEP
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan
Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar
tentang alam persekolahan daripada perspektif soorang guru. PBS juga memberi

peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan,


peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi
dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat
memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan
tugas sebenar seorang guru. Pelajar juga dikehendaki meneliti dokumen, membuat
temubual dan refleksi. Dengan meneroka pengalaman dan situasi yang baru ini, pelajar
dapat meningkatkan kemahiran inquiri penemuan, Melalui pembelajaran secara
kontekstual dan amalan refleksi serta proses konstruktivisme, pelajar dapat mengaitkan
teori dan amali dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pelajar
juga dapat membina pengetahuan dan kefahaman baru, dan ini seterusnya menjadikan
pembelajaran lebih bermakna.
Sedemikian itu, saya Logeswary A/P Ramasamy telah memilih Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Bedong, 08100 Bedong Kedah Darul Aman untuk menjalani aktiviti
PBSII. Melalui aktiviti PBS ini, saya akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai peranan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. OBJEKTIF
Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pelajar dapat:
i.
ii.
iii.

Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan
analitis.
Memahami budaya sekolah.
Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid.

iv.
v.
vi.
vii.

Memahami pengurusan srtategi pengajaran dan pembelajaran.


Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekolah dan di bilik darjah.
Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.
Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim

viii.
ix.
x.

pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah.


Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru.
Membina sikap positif terhadap profesion perguruan.
Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan selanjutnya.

3. STRATRGI PELAKSANAAN
a) Tempoh
Pelajar PISMP SEMESTER 2: 1 Minggu ( 30 March 2014-03/April/2014 )
b) Penempatan
Pelajar yang akan menjalani PBS ditempatkan di sekolah tertentu dan diuruskan
oleh Unit Praktikum dengan kerjasama penyelaras PISMP Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM).
c) Prosedur Pelaksanaan
- BPG akan memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
-

tentang program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).


IPG akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk
pelajar.

IPG akan menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan

pelajar.
IPG akan memberikan tugasan kepada pelajar untuk disempurnakan
sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan dibincangkan dengan pensyarah
masing-masing semasa sesi interaksi.

d) Bidang Tugasan PBS


Pelajar dikehendaki membuat tugasan berdasarkan semua aspek yang
ditetapkan oleh Universiti yang berkaitan.

4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


i) Pelajar
a) Menghadiri taklimat PBS.
b) Memahami objektif PBS.
c) Melaksanakan tugasan PBS.
d) Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS.
e) Mematuhi dan mengamalkan etika perguruan, peraturan IPG dan peraturan
sekolah.
f) Membuat

pemerhatian

terhadap

iklim

pembelajaran

di

bilik

darjah,

persekitaran dan kelengkapan sekolah.


g) Memerhati dan berbincang dengan guru tentang tugas yang dilaksanakan di
sekolah.
h) Memerhati dan mengumpul maklumat tentang pengajaran guru serta
pengurusan kelas sebagai bahan refleksi.
i) Mendokumentasikan segala hasil tugasan

untuk

digunakan

secara

berterusan.
j) Mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya tentang pengalaman
yang diperolehi semasa menjalani PBS.
k) Menyerahkan hasil tugasan PBS kepada pensyarah masing-masing pada
masa yang ditetapkan untuk perbincangan dan bimbingan.

ii) Pihak Sekolah


a) Menubuhkan Jawatankuasa PBS peringkat sekolah.
b) Mengenal pasti dan melantik guru terlatih yang berpengalaman sebagai
mentor untuk membantu pelajar yang menjalani PBS.
c) Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi,
pengurusan, peraturan,disiplin dan budaya sekolah.
d) Bekerjasama dengan pihak IPG dalam menjayakan program PBS.
e) Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaran
sekolah/ pengajaran/ aktiviti bimbingan guru yang berpengalaman.
f) Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagi
menyempurnakan tugasan PBS.
g) Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam masyarakat sekolah.
h) Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan
mengesahkan Borang Kehadiran PBS.
i) Membantu dan memberi maklum balas yang berterusan kepada pelajar.
j) Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan PBS
dilaksanakan dengan sempurna.
iii) Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (Unit Praktikum
dan Penyelaras PISMP)
a) Meneliti garis Panduan Pelaksanaan PBS.
b) Merancang dan mengenalpasti sekolah serta mengurus penempatan pelajar
untuk PBS.
c) Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS ke sekolah yang terlibat.
d) Memastikan tugasan PBS disediakan pada masa yang ditetapkan dan
secukupnya untuk diberikan kepada pelajar.
e) Memberi taklimat kepada pihak JPN, sekolah dan pelajar yang berhubung
dengan pelaksanaan PBS.
f) Menjelaskan kepada pelajar tentang konsep, objektif dan tugasan PBS.
g) Mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kes-kes yang memerlukan
tindakan.
h) Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan.
i) Memastikan pelajar membuat tugasan dan menyerahkan kepada pensyarah
matapelajaran yang berkaitan.
j) Mewujudkan kerjasama dan hubungan professional antara IPG dengan
sekolah.
k) Menyediakan laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar untuk diserahkan
kepada pihak pengurusan maktab dengan segera.

5. KEHADIRAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )


a) Kehadiran pelajar di sepanjang PBS adalah wajib.
b) Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan
doktor/pegawai perubatan.
c) Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat
kebenaran daripada Pengarah/Timbalan Pengarah IPG.
d) Pelajar yang tidak cukup kehadiran PBS seperti yang telah ditetapkan, perlu
melengkapkannya pada tarikh yang ditetapkan.
6. PENILAIAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )
Pencapaian dalam PBS akan dinilai dan merupakan prasyarat untuk pelajar
meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.

2.1

PERNYATAAN
SEBELUM PBS
Saya
Logeswary
A/P

Ramasamy merupakan guru pelatih Program Ijazah Sarjana


Muda ( PISMP )BM/PJK Ambilan Jun 2013 di Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Selepas menjalani kursus yang disebutkan tadi selama beberapa bulan


saya dan rakan-rakan semester saya telah diminta menjalani program
Pengalaman
Berasaskan

Sekolah

(PBS).

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan


Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Semasa pemilihan sekolah bagi menjalankan tugasan pengalaman
berasaskan sekolah, semua guru pelatih telah diberi kelonggaran untuk memilih
sekolah berdekatan dengan rumah masing-masing. Oleh itu, saya telah memilih
sekolah yang berdekatan dengan rumah saya iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan ( Tamil )
Bedong dari 30 March 2014 hingga 03 April 2014. Sekolah ini juga merupakan sekolah
rendah yang saya belajar dahulu.
Setelah diberi tugasan, saya tidak beberapa jelas tentang apa yang sepatutnya
kami melaksanakan semasa buat PBS. Saya juga telah menghadiri taklimat PBS yang
telah diadakan di Institut bagi menjelaskan apa yang patut dilaksanakan semasa
berada di sekolah selama seminggu. Fokus utama tugasan yang telah diberikan kepada
semua guru pelatih sepanjang Pengalaman Berasaskan Sekolah adalah berdasarkan
pelaksanaan falsafah pendidikan kebangsaan dalam pengurusan sekolah. Pensyarah
kami juga telah memberi gambaran yang jelas tentang apa yang patut kami lakukan
semasa sepanjang tempoh PBS.
Setelah mendapat soalan, saya telah membuat perbincangan dalam kumpulan
untuk mendapat gambaran yang jelas mengenai aktiviti yang harus dilaksanakan
sepanjang tempoh seminggu di sekolah iaitu semasa sebelum seminggu ke PBS. Saya
telah

menyediakan

soalan-soalan

untuk

ditanya

semasa

mengadakan

sesi

perbincangan dengan pengurusan sekolah, guru-guru dan interaksi dengan muridmurid. Saya juga telah menyediakan satu borang soal selidik untuk diberikan kepada
murid-murid sekolah tersebut. Perancangan-perancangan mengenai gambar yang perlu
dikumpulkan dan maklumat mengenai sekolah yang diperlukan dalam melaksanakan
tugasan saya.
Saya juga telah menyediakan diri saya untuk membuat pemerhatian terhadap sekolah
dan kelas. Saya telah menyediakan satu senarai mengenai apa yang patut saya
perhatikan dalam bilik darjah tersebut serta soalan yang patut saya tanya kepada guru
yang mengajar kelas tersebut.

Sepanjang tempoh seminggu itu, saya telah cuba menyiapkan segala tugasan
yang berkaitan dengan PBS supaya mengelakkan daripada berlaku ketinggalan
ataupun kekecualian. Sehari sebelum PBS, saya juga telah bersedia dengan rapi
walaupun terganggu dengan pelbagai jenis perasaan kerana ini merupakan
pengalaman pertama bagi saya.

PERANCANGAN AKTIVITI SEBELUM PBS


Sebelum program Pengalaman Berasaskan Sekolah bermula, saya telah merancang beberapa
aktiviti untuk dilakukan semasa saya berada di sekolah nanti. Saya telah menganalisis
rancangan aktiviti saya dalam bentuk jadual mengikut tugasan yang diberi. Saya merancangkan
aktiviti-aktiviti ini dengan teliti dan bersesuaian dengan tempat dan masa.

HARI / TARIKH
Ahad

( 30.03.2014 )

AKTIVITI
Berjumpa dengan Guru Besar sekolah dan
menjelaskan objektif dan tujuan Pengalaman
Berasaskan Sekolah.
Menemu ramah Guru Besar.
Mengumpul maklumat sekolah.

Isnin

( 31.03.2014 )

Berjumpa
objektif

dengan

dan

tujuan

mentor

dan

menjelaskan

Pengalaman

Berasaskan

Sekolah.
Berjumpa dan menemu ramah Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid sekolah serta mendapatkan
bahan-bahan berkaitan dengan beliau seperti
carta organisasi dan pelan fizikal sekolah.
Menemuramah guru-guru sekolah.

Selasa ( 01.04 2014 )

Menemuramah

Penolong

Kanan

Kokurikulum

Sekolah.
Mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan
aktiviti kokurikulum.
Mengambil gambar sekeliling sekolah.

Rabu

( 02.04.2014 )

Berbincang dengan mentor .


Memantau buku rekod guru Bahasa Melayu serta
mendapatkan maklumat tentang sebjek tersebut.
Mengambil gambar sekeliling sekolah.

Khamis ( 03.04.2014 )

Menemuramah dan menjalankan perbincangan


dengan pihak kantin sekolah, pembantu am
sekolah, pengawal sekolah dan kerani pejabat
sekolah.
Mengumpul maklumat-maklumat tertentu tentang
sekolah.
Membuat pemerhatian kawasan sekolah.

2.1.1. LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS


AKTIVITI BACAAN
Semasa saya menjalani PBS dari 30 March 2014 hingga 03 April 2014 di sekolah ini,
saya telah memberi fokus kepada salah satu aktiviti yang amat bermaanfaat kepada muridmurid sekolah iaitu aktiviti bacaan. Aktiviti bacaan ini telah diadakan setiap pagi iaitu antara 7.15
pagi hingga 7.45 pagi dengan melibatkan semua murid-murid dari tahun 1 hingga tahun 6. Guru
kelas adalah guru yang bertanggungjawab untuk aktiviti pada sesi pagi ini.
Semua murid diwajibkan datang awal ke sekolah iaitu sebelum 7.15 pagi agar mereka
boleh melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti yang berfaedah ini. Aktiviti ini boleh dijalankan
di tempat lain selain daripada kelas mengikut kehendak pelajar ataupun guru, iaitu guru boleh
membawa murid-murid ke tempat lain seperti perpustakaan, pondok baca, luar kelas, padang
dan sebagainya. Ini kerana pembelajaran yang dilakukan di tempat yang sama kadangkala
menimbulkan perasaan bosan dan membuat murid-murid tidak menumpukan perhatian kepada
pelajaran. Cara seperti ini akan membantu mengelakkan daripada berlakunya keadaan seperti
ini.

Objrktif utama aktiviti ini adalah menyemai amalan membaca dalam kalangan muridmurid sejak dari bangku sekolah. Pihak sekolah,SJK(T) Bedong, sangat menekankan amalan
membaca dalam kalangan murid-murid. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan agak berbeza tiap-tiap
hari. Sebagai contohnya, setiap hari Ahad murid-murid perlu menghafal dan melafazkan cerita
yang mereka baca di rumah pada masa cuti di hadapan kelas. Bagi aktiviti ini murid-murid perlu
menyimpan sebuah buku kecil dan dalam buku tersebut guru akan tandatangan selepas murid
melafaz cerita tersebut. Melalui aktiviti ini murid-murid juga dapat menguasai kemahiran
bercerita dengan baik. Bagi murid yang memperolehi tandatangan guru yang banyak akan
mendapat sebuah sijil penghargaan dan hadiah sebulan sekali semasa perhimpunan. Aktiviti ini
meningkatkan lagi minat membaca dalam kalangan pelajar.
Selain daripada itu, guru-guru juga memberikan bahan-bahan bacaan seperti buku
cerita bahasa Tamil, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, majalah-majalah seperti Dewan Pelajar,
kuyil dan sebagainya. Tujuannya adalah murid-murid dapat meningkatkan ilmu pengetahuan,
mengarang karangan dengan baik, mengetahui kosa kata yang baru dan dapat bertutur dengan
fasih dalam ketiga-tiga bahasa tersebut dengan baik. Selepas membaca sesuatu bahan
bacaan, murid-murid perlu memberitahu satu pengajaran yang terdapat dalam bahan bacaan
tersebut kepada guru mereka.
Secara keseluruhannya, aktiviti bacaan seperti ini dapat memupuk amalan membaca
dalam jiwa mereka dan ini akan menjadi satu tabiat yang baik kepada mereka agar dapat
meluangkan masa lapangnya dengan cara yang berkesan. Diharapkan aktiviti-aktiviti baik
sebegini terus dijalankan di sekolah ini pada masa akan datang.

2.2 PERNYATAAN SEMASA PBS


Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah dari 30 March 2014 hingga 03
April 2014

dengan jayanya. Saya telah pun melaksanakan aktiviti-aktiviti mengikut jadual

rancangan saya.
Pada hari pertama dalam pengalaman berasaskan sekolah iaitu 4 Ogos 2013 saya telah
sampai ke sekolah pada pukul 7.00 pagi. Pada mulanya, saya telah melaporkan diri saya di
pejabat sekolah dengan Guru Besar sekolah tersebut, iaitu En. G. Sweneson.

Saya telah

menghadir ke sekolah tersebut bagi pengalaman berasaskan sekolah dengan seorang guru
pelatih dari Institut Pendidikan Guru Darul Aman. Kami telah menghadiri sebuah Mesyuarat

taklimat mengenai sekolah tersebut bersama Guru Besar. Saya juga menggunakan waktu
tersebut untuk menemuramah beliau dan beliau juga memberi penerangan yang jelas bagi
soalan yang saya tujukan.
Seterusnya, saya telah ditempatkan di bilik guru bersama dengan guru-guru lain. Saya
mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dengan guru-guru tersebut serta dapat
menemuduga mereka . Mereka juga telah memberi penerangan yang baik bagi soalan soalan
yang saya dikemukakan.
Selain daripada itu, saya juga dapat temu bual dengan Guru penolong kanan 1, Guru penolong
kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Kanan Kokurikulum dan telah mendapatkan maklumat dan
data mengenai sekolah, khasnya mengenai organisasi sekolah, kakitangan serta murid dan
sejarah sekolah tersebut. Saya juga mengambil gambar di sekeliling sekolah.
Pada hari berikutnya, saya juga mendapat peluang untuk pergi ke kelas darjah 2,
bersama dengan mentor saya iaitu PNPoonathapathy sebagai Guru Bahasa Melayu serta
memegang jawatan sebagai Guru Panitia Bahasa Melayu. Pada hari itu beliau mengajar Kata
Ganti Nama bagi tahun 3. Saya memerhatikan cara beliau mengajar dan mencatatnya dalam
buku saya. Saya juga mengambil gambar semasa beliau mengajar sebagai bukti tugasan saya.
Saya telah memerhatikan kemudahan asas yang terdapat di sekolah tersebut seperti
kantin, padang permainan, bilik boss, bilik pemulihan, perpustakaan dan sebagainya. Bagi
menunjukkan buktinya saya telah menangkap gambar tentang kemudahan asas yang terdapat
di sekolah tersebut. Saya juga memerhatikan suasana kawasan sekolah dan mengambil
catatan tentang apa yang saya perhatikan.

Seperti yang saya rancang, saya juga

menemuduga kakitangan sekolah yang lain seperti pengawal keselamatan, pekerja, pembantu
pejabat, pengurus kantin dan kerani.
Pengalaman ini merupakan suatu pengalaman yang baru kepada saya kerana saya
telah mendapat pelbagai pendedahan yang baru tentang tugas dan amanah seseorang guru.
Saya juga amat gembira selepas melaksanakan PBS ini kerana saya dapat melaksanakan apa
yang saya rancang dengan sempurna. Saya berasa lega selepas PBS ini. Perasaan ketakutan
yang ada pada diri saya hilang selepas saya menjalani program Pengalaman Berasaskan
Sekolah ini.

2.3 PERNYATAAN SELEPAS PBS


Selepas tamat pengalaman berasaskan sekolah, saya telah menghabiskan tugasan
yang diberikan kepada saya dengan berjaya.

Selama saya berada di Sekolah Jenis

Kebangsaan (Tamil) Bedong, saya telah memerhatikan sekolah tersebut dari segi intelektual,
kerohanian, emosi, fizikal dan sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah serta dari segi pengurusan sekolah, kurikulum dan kokurikulum. Selepas saya menjalani
PBS saya menghayati kerjaya seorang guru. Saya juga memahami dan menyesuaikan diri
dengan budaya sekolah.

Pada awalnya, dari segi perhatian saya, sekolah tersebut adalah amat baik. Ini kerana,
saya mendapati setiap orang mempunyai jawatan yang tinggi dalam sesuatu perkara dan
mereka berfungsi mengikut tugasan mereka. Jadi, pengurusan sekolah berjalan dengan lancar.
Para guru juga memberi komitmen yang tinggi kepada pihak pengurusan sekolah untuk
melaksanakan setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah tersebut tanpa jemu. Mereka
menggunakan pendekatan yang baik terhadap murid-murid sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku.
Lebih-lebih lagi persekitaran dan iklim bilik darjah sekolah ini amat kondusif kepada
murid-murid kerana ia amat kondusif dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan di
sekolah ini. Sekolah ini juga mempunyai peraturan yang ketat dan interaksi yang erat dengan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Datat-data serta maklumat mengenai sekolah sentiasa lengkap untuk membuat analisa
atau rujukan pada bila-bila masa sahaja. Ini membolehkan saya tidak mengalami sebarang
masalah untuk memperoleh maklumat serta data mengenai sekolah ini serta mempunyai papan
kenyataan yang sentiasa dilengkapi dengan perkara semasa yang berlaku di sekolah.
Selepas menjalani PBS, semua pelajar PISMP diberi jangka masa panjang selama 2
minggu untuk menghantar portfolio PBS. Sebelum itu, saya mengumpul semua data yang saya
memperolehi di sekolah tersebut dan menyusun mengikut senarai semak portfolio. Saya mula
menaip refleksi harian sepanjang saya berada di sekolah itu.
Akhirnya, saya membuat laporan mengenai Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya
menulis laporan mengenai pemerhatian saya di sekolah, hasil temuduga yang saya jalankan
dan aktiviti-aktiviti kokurikulum dan kurikulum yang dijalankan di sekolah itu.
Secara kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah ini memberi banyak faedah
kepada saya. Akhirnya,saya menyiapkan portfolio saya dengan lengkap. Pengalaman dan
perasaan saya tentang PBS juga dilapor dalam bentuk refleksi dalam portfolio saya.

LAPORAN AKHIR
Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Bedong, selama seminggu yang bermula pada tarikh 30 March 2014
hingga 03 April 2014. Saya telah melaporkan diri di pejabat sekolah dengan bantuan kerani
sekolah dan beliau juga meminta saya menunggu di pejabat sehingga Guru Besar tiba. Selepas
Guru Besar tiba saya memperkenalkan diri saya dengan beliau dan memberitahu tujuan saya
ke sekolah tersebut. Selepas itu, Guru Besar juga memperkenalkan saya kepada GPK 1, GPK
HEM dan GPK Kokurikulum. Selepas itu. saya juga pergi ke perhimpunan pagi, di situ guruguru dan murid-murid saling bekerjasama untuk menjayakan perhimpunan pagi iaitu guru

memberi ucapan dan pelajar menjalankan tugasnya dalam mengawal tingkah laku pelajar yang
bercakap semasa perhimpunan. Pihak guru juga turun padang bersama untuk mengawal
pergerakan murid-murid terutamanya murid-murid tahunsatu yang berkelakuan nakal dan degil.
Selepas itu, saya juga diminta bersarapan bersama dengan Guru Besar. Sambil makan
beliau bertanya beberapa soalan tentang kursus saya dan diri tentang saya dan saya juga
menjelaskan tujuan saya ke sekolah itu. Setelah makan saya pergi ke pejabat dengan beliau
dan memberikan beberapa borang yang perlu diberi kepada beliau. Beliau juga mengingatkan
bahawa setiap tugasan yang saya melaksanakan perlu dilakukan atas sokongan beliau dan
saya juga diingatkan meminta kebenaran awal-awal kerana kadang-kadang beliau agak sibuk
dan tidak ada di kawasan sekolah. Saya juga mengetahui bahawa beliau adalah seorang Guru
Besar Cemerlang yang mempunyai pelbagai jawatan dan kenamaan di peringkat PPD dan di
daerah KMY.
Pada hari kedua, saya mengambil peluang untuk melawat setiap bilik darjah. Pelajarpelajar memberi penghormatan yang baik seperti mengatakan Vanakam Amma yang
bermaksud salam sejahtera Cikgu. Saya rasa berbangga kerana amalan ini masih diutamakan
oleh para murid. Murid-murid juga telah terlibat dalam aktiviti bacaan pagi dengan guru kelas
masing-masing.
Pada hari itu juga saya mengambil gambar murid-murid yang sedang makan dikantin
sekolah. Kebanyakan pelajar memiliki sifat yang mulia seperti membasuh tangan sebelum
makan, membaca doa sebelum makan, menyimpan pinggan di tempat yang ditetapkan dan
sebagainya. Saya juga diberi layanan yang baik semasa masuk ke dalam bilik makanan guru
oleh pihak kantin dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk melawat persekitaran kantin
tersebut seperti dapur, sink basuh tangan dan sebagainya. Tempat masak dan kawasan kantin
juga berada dalam keadaan bersih.
Pada hari ketiga, saya telah mendapatkan maklumat dari GPK 1, GPK Hem dan GPK
Kokurikulum. Mereka telah memberikan bahan-bahan yang minta untuk penghasilan portfolio.
Saya juga mengambil gambar kelas di sekolah tersebut. Perkara-perkara yang saya lebih
berfokuskan di kelas adalah jadual waktu kelas, sudut pembelajaran, jadual tugas, bahanbahan pembelajaran dan sebagainya. Pada hari ini juga, saya diminta menjaga kelas tahun 2
sabagai ganti kepada guru lain kerana pada hari ini terdapat banyak guru tidak hadir ke sekolah
atas alasan-alasan tertentu. Oleh sebab, saya pernah bekerja sebagai guru selama tiga tahun
saya mudah dapat mengawal guru dan mengambil hati mereka secara cepat. Saya

menggunakan waktu itu untuk mengajar mereka tanpa membazirkan masa. Saya berasa
sangat gembira dan puas hati selepas mengajar kepada mereka.
Pada hari keempat pula,.saya mengambil gambar murid-murid yang sedang makan
makanan RMT pada waktu pagi. Terdapat beberapa orang guru bertugas datang awal ke
sekolah bagi melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Selepas itu, saya pergi
berjumpa dengan mentor saya dan mengikutinya ke kelas tahun 2 bagi subjek Bahasa Melayu.
Semasa beliau mengajar murid-murid tidak membuat bising, tidak berjalan dan tidak membuat
kerja-kerja lain melain mendengar apa yang guru mengajar di depan kelas. Ini adalah kerana
cara beliau mengajar di dalam kelas amat menarik kerana beliau menggunakan BBM yang
berwarna warni dan menarik supaya murid-murid tidak cepat bosan.Selepas itu, saya
mengambil gambar cara beliau mengajar dan respon murid-murid di dalam kelas. Saya juga
telah mengambil gambar buku rekod, BBM dan bahan-bahan tambahan yang berkaitan dengan
mata pelajaran ini untuk meletakkan sebagai bahan lampiran.Selepas itu, saya juga pergi ke
bilik guru untuk menemuduga seorang guru penolong yang boleh memberi sokongan moral
kepada saya.Guru yang bekerjasama dengan saya adalah Pn.Indera.Beliau menerangkan
secara ringkas untuk semua soalan yang saya ditujukan.Beliau juga dapat menjawab dengan
jelas dan tepat bagi soalan saya.
Pada hari terakhir pula, saya telah mendapatkan tandatangan Guru Besar untuk dalam
beberapa borang. Beliau juga mencatatkan ulasan tentang kelakuan saya sepanjang saya
menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Seterusnya, saya juga mengambil
tandatangan dan gambar Penolong Kanan sekolah tersebut dan mengucapkan terima kasih
kepada mereka kerana membantu saya memberi pelbagai bahan berkaitan dengan sekolah.
Selepas itu, saya juga menemuduga pihak kantin sekolah, pembantu am sekolah iaitu
EN.S.Ramachaneran,

En.A.Retana

Sami

iaitu

pengawal

mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang

keselamatan

sekolah.

Saya

membantu saya dalam semua hal

sepanjang saya menjalani PBS ini. Saya juga telah mengambil gambar-gambar kelas selepas
tamatnya waktu sekolah. Saya juga menyempurnakan setiap tugasan yang perlu disiapkan
termasuk pengambilan cop sekolah. Akhir sekali saya mengambil gambar bersama dengan
guru-guru sebagai kenangan manis.

3.1 PEMERHATIAN
Sekolah mencerminkan sebuah organisasi atau masyarakat kecil yang mengamalkan
nilai-nilai peradapan. Hasil daripada pembentukan tamadun, nilai-nilai dan ciri-ciri ketamadunan
masih diamalkan di sekolah. Nilai-nilai ini boleh diterjemahkan dalam tingkahlaku kumpulan
komuniti sekolah.
Sepanjang saya menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) di SJK
(T) Bedong , saya telah membuat pemerhatian terhadap beberapa perkara penting di sekolah
tersebut. Pemerhatian saya merangkumi semua aspek di sekolah tersebut terutama berkaitan
dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Pemerhatian saya berlangsung selama lima hari
bermula dari 30 March 2014 hingga 03 April 2014.
Dari segi pemerhatian terhadap pengurusan sekolah, saya mengenali bahawa
pengurusannya berjalan dengan lancar. Justeru itu, semua pembantu pentadbir mempunyai
budi bahasa yang tinggi dimana mereka sentiasa berceria dalam membantu para guru dan
murid-murid berkaitan dengan pentadbiran sekolah. Hal ini kerana semua orang yang
mempunyai jawatan dalam pengurusan sekolah melaksanakan tanggungjawab mereka masingmasing dengan sempurna, efisyen dan berkomited. Saya mendapati bahawa pengurusan
sekolah berjalan dengan lancar disebabkan oleh kerjasama daripada semua guru.
Dari segi pemerhatian terhadap para guru mereka mempunyai budaya yang baik untuk
dicontohi. Mereka bergaul mesra antara satu sama lain tanpa keegoan. Mereka juga prihatin
antara satu sama lain dan mempunyai interaksi yang baik antara sesama mereka. Para guru
sekolah ini juga amat menepati masa dalam menghadiri kelas. Ini menunjukkan nilai
tanggungjawab yang ada pada mereka.
Pemerhatian terhadap matapelajaran pula, saya telah memerhatikan matapelajaran
Bahasa Melayu iaitu matapelajaran major saya. Guru-guru bagi mata pelajaran ini telah
menggunakan pelbagai kaedah yang berbeza yang memberikan gambaran bahawa mereka
adalah kritis dan kreatif dalam mengendalikan kelas mereka. Mereka juga membawa BBM ke
kelas mereka tiap-tiap hari, sebagai kewajipan. Ini adalah bukan kepaksaan pihak pentadbir
manakala guru-guru sekolah tersebut sanggup dan rela menyediakan BBM untuk murid-murid
mereka. Selain itu, mereka menggunakan pendekatan yang positif terhadap pelajar. Ia
merupakan satu kaedah yang baik dan positif dalam membawa murid-murid kearah pencapaian
yang cemerlang.

Pemerhatian dari segi kawasan sekolah memberikan pandangan yang jelas bahawa
para pembantu am menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab. Keadaan ini dapat
dibuktikan apabila melihat kebersihan persekitaran sekolah serta penanaman pokok-pokok
hiasan di kawasan sekolah yang menambahkan lagi kecantikan sekolah ini. Pekerja-pekerja
lain ataupun staf juga memberi sumbangan yang baik kepada sekolah ini.
Dari segi persekitaran bilik darjah pula, guru-guru telah menunjukkan kemahiran kreatif
mereka dengan bagus dan jelas. Setiap kelas kelihatan amat kondusif dan mempunyai
persekitaran dan suasana yang sesuai bagi murid-murid untuk belajar dengan selesa walaupun
mereka terdiri dalam bilangan yang kecil. Setiap kelas mempunyai perkara-perkara asas yang
perlu ada dalam sesebuah kelas dengan lengkap seperti jadual waktu, jadual tugasan, sudut
baca dan sebagainya. Setiap kelas juga mempunyai bahan pembelajaran yang yang berwarnawarni seperti BBM yang dibuat oleh guru. Kesemua bilik darjah juga mempunyai sumber
cahaya dan pengudaraan yang baik.
Tambahan pula, pusat sumber juga memainkan peranan penting dalam membantu
murid-murid untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan pelajaran mereka. Pusat
sumber sekolah yang buka pada waktu sekolah juga memudahkan murid-murid menikmati
kemanfaatan pusat sumber dengan sepenuhnya. Suasana pusat sumber juga sangat menarik
serta berkelihatan teratur dan bersih. Selain itu, meja dan kerusi di dalam pusat sumber di atur
dengan teratur dan mudah bergerak. Meja-meja juga telah dilengkapkan dengan carta-carta
pembelajaran yang membolehkan murid-murid mengetahui sesuatu yang bermakna. Program
Nilam yang telah dilaksanakan oleh pihak pusat sumber telah mengalakkan penanaman tabiat
membaca dalam kalangan murid-murid.
Dari segi pemerhatian terhadap murid-murid juga, saya mendapati murid-murid sekolah
ini datang daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza. Terdapat murid-murid dari keluarga
miskin, sederhana, mewah, berpendidikan dan kurang berpendidikan. Pengetahuan muridmurid juga agak berbeza mengikut latar belakang mereka. Cara pertuturan mereka juga
berbeza antara satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa murid-murid yang datang dari keluarga
yang berpendidikan mempunyai ataupun menunjukkan nilai yang tinggi berbanding dengan
murid-murid yang datang dari keluarga kurang berpendidikan. Tambahan pula, terdapat tiga
kelas yang berbeza pada setiap tahun. Kelas pertama ialah Vetri , kelas kedua ialah Vaagai
dan kelas ketiga ialah Saathanai. Murid-murid juga telah dibahagikan mengikut tahap

pembelajaran mereka dan ditempatkan dalam kelas yang sesuai mengikut kemampuan
mereka.
Pemerhatian dari aspek disiplin pula, murid-murid harus disanjungi kerana mereka
mengamalkan budaya berbaris semasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain seperti
makmal komputer, kantin, padang, kelas dan sebagainya. Mereka juga mengamalkan budaya
membaca pada waktu pagi sebagai kewajipan yang perlu dilakukan. Semua kaedah yang baik
ini secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri serta kecerdasan dari segi mental dan
fizikal.

3.2 SENARAI SEMAK


Senarai semak adalah borang yang kita menggunakan untuk menandakan sesuatu
perkara yang kita memerhatikan. Senarai semak ini membantu saya mengumpul data dengan
cepat dan tanpa ditinggalkan di SJK (T) Bedong. Saya menggunakan senarai semak ini ke
semua tempat yang saya pergi di sekolah tersebut dan menandakan perkara-perkara yang ada
dan tiada di sekolah tersebut.
SENARAI SEMAK PENYEDIAAN PORTFOLIO (PBS)
1.0 PENGURUSAN DAN ORGANISASI SEKOLAH
Perkara

Ada

Tiada

Catatan

Ada

Tiada

Catatan

1.1 Pelan fizikal sekolah


1.2 Carta Organisasi sekolah
1.3 Peranan pihak pengurusan & guru

Guru Besar

Guru Penolong Kanan

Ketua Panitia

Guru

1.4 Sejarah sekolah


1.5 Visi dan Misi Sekolah

2.0 PRASARANA SEKOLAH


Perkara
2.1 Kemudahan sekolah
Sudut Pembelajaran
Dewan
Kantin
Tandas
Padang
Padang permainan
Pusat sumber
Makmal sains
Makmal komputer
2.1.1 Kemudahan kemudahan lain
Bengkel kemahiran hidup
Bilik guru

Stor Pendidikan Jasmani


Bilik Pemulihan
Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Koperasi
Pra Sekolah
Garaj
Dataran Perhimpunan
2.2 Mural sekolah
2.3 Kata-kata hikmah
2.4 Nilai-nilai Murni
Amalan dalam kalangan murid
2.5 Rukun Negara
2.6 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.7 Bilik darjah
a) Ruang Pembelajaran
b) Paparan
Jadual waktu
Jadual tugas
Peraturan
2.8 Keselamatan
a) Pengawal keselamatan
b) Prosedur keluar/masuk
c) Infrastruktur
Banggunan
Elektrik
Alat pemadam api
3.0 PELAKSANAAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
Perkara
3.1 Sukatan pelajaran
3.2 Buku rekod pengajaran guru
3.3 Sumber pengajaran dan
pembelajaran
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu belajar
Sudut bacaan
Paparan bahan pembelajaran
3.4 Kokurikulum
Persatuan
Permainan
Unit beruniform
3.5 Bahan Pendidikan Seni Visual

Ada

Tiada

Catatan

3.3 TEMU BUAL


Perkara-perkara baru yang telah saya pelajari melalui temu bual adalah mngenai cara-cara
bertutur dengan seseorang yang berpelajaran tinggi, tua dan berpengalaman. Semasa bertutur
dengan seseorang yang berpengalaman kita haruslah menghormati mereka dan tidak
berkelakuan seperti menghina mereka. Kita haruslah mengambil nasihat dan berusaha
mengikuti perkara-perkara yang diberitahu oleh mereka.
Saya telah bertemubual dengan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan
kakitangan di sekolah ini. Secara keseluruhannya, mereka memberi layanan yang baik pada
saya. Saya mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaa (FPK) dan proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semua
kakitangan sekolah memberi layanan yang baik dan meluangkan masa dengan saya semasa
saya membuat perbincangan.
Selain itu, saya juga telah mempelajari cara meminta soalan yang sesuai dengan
keadaan sekolah. Sebelum ini, saya tidak begitu berpengalaman mengadakan temu

bual

dengan seseorang. Oleh sebab itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mempelajari suatu
pengalaman yang baru. Pada mulanya, saya berasa segan dan takut untuk mengadakan temu
bual dengan guru-guru dan staf-staf sokongan di sekolah itu kerana tidak mengenal mereka.
Selepas saya bertemu bual dengan seorang guru, saya mendapat keyakinan untuk bertutur
dengan guru lain dan tanya soalan yang sesuai dengan keadaan sekolah dan juga tentang
subjek major saya iaitu Bahasa Melayu.
Selain itu, saya telah mendapat keyakinan selepas mengadakan temu bual dengan pihak
sekolah. Saya berasa sungguh bersyukur kerana mendapat peluang untuk mengadakan temu
bual dengan pihak sekolah. Kesimpulannya, melalui temubual saya mendapat pelbagai input
yang berfaedah dan membantu saya dalam melengkapkan tugasan dengan sempurna.

Temu Bual dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Soalan 1 : Bagaimanakah dapat meningkatkan prestasi sekolah ini setiap
tahun?
Prestasi murid dapat ditingkatkan dengan komitmen yang tinggi antara pihak
pentadbiran sekolah, para guru serta kerjasama daripada Persatuan Ibu bapa dan guru.
Program Belajar dari Tahun Satu dijalankan di mana pihak sekolah memperkenalkan
tujuh subjek kepada murid darjah satu dan mengekalkan 7A sehingga darjah enam.
Pelajar juga diadakan kelas tambahan supaya merekan dapat mengukuhkan kefahaman
mereka dalam sesuatu subjek.
Soalan 2 : Apakah aktiviti yang dilaksanakan untuk membentuk intektual,
kerohanian, emosi dan fizikal murid?
Pelbagai program yang berfaedah dilaksanakan sepanjang tahun.

Contohnya,

PROTIM bagi bahasa Melayu dan Matematik.


Seminar bagi murid darjah enam.
Teknik menjawab soalan.
Program disiplin bagi pelajar yang terlibat dalam masalah disiplin.
Soalan 3 : Bagaimanakah sekolah mengambil peranan dalam membantu
pelajar yang lemah dan daripada keluarga yang berpendapatan
rendah?
Mengadakan kelas tambahan secara percuma.
Memberi makanan secara percuma (RMT).
Sekolah menyediakan pelbagai modul dengan bimbingan guru.
Soalan 4: Mengaplikasikan konsep jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek semasa
proses pengajaran dan pembelajaran?
Mengaplikasikan konsep Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.
Mengendalikan program seperti program motivasi, ceramah dan sebagainya.

Temu Bual dengan Penolong Kanan Kokurikulum


Soalan 1 : Apakah aktiviti kokurikulum yang dikendalikan oleh pihak sekolah?
Terdapat banyak aktiviti kokurikulum yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Contohnya,
permainan bola sepak pada waktu petang.
Badan Unit Beruniform juga dilaksanakan di sekolah ini seperti pengakap, PBSM dan
sebagainya.
Soalan 2 : Adakah para murid lebih bertumpu dan mencapai tahap
kecemerlangan yang baik dalam akademik jika mereka aktif dalam
kegiatan kokurikulum?
Walaupun aktif dalam kegiatan kokurikulum para murid dapat mengagihkan masa
dengan baik untuk pencapaian akademik mereka juga.
Contohnya, pelajar yang mewakili merentas desa pada kali ini adalah pelajar kelas
pertama dari darjah enam.
Kecekapannya dalam pengagihan masa untuk aktif dalam kurikulum dan kokurikulum
menjadi garis panduan bagi murid-murid yang lain untuk menjadikannya sebagai
teladan.
Soalan 3 : Bagaimanakah guru memainkan peranan dalam proses pengajaran
untuk memberikan pelajaran yang sempurna kepada murid?
Guru hendaklah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan mendalam mengenai topik
yang hendak diajarkan.
Guru hendaklah memberikan penglibatan yang sempurna semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku.
Guru perlu menggunakan bahan Bantu Mengajar (BBM) supya dapat menarik perhatian
pelajar di dalam kelas.

Temu Bual Dengan Mentor


Soalan 1 : Apakah peranan seorang guru semasa mengajar murid-murid dalam

kelas?
Semasa mengajar dalam kelas guru haruslah menjadi teladan yang baik kepada muridmuridnyai dan guru hendaklah menggunakan pendekatan yang positif terhadap anak
muridnya.
Pendekatan yang positif melalui kasih sayang untuk mewujudkan implikasi positif dalam
perkembangan emosi anak muridnya.
Soalan 2 : Adakah semua orang guru mengaplikasikan kaedah pengajaran
seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
Di sekolah ini hampir 97% guru mengaplikasikannya dengan berjaya.
Namun, proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan kerana pentadbiran
sekolah selalu memerhatikan prestasi pelajar dan mengambil langkah-langkah yang
sesuai untuk penambahbaikkanya.
Soalan 3 : Apakah kaedah pengajaran yang diingini oleh para murid?
Murid-murid mengharapkan kaedah pengajaran yang mudah untuk difahamkan.
Murid-murid lebih gembira jika mereka diajar dengan menggunakan bahan bantu
mengajar yang dapat menarik perhatian mereka.

Temu Bual dengan Guru Kelas


Soalan 1 : Apakah tugas seorang guru dalam melahirkan anak murid yang
seimbang?

Bagi melahirkan anak murid yang seimbang, guru haruslah bertanggungjawab dalam
penjagaan pelajaran & disiplin anak muridnya.
Memberikan ganjaran kepada anak murid untuk melahirkan kesan positif dalam hati
mereka.
Soalan 2 : Bagaimanakah caranya untuk mengaplikasikan proses pengajaran
dan pembelajaran seperti yang dinyatakan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan?
Guru haruslah menjadi teladan kepada anak muridnya dan sentiasa memberikan tunjuk
ajar kepada anak muridnya.
Guru hendaklah mengambil inisiatif untuk mengenal perkembangan anak muridnya
sebaik mungkin.

Temu Bual Dengan Guru Bahasa Melayu

Soalan: Apakah peranan seorang guru semasa mengajar murid-murid dalam


kelas?

Semasa mengajar dalam kelas guru haruslah menjadi teladan yang baik kepada muridmuridnya dan guru hendaklah menggunakan pendekatan yang positif terhadap anak

muridnya.
Pendekatan yang positif melalui kasih sayang untuk mewujudkan implikasi positif dalam
perkembangan emosi anak muridnya.

Soalan: Adakah semua orang guru mengaplikasikan kaedah pengajaran seperti yang
terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

Di sekolah ini hamper 97% guru mengaplikasikannya dengan berjaya.


Namun, proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar kerana
pentadbiran sekolah selalu memerhatikan prestasi pelajar dan mengambil langkah
langkah yang sesuai untuk penambahbaikkannya.

Soalan: Apakah kaedah pengajaran yang diingini oleh para murid?

Murid-murid mengharapkan kaedah pengajaran yang mudah untuk difahamkan.


Murid-murid lebih gembira jika mereka diajar dengan menggunakan bahan bantu
mengajar yang dapat menarik perhatian mereka.

Temu Bual Dengan Kakitangan Sekolah


Kakitangan Pejabat
Soalan : Apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai kakitangan pejabat?

Membantu Guru Besar dan guru-guru sekolah serta pengurusan sekolah bagi
melicinkan pentadbiran sekolah.
Memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar.
Sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat sekolah, guru dan murid supaya dapat
bersedia untuk audit.
Memguruskan bahagian kewangan sekolah.
Pembantu Am
Soalan : Apakah tugasan harian anda dan rakan sekerja anda yang perlu
dilakukan?
Membahagikan tugas kepada semua pekerja lain supaya tugasan dapat dijalankan

dengan teratur dan betul.


Menyapu dan membersihkan kawasan sekolah.
Mempastikan persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan bersih.
Mencuci tandas pelajar dan guru setiap hari.
Menanam dan memelihara pokok-pokok hiasan di sekeliling sekolah supaya
berkelihatan cantik.

Pihak Pengusaha Kantin


Soalan : Apakah tugasan anda sebagai pihak pengusaha kantin?
Menyediakan makanan dan minuman RMT mengikut menu dan mempastikan makanan
disediakan dalam keadaan bersih.
Memastikan keadaan kantin dalam keadaan bersih.
Menyediakan makanan dalam bilangan yang mencukupi bagi murid-murid dan guruguru yang terlibat dengan kelas tambahan.
Memastikan bilik makanan guru sentiasa dalam keadaan bersih.
Memastikan makanan dan minuman yang dijual dihasilkan dalam keadaan bersih dan
berkhasiat supaya mengelakkan daripada mendatangkan sebarang masalah kesihatan
kepada murid-murid.
Memastikan makanan dijual pada harga berpatutan.
Pengawal Keselamatan Sekolah
Soalan : Apakah tugasan anda sebagai seorang pengawal keselamatan
sekolah?
Menjaga keselamatan sekolah.
Menjaga keselamatan murid.

Memerhatikan murid tidak keluar pada watu persekolahan.


Membantu guru bertugas untuk mengawal pergerakan

murid selepas waktu

persekolahan.
Memperhatikan kenderaan yang keluar masuk dari kawasan sekolah.

SOAL SELIDIK
Saya menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data daripada murid-murid
mengenai sekolah ini. Borang ini diberi kepada mereka dan meminta mereka menandakan
serta menulis pendapat mereka pada pada ruang yang disediakan. Keputusan soal selidik
menunjukkan kebanyakan murid memberi pendapat ataupun komen yang baik terhadap pihak
sekolah ini. Dengan menggunakan cara ini, saya dapat mendekati murid-murid sekolah ini
dengan lebih mudah.
Borang Soal Selidik
1. Adakah sekolah ini mempunyai kelengkapan dan kemudahan prasarana yang lengkap?
Ya
(
)
Tidak
(
)
2. Adakah anda rasa pencapaian kurikulum sekolah ini cemerlang? Nyatakan sebab jika
tidak.
Ya
(
)
Tidak
(
)
______________________________________________________________________
______________________________________________________
3. Adakah bilik darjah di sekolah ini sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran?
Nyatakan sebab mengapa anda berkata demikian.
Ya
(
)
Tidak
(
)
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________
4. Adakah aktiviti ko-kurikulum dapat mencungkil bakat dan potensi murid-murid di sekolah
ini?
Ya

Tidak

5. Adakah sekolah berjaya mengaplikasikanFalsagah Pendidikan Kebangsaan dalam


pentadbiran dan pengurusan sekolah?
Ya
(
)
Tidak

6. Adakah kaedah pengajaran guru Bahasa Tamil menarik minat kamu semua? Nyatakan
sebab mengapa anda berkata demikian.
Ya
(
)
Tidak
(
)
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________

7. Proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil berpusatkan guru atau murid?
Guru
(
)
Murid
(
)
8. Adakah guru mengambil kira keupayaan dan kelemahan pelajar dalam proses
pengajaran Bahasa Tamil?
Ya
(
)

Tidak

9. Apakah langkah guru Bahasa Tamil anda ambil untuk mengatasi masalah pembelajaran
murid?
i.
Memberi tugasan yang mudah mengikut tahap murid.
ii.
Mengadakan kelas tambahan bagi murid yang lemah.
iii.
Memberikan sokongan moral kepada murid.
iv.
Membiarkan mereka begitu sahaja dan menyambung pengajaran ke topik yang
i.
ii.
iii.
iv.

berikutan.
i dan ii
i, ii dan iii.
i, iii dan iv
i, ii, iii dan iv

4.1 PERBINCANGAN DENGAN PENGURUSAN SEKOLAH

Dalam perbincangan saya dengan pengurusan sekolah saya dapati bahawa pengurusan
sekolah memainkan peranan penting dalam melahirkan anak murid yang seimbang darisegi
JERIS iaitu jasmani, rohani, intelek dan sosial. Pihak pentadbiran sekolah juga mengatakan
bahawa komitmen yang tinggi daripada guru dalam bilik darjah serta di luar bilik darjah amat
penting untuk melahirkan anak murid yang seimbang. Maka, banyak aktiviti yang dikendalikan
secara berterusan dengan bimbingan daripada guru kepada anak murid.
Pelbagai jenis aktiviti dan program-program kurikulum dan ko-kurikulum telah dikendallikan
secara berterusan dengan kerjasama dari guru-guru kepada murid-murid. Aktiviti-aktiviti
sebegini sememangnya telah memberi kesan yang baik kepada murid-murid dan turut telah
meningkatkan prestasi murid-murid dalam sesetengah matapelajaran.
Lebih-lebih lagi saya juga mendapati bahawa prestasi murid dapat dipertingkatkan
melalui komitmen yang tinggi antara pihak pentadbiran sekolah, para guru serta kerjasama
daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sebagai contoh, Program Belajar Dari Tahun Satu
dijalankan oleh pihak sekolah kepada murid tahun 1 supaya mengekalkan prestasi mereka
secara meningkat dalam pelajaran. Selain itu, PROTIM juga dikendalikan bagi murid yang
lemah dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.
Mereka juga mengatakan bahawa melalui program yang dikendalikan seperti program
motivasi, ucapan dan sebagainya dapat merealisasikan melalui Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Selain itu, hal ini juga diaplikasikan dalam bilik darjah dan juga di sekolah. Jadi,
para guru hendaklah berfungsi sebagai pendidik dan memberikan penglibatan yang baik dalam
profesion perguruan.
Komitmen dari semua pihak terutamanya pihak guru-guru amat penting dalam melahirkan
seorang insan yang seimbang pada masa hadapan.

4.2 PERBINCANGAN DENGAN MENTOR

Perbincangan saya dengan mentor adalah mengenai peranan guru dalam pengajaran,
penglibatan guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang
dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta kaedah pengajaran yang diingini oleh
murid daripada guru. Beliau mengatakan bahawa seorang guru harus menggunakan
pendekatan yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Tambahan pula, beliau mengakui bahawa hampir 80% guru mengaplikasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam pengajarannya dan para murid mengingini pengajaran yang
mudah difahamkan dengan menggunakan alat-alat bantu mengajar berserta dengan aktivitiaktiviti yang menyeronokkan. Namun, beliau juga menegaskan bahawa, pentadbiran sekolah
memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar kerana pentadbiran sekolah selalu
memerhatikan

prestasi

pelajar

dan

mengambil

langkah-langkah

yang

sesuai

bagi

menambahbaikkannya dari semasa ke semasa.


Antara kaedah yang diingini oleh murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ialah pembelajaran dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokan. Contohnya, murid-murid amat
suka untuk belajar apabila guru-guru menggunakan alat bantu belajar dalam kelasnya
terutamanya bagi matapelajaran matematik dan sains.
Beliau juga menegaskan bahawa, pentadbir sekolah harus sentiasa membuat pemantauan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Langkah ini adalah bagi
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam bilik darjah pada
setiap masa.

4.3 PERBINCANGAN DENGAN GURU-GURU LAIN

Saya berbincang mengenai tanggungjawab seseorang guru dalam melahirkan anak murid
yang seimbang, caranya untuk mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran seperti
yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta tanggungjawab atau peranan
seorang guru membimbing anak murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau
mengatakan bahawa sebagai golongan pendidik guru haruslah membantu anak muridnya
seimbang darisegi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan emosi.
Selain itu, beliau menambahkan bahawa guru haruslah menjadi teladan kepada anak
muridnya dan sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada anak muridnya. Menurut beliau, guru
juga berperanan untuk mendidik dan melahirkan pelajar yang seimbang disamping
mengaplikasikan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.
Perbincangan Dengan Guru Bahasa Melayu

Saya telah berbincang dengan guru bahasa Melayu Cik Shamala. Beliau mengatakan
bahawa guru bahasa Melayu kita haruslah berfikiran luas dan kreatif serta inovatif. Seterusnya,
beliau berpendapat bahawa guru bahasa Melayu sentiasa mencuba kaedah-kaedah pengajaran
yang baru di dalam kelas supaya dapat menarik perhatian murid-murid dan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih efektif.
Teori-teori yang dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah-falsafah amat membantu dalam
merealisasikan matlamat pengajaran. Beliau juga berkata kemahiran membaca, menulis dan
bertutur merupakan asas kepada pelajar bahasa Melayu. Oleh itu, setiap aktiviti yang dijalankan
harus menekankan penggunaan kemahiran-kemahiran ini. Murid harus menguasai kemahirankemahiran ini agar mereka dapat bertutur dan menulis semua subjek penting dengan baik.

4.4 PERBINCANGAN DENGAN KAKITANGAN SEKOLAH


Kami berbincang mengenai tugas seorang pengawal dalam menjaga keselamatan dan
prosedur keluar masuk serta mengenai kebersihan persekitaran sekolah yang melahirkan
suasana yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Pada masa yang sama pembantu am pejabat mengatakan bahawa tugas mereka adalah
membantu para guru, pengurusan sekolah dan pentadbiran sekolah supaya pihak sekolah
dapat menjalankan tugas mereka dengan sempurna dan sepertimana yang dirancang. Mereka
juga mengatakan bahawa terdapat beberapa kemudahan yang perlu menambahkan di sekolah
tersebut untuk menjalankan tugasan mereka dengan sempurna seperti kekurangan bahan
elektronik.
Pada masa yang sama pekebun pekebun sekolah itu sangat mesra dan menjalankan
tugas mereka dengan sempurna. Mereka sentiasa memastikan kawasan sekolah tersebut
berada dalam suasana yang bersih. Setiap pagi mereka menyapu kawasan sekolah dan
memeungkut sampah sarap disekeliling sekolah.
Justeru itu, pembantu am pejabat mengatakan bahawa tugas mereka adalah untuk
membantu para guru, membantu pengurusan sekolah dan membantu dalam pentadbiran untuk
sekolah menjalankan tugas seperti yang dirancang. Mereka akan melaksanakan tugas-tugas
pejabat yang berkaitan dengan penyediaan laporan kehadiran para guru, menerima dan
memproses surat-surat yang dihantar oleh mana-mana pihak atas nama sekolah. Menurut
pembantu pentadbir, walaupun kemudahan dan kelengkapan dalam pejabat masih belum
mencukupi tetapi pentadbiran sekolah dapat dijalankan dengan lancar dengan bantuan dan
kerjasama para guru dan murid.

4.5 INTERAKSI DENGAN MURID


Semasa berinteraksi dengan murid saya dapati murid-murid sekolah itu mempunyai
latarbelakang yang berbeza. Ada golongan yang miskin dan terdapat juga golongn pelajar yang
sederhana. Penampilan murid-murid yang bergolongan miskin berkelihatan kotor dan tidak
kemas. Kasut dan pakaian mereka juga koyak dan kotor. Pertuturan mereka juga agak tidak
sopan dan kebanyakannya daripada mereka adalah nakal. Hal ini menunjukkan bahawa
kemungkinan besar ibu bapa mereka tidak berpendidikan.
Penglibatan murid di dalam kelas sangat aktif. Mereka memberi respon yang positif
dalam

kelas.

Sebagai

contohnya,

mereka

menjawab

dengan

berani

apabila

guru

mengemukakan soalan tanpa menunjukkan perasaan malu dan takut. Kawalan kelas adalah
mengikut bilangan murid dalam sesebuah kelas tetapi keseluruhannya guru dapat mengawal
murid di dalam kelas. Oleh sebab murid-murid terdiri dalam bilangan yang banyak, guru telah
membahagikan mereka mepada beberapa kumpulan dan tempat duduk mereka juga diatur
dalam bentuk kumpulan. Hal ini membantu guru untuk melaksanakan aktiviti dalam bentuk
kumpulan serta dapat menjamin kawalan kelas.
Murid-murid juga sangat aktif dalam bidang ko-kurikulum. Terdapat pelajar yang
mewakili sekolah pada peringkat daerah. Selain itu, mereka juga sangat aktif dalam badan
beruniform. Pada setiap hari Rabu semua murid akan memakai baju badan beruniform masingmasing. Kebanyakan murid sangat aktif dalam aktiviti Ko-Kurikulum. Mereka beritahu bahawa
mereka berasa gembira apabila memakai baju Ko-Kurikulum. Mereka juga mendapat bimbingan
dan dorongan daripada guru-guru mereka.

5.1 PEMERHATIAN
Perkara-perkara baru saya telah pelajari melalui pemerhatian ialah kita harus memerhati
setiap tindakan dengan terperinci. Hal ini amat penting bagi memastikan perkara-perkara yang
harus dilaksanakan tidak terlepas pandang. Saya telah membuat pemerhatian terhadap
suasana sekolah, keadaan kelas, pengajaran matapelajaran Bahasa Melayu dan sebagainya.
Daripada pemerhatian, saya dapat mengetahui cara seorang guru mengendalikan kelas.
Beliau memberi penekanan kepada aktiviti kumpulan dan semua aktiviti yang dijalankan adalah
berpusatkan murid. Beliau juga sangat memberatkan disiplin diri pelajar supaya murid-murid
dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam mata pelajaran yang diajar.
Selain itu, saya telah mempelajari cara sistem sebuah sekolah. Terdapat pelbagai
perkara yang harus diberi perhatian apabila menjadi guru. Seorang guru harus mendidik muridmurid, menjaga hal peribadi murid-murid, melengkapkan fail dan maklumat murid-murid,
menjalankan aktiviti kokurikulum dan sebagainya. Melalui pemerhatian ini saya dapati tugas
guru memang membebankan dan kita harus pandai membahagikan masa untuk menjalankan
tugas-tugas kita.
Dari segi pemandangan sekolah pula, saya dapati sekolah ini sangat sangat menarik
dan mempunyai suasana yang kondusif. Sekolah ini berhampiran dengan pusat bandar.
Kemudahan-kemudahan juga agak sempurna. Hal ini membantu guru untuk mengendalikan
kelas dengan lancar.
Kesimpulannya, melalui pemerhatian, saya mendapat pelbagai input yang berfaedah
dan membantu saya dalam melengkapkan tugasan dengan sempurna.

5.2 SENARAI SEMASA


Perkara perkara yang baru saya pelajari melalui senarai semak adalah tindakan yang
harus kita lakukan sebelum melaksanakan sesuatu tugasan. Hal ini amat penting supaya kita
tidak tertinggal kegiatan-kegiatan penting yang harus dilaksanakan dalam tugasan yang
dijalankan. Setelah saya menyediakan senarai semak, senarai semak ini membantu saya untuk
manganalisis bahan-bahan atau instrument-instrumen yang harus saya melengkapi serta
membawa semasa hadir ke sekolah.
Selain itu, senarai semak mengurangkan bebanan saya dalam melaksanakan tugasan
saya. Sehari sebelum saya pergi ke sekolah saya akan melihat pada senarai semak yang telah
disediakan. Saya akan mematuhi dan menyediakan perkara-perkara yang terkandung dalam
senarai semak. Senarai semak membantu saya dalam menyediakan semua kandungan yang
diminta dalam tugasan saya tanpa ketinggalan.
Kesimpulannya, saya telah mempelajari bahawa sebelum setiap tugasan dijalankan,
saya perlu menyediakan senarai semak supaya dapat memudahkan kerja saya serta
menyelesaikan tugasan tersebut dengan sempurna tanpa ketinggalan.

5.3 TEMU BUAL


Perkara-perkara baru yang telah saya pelajari melalui temu bual adalah mengenai caracara bertutur dengan seseorang yang berpelajaran tinggi, tua dan berpengalaman. Semasa
bertutur dengan seseorang yang berpengalaman kita haruslah menghormati mereka dan tidak
berkelakuan seperti menghina mereka. Kita haruslah mengambil nasihat dan berusaha
mengikuti perkara-perkara yang diberitahu oleh mereka.
Selain itu, saya juga telah mempelajari cara meminta soalan yang sesuai dengan keadaan
sekolah. Sebelum ini, saya tidak begitu berpengalaman mengadakan temu

bual dengan

seseorang. Oleh sebab itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mempelajari suatu
pengalaman yang baru. Pada mulanya, saya berasa segan dan takut untuk mengadakan temu
bual dengan guru-guru dan staf-staf sokongan di sekolah itu kerana tidak mengenal mereka.
Selepas saya bertemu bual dengan seorang guru, saya mendapat keyakinan untuk bertutur
dengan guru lain dan tanya soalan yang sesuai dengan keadaan sekolah dan juga tentang
subjek major saya iaitu Bahasa Melayu.
Selain itu, saya telah mendapat keyakinan selepas mengadakan temu bual dengan pihak
sekolah. Saya berasa sungguh bersyukur kerana mendapat peluang untuk mengadakan temu
bual dengan pihak sekolah. Kesimpulannya, melalui temubual saya mendapat pelbagai input
yang berfaedah dan membantu saya dalam melengkapkan tugasan dengan sempurna.

TARIKH : 30 Mac 2014

Hari ini ialah hari pertama saya menjejak kaki di sekolah untuk menjalankan program
Pengalaman Berasaskan Sekolah. Sekolah yang saya memilih ialah Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Bedong.
Hari ini saya sampai ke sekolah pada pukul 7.00 pagi. Saya telah melaporkan diri di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bedong dengan En.G.Sweneson selaku Guru Besar sekolah
teresebut. Beliau membenarkan kami untuk menjalankan tugasan.
Oleh sebab hari itu hari Ahad, iaitu hari pertama sekolah di Kedah saya menghadiri
perhimpunan pagi di tapak perhimpunan. Saya juga memerhati cara perhimpunan dijalankan
serta membantu guru-guru untuk mengawal murid-murid sekolah. Selepas perhimpunan diakhiri
saya telah diberikan tempat duduk di bilik guru, bersama-sama dengan guru-guru penolong lain.
Saya telah mengambil kesempatan ini untuk bergaul mesra dengan mereka.
Sebagai langkah pertama, saya pergi ke bilik Guru Besar untuk menemuduganya.Saya
mencatat soalan yang saya tujukan dan jawapan yang diberikan oleh beliau dalam
kertas.Selepas itu, saya mula mengawasi persekitaran luar sekolah serta mengambil gambar
sebagai buktinya membuat tugasan PBS ini.Antara perkara-perkara yang saya memerhati di
luar kawasan sekolah adalah sekolah tersebut mempunyai beberapa kemudahan awam yang
amat diperlukan kepada murid-murid sekolah seperti perhentian bas awam dan Klinik kesihatan
awam.
Selepas itu.saya pergi berjumpa dengan guru Panitia Bahasa Melayu sekolah tersebut
dan juga memegang jawatan sebagai guru Makmal Komputer. Beliau menjawab soalan saya
dengan lebih jelas kerana kebanyakan soalan saya berkaitan dengan subjek major saya iaitu
Bahasa Melayu. Beliau juga menasihati saya agar menjadi guru Bahasa Melayu yang lebih
bersabar dan prihatin supaya dapat mendampingi murid-murid. Beliau juga mengatakan
sebagai guru Bahasa Melayu bagi sekolah rendah kita perlu bersabar, kreatif dan perlu
menggunakan pelbagai teknik pengajaran dalam P&P supaya boleh menarik minat murid.
Sebelum tamat sekolah, saya sempat mengambil dan mengumpul data yang
secukupnya dalam masa yang singkat.Hari ini saya dapat mengenali tentang SJK(T) Bedong
secara lebih mendalam.Saya juga pulang ke rumah pada pukul 2.30 petang.

TARIKH : 31 Mac 2014

Hari ini adalah hari kedua saya ke sekolah.Seperti hari pertama saya ke bilik Guru Besar
untuk merekodkan kehadiran dalam buku kehadiran guru pelatih.Selepas itu, saya pergi ke bilik
guru untuk meletakkan barang-barang saya.Selepas itu, saya juga terus pergi ke kelas murid

tahun 5 untuk mengambil gambar bagi aktiviti bacaan pada waktu pagi.Aktiviti ini merupakan
salah satu aktiviti yang amat bermaanfaat kepada murid-murid dan sangat mengambil perhatian
saya sepanjang seminggu ini.
Selepas itu, saya juga pergi berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Hem.Beliau
memberi carta organisasi sekolah, pelan fizikal sekolah, bahan-bahan berkaitan dengan Hal
Ehwal Murid dan sebagainya.Bahan yang diberi oleh beliau adalah sangat penting bagi
menyiapkan tugasan ini.Seterusnya, saya minta keizinan daripada Guru Besar untuk photostat
bahan bahan yang saya diperolehi di pejabat. Selepas itu, saya juga terus menyimpan semua
bahan tersebut dalam folder dan menaip bahan yang tidak dapat fotostat.
Hari ini, saya sangat gembira kerana semua bahan yang dikehendaki telah pun siap
dikumpul dengan jayanya.

TARIKH : 01 April 2014

Hari ini saya telah diberi tugas oleh GPK 1 untuk memasuki kelas ganti disebabkan oleh
kekurangan guru pada minggu tersebut.Saya telah masuk ke kelas Tahun 1 bagi matapelajaran
Bahasa Tamil.Saya telah mengajar matapelajaran tersebut kepada murid-murid supaya mereka

boleh mempelajari sesuatu tanpa membazir masa.Murid-murid juga telah memberi perhatian
semasa saya mengajar dan tidak membuat bising serta memberi tumpuan sepenuhnya.
Seterusnya, saya juga menemuramah Penolong Kanan Kokurikulum tentang aktivitiaktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah serta mendapatkan bahan-bahan berkaitannya
untuk melaksanakan tugasan ini.
Selepas itu, saya juga pergi ke Pra Sekolah untuk mengambil gambar dan mengumpul
maklumat-maklumat berkaitan dengan Pra Sekolah.Guru Pra Sekolah tidak hadir ke sekolah
kerana beliau berada dalam cuti bersalinan.Walaupun beliau tidak hadir, pembantu Pra Sekolah
telah menjalankan ataupun menguruskan murid-murid dengan lebih baik.Beliau juga telah
membantu saya begi mengumpulkan maklumat-maklumat berkaitannya dengan sepenuh hati.
Pada masa yang sama, saya juga mengambil gambar makmal komputer yang diuruskan
dengan baik oleh guru makmal komputer. Beliau juga mengantungkan peraturan-peraturan
makmal komputer, kata-kata hikmah dan sebagainya.Selepas itu, saya telah meminta
kebenaran daripada guru perpustakaan untuk mengambil gambar perpustakaan.Saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepadanya kerana beliau sanggup
membantu saya untuk memberikan maklumat berkaitan dengan perpustakaan tanpa
menunjukkan sebarang kesusahan.
Saya amat gembira hari ini kerana telah siap mengumpul data-data yang boleh
membantu membuat tugasan.

TARIKH : 02 April 2014

Pada hari ini, sama seperti hari lain saya telah merekodkan kehadiran saya di pejabat.
Selepas itu.saya terus pergi ke kantin sekolah untuk melihat dan mengambil gambar muridmurid yang sedang memakan makanan RMT pada waktu pagi. Terdapat beberapa orang guru

bertugas datang awal ke sekolah bagi melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin.
Mereka juga mengawasi cara pihak kantin melayan dan memberi makanan kepada murid-murid
serta cara pemakaian mereka yang bersistematik. Ini menyebabkan pihak kantin juga memakai
pakaian dengan mengikut peraturan dan murid-murid juga makan dengan sopan tanpa
membuat masalah.Saya telah mengambil beberapa gambar untuk tugasan saya.
Selepas itu, saya pergi berjumpa dengan mentor saya dan mengikutinya ke kelas tahun
3 bagi subjek Bahasa Melayu. Semasa beliau mengajar murid-murid tidak membuat bising,
tidak berjalan dan tidak membuat kerja-kerja lain melain mendengar apa yang guru mengajar di
depan kelas. Ini adalah kerana cara beliau mengajar di dalam kelas amat menarik kerana beliau
menggunakan BBM yang berwarna warni supaya murid-murid tidak cepat bosan.Selepas itu,
saya mengambil gambar cara beliau mengajar dan respon murid-murid di dalam kelas. Saya
juga telah mengambil gambar buku rekod, BBM dan bahan-bahan tambahan yang berkaitan
dengan matapelajaran ini untuk meletakkan sebagai bahan lampiran.
Selepas itu, saya juga pergi ke bilik guru untuk menemuduga seorang guru penolong
yang boleh memberi sokongan moral kepada saya.Guru yang bekerjasama dengan saya
adalah Cik Shamala.Beliau menerangkan secara ringkas untuk semua soalan yang saya
ditujukan.Beliau juga dapat menjawab dengan jelas dan tepat bagi soalan saya.
Hari ini saya dapat peluang untuk menemuduga guru disiplin sekolah ini dan saya juga
melihat cara beliau menasihati murid-murid nakal. Beliau tidak memarahi dan mendenda muridmurid tersebut manakala beliau telah menasihati dengan penuh kesabaran.Saya juga telah
mempelajari satu teknik baru untuk mengawal murid-murid.Semasa saya menemuduga beliau
mengatakan bahawa, sebagai seorang guru kita perlu mengenali murid-murid nakal dan muridmurid yang tidak sengaja buat kesalahan.Jadi, hukuman juga perlu diberikan mengikut
kesalahan mereka. Pada masa yang sama, kita juga perlu memastikan dalam keadaan
manakah murid tersebut melakukan kesalahan tersebut serta apa sebabnya supaya
mengelakkan berlaku sebarang kesalahan.
Selepas tamat sekolah, saya berjumpa dengan Guru Penolong Kanan dan mengambil
fail kurikulum. Saya pulang ke rumah selepas habis aktiviti kokurikulum kerana hari itu adalah
hari Rabu.

TARIKH : 03 April 2014

Pada hari ini, saya telah sampai ke sekolah seperti biasa iaitu pada pukul 7.00
pagi.Selepas merekodkan kehadiran saya dalam buku kehadiran saya terus pergi berjumpa
dengan Guru Besar untuk mendapatkan tandatangan beliau dalam beberapa borang.Beliau

juga mencatatkan ulasan tentang kelakuan saya sepanjang saya menjalani Program
Pengalaman Berasaskan Sekolah ini.Seterusnya, saya juga mengambil tandatangan dan
gambar Penolong Kanan sekolah tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada mereka
kerana membantu saya memberi pelbagai bahan berkaitan dengan sekolah. Pada masa yang
sama juga, saya telah mengucapkan terima kasih kepada Pn. Idzura sebagai kerani pejabat
yang banyak membantu saya untuk memperolehi maklumat-maklumat sekolah ini.
Selepas itu, saya juga menemuduga En. V. Vijayakumar, pihak kantin sekolah tentang
menu makanan RMT, harga menu makanan guru dengan murid-murid dan sebagainya. Beliau
juga memberi sedikit penerangan tentang kepentingan kebersihan kantin sekolah. Seterusnya,
saya juga menemuduga pembantu am sekolah iaitu EN.S.Ramachaneran untuk mendapatkan
sedikit maklumat tentang kebersihan sekolah. Beliau juga menerangkan tugasan hariannya
kepada saya dan kepentingan menanamkan pokok-pokok hiasan di kawasan sekolah.
Arah pandangan saya juga menuji ke pondok pengawal sekolah.Saya menemuduga
En.A.Retana Sami pengawal sekolah.Beliau telah memberi penerangan tentang prosedur
keluar masukdan alat-alat keselamatan sekolah.
Oleh sebab hari ini hari terakhir PBS, saya telah berjumpa dengan semua guru untuk
mengucapkan terima kasih atas sebab membantu saya dalam semua hal sepanjang saya
menjalani PBS ini.Saya juga telah mengambil gambar-gambar kelas selepas tamatnya waktu
sekolah.
Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah di SJK (T) Bedong ini amat
memberikan pelbagai pengetahuan kepada saya. Saya juga amat menghargai kerjaya saya
sebagai seorang guru.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59900 LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR
Lampiran 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1) Isu / Perkara yang difokuskan:
Keceriaan sekolah
2) Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan
Menambahkan keceriaan dan kecantikan suasana sekitar sekolah
Memberikan sumber inspirasi kepada murid-murid untuk
meningkatkan keyakinan mereka.
Mencerminkan imej sekolah yang mempunyai misi dan visi
tersendiri.
2.2 Kelemahan
Corak mural yang bertema kartoon hanya memberi keceriaan
sahaja dan menyampaikan sesuatu mesej yang berfaedah
kepada murid-murid.

3) Cadangan Penambahbaikan:

Menambahkan kualiti dan kuantiti mural


Melakar mural yang cantik dan menarik
Menghasilkan mural yang boleh menguji kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif pelajar

( Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda )

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59900 LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR

Lampiran 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1) Isu / Perkara yang difokuskan:
Disiplin para ibu bapa sekolah
( Ibu bapa menghantar anak-anak mereka sampai ke kelas )
2) Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan
Memastikan anak-anak tiba ke sekolah dalam keadaan selamat.
Meninjau keadaan anak-anak untuk memastikan anak mereka
berada dalam keadaan baik dan selesa.
2.2 Kelemahan
Anak-anak tidak mempunyai sikap berdikari dan sentiasa
bergantung kepada ibu bapa.
Murid-murid mengharapkan dan menunjukkan sikap manja
daripada guru tidak mengira guru kelas ataupun guru
matapelajaran.
3) Cadangan Penambahbaikan:

Memberi nasihat kepada ibu bapa dengan cara yang baik.


Menekankan perkara ini semasa menjalankan mesyuarat PIBG.

( Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda )

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59900 LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR

Lampiran 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1) Isu / Perkara yang difokuskan:
Kelengkapan di koperasi

2) Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:


2.1 Kekuatan
Memudahkan pelajar mendapatkan alatan yang dikehendaki.
Untung daripada hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung
kewangan sekolah.
2.2 Kelemahan
Ruang bilik koperasi sempit.
Rak-rak penyimpanan barang-barang tidak kukuh.

3) Cadangan Penambahbaikan:

Menambahkan alat-alat tulis yang baru dan terkini.


Perlu memperluaskan ruang bilik koperasi.

( Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda )

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59900 LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR

Lampiran 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1) Isu / Perkara yang difokuskan:
Kemudahan padang sukan
2) Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan
Menggalakkan penglibatan semua pelajar dalam sukan.
Memastikan perkembangan fizikal dengan seimbang dan sejajar
dengan kebolehan mereka.
Memupuk nilai-nilai murni
2.2 Kelemahan
Ukuran padang adalah lebih kecil.
Kadang kadang menumpang dengan sekolah-sekolah
berdekatan.
Kurang sesuai untuk menjalankan matapelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan.
Menggunakan sebagai tempat letak kenderaan guru.
3) Cadangan Penambahbaikan:

Mencari jalan yang baru untuk menyelesaikan masalah ini seperti


menyediakan tempat lain untuk meletak kereta dan sebagainya.

( Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda )

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59900 LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR

Lampiran 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1) Isu / Perkara yang difokuskan:
Pejabat sekolah
2) Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan
Mempunyai kemudahan wireless.
Kehadiran guru dimasukkan dalam komputer.
Kerani- kerani pejabat mempunyai computer masing-masing.
Mempunyai kemudahan-kemudahan penting seperti tempat
duduk bagi para ibu bapa yang datang, mesin fotostat, mesin
faks, rak-rak penyimpanan fail-fail penting dan sebagainya.
2.2 Kelemahan
Keadaan bilik sempit dan susah untuk membuat kerja secara
ramai-ramai.

3) Cadangan Penambahbaikan:

Perlu memperluaskan ruang bilik pejabat supaya menjadi lebih


selesa.

( Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda )

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59900 LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR

Lampiran 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1) Isu / Perkara yang difokuskan:
Perpustakaan
2) Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan
Murid boleh membaca pada waktu pagi dan rehat kerana
perpustakaan mesti dibuka pada waktu tersebut.
Murid-murid dapat mengetahui maklumat-maklumat baru dari
semasa ke semasa.
Mempunyai pelbagai jenis buku dari tahun 1 hingga 6.
Mempunyai sudut bacaan yang menarik.
2.2 Kelemahan
Buku-buku tidak disusun dengan teratur.
Tidak ada surat khabar harian.
3) Cadangan Penambahbaikan:

Melaksanakan giliran bertugas di dalam perpustakaan dan


mendenda pelajar yang tidak mematuhi peraturan di
perpustakaan.

( Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59900 LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR

Lampiran 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1) Isu / Perkara yang difokuskan:
Hiasan dalaman ( Kata-kata murni )
2) Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan
Merupakan kata-kata semangat yang boleh merangsang nilai
positif dan memberi galakkan yang padu kepada murid.
Menceriakan kawasan sekolah.
Memupuk budaya yang baik dan sihat dalam kalangan muridmurid.

2.2 Kelemahan
Warna kata-kata murni pudar sedikit.
3) Cadangan Penambahbaikan:

Perlu memperbanyakkan kata-kata murni yang memberi


pengajaran kepada murid.
Perlu diberikan warna yang lebih menarik supaya menarik minat
murid-murid.
Pemberian warna yang lebih terang dan baik akan
menyampaikan mesej kepada murid-murid dengan lebih cepat.

( Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda )


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59900 LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR

Lampiran 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1) Isu / Perkara yang difokuskan:
Bilik stor sukan sekolah
2) Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan
Menyimpan pelbagai jenis alatan sukan dan permainan.
Memudahkan guru dan murid-murid untuk mengambil alatanalatan sukan.
2.2

Kelemahan
Susunan peralatan tidak teratur dan tersusun.
Alatan sukan tidak disimpan dengan rapi.
Berhabu
Kebanyakannya alatan adalah rosak ataupun patah dan tidak
boleh digunakan lagi.

3) Cadangan Penambahbaikan:

Mengkategorikan peralatan mengikut permainan


Melaksanakan jadual tugasan untuk membersihkan stor mengikut
giliran kelas.
Guru perlu merekodkan setiap peralatan yang diambil dalam
buku pinjaman suapaya mengelakkan berlalunya kehilangan
barangan.

( Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda )

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59900 LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR

Lampiran 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1) Isu / Perkara yang difokuskan:
Infrastruktur sekolah ( pagar hadapan sekolah )
2) Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan
Mencerminkan imej dan personaliti sekolah kepada masyarakat
umum.
Melambangkan identiti sekolah yang bersempurna.
Melekatkan carta carta peraturan pada pagar sekolah.
2.2 Kelemahan
Pagar sekolah tidak dibersihkan.
3) Cadangan Penambahbaikan:

Perlu membersihkan pagar sekolah.


Perlu mengecat pagar sekolah.

( Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda )

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59900 LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR
Lampiran 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1) Isu / Perkara yang difokuskan:
Kebersihan sekolah
2) Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan
Kebersihan sekolah berada dalam keadaan terkawal.
Pekerja sekolah menjalankan tugas dengan baik,
Tiada sampah sarap yang bertaburan.
2.2 Kelemahan
Terdapat beberapa buah tandas yang berbau
3) Cadangan Penambahbaikan:

Pekerja hendaklah memberi tumpuan


tandas.
Perlu membersihkan tandas setiap hari.

( Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda )

terhadap

kebersihan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59900 LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR
Lampiran 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1) Isu / Perkara yang difokuskan:
Disiplin pelajar dan guru ketika perhimpunan pagi.
4) Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan
Merupakan agenda mingguan sekolah.
Memberitahu isu-isu semasa kepada murid-murid.
Memberi sijil atau hadiah kepada murid-murid atas sesuatu
pertandingan yang diadakan seperti hadiah bagi aktiviti
membaca, pertandingan bola sepak, buku nilam dan sebagainya.
Semua murid-murid terlibat dalam perhimpunan pagi tanpa
ponteng.
Dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan murid.
Menggunakan pembesar suara.
2.2

Kelemahan
Terdapat beberapa murid datang lewat ke sekolah.
Murid-murid tidak beratur dalam keadaan yang baik.
Murid-murid tidak menumpukan perhatian.
Sesetengah guru bercakap semasa menjalankan perhimpunan.

5) Cadangan Penambahbaikan:

Perlu menegur murid-murid supaya berdiri dalam barisan secara


beratur.
Perlu menekankan kesalahan guru dalam mesyuarat.

Mengambil tindakan atas murid-murid yang datang lewat ke


sekolah supaya mereka tidak mengulang lagi.

( Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda )


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59900 LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR
Lampiran 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1) Isu / Perkara yang difokuskan:
Peraturan sekolah
2) Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan
Dapat memupuk sikap disiplin dalam kalangan murid-murid.
Melatih dari awal supaya mengikuti dalam semua tempat dan
keadaan
Mencerminkan pelajar yang bermoral dan mempunyai sahsiah
diri yang tinggi.
2.2 Kelemahan
Pelajar sering melanggar peraturan sekolah semasa balik ke
rumah.
Pelajar seringkali mengulangi kesilapan walaupun sudah banyak
kali menerima hukuman.
Tahap disiplin pelajar yang rendah.
3) Cadangan Penambahbaikan:

Menekankan kepentingan mematuhi peraturan sekolah kepada


murid-murid.

( Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda )

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59900 LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR

Lampiran 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1) Isu / Perkara yang difokuskan:
Garaj kenderaan guru
2) Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan
Memudahkan guru untuk meletak kenderaan mereka.
Kenderaan terletak dalam keadaan tersusun.
Melindungi kenderaan guru daripada cuaca panas terik dan
hujan.
2.2

Kelemahan
Bilangan tempat parking terhad.
Menggunakan padang sebagai tempat letak kereta.
Kawasan tempat letak kereta menakung air dan kereta juga akan
menjadi kotor semasa musim hujan.

3) Cadangan Penambahbaikan:

Menambah bilangan ruang letak kereta untuk keselesaan semua


pihak.
Menyediakan tempat lain untuk menyimpan kereta.

Membaiki kawasan parking yang bertakung air.

( Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda )

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59900 LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR
Lampiran 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1) Isu / Perkara yang difokuskan:
Nilai estetika dan mural sekolah
2) Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan
Mengajar pelajar melalui kesenian
Dapat menindahkan sekolah
2.2 Kelemahan
Hanya terdapat beberapa mural sahaja.
3) Cadangan Penambahbaikan:

Menambahkan mural-mural di sekolah.

( Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda )

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59900 LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR
Lampiran 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1) Isu / Perkara yang difokuskan:
Kantin
2) Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan
Memudahkan guru-guru dan para pelajar menikmati makanan.
Memberi keuntungan kepada pengusaha kantin
Harga makanan yang berpatutan
Makanan yang menyelerakan dan pelbagai
Kantin yang luas dan mempunyai kemudahan asas
2.2 Kelemahan
Meja dan kerusi yang lama
Tong sampah terdapat dalam bilangan yang kurang.
3) Cadangan Penambahbaikan:

Perlu mengantikan meja dan kerusi yang lama kepada yang baik
dan baru.

Perlu memperbanyakkan bilangan tong sampah.


Menasihati murid-murid yang mengotorkan kantin.

( Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda )

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59900 LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR
Lampiran 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1) Isu / Perkara yang difokuskan:
Bilik guru
2) Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan
Selesa dan lengkap
Ada tempat duduk yang lebih dan tempat tersebut boleh
digunakan oleh guru-guru pelatih
Terdapat perabot-perabot baru yang boleh berkunci
2.2

Kelemahan
Kurang bersih
Buku-buku di atas meja tidak disusun dengan teratur
Tidak mengasingkan antara guru lelaki dan perempuan

3) Cadangan Penambahbaikan:

Menyediakan tempat duduk berasingan kepada guru lelaki dan


perempuan
Memastikan bilik guru sentiasa dalam keadaan bersih

Guru-guru perlu mengemas tempat duduk masing-masing


dengan menyusun buku-buku dan barang barang mereka
dengan teratur.

( Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda )

1.0 Peranan Guru Besar

GURU BESAR
EN.G.SWENESON

Peranan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bedoang telah dikaji
semasa PBS ini. Peranan Guru Besar di sekolah tersebut merupakan sebagai seorang ketua di
sekolah.Guru Besar adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di sesebuah
sekolah. Guru Besar merupakan tonggak utama di sekolah kerana beliaulah yang menguruskan
dan menggerakkan semua hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Guru Besar merupakan ketua dan pemimpin yang perlu mempunyai matlamat, strategi, gaya
dan pemantauan kepimpinan terhadap guru-guru ke arah pencapaian objektif sekolah. Jika
Guru Besar tersebut seorang yang tidak berdisiplin, maka rosaklah segala perancangan dan
pengurusan sekolah tersebut. Jadi, kecemerlangan sesebuah sekolah wajar dirintis oleh
kepimpinan sekolah yang diterajui oleh Guru Besar untuk melahirkan insan yang seimbang dari
semua aspek JERIS selaras dengan hasrat FPK.

Guru Besar juga bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan
kewangan sekolah. Segala duit debit dan kredit yang digunakan oleh sekolah perlu mendapat
pengesahan dari Guru Besar terlebih dahulu. Guru Besar juga berperanan penting dalam
merangka matlamat sekolah, menerangkan matlamat sekolah, memantau dan menilai
pengajaran guru, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, mengawal masa
pengajaran, sentiasa kelihatan, memberi ganjaran untuk guru, menggalakkan perkembangan
profesionalisme guru dan menyediakan insentif untuk murid.
Edmond ( 1977 ), Sweeney ( 1982 ), Hussein Mahmood ( 1993 ) dan Leithwood dan Jantzi
( 1997 ) menekankan bahawa Guru Besar perlu mempunyai sensiviti terhadap bakat dan
kemahiran guru-guru, berkongsi matlamat dan membuat keputusan, memberi latihan
pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang tinggi terhadap guru-guru.
Maksudnya di sini, Guru Besar berperanan penting dalam meningkatlkan tahap profesionalisme
seseorang guru untuk mencapai objektif sekolah dengan lebih efektif dan sistematik.
Guru Besar bukan sahaja merancang segala aktiviti dan program di sekolah, namun perlu turut
sama terlibat dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah. Guru Besar yang
cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan galakkan guru-guru untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih baik dan menarik minat murid-murid untuk belajar. Beliau
bukan sahaja memberi arahan, namun turut terlibat dengan program-program serta
pelaksanaan yang dijalankan di sekolah. Penglibatan secara langsung Guru Besar dengan
organisasi sekolah amat penting dalam mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang harmonis
dan damai selaras dengan kehendak FPK.
Selain itu, Guru Besar juga dijadikan tempat rujukan organisasi sekolah. Jika terdapat
kakitangan sekolah yang menghadapi masalah, guru besar perlu peka dan prihatin terhadap
mereka. Seorang pemimpin yang baik akan dapat memahami kesulitan yang dialami oleh
kakitangannya. Beliau perlu meringankan tangan dan bersedia untuk menolong kakitangannya
yang mempunyai masalah tersebut. Sifat empati yang tinggi perlu ada dalam seseorang
pemimpin agar sentiasa dihormati dan disenangi oleh semua pihak sekolah. Jika kita berbuat
baik kepada orang lain, oaring lain akan memberikan pertolongan kepada kita pada masa
kecemasan. Pemimpin yang tidak berapat dan tidak memahami keadaan staf-stafnya
memyebabkan berlakunya banyak implikasi negative. Guru Besar yang baik dan dihormati oleh
semua warga sekolah termasuk murid-murid perlulah mempunyai keterampilan yang baik

dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menguruskan pentadbiran


sekolah.

1. Peranan Guru-Guru Penolong Kanan


Guru Penolong Kanan ( GPK ) juga memainkan peranan penting di
sesebuah sekolah. Guru Penolong Kanan di sekolah terdiri darpada Guru
Penolong Kanan 1 (PK1), Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( PK HEM)
dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum (PK KOKO). Ketiga tiga jawatan ini
mempunyai bidang tugas dan perananya sendiri. Tugasan mereka lebih
berfokus kepada kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Selain itu,
mereka juga berperanan membantu Guru Besar dalam melicinkan dan
memastikan setiap program aktiviti sekolah berjalan dengan lancar.
a) Guru Penolong Kanan 1

GURU PENOLONG
KANAN 1
PN.S.ANJALE

Guru Penolong Kanan 1 ( GPK 1 ) merupakan orang yang paling hamper dengan Guru Besar.
Beliau akan menggantikan Guru Besar ketika ketiadaanya. Segala urusan berkaitan dengan
jadual waktu dan guru-guru terletak dibawah tugas GPK 1. Tugasnya adalah lebih kepada
bahagian kurikulum. Perlantikan guru panitia bagi semua matapelajaran adalah bagi
melancarkan proses penyampaian ilmu di sekolah. Setiap perancangan kurikulum adalah di
bawah beliau. Jadi, sepanjang waktu persekolahan, guru-guru telah merancang pelbagai aktiviti
yang ada berkaitan dengan murid-murid bagi memantap dan memperkembangkan potensi
murid-murid.
Segala masalah yang berkaitan dengan guru juga akan diperhatikan oleh GPK 1 dan beliau
juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah-masalah ataupun perselisihan faham
yang timbul dalam kalangan guru-guru sekolah. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dibawah
beliau adalah bengkel matapelajaran, baucer tuisyen, kem motivasi dan lain-lain lagi.
Kesan daripada program-program seperti ini dapat melihat daripada pencapaian murid-murid.
Jadual waktu yang disediakan oleh beliau juga perlu selaras bagi semua guru mengikut
jawatan-jawatan mereka dan tidak berlaku pertindihan waktu antara guru. Beliau juga perlu
sangat bersabar dalam membuat jadual guru ganti kerana terdapat guru-guru yang bergaduh
ataupun tidak bersetuju bagi masuk kelas guru yang tidak hadir. Jadi, beliau perlu bersabar dan
membuat

mereka

mematuhi

arahannya

dengan

menggunakan

teknik-teknik

tertentu.Kesimpulannya, GPK 1memainkan peranan penting dalam membantu guru besar untuk
melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengn jayanya.

b) Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

GURU PENOLONG KANAN HAL


EHWAL MURID
EN.S.CHANDRA SAGAR

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( PK HEM ) merupakan guru yang
bertanngungjawan dalam hal kebajikan dan masalah pelajar di sekolah. Sahsiah dan kebajikan
murid sentiasa dipantau oleh guru-guru di bawah pimpinan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid. Setiap masalah murid sentiasa dalam perhatiannya dan langkah mengatasi yang efektif
juga akan diambil. Hal ini adalah bagi merealisasikan matlamat FPK iaitu melahirkan insane
yang seimbang dan berakhlak mulia. PK HEM berperanan dalam melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi perkembangan sahsiah, emosi, rohani dan sosial dengan bantuan guru-guru
disiplin dan guru-guru lain.
Dibawah beliau telah mengadakan pelbagai program-progran yang berfaaedah kepada
murid-murid seperti ceramah, kuiz, pemilihan tokoh pelajar berdisiplin, program kepimpinan
pelajar, bulan kemerdekaan, hari-hari pemujaan seperti pongal dan saraswati poojai dan
sebagainya. Badan Pengawas Sekolah juga dijalankan dibawah PK HEM yang terdiri dalam
kalangan murid sendiri mengawasi disiplin murid-murid sekolah. Beliau telah mengadakan
pelbagai program dan mengambil tindakan tatatertib atas murid-murid yang melakukan
kesalahan supaya murid-murid tidak mengulangi kesalahannya dan menginsafkan dirinya.
Beliau juga bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin di sekolah dan mengambil
berat kebajikan pelajar yang keluar dari sekolah nanti.
Beliau juga berperanan dalam memastikan semua murid yang kurang berkemampuan
mendapat bantuan yang sepatutnya seperti Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ), Skim
Pinjaman Buku Teks ( SPBT ), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM ) dan
Program Susus Sekolah ( PSS ).

c) Guru Penolong Kanan Kokurikulum ( GPK KO)

GURU PENOLONG
KOKURIKULUM
PN.L.SELVANAYAGI

Guru Penolong Kanan Kokurikulum merupakan orang yang bertanggungjawab dalam


bidang Ko-kurikulum di sesebuah sekolah. Beliau berperanan bagi melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani selaras dengan matlamat FPK . Beliau juga perlu memastikan
setiap murid terlibat secara aktif dalam bidang Ko- Kurikulum dan mencungkil bakat dan
mengilap potensi murid. Beliau bukan sahaja perlu memerhatikan kokurikulum sahaja manakala
beliau perlu memainkan peranan dalam Kurikulum dan Ko-Kurikulum. Darisegi Kurikulum beliau
bertanggungjawab dalam pembelajaran yang berlaku di sekolah. Beliau menyelaraskan sistem
pembelajaran supaya menepati kehendak dan matlamat FPK. Darisegi Kokurikulum pula beliau
melaksanakan sukan dan persatuan di dalam sekolah. Murid-murid bukan sahaja perlu mahir
darisegi pembelajaran sahaja manakala perlu aktif dalam sukan, persatuan dan badam
beruniform supaya mudah mendapatkan peluang pendidikan dan pekerjaan pada masa
hadapan. Beliau juga berperanan dalam menyediakan takwim sekolah dan menguruskan halhal yang berkaitan dengan kokurikulum sama ada di dalam sekolah ataupun di luar sekolah.
Sukan tahunan dan permainan-permainan kecil diadakan setiap tahun bagi melahirkan atletatlet sukan pada masa hadapan. Secara tidak langsung, sedikit sebanyak matlamat FPK telah
tercapai melalui peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.

2. Peranan Guru Panitia

KETUA GURU PANITIA


B.MALAYSIA
PN.K. KRISTIMAH

Setiap guru memainkan peranan masing-masing dalam tugasan ataupun


jawatan yang diberikan. Hal ini sama juga berlaku terhadap ketua guru panitia bagi setiap
matapelajaran. Barisan ketua-ketua panitia perlu memastikan agar kaedah pengajaran betul
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran . Pelbagai aktiviti diadakan dibawah
sesebuah panitia atas pengelolahan ketua panitia seperti mengadakan kuiz bagi setiap
matapelajaran mengikut giliran seminggu satu matapelajaran. Ketua Panitia juga berperanan
dalam memberikan pendidikan luar melalui lawatan dan sebagainya supaya murid-murid
mendapat pendidikan luaran secara meluas.
Ketua panitia bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan panitia
yang diketuainya. Perlu menyediakan rancangan pengajaran dan perlu diselaraskan supaya
semua guru matapelajaran bawah panitia tersebut dapat merujuk dengan tanpa kekeliruan.
Rancanagn pengajaran yang disediakan juga perlu selaras dengan sekolah-sekolah lain demi
mancapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketua Panitia juga memainkan peranan yang
besar untuk memajukan subjek-subjek di sekolah bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Jika seseorang guru menghadapi masalah dalam pengajaran, guru tersebut perlu merujuk
kepada ketua panitia supaya boleh mengatasi masalah tersebut sebelum membawah perkara
ini kepada pihak pentadbiran. Jadi, ketua panitia hendaklah sentiasa peka terhadap keperluan
guru-guru di bawah naunganya. Jadi, peranan guru panitia ini amat penting dalam memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan hasrat FPK yang ingin melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan serta berkeupayaan memberi sumbangan kepada
kemajuan negara.

3. Peranan Guru Kelas

GURU KELAS TAHUN 2


PN.G.TAVAMALAR

Guru kelas memainkan peranan yang amat penting dalam keseimbangan muridmurid di sekolah. Mereka juga insan yang paling rapat dengan murid di sekolah selepas ibu
bapa di rumah. Guru yang terlibat merupakan pendidik yang mendidik anak murid mereka dari
semua aspek. Mereka juga menjadi penghubung antara murid-murid dengan ibu bapa. Mereka
juga menggantikan tempat ibu bapa murid-muridnya ketika mereka berada di kawasan sekolah.
Mereka perlu mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak muridnya supaya
pembelajaran mereka tidak diganggu. Jadi. Guru kelas perlu berusaha untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar suapaya murid-murid terus datang ke sekolah
dengan penuh semangat dan minatnya.

Guru kelas juga perlu menyimpan kelas mereka seperti rumah sendiri iaitu dengan
bersih dan penuh keceriaanya. Ini juga akan menimbulkan daya tarikan kepada pelajar dalam
memupuk semangat hadir ke sekolah dan minat pelajaran kepada mereka. Selain daripada itu,
pihak sekolah juga mengadakan pertandingan keceriaan kelas. Ini akan mendorong muridmurid menyimpan kelas mereka dalam keadaan bersih dan cantik.
Guru kelas juga perlu memberikan nasihat dan membimbing murid-murid tiap-tiap
hari supaya mereka menumpukan perhatian yang baik dalam pembelajaran. Guru juga boleh
mengadakan sesi mentor menti dan cuba mendapat tahu masalah-masalah anak muridnya
pada masa itu. Ini akan menimbulkan rasa keyakinan diri dalam diri mereka serta atas guru
mereka. Sokongan dan dorongan yang diberikan oleh guru kepada murid-murid akan membuat
mereka menagmbil keputusan yang baik dalam peperiksaan.
Mereka juga memainkan peranan dalam mendisiplinkan anak muridnya.
Pengawasan dan pemerhatian mereka terhadap murid-murid akan membawa mereka kepada
jalan yang baik dan mereka juga menjadi insane yang baik dalam kehidupan. Akhirnya, guru
bilik darjah merupakan tempat bergantung murid-murid ketika mereka di sekolah. Hal inim
kerana, guru bilik darjalah merupakan orang yang paling rapat dengan murid-murid. Oleh itu,
peranan guru amat penting dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dan berpekerti mulia.

PRASARANA DAN KEMUDAHAN SEKOLAH DALAM MEMBINA PERKEMBANGAN


FIZIKAL MURID-MURID.
Prasarana sekolah adalah aset sekolah yang amat penting dalam membina
perkembangan fizikal murid-murid. Sepanjang seminggu yang saya melakukan PBS di Sekolah
Jenis Kebangsaan ( Tamil ) Bedong, saya telah memerhatikan banyak prasarana dan
kemudahan yang ada di sekolah tersebut serta kemudahan-kemudahan tersebut dapat
membantu dalam meningkatkan tahap kemahiran, minda dan perkembangan murid-murid.
Antara prasarana dan kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut adalah kantin, ruang
pembelajaran, alatan sukan, padang, makmal computer, pusat sumber, bengkel kemahiran
hidup dan sebagainya.
a) Kantin Sekolah
Kawasan kantin di sekolah ini sangat kemas dan ceria. Kawasan dan banggunan kantin telah
dihias dengan menggunakan bahan-bahan yang ada kaitan dengan kantin sekolah seperti
gambar buah-buahan, carta makanan, pyramid makanan dan peraturan-peraturan yang perlu
dipatuhi di kantin. Kantin sekolah ini sentiasa berada dalam keadaan bersih. Makanan yang
disediakan juga sentiasa ditutup rapat supaya mengelakkan daripada serangga dan lalat yang
boleh mendatangan penyakit kepada murid-murid dan para guru. Pihak kantin juga sentiasa
menyediakan makanan yang berkhasiat dan menjual pada harga yang berpatutan. Kantin ini

juga mempunyai tempat masak yang berasingan iaitu di luar bahagian kantin, sink basuh
tangan bagi murid-murid dan sebagainya. Contoh gambar kantin sekolah tersebut adalah
seperti berikut:

Gambaran
kantin sekolah
Carta piramid makanan dan kata kata pemupuk
murid-murid

Sink pencuci tangan

Menu dan harga

b) Padang Sekolah
Kawasan padang juga berkelihatan luas dan selesa iaitu kirakira 2500 kaki persegi. Padang ini juga sesuai untuk murid-murid bermain
pada masa matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Murid-murid
sentiasa dibawah oleh guru ke padang pada waktu PJK dan melakukan
aktiviti-aktiviti permainan dengan rajin. Sikap guru dan murid yang rajin ini
juga menyebabkan pelbagai kejayaan sekolah ini dalam bidang sukan. Muridmurid juga sentiasa diawasi oleh guru matapelajaran mereka semasa di
padang supaya mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan.
Matapelajaran pendidikan jasmani ini telah mengaplikasikan konsep Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) yang salah satu komponen utamanya ialah
untuk melahirkan murid-murid yang seimbang darisegi jasmani. Contoh
gambar padang adalah seperti berikut:

c)

Pusat Sumber Sekolah


Kemudahan

seterusnya

adalah

pusat sumber. Pusat sumber adalah sangat penting dalam sesebuah sekolah kerana ia
memberi kemudahan kepada murid-murid untuk mencari maklumat serta memperkembangkan
ilmu pengetahuan mereka. Walaupun pusat sumber ini tetap sama dari saya belajar di sekolah
ini, ia masih dalam keadaan baik kerana guru pusat sumber Pn. Mangayarkarasi telah
membiayainya dengan baik. Terdapat sebuah tv dalam pusat sumber ini yang digunakan oleh
guru Pendidikan Moral bagi murid-murid tahun 1 yang membawa ke sini dan memberi peluang
kepada mereka menonton kartoon-kartoon yang mempunyai nilai-nilai moral. Selain daripada
itu, Bahan bacaan juga agak banyak dan disusun dengan teratur supaya murid-murid mudah
mencari, membaca dan menyimpan balik. Meja-meja juga dipenuhi dengan carta-carta yang
mempunyai hujahan akademik supaya murid-murid boleh membacanya semasa duduk di meja
tersebut. Fail-fail yangb berkaitan dengan pusat sumber juga telah disimpan dengan baik oleh
guru pusat sumber tersebutdan lengkap dengan bahan kandungannya. Pusat sumber ini juga

mempunyai ruang untuk duduk dan membaca majalah dan surat khabar. Contoh gambar Pusat
sumber adalah seperti berikut:

Televisyen Pusat

Ruang Pembelajaran

Fail Pusat Sumber

Rak- rak buku

Mural Pusat Sumber

Meja perpustakaan

d) Pejabat Sekolah
Pejabat merupakan tunjang utama dalam segala sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Di pejabat terdapat bilik Guru Besar, bilik Penolong-Penolong Kanan, stor alatan dan
sebagainya. Terdapat juga kemudahan-kemudahan seperti penghawa dingin, mesin fotostat,
computer rekod kehadiran guru, komputer kegunaan kerani pejabat, mesin faks dan
sebagainya.

Sistem

pengurusan

pejabat

yang

sistematik

dibaratkan

sebagai

nadi

kecemerlangan yang dicapai oleh sekolah.


Dipejabat ini terdapat tiga staff sokongan yang membantu dalam urusan pentadbiran pejabat.
Semua fail-fail penting sekolah telah disimpan di pejabat. Sekolah ini juga telah mendapat
anugerah lima bintang sebanyak dua kali dan sijil anugerah tersebut juga telah digantungkan di
pejabat. Buku kehadiran murid dan dan buku kehadiran guru pelatih telah disusun teratur di
bahagian hadapan pejabat.

Pintu pejabat

Komputer

Buku kehadiran

e) Prasekolah
Di sekolah ini terdapat sebuah

prasekolah yang bernama Tunas

Bestari. Prasekolah ini mempunyai

bilangan murid yang secukup-

cukupnya 25 orang. Bangunan ini

dicatkan dan dipenuhi dengan

mural serta terdapat banyak bahan

bacaan

dan

ABM

yang

disediakan olen guru prasekolah. Pra sekolah ini dilengkapi dengan semua elemen-elemen
yang penting dan wajib diperlukan secara sempurna. Selain daripada itu, ia juga mempunyai
taman permainan yang lengkap dan dan cantik untuk perkembangan fizikal kanak-kanak.

Jadi jelaslah prasarana-prasarana yang disefiakan di sekolah banyak membantu muridmurid belajar dengan selesa dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Prasarana
merupakan salah satu faktor yang dapat melaksanakan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Kemudahan yang lengkap akan melicinkan lagi sesi pembelajaran di sekolah.
Kemudahan yang lengkap akan melahirkan pelajar yang seimbang dan dapat meningkatkan
aspek JERIS murid-murid. Di perpustakaan mereka boleh membaca surat khabar

bagi

menambahkan lagi pengetahuan dalam diri pelajar. Mereka juga dapat meningkatkan aspek
kerohanian dan juga moral. Padang juga penting bagi pembentukan jasmani pelajar-pelajar
supaya berkembang selaras dengan perkembangan aspek lain. Maka ini bertepatlah dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ingin melahirkan insane yang seimbang
dari semua aspek dan sempurna.

SOALAN 3
KECERIAAN SEKOLAH DALAM MEMUPUK NILAI ESTETIKA,
KEBERSIHAN, KECINTAAN TERHADAP ALAM SEMULA JADI
Sekolah perlulah sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk melahirkan
individu yang dapat berkembang secara menyeluruh. Kebersihan di seluruh kawasan
sekolah amat penting kerana ia akan mempengaruhi proses P&P di dalam bilik darjah.
Sebagai contoh, jika keadaan tandas di sekolah tidak terurus dan berbau busuk, maka
murid-murid belajar dalam keadaan yang tidak selesa. Ini akan menggangu
pembelajaran mereka dan akan menyebabkan objektif pengajaran tidak berhasil. Jadi,

pihak sekolah perlu sentiasa mengadakan aktiviti kebersihan agar keceriaan sekolah
dapat diwujudkan.

Sekolah ini juga memupuk para murid untuk menghayati nilai-nilai estetika
melalui kata-kata hikmah dan mural sekolah banyak menghiasi dan menceriakan
kawasan sekolah ini. Perkataan estetika menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pada
halaman 345 mambawa maksud cabang falsafah yang mengkaji konsep yang berkaitan
dengan keindahan, cita rasa dan lain-lain lagi. Setiap kata-kata inidapat membantu
murid-murid untuk menghayati nilai-nilai keindahan melelui mural dan pada masa yang
sama juga, mereka akan berasa lebih bersemangat dalam menuntut ilmu dengan
wujudnya kata-kata hikmah di sekitar kawasan sekolah. Antara tempat yang terdapat
kata-kata hikmah ialah seperti laluan menuju ke kantin, laluan untuk pergi ke kelaskelas, di dinding-dinding sekitar tangga dan sebagainya. Contoh kata-kata yang
terdapat di sekitar kawasan sekolah ini seperti datang dengan harapan pulang dengan
kejayaan dan sebagainya. Mural sekolah yang menghiasi dinding-dinding sekolah
berkelihatan menarik. Pelbagai konsep yang telah diketengahkan melalui mural ini
seperti konsep sati Malaysia yang menunjukkan semangat perpaduan, mural yang
tertulis Rukun Negara dan sebagainya.

a) MURAL SEKOLAH
Terdapat beberapa mural di dinding sekolah itu. Khususnya pada dinding yang
menghadap pintu masuk, di hadapan dan dalam bilik perpustakaan serta juga dinding
bangunan dalam kawasan pra sekolah.
Contoh gambar mural sekolah:

Salah satu mural yang


dihasilkan dinding pra
sekolah
yang
menunjukkan
nama
Prasekolah di SJK ( T )
Bedong.

Mural
dinding
yang

yang

pusat
menarik

murid-murid.

b) KATA KATA HIKMAH

terdapat

di

sumber
minat

Kebanyakan kata-kata hikmah telah dipamerkan di tempat-tempat yang


mudah dilihat oleh pelajar-pelajar sekolah itu. Antara tempat-tempatnya
adalah digantung di koridor banggunan sekolah, pintu-pintu bilik darjah,
pusat sumber, bilik guru, dalam dan luar bilik darjah, dinding luar tandas,
dinding kantin sekolah, dinding makmal komputer dan sebagainya. Kata-kata
hikamah ini dipamerkan bagi menenamkan sikap-sikap positif dikalangan
pelajar dan mewujudkan satu generasi yang bermoral dan sopan santun.
Antara kata-kata hikmah yang terdapat di sekolah tersebut adalah,
sayangilah keluarga anda, Time is precious, usaha tangga kejayaan dan
sebagainya.
Contoh kata kata hikmah:

c) AMALAN PENGHAYATAN RUKUN NEGARA


SJK ( T ) Bedong juga tidak lupa untuk memaparkan rukun negara
di kawasan sekolah. Rukun negara juga dapat dilihat dalam setiap buku
latihan murid-murid. Dengan ini mestilah murid-murid dapat mengetahui
dan boleh melafazkan rukun negara dengan lebih jelas. Ini dapat

dibuktikan semasa perhimpunan pagi, murid- murid dapat melafazkan


rukun negara dengan lebih teliti.
Contoh paparan Rukun Negara:

d) AMALAN MEMUPUK KONSEP SATU MALAYSIA

Guru guru memupuk konsep Satu Malaysia dalam


kalangan murid-murid berdasarkan 8 Nilai

e) PAPARAN MAKLUMAT

Jadual Waktu

Jadual

Sudut Gerko
Sudut Peperiksaan

f) KE
BE
RS
IH
A
N
SEKOLAH
Kantin sekolah menunjukkan aspek kebersihan. Secara keseluruhannya ia
berkelihatan bersih dan tersusun. Semua murid dan guru-guru sekolah telah
makan di kantin sekolah. Semasa membeli makanan murid-murid beratur
dan tidak membuat bising serta tidak gaduh antara satu sama lain. Pihak
kantin juga berpakaian kemas seperti memakai apron, topi dan sebagainya
semasa menghidangkan makanan kepada murid-murid. Tiap-tiap hari guru
bertugas dan guru RMT juga mengawasi pihak kantin semasa menghidang
makanan dan mengawasi murid-murid semasa makan supaya mereka tidak
membuang makanan dan membazirkan makanan.

KESIMPULAN
Prasarana yang lengkap di sekolah ini menyebabkan murid-murid mempunyai nilainilai murni dan sikap mencintai alam sekitar serta menjaga kebersihan sekolah dan bilik darjah
tanpa mengabaikan. Melalui pemerhatian saya, murid-murid SJK ( T ) Bedong, menunjukkan
sikap yang positif dallam kelakuan mereka. Sebagai contohnya, murid-murid sanggup mengutip
sampah setelah mereka lihat semasa perjalanan tanpa diberitahu. Ini adalah salah satu punca
utama kawasan sekolah ini berada dalam keadaan bersih. Selain daripada itu, pekerja am
ataupun pekebun juga membersih kawasan sekolah tiap-tiap hari tanpa ditipu. Jika setiap orang
di sekolah ini menunjukkan sikap yang positif dalam mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian mereka , maka tidak wujudlah masalah kebersihan di sekolah ini.

Kemudahan dan prasarana yang lengkap menyebabkan suasana pembelajaran dan


prestasi murid berada dalam tahap yang tinggi. Murid-murid juga lebih minat datang ke sekolah
untuk belajar. Justeru, sesuatu suasana yang baik di sekolah akan memberikan motivasi ynag
berkesan kepada guru-guru dan murid-murid serta aktiviri P&P juga dapat dijalankan dengan
lancar.

SOALAN 4
AKTIVITI KURIKULUM DAN KOKURIKULUM DALAM MEMBINA PERKEMBANGAN
INTELEK, JASMANI, EMOSI, ROHANI, DAN SOSIAL MURID SERTA BAKAT DAN
POTENSI BERDASARKAN KEBOLEHAN INDIVIDU.
SJK ( T ) Bedong telah berusaha untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dengan
melaksanakan pelbagai usaha bagi memperkembangkan aspek-aspek intelek, jasmani, emosi,
rohani dan sosial murid-murid. Program atau aktiviti yang dijalankan terbahagi kepada dua iaitu
dalam bidang kurikulum serta kokurikulum.

Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum dilakukan mengikut sistem yang telah


ditetapkan. Sukatan pelajaran bagi semua murid ialah berpandukan sukatan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Semua guru mengguna pakai buku rekod pengajaran
yang mana ia memperincikan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru-guru.
Dalam usaha meningkatkan prestasi murid-murid, pihak sekolah telah merancang
program-program mengikut kumpulan sasaran yang telah ditetapkan. Program Peningkatan
Akademik merangkumi semua kumpulan pelajar iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program ini
adalah dibawah tanggungjawabdan tindakan guru-guru mata pelajaran serta Guru Penolong
Kanan 1. Dalam jadual perancangan yang didapati dari buku takwim sekolah, terdapat banyak
program yang disediakan.
Selain itu juga, terdapat program sokongan yang dirancangkan seperti program agihan
kelas mengikut pencapaian murid bagi setiap murid, program orientasi bagi murid Tahun 1 dan
Tahun 6, Program Motivasi Kendiri, Teknik Menjawab Soalan bagi murid-murid Tahun 6. Selain
itu juga kelas tuisyen malam (dengan kerjasama PIBG) dijalankan bagi murid yang berada di
Tahap 2. Pihak pengurusan sekolah ini juga telah merancang program sampingan bagi Program
Peningkatan Akademik dalam usaha memperkembangkan potensi individu yang terpendam.
Antara program-program yang telah dirancang adalah seperti Karnival Sains dan Matematik
serta aktiviti persatuan akademik bagi murid-murid Tahap 2. Melalui program ini murid-murid
dapat menambahkan pengetahuan baru yang tidak terdapat didalam proses pembelajaran serta
pemahaman yang lebih mendalam apabila subjek Sains dan Matematik dapat diaplikasikan
dalam program tersebut. Selain itu juga pihak sekolah mengadakan Kempen Bahasa Inggeris,
Sudut Bahasa Inggeris, serta pertandingan kokurikulum akademik untuk semua murid.

Ini

bertujuan menggalakkan murid-murid untuk menguasai Bahasa Inggeris yang merupakan


bahasa kedua dalam proses pembelajaran disekolah.
Pihak sekolah turut melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).
Matlamat program ini adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada
murid-murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa tentang bahaya dadah. Ini bertujuan
agar mereka dapat menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah serta meletakkan
sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun 2013. Setiap guru perlu memainkan peranan yang
penting untuk mencapai matlamat ini. Guru-guru bertanggungjawab untuk memberi penerangan
dan

pendedahan

kepada

murid-murid

sebelum

memulakan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran setiap matapelajaran dalam program yang dinamakan Program Cuma 5 minit
Anti Dadah.
Mesej jauhi dadah juga diberikan semasa perhimpunan setiap minggu. Mesej ini secara
tidak langsung dapat memberi peringatan kepada murid-murid serta guru-guru tentang
dadahdan bahayanya dadah. Selain itu juga, dalam usaha mencapai matlamat tersebut, turut
diadakan Ceramah Anti Dadah bagi murid-murid Tahap 2. Dalam aktiviti kokurikulum pula, pihak
sekolah telah menubuhkan satu pasukan boria sekolah, dan pernah mendapat tempat ketiga
peringkat negeri dalam pertandingan Boria Anti Dadah. Aktiviti lain seperti mengadakan poster
antidadah, deklamasi sajak serta pertandingan mewarna anti dadah. Dari aspek pemantapan
sahsiah murid-murid juga, kaunseling PPD diberikan kepada individu atau murid-murid yang
dirujuk mahupun yang datang secara sukarela.
Tindakan ini dijalankan agar murid-murid tersebut sedar dan dapat ketahanan diri yang
kuat untuk menangani cabaran hidup dari semasa ke semasa. Antara aktiviti lain yang
dilaksanakan oleh sekolah ini dalam memperkembangkan bakat dan potensi dalam diri setiap
murid ialah Kejohanan Sukan Tahunan. Pada 22 Mac 2012 yang lalu, sekolah ini telah
mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-49. Melalui aktiviti ini murid-murid bukan sahaja
dapat

memperkembangkan

potensi

serta

jasmani,

malah

mereka

juga

dapat

memperkembangkan aspek-aspek emosi dan sosial. Dari segi emosi,murid-murid dapat


memiliki semangat berpasukan, setia kawan, muhibbah,kerjasama serta perpaduan yang dapat
ditunjukkan semasa kejohanan sukan berlangsung.
Penganugerahan dan pengiktirafan yang diberikan dalam bentuk hadiah juga dapat
menaikkan semangat serta usaha murid-murid untuk mencapai kejayaan yang lebih
membanggakan lagi. Tindakan ini juga dapat melatih murid-murid tersebut menghargai
pemberian orang lain. Dari segi sosial, murid-murid dapat bergaul dan berintegrasi dengan
murid yang berlainan kaum. Secara tidak langsung, murid-murid faham akan budaya kaum
masing-masingdan belajar untuk hormat-menghormati hak setiap individu yang lain. Justeru
akan lahirlah semangat perpaduan dikalangan mereka. Selain program-program yang
dijalankan di sekolah dalam bidang akademik mahupun kokurikulum, program bagi murid-murid
yang tinggal diasrama juga turut dijalankan untuk memperkembangkan potensi murid-murid
serta membentuk insan yang berdisiplin, berakhlak mulia serta mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian.

LOGESWARY A/P RAMASAMY


870206-08-5660
PISMP BM SEMESTER 2A AMBILAN 2013
Selamat sejahtera, saya telah diberikan sebuah tugasan secara individu bagi menjalani
Program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) di Sekolah Jenis Kebangsaan ( T ) Bedong
bawah selama seminggu dari tarikh 30 Mac 2014 hingga 03 April 2014. Saya dapat
memperolehi banyak pengalaman baru walaupun saya pernah bekerja sebagai guru selama 3
tahun. Saya telah belajar di sekolah ini pada masa saya sekolah rendah.
Tujuan utama saya menjalani PBS adalah untuk memahami dan menyesuaikan diri
dengan budaya sekolah; menghayati kerjaya seorang guru; memperoleh pengteahuan tentang

pengurusan sekolah; mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid; memahami


pengurusan dan strategi pengajaran dan pembelajaran; membina kemahiran berinteraksi
dengan murid,guru dan kakitangan sekolah; mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah
, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah; membina kemahiran inkuiri penemuan
dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal; membina sikap positif terhadap profesion
keguruan; membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru dan mendokumentasikan
pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.
Guru-guru sekolah ini telah memberi kerjasama yang bagus semasa saya meminta
bantuan untuk mengumpulkan maklumat bagi menyelesaikan tugasan saya. Guru Besar juga
telah mengkongsikan banyak perkara tentang sekolah ini kepada saya dan beliau juga bergaul
tanpa menunjukkan keegoan. Beliau juga sanggup membantu saya dalam mengenali tentang
keadaan sekolah dan guru.
Guru Besar telah melakukan banyak perubahan di sekolah ini. Pelbagai prasarana
dapat dilihat di sekolah ini seperti makmal komputer, kantin, pusat sumber, bilik guru, tandas
dan sebagainya. Sekolah ini telah banyak mengalami proses transformasi baik dari segi
pengurusan, pentadbiran, guru-guru dan seterusnya murid-murid. Banyak penambah baikan
yang dilakukan oleh guru besar dalam memastikan sekolah tersebut mencapai visi dan misi
yang telah termaktub dalam perlembagaan sekolah. Suasana kelas yang ceria juga menjadikan
murid-murid minat untuk belajar di kelas. Terdapat ruang untuk menempatkan bahan-bahan alat
bantu mengajar dan ini memberi peluang untuk para pelajar melakukan aktiviti bacaan mereka
sendiri.
Sebelum melaksanakan kerja kursus ini, saya telah menemui berbagai-bagai masalah seperti
kurang pemahaman terhadap KKP ini. Ini kerana, saya tidak pernah membuat kerja seperti ini
dan ini adalah kali pertama saya mendapat tugasan seperti ini. Jadi, saya mengalami kekeliruan
dalam menyiapkan kriteria-kriteria yang diminta dalam tugasan ini. Selepas itu, saya telah
meminta bantuan pensyarah saya untuk memberikan penerangan kepada saya dan akhirnya
saya berjaya menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, saya juga dapat berinteraksi dengan rakan sekelas saya tentang tugasan ini
dengan spontan dan bebas. Kawan-kawan saya juga membantu saya untuk menghasilkan
tugasan ini dengan sempurna. Mereka juga membantu saya tanpa mengira masa dan waktu.
Melalui tugasan ini kami dapat mempraktikkan sikap kerjasama antara satu sama lain.

Walaupun saya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang diberikan
tetapi saya sedar bahawa ia bukanlah suatu perkara yang mudah seperti yang disangka. Saya
telah menghadapi pelbagai kekangan dalam menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah masa
yang singkat, masalah dari segi kewangan, tidak mencukupi tidur dan maklumat dan informasi
tentang tajuk yang berkaitan tersebut. Saya juga terpaksa jumpa kawan-kawan saya pada hari
cuti untuk menyiapkan tugasan secara kumpulan ini di asrama kafe.
Secara keseluruhannya, saya berasa amat berpuas hati dan gembira dengan tugasan
yang dapat saya hasilkan ini dan saya yakin bahawa segala usaha saya ini

dapat

membuahkan hasil yang baik. Selain itu, proses serta usaha-usaha yang diambil bagi
menyiapkan tugasan ini mendidik dan melatih saya menjadi seorang pelajar yang berdedikasi,
berfikiran terbuka, bertanggungjawab dan lebih matang. Saya berharap tugasan seperti ini akan
diteruskan pada masa hadapan kerana memberi banyak manfaat kepada kami semua.
Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada pensyarah pembimbing saya yang telah memberikan tunjuk ajar yang tidak
terhingga. Tidak lupa juga ibu dan ahli keluarga saya yang banyak memberi sokongan dari segi
kewangan serta rakan-rakan sekelas yang sentiasa memberi galakan dan sedia berganding
bahu dengan saya. Saya juga amat bersyukur kepada tuhan yang maha esa kerana memberi
saya peluang untuk belajar dan menimba ilmu pengetahuan yang baru serta berguna dari masa
ke semasa dan memberikan saya kemampuan atau kekuatan untuk menyempurnakan tugasan
ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
RUJUKAN

Sumber Buku:
Haliza Hamzah. (2008).Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Halimah Abd Rahman. (1993). Kamariah Ibrahim. Pengurusan dan Pengelolaan Pusat
Prasekolah, Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd
RozmahBaharuddin. (1987). Perkembangan kanak-kanak. Kuala lumpur. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Mok soon sang. (2011). Perkembangan kanak-kanak. Selangor. Penerbitan Multimedia


Sdn. Bhd.

Sumber Internet:
(2010, 24 April). Edu 3102 Perkembangan Kanak-Kanak . Diperolehi daripada
http://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/pkk-faktor-faktor-perkembangan-kanak

(2009, 23 Januari). Edu 3102 Perkembangan Kanak-Kanak. Diperolehi daripada


http://www.scribd.com/doc/14682336/Perkembangan-kanakkanak

(2012, 30 Ogos). Konsep Asas Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak. Diperolehi


daripada http://psikologiduniaku2012.blogspot.com/2012/08/v-behaviorurldefaultvmlo.html

Anda mungkin juga menyukai