Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan.

Masalah salah laku gender pada masa kini semakin menjadi-jadi bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan ekoran arus pemodenan masa yang terlalu banyak
dipengaruhi anasir-anasir luar sehingga menjadi ikutan segelintir masyarakat di luar
sana. Hal ini menjadi kebimbangan bagi sebilangan masyarakat yang cakna akan
permasalahan yang bagaikan tiada penghujungnya ini. Topik ini kerapkali menjadi
perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat serta tersebar secara meluas
terutamanya di laman sosial seperti facebook dan twitter termasuklah blog blog
peribadi samaada sebagai bahan untuk menyatakan pendapat atau pandangan
masing-masing mahupun sebagai bahan untuk melempar kritikan. Salah laku
menurut kamus Oxford Fajar Edisi Ketiga, bermaksud, kelakuan yang tidak
sopan atau kelakuan buruk atau menguruskan sesuatu dengan tidak cekap.
Mengikut pandangan umum, salah laku gender merupakan isu yang di kaitkan
dengan kekeliruan individu dalam memainkan peranan yang bersesuaian dengan
jantina yang dimilikinya atau erti kata lainnya ialah kecelaruan gender. Kelompok
yang sering dikaitkan dengan salah laku gender ini selalunya berpusat kepada
golongan remaja. Namun begitu, tidak di nafikan bahawa isu salah laku gender ini
merangkumi semua peringkat

golongan iaitu kanak-kanak, remaja, belia dan

dewasa.
Masalah salah laku gender yang wujud dalam kalangan masyarakat yang
sering di perkatakan termasuklah lesbian, gay, biseksual, transeksual, transgender,
homoseksual .heterosex dan lain lain lagi. Dahulunya, golongan-golangan yang
menghadapi

konflik

kecelaruan

gender

ini

tidak

mahu

serta

malu

untuk

menonjolkan diri di khalayak ramai dek kerana bimbang akan penerimaan


masyarakat tentang masalah yang dihadapi mereka. Namun kini, semua itu sudah
tidak diambil peduli bagi mereka untuk tidak menonjolkan diri ekoran perubahan
masa yang dikatakan mewujudkan golongan yang berfikiran terbuka sehingga
menimbulkan salah faham di pihak mereka bahawa isu yang dihadapi bukanlah satu
masalah yang berat dan perlu di beri perhatian. Golongan ini merasakan bahawa
masyarakat sudah mula menerima mereka sehingga ada yang tanpa segan silu
mengakui bahawa mereka merupakan salah seorang dalam kalangan individu yang
menghadapi konflik kecelaruan gender secara umum. Tidak kurang juga bagi

mereka yang ingin mencuba sehingga akhirnya terjerumus dan terjebak dengan
masalah yang dicipta sendiri tanpa menemui jalan penyelesaiannya ataupun
memerlukan masa yang panjang untuk kembali ke fitrah asal kejadiaanya.

Berikutan isu salah laku gender ini, pelbagai istilah atau definisi gender
diberikan

oleh

golongan

yang

mengkaji

tentang

permasalahan

ini.

Perkataan Gender dikatakan berasal dari bahasa Inggeris yang bererti jenis
kelamin (John M.echols dan Hassan Sadhily, 1983: 256). Secara umum,
pengertian Gender adalah perbezaan yang terzahir antara lelaki dan perempuan
apabila dilihat dari nilai dan tingkah laku. Menurut Gender Management System,
gender adalah satu set ciri atau kriteria, peranan dan corak tingkah laku yang
membezakan wanita daripada lelaki yang bukan dibina secara biologinya tetapi
secara sosial dan budaya. Jantina individu boleh ditentukan secara biologi
sebaliknya ciri-ciri gender terbina secara secara sosial yang merupakan satu
keluaran asuhan, keterbiasaan, norma sosial budaya dan jangkaan. Ciri-ciri tersebut
berubah melalui masa dan dari satu budaya ke satu budaya. Gender juga dirujuk
kepada lakaran symbol budaya, konsep normative ( subjektif), struktur institusi dan
imej dari dalaman yang melalui proses pembinaan sosial, takrifan peranan
kelakiaan

dan

kewanitaan

dan

meluahkan

peranan

tersebut

dalam

kuasa

perhubungan.
Selain itu, Vitayala (2010) pula mendefinisikan bahawa gender merupakan
suatu konsep yang menunjuk pada suatu sistem peranan dan hubungannya antara
perempuan dan lelaki yang tidak ditentukan oleh perbezaan biologi, akan tetapi
ditentukan oleh lingkungan sosial, politik, dan ekonomi. Tambahan lagi, dalam buku
Sex and Gender yang ditulis oleh Hilary M . Lips , Gender ditakrifkan sebagai
harapan-harapan budaya terhadap lelaki dan perempuan. Contohnya ; perempuan
dikenali dengan lemah lembut, cantik, emosi dan keibuan. Sementara lelaki
dianggap kuat, rasional, jantan dan perkasa. Ciri-ciri dari sifat itu merupakan sifat
yang boleh ditukar, misalnya ada lelaki yang lemah lembut, ada perempuan yang
kuat, rasional dan perkasa. Perubahan ciri dari sifat-sifat tersebut boleh berlaku dari
masa ke masa dan dari tempat ke tempat yang lain (Mansour Fakih 1999: 8-9).

Namun begitu, menurut Engenderhealth 2004, konsep gender masih


belum di fahami dengan mendalam dan belum ada definisi yang khusus yang masih
diperdebatkan termasuklah oleh agensi United Nation (UN) seperti dalam Fourth
World Confernce On Women di Beijing. Gender sering dikelirukan dengan jantina.
Agensi tersebut menyatakan bahawa jantina umumnya dirujuk kepada biologi dan
automistruktur tubuh. Tiga ciri biasa yang menggambarkan jantina seseorang iaitu
organ luaran jantina, organ dalaman jantina dan pembangunan wanita sekunder
pada peringkat akil baligh. Gender pula dikatakan lebih merujuk kepada peranan
individu yang dipamerkan bersesuaian dengan jantina mereka.

Dari sudut disforia gender atau lebih dikenali umum sebagai kecelaruan
gender pula, Pakar Perunding Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Dr. Mohd Ismail Tambi,
mendefinisikan

kecelaruan

gender

sebagai

suatu

keaadaan

yang

mana

penghayatan seseorang individu mengenai dirinya itu bercelaru antara perasaan


gender kendiri dengan jantina anggota kelaminnya. Tambah beliau lagi , manifestasi
fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam proses pengenalan
diri mengenai jantina. Individu akan berasa dirinya berbeza dengan kehendak
hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan
individu daripada jantina yang berlawanan dengannya sehingga mendorong
berlakunya fenomena lekaki lembut dan perempuan keras.
Merujuk kepada kajian kes yang dijalankan oleh Prof Louis Gooren,
kemungkinan fenomena transeksualisme berlaku ialah satu transeksual lelaki dalam
15,000 lelaki manakala satu transeksual perempuan dalam 35,000 perempuan.
Menurut beliau, di Malaysia, banyak istilah yang diguna pakai bagi membezakan
golongan-golongan ini antaranya seperti mak nyah, bapuk, gay, tomboy, pengkid
atau lesbian. Penampilan dan cara kehidupan lahiriah mereka ini berbezabeza.Secara tersembunyi, mereka akan memakai pakaian jantina yang
sebaliknya, sekaligus berasa dirinya dekat dengan jantina itu. Perasaan untuk
mendekati jantina yang dianggap jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara
apabial memasuki alam remaja dan berlaku pergolakan hormon seksual
serta mengalami ketumbesaran anggota kelamin. Mereka akan berasa
perubahan pada dirinya lebih jauh daripada kehendak diri sehingga berasa

tertekan. Bagi mereka yang dapat mengawal kehendak diri, mereka akan
ikut haluan masyarakat yang sebenar.Namun, bagi yang yang mengikut
kehendak diri, mereka akan terperangkap dengan konfl ik kecelaruan
gender yang dihadapinya.
Tuntasnya, berdasarkan defi nisi salah laku, gender dan kecelaruan
gender yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa salah laku gender
merupakan

kesalahan

yang

melanggar

norma

yang

telah

termaktub

ataupun melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang telah


ditetapkan dalam lingkungan gender yang meliputi isu kecelaruan gender
yang bermaksud, kekeliruan seorang individu dalam memainkan peranan
mereka samada sebagai seorang lelaki mahupun perempuan dengan
jantina

yang

mengakitbatkan

dimilikinya.
konfl ik

Kekeliruan

yang

hebat

yang

dalam

diri

dihadapi

kadangkala

seseorang

sehingga

menghadapi tekanan dalam kehidupan. Namun begitu, kekeliruan ini juga


kadangkala tidak dapat dikawal sehingga timbulnya masalah kecelaruan
gender seperti yang diperkatakan. Oleh itu, perkara seperti ini tidak boleh
dipandang enteng oleh semua pihak terutamanya masyarakat dek kerana
terlalu mengalah kepada arus permodenan masa.

(NUR SYAHIRAH BINTI MOHD SALAHUDDIN)


930216-11-5618 ( 123203 )

Anda mungkin juga menyukai