Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU

BIG ini bermatlamat untuk melahirkan guru -guru yang mempunyai


kemantapan akhlak, nilai -nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang
tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru
merupakan usaha yang berterusan berasaskan kesedaran bahawa profesion
keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Selaras dengan
itu, Bina Insan Guru pada semester ini telah dilaksanakan dan BIG pada kali ini
difokuskan kepada gotong royong dan menanam pokok bunga di sekeliling blok baru
IPG Kampus Pulau Pinang. Jumlah masa yang perlu dihadiri dalam BIG pada kali ini
telah digunakan dengan sebaik-baiknya.
Penanaman pokok dilaksanakan kepada dua sesi, iaitu sesi pada pagi yang
dijalankan di depan blok baru serta sesi kedua di belakang blok baru. Kami semua
berkumpul di tapak yang disediakan di depan blok baru pada pukul 8 pagi. Setelah
semua orang berkumpul, Firuz dari kelas matematik menjelaskan tugasan yang kami
perlu selesaikan pada pagi itu dan kami dibahgikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan dikehendaki menanam sebatang pokok di kawasan yang
disediakan di depan blok baru. Jadi, secara berkumpulan kami mengambil peralatan
yang diperlukan untuk menanam dan sebatang pokok yang hendak ditanam. Pada
mulanya kami bersihkan kawasan yang hendak ditanam dan seterusnya menggali
tanah secara dalam supaya dapat menananm pokok tersebut. Akibat hanya satu
cangkul yang diberi kepada setiap kumpulan jadi kami bertukar giliran untuk
menggali. Saya merasakan susah untuk menggali menggunakan cangkul pada
awalnya kerana tidak pernah menggali seperti itu namun dengan kerjasama rakan

sekumpulan saya dapat membiasakan diri untuk menggunakan cangkul dan


menggali tanah untuk menanam pokok. Setelah selesai menggali lubang kami pun
tanam pokok dengan berjayanya dan susun batu disekeliling pokok yang ditanam
supaya kelihatan cantik. Kami berehat sekejap dan meneruskan kerja untuk
membersihkan

semak

di

kawasan

tersebut.

Akhirnya,

selesai

juga

kami

mencantikkan kawasan tersebut pada pukul 11.30pagi. Selepas itu, kami pergi ke
belakang blok baru untuk membersihkan kawasan tersebut supaya senang unntuk
sesi kedua pada petang kerana terdapat banyak pokok yang perlu ditanam.
Kami dapat bekerjasama dan melaksanakan tugasan tersebut dengan baik.
Melalui gotong-royong ini, kami telah mendapat dan mempelajari pelbagai nilai murni
seperti semangat bekerjasama, tidak putus asa dan juga cintakan semulajadi dan
alam sekeliling serta banyak lagi nilai-nilai murni lain.
Melihatkan kelemahan dan keburukan yang dapat dilihat sepanjang aktiviti ini
adalah cuaca yang tidak memberansangkan. Semasa kami sedang melaksanakan
kerja menanam pokok, hujan mula turun. Tetapi mujurkan kerana hujan tidak lebat
dan kerja dapat dilaksanakan dengan senang.
Pada sesi kedua, kami berkumpul pada pukul 3 petang di belakang blok baru
dan seperti pagi tadi setiap kumpulan mengambil beberapa batang pokok akibat
bilangan pokok yang banyak untuk ditanam. Kami tanam sepanjang kawasan yang
dibersihkan tadi. Kami bersambung tanam pokok sekeliling blok tersebut sehingga
semua popok yang disediakan habis ditanam dengan sempurna. Akhirnya pada
pukul 6 petang, kami berjaya habis menanam semua pokok. Kami yang seronok
melaksanakan aktiviti tersebut tidak sedar bahawa masa telah tamat. Sebelum

bersurai kami meronda tempat tersebut untuk memastikan semua peralatan


dikembalikan kepada AJK Peralatan.
Secara keseluruhan, BIG pada kali ini adalah amat berbeza sekali tetapi
memenuhi objektifnya. Saya telah menimba banyak perkara dan merasakan bahawa
BIG kali ini adalah lebih baik daripada sebelumnya dan jauh sebih sempurna.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai