Anda di halaman 1dari 4

NOR NARJIHAH BINTI MUSLIM

PPISMP TESL 3 SEMESTER 3


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapat saya menyiapkan tugasan Pengantar Pendidikan ini. Akhirnya, saya dan
rakan-rakan dapat menyempurnakan KKP ini dengan topik Permuafakatan Komuniti
dan Sekolah dengan jayanya. Semua pelajar PPismp Semester 3 diwajibkan untuk
melaksanakan tugasan ini yang memerlukan kami bekerjasama dalam kumpulan.
Untuk menyempurnakan tugasan ini, pertama sekali, kami perlu mencari
seberapa banyak maklumat mengenai permuafakatan antara komuniti dan sekolah.
Meskipun bagi sesetengah orang berpendapat bahawa topik ini hanya perlu berfikir
secara logik, namun, bagi saya, memahami dan mendalami maksud sebenar
permuafakatan antara komuniti dan sekolah amat perlu agar saya dapat
mengeluarkan maklumat yang tepat dan detail. Oleh itu, saya dan rakan-rakan
mengumpul maklumat-maklumat yang kami perlukan untuk menyiapkan KKP ini.
Setelah saya membaca dan memahami satu persatu maklumat tentang konsep
permuafakatan ini, saya dapati bahawa sekolah sebenarnya bukan sahaja tempat
untuk para pelajar belajar semata-mata, bahkan sekolah juga menjadi salah satu
medium untuk masyarakat saling berkongsi. Contohnya, masyarakat dan warga
sekolah saling berkongsi tenaga, maklumat dan sumber. Apabila wujudnya
permuafakatan ini, masyarakat akan dapat hidup sejahtera.
Melalui tugasan ini, saya dapat melihat bahawa saya sebenarnya sedang
menggalas tanggungjawab yang besar apabila bergelar seorang guru pada masa
akan datang. Hal ini kerana saya dapati bahawa guru berperanan penting untuk
memastikan hubungan antara komuniti dan sekolah sentiasa baik tanpa wujudnya
pertelingkahan. Contohnya, guru yang juga merupakan warga sekolah mestilah
terlibat dalam semua program yang dilaksanakan bersama komuniti agar masyarakat
tidak memandang serong terhadap guru. Di samping itu, guru jugalah yang
bertanggungjawab menjalinkan hubungan baik dengan komuniti, lebih-lebih lagi
dengan ibu bapa pelajar. Dengan ini, guru akan dapat mengetahui perkembangan
pelajar di rumah dan bukan sahaja memantau mereka di sekolah. Oleh itu, saya
percaya, suatu hari nanti, apabila bergelar guru, saya tidak akan melupakan
tanggungjawab saya terhadap masyarakat.

Seterusnya, melalui tugasan ini juga, saya belajar untuk menjadi lebih kreatif.
Hal ini kerana saya telah mencuba sedaya upaya untuk menghasilkan buku skrap
yang menarik. Saya sedar bahawa tujuan sebenar tugasan ini adalah untuk melatih
bakal guru, termasuk saya sendiri untuk menjadi lebih kreatif. Seorang guru perlu
kreatif agar dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Dengan itu, buku skrap
merupakan salah satu alat untuk membuatkan pelajar tertarik untuk focus dalam
pelajaran. Tambahan pula, jika buku skrap dihias dan ditampal dengan gambargambar yang menarik, pelajar akan seronok untuk belajar. Oleh itu, melalui tugasan
menghasilkan buku skrap ini, saya dapat menjadi lebih kreatif.
Selain itu, saya juga belajar untuk bekerja dalam kumpulan melalui tugasan
ini. Sebenarnya, saya merupakan individu yang agak kekok dalam melakukan kerja
secara berkumpulan. Akan tetapi, oleh sebab saya mempunyai rakan-rakan yang
senang dibawa berbincang dan banyak membantu, saya berasa selesa bekerja
bersama mereka. Saya banyak belajar untuk bekerjasama dalam kumpulan. Kami
bekerja tanpa ketua, tetapi kami membahagikan tugas dengan adil dan seterusnya
kami dapat menyempurnakan tugasan ini. Bekerjasama dengan rakan-rakan seperti
Alia, Safura dan Sheda memberi saya keyakinan bahawa bekerja dalam kumpulan
sangat seronok. Kami tidak mengalami sebarang perselisihan pendapat kerana kami
mengamalkan cara mendengar, mempertimbangkan dan akhirnya menerima atau
menolak dengan cara elok. Dengan itu, kami dapat menghasilkan buku skrap yang
mengandungi buah fikiran kami.
Sebenarnya, terdapat kesulitan juga semasa dalam proses menghasilkan
buku skrap ini. Salah satu kesulitan tersebut ialah kami terpaksa menyiapkan
tugasan ini semasa cuti Hari Raya Aidilfitri. Oleh sebab kami tinggal berjauhan, hal
ini agak menyukarkan kami. Kami tidak tahu bagaimana untuk kami berhubung
sesama sendiri. Tambahan pula, kami berdepan dengan hari raya yang sudah
pastinya lebih menjadi keutamaan kami. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk
berhubung melalui Facebook, Skype dan Yahoo Messenger. Melalui laman sosial
seperti ini, kami dapat berhubung walaupun kami berjauhan. Kami berbicang dalam
conference di Yahoo Messenger. Meskipun agak menyukarkan kami, tetapi ianya
sedikit sebanyak membantu dalam proses penghasilan buku skrap kami. Terima
kasih kepada teknologi.

Kesimpulannya, meghasilkan buku skrap ini sangatlah menyeronokkan. Saya


kadang-kadang leka menghias dan menceriakan buku skrap ini. Saya berharap buku
skrap ini dapat memuaskan hati Puan Maimunah.

GOTONG ROYONG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN REKO,BANDAR BARU


BANGI
Tarikh
Masa
Tempat
Urusetia

:
:
:
:

11 April 2009 (Sabtu)


8.00 Pagi
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Bandar Baru Bangi
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Bandar Baru Bangi

Bimbang dengan gejala penyakit Denggi yang makin melular, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan
Reko, Bandar Baru Bangi telah mengadakan satu program Gotong Royong Perdana dan menurut Pengetuanya,
Puan Rosny Binti Othman, dianggarkan seramai 500 orang pelajar, ibubapa dan guru guru turut serta dalam
program tersebut.
Menurut Puan Rosny selaku pengetua sekolah terbabit, program sebegini sememangnya langkah
terbaik untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan secara langsung dapat membersihkan kawasan
persekitaran sekolah. Selain itu, program ini juga dapat menjalin erat hubungan antara guru, PIBG dan agensi
kerajaan yang terbabit.
Hadir sama bagi memeriahkan lagi program tersebut adalah Majlis Perbandaran Kajang khususnya
Bahagian Komuniti, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan ,
tidak terkecuali Pasukan Gerakan Am (PGA). Antara orang kuat SMKJR yang terbabit menjayakan program ini,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) Haji Ahmad Jamungi Bin Punan, Setiausaha Hal Ehwal Murid, Puan
Hasmah Binti Kamarudin dan Setiausaha Kebersihan Sekolah, Puan Nor Ain Binti Musa.
Sumber
Bahagian Komuniti, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan MPKj

Anda mungkin juga menyukai