Anda di halaman 1dari 12

PENANDA WACANA

Apakah Penanda Wacana?


-

Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau


kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau
perenggan.
Digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan
dengan perenggan.
Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan
seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

Contoh penanda wacana seperti berikut:


1. Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,

h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,


i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

2. Penanda memulakan isi baharu


a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,

f) Lain daripada itu,


g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

3. Penanda huraian isi karangan


a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada

f) Hal ini bersangkut-paut dengan


g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

4. Penanda memberi contoh dalam karangan


a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,

d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

5. Penanda menghuraikan contoh


a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,

e) Oleh hal yang demikian,


f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

6. Penanda menutup isi


a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,

e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

7. Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat


Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1)
_(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan

f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

8. Penanda memulakan perenggan penutup


a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,

f) Sebagai penghias bicara akhir,


g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

9. Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza


a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,

f) Dengan kata lain,


g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

10. Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa


a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............

k) Persis peribahasa, ...............


l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa
Melayu, yakni ......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan
peribahasa ..........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali
peribahasa ..........

Pilih jawapan yang paling sesuai.


1. Dia tidak menghadiri latihan bola sepak pada petang itu __________ telah
dimaklumkan oleh ketua pasukan.
A sungguhpun
B selain itu
C oleh itu
D namun demikian
2. Sudah satu jam Tini menunggu Siti di perpustakaan, tetapi rakannya itu tidak
datang. ________, dia pulang ke rumah.
A Kalau begitu
B Akhirnya
C Lepas itu
D Di samping itu
3. Abang Irfan membuka sebuah restoran. ________, dia juga berniaga pakaian.
A Dengan itu
B Lagipun
C Lantaran itu
D Dalam pada itu
4. Kita tidak digalakkan keluar dari rumah seorang diri ___________ pada waktu
malam.
A Jadi
B Lebih-lebih lagi
C Justeru
D Biarpun demikian

5. Mula-mula panaskan minyak di dalam kuali. __________, goreng keropok itu


sehingga garing.
A Semenjak itu
B Kemudian
C Walaupun begitu
D Sebelum itu
6. Kami dibawa berjumpa dengan pengurus kilang itu. __________, beliau
menunjukkan prosesmembuat tayar kepada kami.
A Selanjutnya
B Selain itu
C Lebih-lebih lagi
D Namun begitu
7. Lokman aktif dalam permainan bola sepak. ________, dia telah dipilih sebagai
ketua pasukan bolasepak sekolahnya.
A Mungkin
B Justeru
C Walau bagaimanapun
D Kalau begitu
8. Mereka menjerit meminta tolong daripada jiran-jiran. __________ tiada sesiapa
pun yangmendengarnya.
A Malangnya
B Tambahan pula
C Lebih-lebih lagi
D Dalam pada itu
9. Ashraf menyesal atas perbuatannya yang nakal selama ini. ___________, dia
berazam hendak mengubah sikapnya.
A Namun begitu
B Selanjutnya
C Kemudian
D Oleh sebab itu
10.Datuknya meninggal dunia akibat sakit jantung minggu lalu. _________
wajahnya muram sahaja.
A Oleh itu
B Semenjak itu
C Sebaliknya
D Selepas itu

1]A
2]B
3]D
4]B
5]B
6]A
7]B
8]A
9]D
10]B

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat
dibawah.
1. Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau tersalah letak.
A Justeru
B Mungkin

C Akhirnya
D Kemudian

2. Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku menumbuk Alif Haikal.
A lagipun
B mungkin

C akhirnya
D kemudian

3. Nurul Aina tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______ dia sakit gigi.
A Lagipun
B Mungkin

C Akhirnya
D Kemudian

4. Lapan orang peserta menarik diri. ______, program lawatan itu terpaksa dibatalkan.
A Jadi
B Justeru

C Mungkin
D Sebaliknya

5. Dato Khir menyampaikan ucapan. ______, beliau merasmikan laman web syarikat itu.
A Namun
B Mungkin

C Meskipun
D Seterusnya

6. Jamil belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang ________ tarikh tutup
semakin hampir.
A justeru
B lagipun

C namun
D walhal

7. _________ membeli kereta, memiliki basikal _____ dia tidak mampu.


A Baik pun
B Jangankanpun
8.

C Walaupunbahkan
D Walaupunnamun

Azah kelihatan mengantuk lagi. ____ dia menolong ibunya di warung sehingga lewat malam.
A Kemudian
B Namun

C Mungkin
D Selain itu

9. Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih. ____________ sukat air secukupnya.


A Namun
B Oleh itu

C Kemudian
D Dengan demikian

10. Rohaya seorang murid yang rajin dan berdisiplin. ___________ dia sentiasa
mendapat pujian daripada guru-gurunya.
A Selain itu
B Oleh sebab itu

C Namun demikian
D Biarpun demikian

11.Cikgu Salman selalu memarahi murid-muridnya. _______________ , murid-murid


menghormatinya kerana beliau seorang guru yang berdedikasi.
A Selain itu
B Namun begitu

C Oleh sebab itu


D Lebih-lebih lagi

12. Sejak kecil lagi Pak Udin memang gerun ke laut, ____________ pada usianya yang semakin
lanjut ini.
A walaupun begitu
B namun demikian

C lebih-lebih lagi
D selepas itu

13. Kerajaan terpaksa menangguhkan banyak projek kerana kegawatan ekonomi. ______________,
program membantu rakyat miskin tetap dilaksanakan.
A Selain itu
B Lebih-lebih lagi

C Walaupun demikian
D Oleh sebab itu

14. Berita yang disampaikannya sungguh mengejutkan saya. _____________, saya mencuba sedaya
upaya unuk bertenang.
A Namun demikian
B Selepas itu

C Oleh itu
D Justeru

15.Pelajar yang bermasalah itu diminta menceritakan hal yang sebenarnya. ___________, diberi
nasihat.
A Mungkin
B Selain itu

C Selepas itu
D Lebih-lebih lagi

16.Kami membawa murid-murid melawat ke Bandar Melaka untuk melihat kesan peninggalan
sejarah . _________, kami bercadang akan berkelah di Tanjung Bidara.

A Selain itu
B Lebih-lebih lagi

C Biarpun demikian
D Namun demikian

17. Kehidupan Mak Kiah diibaratkan bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
___________, semangatnya masih kukuh untuk membesarkan anakanaknya.
A Biarpun demikian
B Lebih-lebih lagi

C Oleh itu
D Mungkin

18.Simpan semua buku sekarang, ______ kita akan mengadakan kuiz teka silang kata.
A kemudian
B akan tetapi

C selanjutnya
D namun begitu

19. Pergi mandi dahulu. _______ bersedia untuk ke kelas piano.


A Selepas itu
B Namun begitu

C Oleh sebab itu


D Tambahan pula

20.Orang ramai merungut kerana harga barang semakin naik. ____________, harga barangan
keperluan.
A Tambahan pula
B Oleh sebab itu

C Namun begitu
D Lebih-lebih lagi

21 Hasil lukisan Suhada tidak pernah berjaya memenangi anugerah. ______,


semangat untuk terus melukis tidak pernah pudar.
A Oleh itu
B Biarpun demikian
C Kalau begitu
D Lebih-lebih lagi

22 Setelah tiga hari berturut-turut Karim dan kawan-kawannya mendaki gunung itu, ______ mereka
sampai juga di puncaknya.
A akhirnya
B namun
C di samping itu
D oleh yang demikian
23 "Amalina telah diserang demam campak. ______, dia tidak hadir ke sekolah,"kata adiknya kepada
Cikgu Nurhisyam.
A Oleh sebab itu
B Di samping itu
C Semenjak itu
D Sebaliknya
24 Suatu kebakaran besar telah berlaku di Tanjung Sepat. ______ tiada
kemalangan jiwa dilaporkan.
A Walau bagaimanapun
B Namun demikian
C Lantaran itu
D Jika begitu
25 Jamal mendapat gred 3A 2B dalam Ujian Percubaan UPSR. ______,
semangatnya masih kental untuk berusaha.
A Oleh itu
B Kalau begitu
C Oleh sebab itu
D Biarpun demikian
26 Alif Farhan seorang pemuda yang cacat. ______, dia tidak pernah
mengharapkan belas kasihan daripada orang lain.
A Sungguhpun demikian
B Lebih-lebih lagi
C Oleh sebab itu
D Kalau begitu
27 "Ayah dan Encik Jamil sedang berbincang di ruang tamu. ______, lebih baik kita berbual-bual di
halaman rumah sahaja,"kata Raju kepada Moorthy.
A Biarpun demikian
B Kalau begitu
C Oleh itu
D Lebih-lebih lagi
28 Basikal Leong Jim Jee terbabas ketika dia melalui selekoh yang licin itu. ______, dia juga
terlanggar sebatang pokok.
A Biarpun demikian
B Dalam pada itu
C Kalau begitu
D Oleh itu
29 Adik Dahlia suka menonton filem rencana. ______ yang berkaitan dengan
hidupan liar yang terdapat di Benua Afrika.
A Tambahan lagi
B Meskipun begitu
C Biarpun demikian
D Lebih-lebih lagi

30 Saya pernah bertemu muka dengan Jestina Lim. ______, saya faham akan
sikapnya.
A Biarpun demikian
B Kalau begitu
C Jadi
D Justeru
31 Tok Ali tidak dapat melihat dengan jelas. ______________ apabila tulisan itu kecil.
A Tambahan pula
B Lebih-lebih lagi
C Oleh sebab itu
D Mungkin
32 Amirah berlatih siang dan malam. ___________, dia berharap dapat memenangi pertandingan
syarahan itu.
A Justeru
B Kemudian
C Oleh sebab itu
D Dengan demikian
33 Zarina tidak pernah melupai jasa ibu bapanya. __________, dia berjanji akan belajar bersungguhsungguh untuk membalas jasa mereka.
A Sungguhpun demikian
B Seterusnya
C Oleh itu
D Lagipun
34 Asraf gagal lagi dalam permohonan biasiswa. _____, dia terpaksa melupakan hasratnya untuk
belajar di luar negara.
A Dengan demikian
B Justeru
C Selepas itu
D Kalau begitu
35 Setelah berkali-kali mencuba membuat kek coklat tanpa putus asa,
____________ emak berjaya juga.
A oleh sebab itu
B akhirnya
C lantaran itu
D kemudiannya
36 Puan Kalsom sungguh sibuk dengan tugasnya sebagai Guru Besar.
____________, dia tidak ada masa untuk menguruskan rumah tangganya.
A Lantaran
B Akhirnya
C Di samping itu
D Justeru
37 Encik Dahlan tegas dan tidak suka bercakap banyak. __________, dia sabar melayan kerenah
anak-anaknya.
A Walau bagaimanapun
B Sebelum itu
C Seterusnya
D Oleh itu

38 _____________ sudah lewat malam, dia akan pergi juga memanggil doktor
kerana keadaan bapanya semakin tenat.
A Justeru
B Tambahan pula
C Oleh itu
D Kendatipun
39 Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, ___________ saya puji dia.
A malahan
B mungkin
C lagipun
D jadi
40 Ayah kelihatan terlalu uzur. __________, dia tetap membanting tulang empat keratnya untuk
mencari rezeki demi anak-anaknya.
A Kalau begitu
B Lantaran itu
C Namun demikian
D Lebih-lebih lagi

Soalan 1 hingga Soalan 10


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Sudah beberapa kali permohonan pinjaman Encik Chai Hock ditolak.
_________________, masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk
menjalankan perniagaan.
Walau bagaimanapun
2 .Puan Yusnita meletakkan piring kuih itu di atas meja. _______________, dia pun
mempersilakan tetamunya menjamu selera.
Selepas itu
3. Pertandingan Bercerita akan diadakan tidak lama lagi. _____________, para
peserta yang akan mengambil bahagian perlu berlatih dengan gigih.
Oleh sebab itu
4. Pihak penguatkuasa sering mengadakan rondaan di kawasan itu.
_____________, masih ada peniaga yang tidak menjaga kebersihan gerai mereka.
Namun begitu
5. Mula-mula, saya akan mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Malaysia.
_______________, saya akan mengulang kaji mata pelajaran Matematik pula.
Selepas itu
6. Tabiat merokok membahayakan kesihatan kita. _________________, tabiat
tersebut perlulah kita hindarkan.
Oleh yang demikian
7. Kira-kira lima tahun yang lalu, Puan Sunita pernah menjadi mangsa ragut.
____________, dia takut untuk berjalan seorang diri di bandar.
Semenjak itu
8 .Saya suka melancong di dalam negara kerana negara kita banyak mempunyai
tempat yang menarik. ________________, melancong di dalam negara dapat
menjimatkan belanja.
Selain itu
9 .Rafik tidak mengendahkan nasihat ibunya supaya dia berjimat cermat.
________________, dia bertambah kerap menngunjungi pusat-pusat hiburan
bersama-sama dengan rakan-rakannya.
Sebaliknya
10 .Wahida sangat lemah dalam mata pelajaran Matematik. _______________,

________________, ibu bapa Wahida telah menghantar anaknya itu mengikuti kelas
tuisyen.
Oleh sebab itu

Anda mungkin juga menyukai