Anda di halaman 1dari 18

TEMA

Novel Kembara Amira bertemakan kemasyarakatan iaitu kehidupan


soerang mualaf yang menjadi mangsa perpecahan keluarga.
Segalanya bermula daripada sikap dan tindakan Robert Lim yang telah
berkahwin dengan Mariana. Dia telah memeluk agama Islam semata-mata
untuk berkahwin. Robert Lim tidak menunjukkan bahawa dia sebagai
penganut agama Islam yang sebenar. Akibat daripada desakan keluarga dia
telah meninggalkan Mariana yang sedang mengandung. Robert Lim telah
berkahwin dengan perempuan lain dan kembali kepada agama asal.
Mariana yang terlalu tertekan telah menjadi gila meroyan setelah melahrkan
anak yang diberi nama Abd. Halim. Dia ingin mencekik anaknya
menyebabkan anak itu terpaksa dijaga oleh ayahnya. Hanya beberapa hari
sahaja bersama ayahnya, Abd. Halim telah dilarikan oleh keluarga Robert
Lim. Dia dibesarkan oleh bapa saudaranya Peter Lim dan dinamakan sebagai
Joshua. Semasa itu dia telah bertanggungjawab melarikan Sofia yang tinggal
bersama Mak Salmah dan Pak Mail. Dia telah menyedari keadaan sebenar
dan telah menyedari bahawa Sofia adalah adiknya. Dia telah dihantui rasa
bersalah dan telah meninggalkan keluarga mereka. Dia kembali kepada
ajaran Islam dan menggunakan nama Fuad. Dia tinggal bersama keluarga
angkatnya yang juga keluarga angkat Sofia iatu Mak Salmah dan Pak Mail.
Selain daripada itu dia juga ingin menebus rasa bersalah terhadap kehilangan
Sofia daripada jagaan Mak Salmah dan Pak Mail.
Fuad berasa amat marah kepada bapanya. Selama beberapa tahun berada di
rumah Pak Mail dan Mak Salmah, dia tidak ingin mendengar khabar dan
berjumpa dengan bapanya. Dia tidak dapat menerima perbuatan bapanya
sehingga menyebabkan dia kehilangan ibu dan Sofia. Dia ingin menjejaki
kubur ibunya. Perkenalannya dengan Farhana telah memberi jalan kepadanya
untuk menemui ibu yang selama ini dicari dan dirinduinya selain daripada
mengetahui bahawa Farhana adalah adiknya. Setelah berjumpa dengan ibu
kandungnya, barulah fikiran dan perasaannya dapat menerima bapanya
Robert Lim.

PERSOALAN
Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis adalah persoalan pegangan
agama dalam masyarakat hari ini. Fuad yang merupakan seorang mualaf
digambarkan mempunyai pegangan agama Islam yang kuat selain daripada

Pak Mail. Fuad suka sembahyang berjemaah di surau. Kalau tidak dia akan
berjemaah di rumah. Dia lebih memahami tentang agama Islam berbanding
dengan Farhana dan Cikgu Zamani. Fuad menghabiskan ayam goreng yang
berada dalam pinggan Farhana semasa mereka makan dalam perjalanan ke
Kuantan. Semasa di rumah Cikgu Zamani, dia melihat Cikgu Zamani lebih
cenderung kepada pembangkang. Namun dia melihat dasar yang kuat pada
diri Cikgu Zamani tetapi pelaksanaannya lemah. Penilaian itu menyebabkan
Fuad memberi berbagai alasan untuk tidak bersetuju dengan ajakan Cikgu
Zamani supaya Fuad menyertai jemaah mereka. Fuad berani menyentuh
Farhana setelah dia yakin bahawa Farhana adalah mahramnya iaitu adiknya
ketika berada di hospital.
Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalan penguasaan
Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar. Cikgu Abas telah
datang ke rumah Pak Mail untuk mencari Fuad. Cikgu Abas meminta Fuad
menjadi guru di sekolah tempat dia mengajar. Cikgu Abas tahu Fuad
berkebolehan dalam Bahasa Inggeris. Dia meminta Fuad mengajar mata
pelajaran tersebut di sekolah. Dia telah menjelaskan bahawa penguasaan
Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolahnya agak lemah. Oleh itu dia
perlu mendapatkan seorang guru yang baik untuk mereka. Ketiga mengajar,
Fuad perlu menggunakan perlbagai pendekatan untuk mengejar pelajar yang
berlainan tahap penguasaan termasuk yang lemah. Begitu juga dengan
Farhana. Dia pulang dari London dengan harapan yang tinggi untuk mendidik
anak-anak muridnya. Namun semangatnya semakin luntur apabila mendapati
anak-anak petani dan nelayan tidak berminat untuk menguasai Bahasa
Inggeris.
Persoalan lain yang tidak kurang penting dalam novel Melunas Rindu ialah
persoalan peranan dan tanggungjawab guru terhadap tugas dan
pelajar. Peroslan ini jelas digambarkan oleh pengarang melalui watak Cikgu
Zamani. Dia suka ponteng kelas. Dia juga suka ponteng kegiatan kokurikulum
pada waktu petang walaupun hanya seminggu sekali. Sikap itu telah ada
dalam perhatian Cikgu Abas selaku guru penolong kanan di sekolah itu.
Namun Cikgu Abas memendamkan hal itu memandangkan Cikgu Zamani
adalah cikgu lama dan sikapnya yang tidak boleh ditegur. Namun
kemarahannya menuncak apabila mendapati kelas Cikgu Zamani semasa
kelas lanjutan pada petang itu dalam keadaan bising. Cikgu Zamani tidak ada
dalam kelas. Dalam mesyuarat guru pada keesokan harinya Cikgu Abas
dengan getas dan marah memberi amaran bahawa tugas dan tanggungjawab
guru adalah amanah. Gaji yang diterima tidak halal sekiranya guru tidak
menunaikan tanggungjawab tersebut.
Pengarang juga mengungkapkan persoalan kasih sayang antara ahli
keluarga. Persoalan ini digambarkan pada beberapa watak dalam novel.
Mak Salmah begitu sayangkan Sofia walaupun Sofia hanya merupakan anak
angkatnya. Selepas Sofia dirampas daripadanya sehingga menyebabkan
Sofia meninggal, perasaan Mak Salmah muram. Walaupun Fuad sebagai
abangnya cuba untuk menebus kesalahan, namun Mak Salmah tidak mudah
untuk memaafkan Fuad yang bertanggungjawab melarikan Sofia. Setelah
menyeradi kesilapannya, Robert Lim amat mengharapkan agar Fuad dapat

menerimanya. Dia dapat menerima Fuad sebagai seorang Islam. Dia telah
menari Fuad setelah Fuad tidak dapat memenuinya. Dia membawa cincin
perkahwinan dengan ibu Fuad supaya Fuad mempunyai petunjuk untuk
mencari ibunya. Fuad juga sayang akan keluarga angkatnya yang juga bapa
saudara yang telah membesarkannya iaitu Peter Lim. Dia telah melawat Peter
Lim di Sungai Ruan setelah perasaannya tenang. Selain daripada itu, Fuad
sayang kepada Sofia dan Farhana sebagai adik-adiknya.
Watak Fuad dan Farhana dalam novel ini menggambarkan persoalan
tanggungjawab terhadap ibu bapa dan ahli keluarga. Fuad yang telah
beberapa tahun tinggal di rumah Pak Mail dan Mak Salmah telah menunaikan
tanggungjawab yang baik sebagai anak angkat. Selain daripada bertujuan
untuk menebus kesalahannya, dia juga melakukan sesuatu dengan ikhlas.
Dia telah membelikan sebuah motosikal kepada Pak Mail agar senang Pak
Mail dan Mak Salmah untuk ke sesuatu tempat. Dia telah membelikan
sebidang tanah kepada Pak Mail untuk bercucuk tanam. Fuad juga telah
melawat apaknya di Sugai Ruan. Fuad telah meringankan bedan Peter Lim
dengan menangung belanja persekolahan adik-adik sepupunya sehingga ke
peringkat tertinggi. Farhana juga selalu pulang ke Kuantan untuk melawat
ibunya. Sebagai anak sulung, dia bertanggungjawab untuk menangung
perbelanjaan harian ibunya Mariana dan adik-adiknya. Ketiadaan ayahnya
menyebabkan sebahagian tanggungjawab itu terletakdi atas bahu Farhana.
Dia terus pulang ke Kuantan setelah mendapat tahu ibunya dimasukkan ke
hospital.

******** 2

WATAK DAN PERWATAKAN

A) FUAD
Semasa kecil atau baru dilahirkan dia diberi nama Abd. Halim oleh datuknya.
Fuad adalah anak kepada Mariana. Duad dilarikan oleh keluarga Robert Lim
setelah beberapa hari tinggal bersama datuknya di Lembah Klau. Dia dijaga
dan dibesarkan oleh bapa saudaranya Peter Lim. Namanya bertukar kepada
Joshua. Dia bertanggungjawab melarikan adiknya Sofia daripada jagaan Pak
Mail dan Mak Salmah hingga menyebabkan Sofia meninggal. Dia menyedari
akan keadaan keluarganya yang sebenar dan dirinya menyebabkan dia
kembali kepada agama Islam. Dia amat marah kepada bapanya sendiri iaitu
Robert Lim. Dia tinggal di rumah Pak Mail dan Mak Salmah sebagai anak
angkat. Dia menggunakan nama Fuad. Dia diminta menjadi guru di sekolah

Sofia dahulu dan berkenakan dengan Farhana. Daripada perkenalan itu dia
berjaya menemui ibunya yang docari selama ini iaitu Mariana yang juga
merupakan ibu kepada Farhana. Setelah bertemu dengan ibu kandungnya
barulah Fuad dapat memaafkan bapanya.
Antara perwatakan Fuad ialah dia merupakan seorang penganut agama
Islam yang taat dan rajin belajar ilmu agama. Fuad berasa tenang
setelah kembali kepada ajaran Islam dan hidup bersama Pak Mail dan Mak
Salmah. Pak Mail banyak mengajarnya tentang agama Islam sehinga dia
dapat menghayati ajaran agama Islam dengan baik. Fuad suka sembahyang
berjemaah. Dia selalu berjemaah di surau di kampung tersebut bersama Pak
Mail dan orang kampung yang lain. Pada bahagian awal novel ini
digambarkan Fuad belajar membaca al-Quran dengan Pak Mail di surau
selepas sembahyang Maghrib. Fuad arif tentang rezeki dan pembaziran
apabila dia mengambil dan memakan ayam goreng yang tidak dihabiskan
oleh Farhana semasa mereka makan dalam perjalanan ke Kuantan. Fuad juga
menjaga tingkah lakunya dengan perempuan. Dia hanya menyentuh Farhana
setelah dia yakin bahawa Farhana adalah adiknya semasa mereka berada di
hospital.
Fuad juga merupakan seorang anak yang bertanggungjawab terhadap
ibu bapa dan keluarga. Ketika tinggal di rumah Pak Mail dan Mak Salmah
sebagai anak angkat, Fuad tetap memunaikan tanggungjawabnya
sebagaimana ibu bapa sendiri. Dia telah membelikansebuah motosikal
kepada Pak Mail agar Pak mail dan Mak Salmah dapat ke sesuatu tempat
dengan mudah. Fuad juga membelikan sebidang tanah dan menamakan Pak
Mail sebagai pemilik tanah tersebut. Fuad selalu memberikan keperluan
dapur semasa pulang dari sekolah. Selain daripada itu Fuad juga menunaikan
tanggungjawabnya kepada apaknya yang berada di Sungai Ruan iaitu Peter
Lim. Walaupun Peter Lim merupakan bapa saudaranya tetapi Fuan
menganggapnya sebagai ibu bapa kerana Peter Lim telah membesarkannya.
Dia melawat Peter Lim yang sedang sakit dan menjelaskan yuran
peperiksaan Ah Soh dan menangunggung belanja persekolah adik-adik
sepupunya.
Penulis juga menggambarkan Fuad sebagai seorang yang gigih dalam
berusaha dan tidak mudah putus asa. Sifat ini dapat diperhatikan selama
beberapa tahun dia tinggal bersama Pak Mail dan Mak Salmah. Dia tahu Mak
Salmah sukar untuk menerimanya sebagai anak angkat kerana Fuad sendiri
bertanggungjawab atas kehilangan Sofia. Namun dia tidak berputus asa
untuk memenangi hati Mak Salmah. Dia tidak marah atau kecewa walaupun
Mak Salmah tidak begitu melayanynya selama bertahun-tahun dia tinggal di
rumah itu. Dia melakukan apa yangtermampu untuk memujuk perasaan Mak
Salmah. Sebagai guru, Fuad juga gigih dalam mendidik pelajarnya. Dia
mengajar dalam kelas secara individu agar dia dapat mengetahui kelemahan
setiap pelajarnya. Selain daripada itu dia mengajar kelas lanjutan yang
bermula pada pukul 1.15 tengahari. Kegigihan mencari ibu kandung juga
membuahkan hasil. Dia berusaha mengesan ibunya dan berjaya menemuinya
ketika berada di holpital. Ibunya ialah Mariana yang juga ibu kepada Farhana.

Perwatakan lain yang terdapat pada diri Fuad ialah suka menolong orang
lain. Dia telah menolong Borhan dengan mengeluarkan wangnya untuk
menampung perbelanjaan perkahwinan Borhan. Semasa dia melawat Borhan
pada malam itu, anak Borhan demam. Dia telah mendapatkan kereta dan
membawa Borhan, isteri dan anaknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Fuad juga kerap menolong Farhana. Dia telah menumpangkan Farhana dari
Kuala Terengganu ke kampung Farhana di Kuantan apabila dia mendapati
Farhana tidak mendapat tiket bas. Semasa Farhana menunggu ibunya
Mariana yang sakit di hospital, Fuad menolong Farhana pergi ke rumah
Farhana untuk melihat adik-adik Farhana. Fuad kembali ke hospital pada
pukul sebelas malam.

B) FARHANA
Dia merupakan anak kepada Mariana yang juga ibu kandung kepada Fuad.
Farhana ialah adik beradik seibu dnegan Fuad. Ayahnya Fakhrudin telah
meninggal dunia. Dia mempunyai empat orang adik. Merupakan seorang
guru ketua panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia iaitu
sekolah yang sama dengan Fuad.
Dari segi perwatakan, Farhana digambarkan sebagai seorang yang
periang. Sifat itu disedari oleh Fuad sendiri bermula pada peringkat awal
perkenalan mereka lagi. Fuad melihat Farhana sebagai seorang guru yang
tidak mempunyai masalah. Dia mudah ketawa apabila diusik oleh Fuad.
Sebagai seorang yang periang, dia suka bergurau. Farhana kerap bergurau
dengan Fuad ketika mereka berbual di bilik guru perempuan terutamanya
ketika Fuad memberitahu bahawa dialah yang memerikan kad hari jadi
kepada Farhana. Farhana juga bergurau dengan Fuad semasa mereka keluar
dan makan pada petang tersebut.
Farhana juga digambarkan seorang yang tegas dalam menjalankan tugas
dan tanggungjawab sebagai guru. Dia ingin mencari Cikgu Zamani apabila
seorang pelajar mengadu kepadanya bahawa guru tidak masuk ke kelas
semasa program Jawab untuk Jaya yang diadakan dalam kelas masingmasing. Apabila menemui Cikgu Zamani Farhana memaklumkan perkara
tersebut kepada Cikgu Zamani. Cikgu Zamani sebaliknya berkasar dengan
Farhana menyebabkan Farhana mengungkit pula tentang perjumpaan PBSMi
Sabtu. Cikgu Zamani tidak datang sedangkan Farhana terlihatnya di Hock
Kee Seng. Farhana mengungkitkan soal tanggungjawab kepada Cikgu
Zamani.
Satu sifat negatif yang terdapat pada diri Farhana ialah dia kurang
menghayati ajaran agama Islam. Dia terpegun apabila Fuad menghormati
azan Zohor yang dilaungkan dan kemudiannya berdoa selepas azan
sedangkan dia tidak berbuat demikian. Farhana juga kagum dengan Fuad
yang amat menjaga solatnya sedangkan dia sendiri mengaku bahawa dia
banyak meninggalkan solat. Solat yang sering ditinggalkan ialah solat Subuh
kerana dia suka bangun lewat terutamanya pada hari-hari cuti. Semasa

makan dalam perjalanan ke Kuantan, Farhana terpegun apabila Fuad tiba-tiba


mengambil ayam goreng di dalam pinggannya. Fuad memberitahunya
tentang rezeki dan pembaziran. Farhana merasakan dirinya banyak
kekurangan dalam penghayatan agama Islam berbanding dengan Fuad.

C) PAK MAIL
Pak Mail ialah suami kepada Mak Salmah. Bapa angkat kepada Fuad. Dia
tidak mempunyai anak. Dari segi perwatakan, Pak Mail digambarkan sebagai
seorang yang berilmu dan taat kepada perintah agama. Fuad telah
kembali kepada ajaran Islam dan tinggal di rumah Pak Mail sebagai anak
angkat setelah kehilangan Sofia. Pak Mail yang bertanggungjawab
membimbing, memberikan ilmu agama dan keyakinan kepada Fuad. Pada
bahagian awal novel ini digambarkan Fuad belajar membaca al-Quran di
surau selepas solat Maghrib. Fuad meminta Pak Mail mendengar dan
menegur bacaannya. Selain daripada itu Pak Mail juga sentiasa solah
berjemaah di surau.
Pak
Mail
juga
merupakan
seorang
yang
bertanggungjawab.
Tanggungjawab besar yang telah dilaksanakannya ialah memberikan
pendidikan agama kepada Fuad yang memeluk agama Islam dan tinggal di
rumahnya. Sebagai seorang yang paling dekat dengan Fuad dan sebagai
seorang penganut agama Islam, Pak Mail menunaikan tanggungjawab
tersebut dengan baik sehinggakan Fuad dapat menghayati ajaran agama
Islam dengan baik. Pak Mail juga bertanggungjawab terhadap isterinya. Pak
Mail menjaga Mak Salmah dengan baik ketika Mak Salmah sakit akibat
daripada tekanan perasaan kerana kehilangan Sofia.
Pengarang juga menggambarkan Pak Mail sebagai seorang yang rasional
dan tidak berdendam. Mak Salmah yang sukar untuk menerima Fuad
kerana Fuad bertanggungjawab atas kehilangan Sofia. Namun Pak Mail
sebaliknya berfikiran terbuka dan menerima Fuad yang datang ke rumahnya
selepas ketiadaan Sofia. Lebih daripada itu Pak Mail telah membela Fuad
daripada cercaan masyarakat kampung. Pak Mail juga tidak berdendam
dengan Robert Lim yang bertanggungjawab merancang agar Sofia diambil
daripada Pak Mail dan Mak Salmah. Ketika Robert Lim datang ke rumahnya
untuk mecari Fuad, Pak Mail menerima kedatangan Robert Lim dengan baik
dan menerima permohonan maaf daripada Robert Lim.

********* 3

PLOT
Secara umumnya plot novel Melunas Rindu merupakan plot yang agak
kompleks kerana ia tidak mengikut kronologi atau urutan peristiwa.
Pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk menceritakan peristiwa
yang lalu pada bab 18. Bab ini menceritakan kembali bagaimana Mariana
kehilangan Abd. Halim dan kemudiannya berkahwin dengan Fakhrudin
sehingga berpindah dan menetap di Kuantan.
Pada
peringkat
permulaan
plot
novel
ini,
pengarang
telah
memperkenalkan tiga watak iaitu fuad yang merupakan watak utama dalam
novel dan juga watak Pak Mail serta Mak Salmah sebagai ibu bapa angkat
kepada Fuad. Berdasarkan imbas kembali dalam beberapa bab yang awal,
pembaca mengetahui bahawa Fuad sudah berada di rumah Pak Mail sejak
beberapa tahun yang lepas. Dia datang ke situ setelah menyedari keadaan
dirinya dan setelah dia rasa bersalah atas kehilangan Sofia dari rumah Pak
Mail. Fuad menjadi anak angkat Pak Mail dan Mak Salmah. Fuad telah
melakukan apa sahaja yang termampu untuk menebus kesalahannya
termasuklah membeli sebidang tanah dan menamakan Pak Mail sebagai
pemiliknya.
Plot segera beralih ke peringkat perkembangan apabila Cikgu Abas datang
menemui Fuad dan memaklumkan bahawa dia ingin meminta bantuan Fuad
untuk mengajar pelajarnya mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad bersetuju
dan telah melaporkan diri di sekolah tersebut. Di sekolah itu dia telah
berkenalan dengan Farhana selaku ketua panitia Bahasa Inggeris. Sikap Cikgu
Zamani di sekolah itu telah menimbulkan konflik dengan Farhana. Perkenalan
yang sekian lama telah membuahkan perasaan cinta antara satu sama lain.
Namun mereka tidak pernah meluahkannya. Konflik pada diri Fuad bermula
apabila Chin datang ke sekolah untuk menemuinya. Chin menasihati agar
Fuad melawat apaknya di Kuala Lumpur. Apaknya ingin sangat bertemu
dengan Fuad. Namun Fuad begitu keberatan walaupun apaknya itu
merupakan bapa kandungnya. Chin juga menasihati Fuad agar melawat apak
di Sungai Ruan yang merupakan bapa saudara yang telah membesarkannya
sejak kecil. Fuad teringat akan ibunya. Selama ini fikirannya telah
dipengaruhi oleh apaknya menyebabkan dia memutuskan hubungan dengan
keluarga ibunya. Dia ingin menjejak kubur ibu kandungnya kerana dia
mengetahui ibu kandungnya telah meninggal.
Dia ingin ke Lembah Klau untuk tujuan tersebut. Dalam perjalanan dia telah
menumpangkan Farhana dan singgap di rumah Farhana di Kuantan. Dia
sempat berkenalan dengan Mariana, ibu Farhana. Kemudian dia ke rumah
bapa saudara yang menjaga dan membesarkannya sebelum dia tinggal di
rumah Pak Mail. Mereka menemui Pak Ngah Lias. Fuad terharu apabila
mendapat tahu daripada Pak Ngah Lias bahawa namanya semasa kecil ialah
Abd. Halim. Berdasarkan keterangan daripada Pak Ngah Lias, ibunya tidak
meninggal di situ. Ibunya telah dibawah oleh kakak angkatnya Mariah ke
Kampung Sedili. Fuad pergi ke Kampung Sedili bersama Pak Said dan Pak

Ngah Lias. Mariah tiada di kampung itu. Mereka berjaya menemui jiran
terdekat Mariah iaitu Pak Samsudin. Daripada keterangan Pak Samsudin, ibu
Fuad, Mariana tidak meninggal di situ. Kemungkinan Mariana masih hidup.
Hanya anaknya telah dibawa oleh Seman balik ke Lembah Klau. Mariah
berpindah setelah seminggu Mariana melahirkan anak. Pak Samsudin tidak
mengetahui ke mana mereka pergi. Fuad ingin menjejaki ibunya. Dia
meminta pertolongan Peter Lim agar menghubungi bapanya Robert Lim
untuk mendapatkan gambar ibunya. Dia akan jadikan gambar itu sebagai
petunjuk untuk mencari ibunya. Namun Fuad masih tidak dapat berhadapan
dengan bapanya Robert Lim.
Plot novel ini menuju ke peringkat kemuncak atau klimaks apabila tibatiba sahaja Farhana pulang ke Kuantan kerana ibunya sakit dan dimasukkan
ke hospital. Fuad yang sangat prihatin terhadap Farhana segera bertolak ke
Kuantan pada petang yang sama. Fuad terkejut apabila melihat rakod
rawatan pesakit. Nama yang tertera adalah nama ibunya Mariana binti
Osman. Fuad mengajak Farhana turun ke bawah setelah Farhana terjaga dari
tidur. Fuad inginkan pengesahan daripada Farhana tentang nama ibu Farhana.
Farhana mengesahkan sebagaimana yang dilihat oleh Fuad. Fuad
menjelaskan kedudukan sebenar membuatkan Farhana terkejut. Farhana
menangis. Fuad menenangkan keadaan dan mencadangkan agar mereka
menyiasat perkara itu.
Chin, Robert Lim dan Pak Mail sampai ke hospital dan menemui Fuad dan
Farhana. Fuad memeluk apaknya. Robert Lim menunjukkan cincin yang
dibawanya kepada Fuad. Robert Lim terkejut dengan penjelasan yang
diberikan oleh Fuad. Dia mencadangkan agar mereka naik ke atas supaya dia
dapat buat pengecaman. Apabila ditanya oleh Robert Lim, Farhana mengakui
bahawa dia mempunyai seorang emak saudara yang bernama Mariah.
Farhana terus menangis. Apabila sampai di atas, Robert Lim meminta
Farhana dan Fuad masuk terlebih dahulu untuk memastikan Mariana sedang
tidur. Setelah Robert Lim masuk, dia menggeletar dan terduduk. Fuad
memahami keadaan sebenar dan memanggil emak kepada Mariana. Fuad
menangis.
Peringkat anti klimaks plot novel ini bermula apabila Farhana dan Fuad
dapat menenteramkan perasaan dan menerima kenyataan. Fuad dan Farhana
berpakat untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibu mereka
untuk sementara. Fuad dan Farhana pulang ke Kuala Terengganu. Mereka
terus berjumpa dengan Cikgu Abas dan menjelaskan kedudukan sebenar.
Mereka mahu Cikgu Abas memaklumkan kepada semua guru agar tidak
mendatangkan fitnah. Fuad menerima kiriman berupa sampul besar daripada
Bahagian Pendidikan Guru. Dia akan mengikuti kursus perguruan di MPIK
sebulan lagi. Mereka juga mengetahui bahawa Cingu Zamani akan bertukar
pada tahun hadapan. Fuad cuba menggembirakan Farhana dan belajar
menerima hakikat bahawa mereka bersaudara. Fuad membawa ibunya, Mak
Salmah dan Pak Mail mengerjakan umrah. Ketika di KLIA, Robert Lim datang.
Fuad menjelaskan kepada ibunya bahawa dialah yang memberitahu apaknya
tentang keberangkatannya untuk menunaikan umrah. Robert Lim berpesan

supaya penjaga ibunya dengan baik. Dia akan menyusul kemudian. Robert
Lim menarik Fuad ke dalam pelukan.

********* 4

LATAR
A) LATAR TEMPAT
Secara umumnya cerita dalam novel ini berpusat di rumah Pak Mail di Danau
Seberang, Terengganu. Tempat ini merupakan tempat tinggal Pak Mail dan
Mak Salmah. Adik Fuad iaitu Sofia pernah tinggal di tempat ini bersama Pak
Mail dan Mak Salmah sebagai anak angkat. Fuad telah membeli sebidang
tanah untuk bercucuk tanam. Cikgu abas datang menemui Fuad meminta
Fuad mengajar di sekolahnya sebagai guru mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Fuad membawa Farhana pulang ke rumah untuk diperkenalkan kepada Pak
Mail dan Mak Salmah. Chin datang menemui Fuad di sekolah dan
memaklumkan tentang keadaan apaknya di Kuala Lumpur. Pada bahagian
akhir cerita, bapa Fuad iaitu Robert Lim telah datang ke rumah Pak Mail untuk
menemui Fuad. Robert Lim juga meminta maaf atas apa yang telah dilakukan
dahulu sehingga Sofia meninggal.
Peristiwa penting juga berlaku di Sungai Ruan. Di situ Fuad telah melawat
apaknya Peter Lim yang merupakan bapa saudara yang telah menjaga dan
membesarkannya. Peter Lim sedang sakit dan kehidupan mereka agak sukar.
Kedatangan Fuad yang sekian lama meninggalkan keluarga itu telah memberi
sinar. Peter Lim semakin sihat apabila melihat Fuad. Fuad menjelaskan yuran
peperiksaan Ah Soh dan berjanji akan menanggung kos persekolahan adikadik sepupunya. Dari situ Fuad pergi ke lembah Klau untuk menjejak kubur
ibu kandungnya. Fuad singgat sekali lagi di Sungai Ruan setelah menjejaki
kubur ibunya dan mendapati ibunya masih hidup. Dia meminta Peter Lim
menghubungi bapanya Robert Lim untuk mendapatkan gambar ibunya dan
sebentuk cincin. Fuad masih enggan menemui bapanya.
Novel ini juga menggambarkan sedikit latar tempat Lembah Klau dan
Kampung Sedili. Fuad bersama Pak Said datang ke Lembah Klau untuk
menjejaki kubur ibu kandungnya. Mereka menemui Pak Ngah Lias. Fuad
terharu apabila mendapat tahu daripada Pak Ngah Lias bahawa namanya
semasa kecil ialah Abd. Halim. Berdasarkan keterangan daripada Pak Ngah
Lias, ibunya tidak meninggal di situ. Ibunya telah dibawah oleh kakak
angkatnya Mariah ke Kampung Sedili. Fuad pergi ke Kampung Sedili bersama
Pak Said dan Pak Ngah Lias. Mariah tiada di kampung itu. Mereka berjaya
menemui jiran terdekat Mariah iaitu Pak Samsudin. Daripada keterangan Pak
Samsudin, ibu Fuad, Mariana tidak meninggal di situ. Kemungkinan Mariana
masih hidup. Hanya anaknya telah dibawa oleh Seman balik ke Lembah Klau.

Mariah berpindah setelah seminggu Mariana melahirkan anak. Pak Samsudin


tidak mengetahui ke mana mereka pergi.
Satu lagi latar tempat yang penting dalam novel ini ialah Kuantan. Ini adalah
tempat berlakunya peristiwa penting yang menjadi puncak plot. Dalam
perjalanan ke Sungai Ruan, Fuad telah menumpangkan Farhana yang
ketiadaan tiket bas ekspres. Dia singgah di rumah Farhana di Kuantan dan
berkenalan dengan Mariana, ibu Farhana. Sekali lagi Fuad datang ke Kuantan
apabila mengetahui Farhana pulang dan ibu Farhana dimasukkan ke hospital.
Di hospital Fuad terkejut apabila mendapati nama ibu Farhana sama dengan
nama ibu kandungnya. Fuad inginkan pengesahan daripada Farhana tentang
nama ibu Farhana. Farhana mengesahkan sebagaimana yang dilihat oleh
Fuad. Fuad menjelaskan kedudukan sebenar membuatkan Farhana terkejut.
Farhana menangis. Chin, Robert Lim dan Pak Mail sampai ke hospital. Robert
Lim terkejut dengan penjelasan yang diberikan oleh Fuad. Apabila ditanya
oleh Robert Lim, Farhana mengakui bahawa dia mempunyai seorang emak
saudara yang bernama Mariah. Setelah Robert Lim masuk ke dalam bilik, dia
menggeletar dan terduduk. Fuad memahami keadaan sebenar dan
memanggil emak kepada Mariana. Fuad menangis.

B) LATAR MASA
Terdapat dua latar zaman yang jelas dalam novel. Jika diperhatikan mengikut
urutan masa, pembaca dapat mengesan latar akhir tahun 1960-an pada
bab 18. Bab ini merupakan imbas kembali oleh pengarang untuk
menceritakan tentang peristiwa yang dilalui oleh Mariana selepas melahirkan
anak iaitu Abd. Halim. Peristiwa itu tidak diketahui oleh watak lain yang
ditemui oleh Fuad sama ada Pak Ngah Lias Lembah Klau atau Pak Shamsudin
di Kampung Sedili. Mariana sebenarnya mengikut Mariah pulang ke kampung
Husin di Bentung setelah sepuluh hari melahirkan anak. Tujuannya adalah
untuk menyelamatkan Mariana yang gila meroyan. Mariana pulih
kemudiannya dan menyesal kerana asyik menangis menangis selepas
melahirkan anak sehingga dia kehilangan Abd. Halim. Mariah menyerahkan
Abd. Halim kepada ayah Mariana. Dua hari selepas Abd. Halim dilarikan, ayah
Mariana meninggal akibat dipatuk ular. Mariana bertemu jodoh dengan
Fakhrudin. Mereka kemudiannya berpindah ke Kuantan dan mendapat lima
orang anak. Mariana percaya Abd. Halim dibawa oleh keluarga Roslan ke
Sungai Ruan. Ketegangan kaum yang masih membahang pada masa itu
menyukarkan Mariana menjejaki Abd. Halim.
Manakala sebahagian besar peristiwa dalam novel berlaku pada tahun
1990-an iaitu setelah Fuad berumur 27 tahun. Pengarang menceritakan
tentang peristiwa yang berlaku setelah Fuad dewasa dan menyedari keadaan
sebenar tentang kehidupannya. Keadaan itu menyebabkan dia meninggalkan
keluarganya itu keluarga Robert Lim dan keluarga Peter Lim dan tinggal
bersama Pak Mail dan Mak Salmah. Sukar baginya untuk memaafkan
bapanya sendiri iaitu Robert Lim atas apa yang berlaku pada dirinya dan
Sofia. Perkenalannya dengan Farhana merupakan satu hikmah. Dia dapat
bertemu dengan ibu kandungnya yang dicari sebelum itu. Dia mendapat tahu

bahawa ibunya masih hidup setelah pergi ke Lembah Klau dan Kampung
Sedili. Robert Lim menyedari kesilapannya dan datang ke rumah Pak Mail
untuk mencari Fuad. Dia juga meminta maaf daripada Pak Mail atas segala
peristiwa yang berlaku sebelum itu. Fuad juga dapat menerima bapanya
Robert Lim setelah menemui ibu kandungnya.
Selain daripada latar zaman, terdapat juga latar waktu yang menarik dalam
novel ini iaitu latar waktu malam. Fuad membaca al-Quran di hadapan Pak
Mail selepas sementara menunggu waktu Isyak di surau. Robert datang ke
rumah Pak Mail juga pada waktu malam iaitu sekitar pukul 9.20 malam untuk
menemui Fuad. Oleh kerana Fuad berada di Kuantan, Robert Lim terus
bertolak ke Kuantan pada malam itu juga. Pak Mail ikut bersama. Peristiwa
yang menjadi kemuncak plot novel ini juga berlaku pada waktu malam di
hospital Tengku Ampuan Afzan. Fuad mengetahui nama ibu Farhana daripada
rekod rawatan. Segala kekusutan terbongkar apabila Farhana mengesahkan
pertanyaan Fuad dan Robert Lim yang datang kemudiannya. Fuad menemui
ibu kandungnya apabila bapanya Robert Lim mengesahkan bahawa Mariana
adalah bekas isterinya.
Terdapat beberapa peristiwa berlaku pada waktu pagi. Fuad memandu
untuk ke Sekolah Menengah Seri Setia pada waktu pagi. Dia tiba di sekolah
itu tiga minit sebelum pukul tujuh pagi. Dia melaporkan diri kepada Cikgu
Abas yang datang ke rumahnya sebelum itu. Fuad bertolak ke Lembah Klau
juga pada waktu pagi iaitu sekitar pukul Sembilan. Fuad dan Farhana bertolak
dari Kuantan pada waktu awal pagi setelah ibu mereka dibawa pulang dari
hospital. Mereka terus ke sekolah pada pagi itu juga dan memaklumkan
keadaan mereka kepada Cikgu Abas.

C) LATAR MASYARAKAT
Pembaca novel ini dapat mengesan tiga masyarakat utama. Masyarakat
pertama yang dapat dikesan ialah masyarakat Melayu yang diwakili oleh
watak Pak Mail, Mak Salmah, Mariana. Farhana, Cikgu Abas dan lain-lain.
Mereka tinggal di luar bandar Kuala Terengganu iaitu di Danau Seberang,
Lembah Klau, Bentung dan Kampung Sedili. Mereka digambarkan bekerja
sebagai petani. Pak Mail mengerjakan sawah walaupun dinasihatkan oleh
Fuad supaya tidak melakukan kerja itu lagi. Pak Mail juga bercucuk tanam di
atas sebidang tanah yang dibeli oleh Fuad. Mariana, Mariah dan suaminya
menorah getah di Bentung. Selainnya merupakan penjawat awam iaitu guru
sebagaimana watak Farhana, Cikgu Abas dan Fuad sendiri.
Pembaca juga mendapat gambaran latar masyarakat Cina melalui watak
Robert Lim dan Peter Lim. Robert Lim merupakan bapa kandung kepada Fuad
manakala Peter Lim adalah bapa saudara Fuad. Fuad dijaga dan dibesarkan
oleh bapa saudaranya Peter Lim. Robert Lim berkahwin dengan Mariana
tetapi meninggalkannya setelah tiga bulan berkahwin atas desakan keluarga.
Setelah Mariana melahirkan anak, keluarga Robert Lim telah melarikannya
dan menyerahkan anak tersebut kepada Peter Lim di Sungai Ruan. Fuad

tinggal bersama mereka sehingga umurnya lebih dua puluh tahun. Robert
Lim merupakan seorang ahli perniagaan yang tinggal di Kuala Lumpur. Watak
Fuad pula mempunyai darah campuran Cina dan Melayu.
Satu lagi masyarakat yang melatari novel ini ialah masyarakat pendidik di
sekolah menengah di luar bandar. Masyarakat ini termasuklah Farhana, Cikgu
Abas, Cikgu Zamani, Fuad sendiri dan beberapa guru lain. Mereka mengajar
di Sekolah Menengah Seri Setia. Farhana dan Fuad mengajar mata pelajaran
Bahasa Inggeris manakala Cikgu Zamani mengajar mata pelajaran geografi.
Mereka bekerja dan menghadapi cabaran dan masalah mereka sendiri.
Cabaran Farhana dan Fuad ialah sikap pelajar luar bandar yang tidak
berminat terhadap penguasaan Bahasa Inggeris. Farhana juga menghadapi
perselisihan faham dengan rakan sekerja seperti Cikgu Zamani kerana sikap
tidak bertanggungjawab terhadap tugas.
Dari sudut kemasyarakatan, terdapat watak dalam novel ini digambarkan
sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab. Fuad juga merupakan
seorang anak yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga.
Walaupun hanya sebagai anak angkat, Fuad tetap memunaikan
tanggungjawabnya sebagaimana ibu bapa sendiri. Dia telah membelikan
sebuah motosikal dan sebidang tanah kepada Pak Mail. Dia selalu membeli
keperluan dapur semasa pulang dari sekolah. Selain daripada itu Fuad juga
menunaikan tanggungjawabnya kepada bapa saudaranya Peter Lim yang
telah menjaga dan membesarkannya. Dia melawat Peter Lim yang sedang
sakit dan menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh. Dia juga menangunggung
belanja persekolah adik-adik sepupunya. Pak Mail pula menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang Islam dan bapa angkat kepada Fuad. Dia
telah memberikan pendidikan agama yang cukup kepada Fuad sebagai
seorang mualaf.
Pak Mail dan Fuad juga menggambarkan masyarakat yang berpegang
kuat pada ajaran agama Islam. Fuad suka sembahyang berjemaah. Dia
selalu berjemaah di surau di kampung tersebut bersama Pak Mail dan orang
kampung yang lain. Fuad belajar ilmu agama dan membaca al-Quran dengan
Pak Mail. Fuad arif tentang rezeki dan pembaziran apabila dia mengambil
dan memakan ayam goreng yang tidak dihabiskan oleh Farhana semasa
mereka makan dalam perjalanan ke Kuantan. Semasa berada di rumah Peter
Lim di Sungai Ruan, Fuad makan di rumah itu kerana dia pasti keluarga Peter
Lim tidak makan makanan yang diharamkan oleh orang Islam. Fuad juga
menjaga tingkah lakunya dengan perempuan. Dia hanya menyentuh Farhana
setelah dia yakin bahawa Farhana adalah adiknya semasa mereka berada di
hospital.
Bertentangan dengan nilai di atas, novel ini menggambarkan juga
masyarakat yang tidak menghayati ajaran Islam dengan baik. Satu sifat
negatif yang terdapat pada diri Gambaran ini dapat diperhatikan melalui
watak Farhana yang terpegun apabila Fuad menghormati azan Zohor yang
dilaungkan. Fuad kemudiannya berdoa selepas azan sedangkan dia Farhana
tidak berbuat demikian. Begitu juga dengan solatnya. Farhana mengaku
bahawa dia banyak meninggalkan solat. Solat yang sering ditinggalkan ialah

solat Subuh kerana dia suka bangun lewat terutamanya pada hari-hari cuti.
Fuad juga memberitahunya tentang rezeki dan pembaziran. Farhana
merasakan dirinya banyak kekurangan dalam penghayatan agama Islam
berbanding dengan Fuad. Demikian juga dengan watak Robert Lim atau
Roslan. Dia memeluk agama Islam hanya untuk berkahwin dengan Mariana.
Cikgu
Zamani
pula
menggambarkan
masyarakat
yang
tidak
bertanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang diberikan. Dia
suka ponteng kelas. Dia juga suka ponteng kegiatan kokurikulum pada waktu
petang walaupun hanya seminggu sekali. Selain daripada itu Cikgu Zamani
juga lewat ke kelas lanjutan pada petang menyebabkan pelajar dalam kelas
bising. Sikap itu telah ada dalam perhatian Cikgu Abas selaku guru penolong
kanan di sekolah itu. Namun Cikgu Abas memendamkan hal itu
memandangkan Cikgu Zamani adalah cikgu lama dan sikapnya yang tidak
boleh ditegur. Dalam mesyuarat guru pada keesokan harinya Cikgu Abas
dengan getas dan marah memberi amaran bahawa tugas dan tanggungjawab
guru adalah amanah. Gaji yang diterima tidak halal sekiranya guru tidak
menunaikan tanggungjawab tersebut. Sikap itu juga telah menyebabkan dia
berkonflik dengan guru lain termasuklah Farhana.
*********** 5

TEKNIK
A) TEKNIK PLOT
Secara umumnya boleh disimpulkan bahawa perkembangan plot utama novel
Melunas Rindu tidak mengikut kronologi iaitu tidak mengikut
perkembangan masa secara teratur. Bab 18 jelas menceritakan peristiwa
imbas kembali yang telah berlaku pada tahun 1960-an yang menjadi punca
kepada perpisahan antara Abd. Halim dengan ibu kandungnya Mariana.
Mariana mengikut Mariah pulang ke kampung Husin di Bentung setelah
sepuluh hari melahirkan anak. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan
Mariana yang gila meroyan. Mariana pulih kemudiannya dan menyesal
kerana asyik menangis menangis selepas melahirkan anak sehingga dia
kehilangan Abd. Halim. Mariah menyerahkan Abd. Halim kepada ayah
Mariana. Dia hari selepas Abd. Halim dilarikan, ayah Mariana meninggal
akibat dipatuk ular. Mariana bertemu jodoh dengan Fakhrudin. Mereka
kemudiannya berpindah ke Kuantan dan mendapat lima orang anak. Mariana
percaya Abd. Halim dibawa oleh keluarga Roslan ke Sungai Ruan. Ketegangan
kaum yang masih membahang pada masa itu menyukarkan Mariana
menjejaki Abd. Halim.
Dalam novel ini juga pengarang telah menyelitkan banyak teknik kejutan.
Kejutan pertama ialah kehadiran Chin ke sekolah untuk menemui Fuad. Fuad

juga terkejut dengan kedatangan Chin. Kedatangan itu juga mencetuskan


konflik dalam diri Fuad kerana Chin telah mengingatkan kembali bapa
kandungnya Robert Lim sedangkan Fuad masih tidak dapat menerima
perbuatan bapanya dahulu. Kejutan kedua pula ialah semasa Fuad menelefon
Farhana dan memaklumkan Farhana pulang ke Kuantan kerana ibunya
dimasukkan ke hospital. Berita itu mengejutkan Fuad membuatkan dia
mengambil keputusan drastik untuk bertolak ke Kuantan pada petang itu
juga. Kejutan itu menjadi titik perkembangan dan perubahan plot novel ke
kemuncaknya. Kejutan besar kepada Fuad apabila mendapati nama ibu
Farhana sama dengan nama ibunya. Tambah mengejutkan apabila dia
mendapat pengesahan daripada Farhana dan bapanya sendiri setelah melihat
Mariana.
Selain daripada teknik di atas, pengarang juga menggunakan sedikit teknik
suspens dalam novel ini. Pada peringkat awal cerita dalam novel ini
pembaca berasa suspens tentang penerimaan Mak Salmah terhadap Fuad.
Kemungkinan Mak Salmah tidak menerima Fuad kerana perasaannya masih
tidak dapat menerima perbuatan Fuad yang menyebabkan dia kehilangan
Sofia. Pembaca juga berasa suspens semasa Fuad pergi ke Lembah Klau dan
Kampung Sedili untuk mencari kubur ibunya. Dia mengetahui ibunya masih
hidup dan dapatkah dia menemui ibunya kembali. Manakala teknik suspens
ini ketara pada kemuncak cerita ketika Fuad dan Farhana berada di hospital
Kuantan. Pembaca berasa suspens tentang tindakan dan penerimaan Farhana
terhadap keadaan yang berlaku. Pembaca juga suspens semasa Robert Lim
masuk untuk memgecam Mariana.

B) TEKNIK PENCERITAAN
Sebagaimana novel konvensional yang lain, novel ini juga menggunakan
teknik penceritaan yang yang utama iaitu teknik pemerian. Perlukisan
latar, peristiwa termasuklah watak dan perwatakan telah dijelaskan oleh
pengarang secara langsung. Contohnya pada bab 2 pengarang telah
menggambarkan suasana pantai dan laut di Pantai Batu Buruk semasa Fuad
pergi ke sana seorang diri. Di situ Fuad melayani perasaan. Pada keseluruhan
bab 18 pengarang menggunakan teknik pemerian sepenuhnya untuk
menceritakan kembali kisah yang dilalui oleh Mariana pada tahun 1960-an
hingga menyebabkan dia terlisah dengan Abd. Halim. Mariana mengikut
Mariah pulang ke kampung Husin di Bentung setelah sepuluh hari melahirkan
anak. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan Mariana yang gila meroyan.
Mariana pulih kemudiannya dan menyesal kerana asyik menangis menangis
selepas melahirkan anak sehingga dia kehilangan Abd. Halim. Mariana
bertemu jodoh dengan Fakhrudin. Mereka kemudiannya berpindah ke
Kuantan dan mendapat lima orang anak.
Selain daripada teknik pemerian, teknik dialog juga digunakan oleh penulis
dengan meluas dalam karya mereka. Dalam novel ini pengarang telah
menggunakan teknik ini dengan meluas untuk menggambarkan perasaan
dan perwatakan seseorang. Contohnya melalui dialog antara Farhana dengan
Cikgu Zamani semasa mereka bertengkar dalam bilik guru pada halaman 163

membolehkan pembaca mengetahui perwatakan Cikgu Zamani. Daripada


dialog Farhana, pembaca mengetahui Cikgu Zamani tidak hadir perjumpaan
PBSM pada hari Sabtu. Selain daripada itu Cikgu Zamani juga tidak
bertanggungjawab terhadap tugasnya dan tidak masuk ke kelas
sebagaimana yang telah dijadualkan. Demikian juga dialog Fuad dengan
Farhana semasa Fuad membawa Farhana keluar makan seperti yang terdapat
pada halaman 130. Dialog itu menggambarkan perasaan sayangnya kepada
Fuad dan perasaan cemburu apabila Farhana menyebut tentang Sofia.
Pengarang juga menggunakan sedikit teknik monolog luaran. Contohnya
pada halaman 66, Pak Mail bersyukur apabila Fuad menyetakan hajatnya
untuk mencari kubur ibunya. Pak Mail membisikkan alhamdulillah. Pada
halaman 80 pula pembaca akan menemui penggunaan teknik monolog
dalaman pada watak Fuad. Semasa melihat Mariana, Fuad berbicara dalam
hatinya tentang wajah Mariana jika dibandingkan dengan Farhana
terutamanya tentang warna kulit dan hidung. Farhana tidak mewarisi warna
kulit dan bentuk hidung ibunya. Pada halaman 120 pula, Cikgu Abas berdoa
dalam hatinya supaya sikap Fuad terhadap tugas dan pelajarnya tidak
berubah. Sebaliknya terus mengajar dengan tekun sebagaimana yang dilihat
oleh Cikgu Abas. Fuad sekali lagi bermonolog dalam dirinya ketika dalam
perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu bersama Farhana sebagaimana
yang terdapat pada halaman 192. Hati Fuad berkata bahawa segala yang
berlaku dan sedang dihadapi olehnya dan Farhana merupakan satu dugaan
dalam kehidupan.

******** 6

PENGAJARAN
Novel ini mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan
panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran awal yang
dapat dikesan dalam novel ialah kita hendaklah mengikut ajaran agama
Islam dengan baik. Pak Mail dan Fuad selalu mengerjakan sembahyang
termasuklah sembahyang berjemaah di surau. Mak Salmah juga menjaga
auratnya dalam hubungannya dengan Fuad kerana Fuad hanyalah anak
angkat kepada mereka. Mak Salmah tidak mendedahkan rambutnya kepada
Fuad. Fuad tidak mahu membazir apabila dia memakan ayam gireng yang
tidak dihabiskan oleh Farhana. Fuad mencari masjid dan bersembahyang
qasar dalam perjalanan ke Kuantan dan Sungai Ruan.
Kita juga hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga. Ketika
tinggal di rumah Pak Mail dan Mak Salmah sebagai anak angkat, Fuad tetap
memunaikan tanggungjawabnya sebagaimana ibu bapa sendiri. Dia telah
membelikan sebuah motosikal dan sebidang tanah dan menamakan Pak Mail
sebagai pemilik tanah tersebut. Selain daripada itu Fuad juga menunaikan

tanggungjawabnya kepada apaknya yang berada di Sungai Ruan iaitu Peter


Lim. Walaupun Peter Lim merupakan bapa saudaranya tetapi Fuan
menganggapnya sebagai ibu bapa kerana Peter Lim telah membesarkannya.
Dia melawat Peter Lim yang sedang sakit dan menjelaskan yuran
peperiksaan Ah Soh dan menangunggung belanja persekolah adik-adik
sepupunya.

Kita janganlah menyimpan perasaan marah dan dendam kepada


orang lain. Mak Salmah yang sukar untuk menerima Fuad kerana Fuad
bertanggungjawab atas kehilangan Sofia. Namun setelah setahun Fuad
berasa di rumahnya, Mak Salmah sudah memaafkan Fuad. Cuma dia tidak
menzahirkan hal tersebut. Pak Mail pula tidak pernah berdendam dan
menerima Fuad yang datang ke rumahnya selepas ketiadaan Sofia. Pak Mail
juga tidak berdendam dengan Robert Lim yang bertanggungjawab
merancang agar Sofia diambil daripada Pak Mail dan Mak Salmah. Ketika
Robert Lim datang ke rumahnya untuk mecari Fuad, Pak Mail menerima
kedatangan Robert Lim dengan baik dan menerima permohonan maaf
daripada Robert Lim.
Selain daripada itu, kita juga hendaklah menerima kenyataan dan
dugaan dalam hidup. Pada mulanya Fuad marah dengan tindakan bapanya
Robert Lim setelah dia mengatahui kedudukan dirinya yang sebenar dan
peristiwa yang menyebabkan kematian Sofia. Namun setelah setahun berada
bersama Pak Mail hatinya telah memaafkan bapanya. Dia menerima takdir
yang berlaku. Cuma dia belum dapat berhadpan dengan bapanya. Dia juga
menerima kenyataan dan takdir ke atasnya sekali lagi apabila mengetahui
bahawa dia dan Farhana adalah adik beradik. Dia juga cuba memujuk
Farhana agar menerima kenyataan itu kerana setiap ujian ada hikmahnya.
Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan
dengan baik. Pengajaran ini ditunjukkan oleh watak Cikgu Abas apabila
berhadapan dengan Cikgu Zamani. Dia suka ponteng kelas. Dia juga suka
ponteng kegiatan kokurikulum pada waktu petang walaupun hanya seminggu
sekali. Sikap itu telah ada dalam perhatian Cikgu Abas selaku guru penolong
kanan di sekolah itu. Kemarahannya menuncak apabila mendapati kelas
Cikgu Zamani semasa kelas lanjutan pada petang itu dalam keadaan bising.
Cikgu Zamani tidak ada dalam kelas. Dalam mesyuarat guru pada keesokan
harinya Cikgu Abas dengan tegas dan marah memberi amaran bahawa tugas
dan tanggungjawab guru adalah amanah. Gaji yang diterima tidak halal
sekiranya guru tidak menunaikan tanggungjawab tersebut.
Kita juga janganlah terlalu mengikut perasaan sehingga menudaratkan
diri sendiri. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Mariana. Dia
rasa tertekan setelah ditinggalkan oleh suaminya Roslan / Robert Lim.
Setelah melahirkan anak dia teus meratap dan menangis sehinga dia menjadi
gila meroyan. Keadaan dirinya yang demikian menyebabkan Mariah
menyerahkan anak yang dilahirkan kepada ayah Mariana. Mariah telah
membawanya ke Bentung agar tekanan perasaan Mariana reda. Setelah
beberapa hari, anak itu telah dilarikan oleh keluarga Robert Lim / Roslan.

Setelah sembuh daripada gila meroyan, Mariana


perbuatannya sehingga dia terpisah dengan anaknya.

menyesal

atas

****** 7

NILAI
Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini.
Antaranya ialah nilai ketakwaan dan keimanan dalam diri beberapa watak
dalam cerita. Contohnya Fuad digambarkan mempunyai pegangan agama
Islam yang kuat selain daripada Pak Mail. Mereka suka sembahyang
berjemaah di surau. Fuad lebih memahami tentang agama Islam berbanding
dengan Farhana dan Cikgu Zamani. Mak Salmah juga tidak mendedahkan
rambutnya kepada Fuad kerana Guad hanya anak angkat. Fuad mencari
masjid dan bersembahyang qasar dalam perjalanan ke Kuantan dan Sungai
Ruan.
Hubungan antara beberapa watak dalam novel ini mewujudkan nilai kasih
sayang antara ahli keluarga. Contohnya Fuad sayang kepada Sofia terutama
setelah mengetahui bahawa Sofia adalah adiknya. Dia juga menyayangi
Farhana. Dia masih tetap sayang kepada Farhana setelah mengetahui
Farhana juga adalah adiknya. Begitu juga dengan perasaan Farhana terhadap
Fuad. Perasaan sayang juga mendorong Fuad menjejaki kubur ibunya. Robert
Lim juga sayang kepada anaknya Fuad. Fuad melawat Peter Lim di Sungai
Ruan kerana dia masih menyayangi keluarga itu. Dia telah memasukkan
wang dengan jumlah yang banyak ke dalam akaun Fuad.
Nilai kerjasama dapat diperhatikan dengan jelas dalam novel ini. Nilai ini
dapat diperhatikan melalui watak Fuad dan Farhana. Mereka bekerjasama dan
berbincang untuk mencari pendekatan terbaik dalam pendidik pelajar mereka
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad memberikan buah fikiran
tentang program yang akan dilaksanakan oleh panitia Bahasa Inggeris
apabila diminta oleh Farhana. Pak Mail, mak Salmah dan Fuad bekerjasama
mengerjakan tanah yang baru dibeli oleh Fuad untuk bercucuk tanam.
Watak Cikgu Abas mencerminkan nilai tanggungjawab dalam novel ini.
Dalam mesyuarat guru Cikgu Abas telah menegur dan memberi amaran
tentang tanggungjawab guru. Teguran itu adalah berpunca daripada rasa
tidak puas hatinya terhadap Cikgu Zamani yang suka ponteng kelas. Cikgu
Zamani juga ponteng kegiatan kokurikulum pada waktu petang. Cikgu Abas
dengan tegas dan marah memberi amaran bahawa tugas dan tanggungjawab
guru adalah amanah yang perlu dipikul olah guru. Gaji yang diterima tidak
halal sekiranya guru tidak menunaikan tanggungjawab tersebut.

Nilai ketekunan pula dapat diperhatikan pada watak Fuad. Fuad tidak
berputus asa untuk memenangi hati Mak Salmah yang marah kepadanya
kerana bertanggungjawab atas kehilangan Sofia. Dia melakukan apa yang
termampu untuk memujuk perasaan Mak Salmah. Sebagai guru, Fuad juga
tekun mendidik pelajarnya. Dia mengajar dalam kelas secara individu agar
dia dapat mengetahui kelemahan setiap pelajarnya. Ketekunannya menjejak
ibu kandung juga membuahkan hasil. Dia berusaha mengesan ibunya dan
berjaya menemuinya ketika berada di holpital. Ibunya ialah Mariana yang
juga ibu kepada Farhana.

Watak Fuad juga menggambarkan nilai baik hati. Nilai ini ditunjukkan oleh
Fuad sejak awal cerita apabila dia mengeluarkan belanja untuk menanggung
kos perkahwinan Borhan. Semasa mengajar di Sekolah Menengah Seri Setia,
dia membawa jagung yang ditanamnya untuk dibahagikan kepada kawankawan. Fuad menumpangkan Farhana untuk balik ke Kuantan setelah
mengetahui Farhana tidak mendapat tiket bas ekspres ketika berada di
perhentian bas Kuala Terengganu.
Nilai tolong-menolong dapat diperhatikan oleh pembaca melalui beberapa
watak dalam novel ini. Semasa Fuad di Sungai Ruan, dia telah mendapat
pertolongan daripada Pak Said untuk menjejak kubur ibu kandungnya di
Lembah Klau. Pak Said pergi bersama-sama Fuad. Ketika di Lembah Klau pula
Fuad mendapat pertolongan daripada Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur
ibunya di Kampung Sedili. Robert Lim juga mendapatkan pertolongan
daripada Chin untuk menunjukkan rumak Pak Mail. Dia ingin ke rumah Pak
Mail untuk menemui Fuad.
Nilai keinsafan terhadap kesilapan yang lalu dapat diperhatikan pada watak
Mariana dan Robert Lim. Mariana insaf dan sedar akan perbuatannya
yangterlalu mengikut perasaan setelah ditinggalkan oleh Roslan / Robert Lim.
Akibat daripada kesedihan itu dia menangis sehinggalah selepas melahirkan
anak. Dia telah menjadi gila meroyan sehingga anaknya terpaksa diserahkan
kepada ayahnya dan kemudiannya dilarikan oleh keluarga Roslan. Robert Lim
/ Roslan juga telah insaf dan menyedari kesilapannya sebelum itu sehingga
menyebabkan Sofia meninggal dan Fuad melarikan diri daripada keluarga.

Anda mungkin juga menyukai