Anda di halaman 1dari 3

IKATAN SEPADU ANAK JATI SABAH

BANGUNAN BITARASISWA
BILIK KELAB DAN PERSATUAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJUNG MALIM
PERAK

Rujukan Kami : UPSI/IKSAS/001-1112 ( 6 )


Rujukan Tuan :
Tarikh
: 21 Mac 2012
(27 Rabiul Akhir 4133H)

Y. Bhg. Datuk Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansur
Timbalan Naib Canselor
(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Malaysia Sabah
88400 Kota Kinabalu, Sabah
Melalui dan salinan:
ACP/KS Dato Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar
Timbalan Naib Canselor
(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak
Y. Bhg. Prof.,
PERMOHONAN MENGADAKAN KERJASAMA DALAM MENJAYAKAN PROGRAM
DIKAYUH PANGATAIAN TRANSFORMASI PENDIDIK KE ARAH LEBIH FLEKSIBEL
Adalah saya dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS) Universiti Pendidikan Sultan Idris akan
mengadakan program Dikayuh Pengataian Transformasi Pendidik Ke Arah Lebih
Fleksibel yang bertujuan mendedahkan mahasiswa/mahasiswi tentang taraf pendidikan di
negeri Sabah yang terdiri daripada masyarakat bandar, luar bandar dan pedalaman.
Pengetahuan yang berorientasikan pendidikan yang universal amat bermanfaat kepada
mahasiswa dan mahasiswi untuk menjadi pendidik yang berwibawa dan merupakan suatu
latihan akademik yang patut dihayati oleh para mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Justeru itu, program yang direncanakan ini akan dilaksanakan seperti butiran
berikut :Tarikh
Tempat

:
:

Bil. Peserta

6hb hingga 15hb April 2012


Melibatkan 5 buah daerah di Sabah (Seperti dalam
lampiran)
44 Orang Pelajar termasuk 2 orang Pegawai Pengiring

3.
Sehubungan dengan itu, program ini turut disertai oleh 5 orang mahasiswa/mahasiswi
daripada Sekretariat Permuafakatan Siswa Siswi Felda (PERSADA), Universiti Malaysia Sabah.
Oleh itu, kami selaku pihak penganjur mengharapkan agar pihak Y. Bhg. Prof. dapat
mempertimbangkan permohonan ini untuk merealisasikan objektif dan matlamat penganjuran
program. Selain itu, pihak kami juga berharap agar pihak Y. Bhg. Prof. dapat menyediakan

penginapan, pengangkutan dan makanan (seperti dalam lampiran) untuk para peserta dan
penganjur sepanjang program berlangsung. Bersama-sama surat ini disertakan tentatif program
dan keperluan program untuk makluman pihak Y. Bhg. Prof..
4.
Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Saudari Juriah Binti Conding
ditalian 013-5959391. Perhatian dan kerjasama daripada
pihak Y. Bhg. Prof. kami dahului dengan ucapan terima
kasih. Kami berharap agar program yang dirancang dapat
memberikan manfaat kepada semua pihak, khususnya
mahasiswa/mahasiswi universiti bagi melahirkan guru yang memiliki modal insan yang mapan
seterusnya menuju ke arah kegemilangan negara.
Sekian,
BERSATU DALAM KEPELBAGAIAN
Saya yang menjalankan tugas,
..............................................................................
(NAWWAR BINTI ABDUL MUMEN)
Pengarah Program Dikayuh Pengataian
Transformasi Pendidik Ke Arah Lebih Fleksibel
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak
Sk.

Fail Program
Fail Setiausaha
Fail

*LAMPIRAN

1.
2.
3.
4.
5.

5 buah daerah yang terlibat :


Ranau
Sandakan
Lahad Datu
Kunak
Semporna

Kami mengharapkan pihak Y. Bhg. Prof. dapat menyediakan kemudahan seperti yang
berikut:
1. Makanan (semasa ketibaan sahaja).
2. Penginapan untuk bermalam pada 6hb April 2012 & 14hb April 2012.
3. Sebuah Bas (Untuk kegunaan sepanjang program).
Tentatif Program

Anda mungkin juga menyukai