Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN AKTIVITI

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR (KEBUDAYAAN) KE SABAH


ANJURAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN KELUARGA (PERBADANAN ASET
KERETAPI)
PUSPANITA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk membentangkan Program Lawatan Sambil Belajar
(Kebudayaan) ke Sabah yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembangunan
Keluarga PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan serta perbelanjaan yang
telah dibuat bagi menjayakan program berkenaan
Program Lawatan Sambil Belajar (Kebudayaan) Ke Sabah telah dihoskan oleh
Perbadanan Aset Keretapi dengan matlamat untuk Penganjuran program lawatan ini adalah
bagi mencapai objektif yang telah digariskan iaitu:i)

Mendedahkan ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan


Malaysia dengan lebih dekat mengenai suasana kehidupan masyarakat di
negeri Sabah khususnya daripada segi sosial, ekonomi dan kebudayaan,

ii)

Menjalin dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli-ahli


PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan
masyarakat khususnya kaum wanita di Sabah,

iii)

Menyertai dan mempelajari aspek kebudyaan dan kesenian negeri Sabah


khususnya semasa perayaan Pesta Keamatan; dan

iv)

Menimba pengalaman, memahami dan menghayati konsep perpaduan kaum


selaras dengan gagasan 1Malaysia.

PENYERTAAN
Program ini dibuka penyertaannya kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan
Kementerian Pengangkutan. Sambutan yang diterima terhadap penganjuran program ini
adalah memuaskan dengan penyertaan seramai 30 ahli sejajar dengan sasaran yang telah
ditetapkan oleh pihak penganjur. Antara jabatan/agensi yang menyertai program ini ialah
Perbadanan Aset Keretapi, Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Laut Semenanjung
Malaysia. Bayaran sebanyak RM550 telah dikenakan terhadap setiap peserta yang
mengikuti lawatan ini.

PERUNTUKAN KEWANGAN
Bagi menjayakan program ini, peruntukan kewangan sebanyak RM2,900 telah
diterima daripada pihak PUSPANITA Kementerian Pengangkutan. Peruntukan yang telah
diberikan itu digunakan untuk menampung kos pengangkutan para peserta sepanjang
tempoh lawatan dan kos pentadbiran. Ringkasan mengenai agihan peruntukan yang
diterima adalah seperti jadual di bawah.

BIL.

PERKARA

HARGA (RM)

JUMLAH (RM)

1.

Kos Pengangkutan

600.00 x 4 hari

2,400.00

2.

Pelbagai

500.00

500.00

Jumlah Keseluruhan

2,900.00

AKTIVITI-AKTIVITI
Program lawatan ini telah diadakan pada 28 hingga 31 Mei 2010 (Jumaat-Isnin).
Para peserta diminta berkumpul di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) pada pukul
8.30 pagi dengan penerbangan masing-masing dijadualkan pada pukul 10.30 pagi dan
11.10 pagi menggunakan Air Asia. Peserta tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu pada pukul 12.30 tengahari dan 1.10 petang dan kemudian di bawa ke Ibu Pejabat
Jabatan Laut Sabah untuk sesi taklimat dan jamuan makan tengahari. Kemudian para
peserta bertolak ke daerah Beaufort untuk acara seterusnya. Setibanya di Beaufort kira-kira
pukul 8.00 malam, para peserta disambut oleh ahli jawatankuasa penganjur Majlis Muhibah
Ria Mayang Parlimen Beaufort di Rumah Rehat Kerajaan Beaufort. Pada malam itu, para
peserta telah diraikan dalam Majlis Muhibah Ria Mayang Parlimen Beaufort di Dewan
Janang Gayuh, Kampung Kukut, Beaufort. Pelbagai jenis persembahan kebudayaan
masyarakat tempatan telah disajikan oleh penduduk setempat antaranyan tarian Bisaya,
persembahan Kulintang, Gambus dan persembahan kebudayaan 1 Malaysia yang
dibawakan khas oleh pelajar-pelajar Kumpulan Seni dari Sekolah Menengah Kebangsaan

Beaufort 2. Selain menyaksikan persembahan kebudayaan yang berwarna-warni, para


peserta turut dipelawa untuk turut serta dalam persembahan kebudayaan itu merasai
keenakan makanan tradisi masyarakat di daerah itu.

Pada keesokkan harinya (29 Mei 2010) para peserta di bawa melawat Tapak Tamu
Mingguan Beaufort untuk melihat pelbagai barangan dan hasil pertanian yang dijual
masyarakat setempat. Antara hasil pertanian yang menarik yang boleh dilihat adalah
ambuyat, lokan, umbut rotan, pelbagai jenis siput dan kerang serta belacan Beaufort yang
sangat terkenal. Selepas itu, para peserta di bawa melawat ke Daerah Kuala Penyu dan
Menumbok merangkumi lawatan ke Kampung Ulu Sekalong untuk melihat usaha
penternakan ikan dalam sangkar yang diiktiraf paling berjaya di dalam Parlimen Beaufort,
lawatan ke Kampung Laut Membakut untuk meninjau usaha menyediakan makanan kering
dan ikan liking oleh Biro Pembangunan Wanita Daerah Mengundi Menumbok dan menyertai
sambutan Hari Keluarga. Para peserta juga dihidangkan dengan makanan tradisional
masyarakat di daerah ini serta pelbagai jenis tarian antara yang terkenal adalah tarian
manok-manok. Kesemua program ini telah diurus seliakan oleh PUAN HAJAH JOHAIR BT
MATLANI selaku Pengerusi MAYANG Parlimen Beaufort merangkap Pengerusi Biro Latihan
dan Pembangunan Sosial UMNO Bahagian Beaufort.

Pada sebelah petangnya, para peserta bertolak ke Kundasang untuk meneruskan


sesi lawatan ke daerah itu yang sememangnya terkenal dengan aktiviti pertanian tanah
tinggi. Setibanya di sana, para peserta menginap di Biro Tata Negara Kundasang.
Lokasinya yang berada di kawasan tanah tinggi memberikan suasana yang nyaman dan
selesa kepada para peserta. Pemandangan

gunung-ganang yang menarik dengan

hamparan ladang-ladang sayur yang menghijau selain deretan gerai-gerai menjual pelbagai
jenis hasil pertanian termasuk bunga-bungaan sememangnya menarik perhatian para
peserta. Aturcara diteruskan dengan lawatan ke kaki Gunung Kinabalu. Walaupun tanpa
kasut dan pakaian yang sesuai ada sebahagian peserta telah berjaya sampai ke kaki
Gunung Kinabalu dengan hanya berjalan kaki yang sejauh kira-kira lima kilometer termasuk
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga Puan Rohani Harun. Kesempatan untuk
bergambar dengan berlatar belakangkan gunung tertinggi di Asia itu tidak dilepaskan para
peserta. Peserta kemudiannya dibawa menjamu selera di Mount Kinabalu Heritage Resort &
Spa tajaan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah. Selepas itu, para peserta bertolak ke
Kota Kinabalu dan menginap di Asrama Rumah Pembangunan Masyarakat Sabah. Pada
sebelah malamnya para peserta dijamu dengan makanan yang enak-enak di Hotel Hyatt,

Kota Kinabalu hasil tajaan MAHB. Dalam majlis itu, para peserta turut beramah mesra
dengan wakil-wakil dari MAHB yang hadir meraikan rombongan kami.

Hari terakhir, para peserta berpeluang menghadiri perayaan Pesta Keamantan di


KDCA, tempat berlangsungnya acara yang menjadi perayaan utama penduduk di Sabah. Di
sana para peserta berpeluang untuk melihat rumah tradisional pelbagai suku kaum di Sabah
dan juga barangan kraftangan mereka. Setiap kali melawat ke satu-satu rumah tradisional
itu, para peserta berpeluang melihat pelbagai keunikan kebudayaan mereka daripada
pelbagai aspek seperti peralatan muzik, pakaian, barangan perhiasan, senjata dan cirri-ciri
istimewa rumah tersebut. Peserta juga berpeluang membeli cenderamata dan makanan
tradisional yang turut dijual di sana. Sebelum meninggalkan KDCA, para peserta turut
berkesempatan melihat peserta-peserta pertandingan Ratu Cantik yang menjadi acara
kemuncak sambutan perayaan itu. Selepas itu, lawatan diteruskan dengan sesi taklimat oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah dan jamuan makan tengahari yang
diadakan di ibu pejabat JPJ. Sebelum bertolak pulang, para peserta dibawa membeli belah
ke Pasar Filipina yang terkenal dengan pelbagai hiasan diri berasaskan mutiara, hasil laut
dan barangan kraftangan masyarakat tempatan.

Atas

kerjasama

dan

sokongan

semua

pihak,

PAK

selaku

Jawatankuasa

Pembangunan Keluarga berjaya menganjurkan program ini. Program ini banyak memberi
pendedahan dan membuka mata para peserta mengenai kebudayaan pelbagai suku kaum
di Sabah khususnya semasa berada di Beaufort. Selain itu, peluang untuk melihat aktiviti
ekonomi penduduk di ketiga-tiga daerah itu juga telah menambah pengetahuan dan
membuka mata para peserta untuk melihat bagaimana penduduk khususnya kaum wanita
menjana ekonomi keluarga. Di harapkan dengan adanya aktiviti seumpama ini di masamasa akan datang, ahli-ahli PUSPANITA akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan
mereka mengenai kekayaan yang dimiliki masyarakat Malaysia.
Disediakan oleh:
AJK PUSPANITA
PERBADANAN ASET KERETAPI

JUMLAH PERBELANJAAN
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR (KEBUDAYAAN) KE SABAH
ANJURAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN KELUARGA (PERBADANAN ASET
KERETAPI)

BIL.

PERKARA

HARGA (RM)

JUMLAH
(RM)

1.

Kos Pengangkutan

500.00 x 4 hari

2,000.00

2.

Pelbagai
900.00
(bayaran telefon, pembelian ubatubatan,
kenderaan
(sebelum
program),
pembelian
kertas,
cetakan buku program, fotostat,
barangan
untuk
cenderamata,
hiasan
dan
lain-lain
kos
pentadbiran)

900.00

Jumlah Keseluruhan

2,900.00

Anda mungkin juga menyukai