Anda di halaman 1dari 2

Nyanyian rakyat

Nyanyian rakyat merupakan seni puisi berlagu dan berirama serta


mempunyai kecantikan lirik untuk diwarisi oleh bangsa Melayu sejak
berzaman. Lagu-lagu itu merupakan salah satu genre yang terdapat dalam
perkembangan kesusasteraan Melayu. Lirik-liriknya baik berupa pantun,
rangkapan syair mahupun puisi bebas disampaikan melalui melodi dan
irama. Ada lagu yang mempunyai cerita yang panjang, ada yang berangkap
namun tetap mempunyai makna yang tersirat.
Menganalisa lirik dan mendengar irama lagu-lagu rakyat ini serta
menghayatinya jelas kepada kita betapa kebijaksanaan intelektual masa
silam begitu mengkagumkan. Mereka mencipta lirik serta memadankan
dengan irama menjadikan lagu-lagu ini cukup menawan dan mengasyikkan
apatah lagi jika dinyanyikan dengan suara yang merdu.
Dalam satu hal yang lain, nyanyian rakyat memberi rumusan pada kita
bahawa ia mempunyai dua tugas atau fungsi penting iaitu menghibur dan
mendidik. Nyanyian rakyat merupakan satu institusi pendidikan dalam
masyarakat tradisional khususnya yang disampaikan oleh seorang penyanyi
serta mempunyai khalayaknya yang tersendiri.
Lebih jauh dari itu, melalui lagu-lagu ini juga kita melihat dan
memahami betapa masyarakat masa lalu begitu dekat dan erat
hubungannya dengan alam dan manusia. Lantas kemudiannya mereka
mencari pencipta Yang Maha Besar untuk mereka yakini hidup dan mati. Halhal yang sedemikian ini jelas digambarkan oleh lirik serta irama nyanyian
rakyat yang disebutkan itu.
Hak Cipta Terpelihara : Kementerian Kebudayaan Kesenian & Warisan
Malaysia (KeKKWa)
TEBANG TEBU
Tebang tebu kuala sawa
Hujan manik mandi kota
Sirih rampai pinang berseri
Sentak peluk tangan kiri
Tebang tebu kuala sawa
Hujan manik mandi kota
Jatuh berderai bunga berangan
Sentak peluk tangan kanan
Peram-peram pisang
Pisang masak layu
Di mana kayu bongkok
Di situ kera meniti
Ayam makan padi
Itik makan beras

Orang zaman ini


Hatinya keras
Tebang tebu kuala sawa
Hujan manik mandi kota
Sirih rampai pinang berseri
Sentak peluk tangan kiri
Tebang tebu kuala sawa
Hujan manik mandi kota
Jatuh berderai bunga berangan
Sentak peluk tangan kanan.
Sila Tonton Persembahan Medley Lagu Rakyat yang menarik.

Anda mungkin juga menyukai